Anda di halaman 1dari 8

BANDINGBEZA ANTARA TUMBUHAN PRIMITIF DAN TUMBUHAN LEBIH MAJU

Di sini saya ingin membanding bezakan tumbuhan prmitif dan tumbuhan yang lebih maju
dari segi mofologi, pemakanan, kitar hidup, habitat dan evelosi serta adaptasi kedua-dua
tumbuhan ini dan kepentingannya. Saya telah memilih paku-pakis bagi tumbuhan primitif
manakala pokok jagung ( Zea Mays) bagi tumbuhan lebih maju.
Dari segi mofologinya, paku-pakis dan pokok jagung mempunyai berbezaan yang sangat
ketara. Paku-pakis terdapat dalam pelbagai bentuk. Contohnya, ada yang berupa pohon (paku
pohon, biasanya tidak bercabang), epifit, mengapung di air, hidrofit, tetapi biasanya berupa terna
dengan rimpang yang menjalar di tanah atau humus dan entel yang menyangga daun dengan
ukuran yang bervariasi (sampai 6 m). Ental yang masih muda selalu menggulung seperti gagang
biola dan menjadi satu ciri khas tumbuhan paku. Daun pakis hampir selalu tersusun sebagai daun
majmuk. Ia merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciriciri khas iaitu pada pucuk
daun muda terdapat satu gelungan tali yang dikenali sebagai krozier. Ciri lain yang nyata ialah
kesemua pakupakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini
berkumpul membentuk tompoktompok di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun.
Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbezabeza
bergantung kepada spesies pakupakis tersebut. Pakupakis primitif akarnya hanya berupa
rizoid, berbatang kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat
membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun.
Manakala pokok jagung mempunyai struktur mofologi yang berbeza dari paku-pakis.
Pokok jagung adalah tanaman semusim yang mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk
matang. Pokok jagung mempunyai akar serabut. Terdapat juga akar sokong pada pangkal batang
menolong menyokong pokok. Pokok jagung mempunyai batang runggal, berbentuk silinder,
panjang dan ditutupi dengan upih daun yang mempunyai buku yang lebih rapat dekat pada
pangkal. Daun pula berbentuk tirus dan panjang dengan urat selari. Rambut jagung (jambak
bunga jantan) yang terdapat pada hujung batang pokok menghasilkan biji-biji debunga sebelum
bunga betina matang. Tonggol yang terdapat pada ketiak daun pokok matang mengandungi biji
benih jagung. Jambak bunga betina (stil) yang panjang dan berupa sutera terdapat di tonggol
muda dan menerima cebu debunga jantan. Pendebungaan dibantu oleh agen debunga iaitu angin.

Manakala biji atau kernel mengandungi tiga bahagian iaitu perikarpa,endosperma dan embrio.
Tinggi tanaman jagung sangat bervariasi. Meskipun tanaman jagung umumnya berketinggian
antara 1m hingga 3m, ada juga jenis yang dapat mencapai tinggi 6m. Tinggi tanaman biasa
diukur dari permukaan tanah hingga ruas teratas sebelum bunga jantan. Meskipun beberapa jenis
dapat menghasilkan anakan (seperti padi), pada umumnya jagung tidak memiliki kemampuan
ini.
Dari segi kitar hidupnya, kedua-dua tumbuhan mempunyai kitaran hidup yang amat
berbeza. Pakupakis pada umumnya mempunyai kitar hidup dengan perselangan dua jenis
generasi. Yang pertama generasi tanpa seks. Ia dikenali sebagai sporofit yang berupa tumbuhan
pakupakis yang dapat dibezakan antara akar, batang dan daun . Generasi tanpa seks ini disebut
generasi yang diploid. Yang kedua pula adalah generasi seks. Generasi seks adalah gametofit
yang berasal dari sporofit sehingga gametofit ini bersifat haploid. Gametofit ini akhirnya akan
membentuk gamet jantan (anterozoid) dan gamet betina (sel telur). Gametofit dapat membentuk
sporofit tanpa persenyawaan gamet dan dikenali sebagai Apogami. Manakala sporofit dapat
membentuk gametofit tanpa spora terlebih dahulu dan ini dikenali Apospori. Gametofit akan
menghasilkan anteridium dan arkegonium yang dikenali sebagai gametangium.
Kitar hidup jagung pula agak berlainan dari paku-pakis. Benih jagung akan bercambah
apabila ia mengandungi kandungan air /kelembapan 30%. Pertumbuhan bermula dengan
radicle (akar),diikuti coleoptile (tunas) denganenclosed plumule (daun pertama)dan titik
tumbuh (growing point).Pertumbuhan akar radicle membolehkan tunas mengukuhkan kedudukan
di atas tanah seterusnya menyedut air dan baja. Untuk tumbuh, takuk (internode) pertama pokok
jagung (mescotyl) akan memanjang kearah permukaan tanah dan terus memanjang hingga
coleoptile mendapat cahaya. Pada tahap VE ini, titik tumbuh (growing point) akan berada
2.5cm ~ 4cm di bawah tanah. Titik tumbuh akan berada di bawah tanah selama 3 ~ 4 minggu
untuk melindungi pokok dari kesan luka fizikal, serangga atas tanah dan sebagainya.
Seterunya, habitat bagi sesuatu tumbuhan amat penting supaya tumbuhan tersebut dapat
bermandiri dengan baik. Paku-pakis merupakan tumbuhan yang mudah tumbuh dimana-mana
sahaja dalam kuantiti yang banyak. Tumbuhan paku tersebar di seluruh bahagian dunia, kecuali
kawasan bersalju dan kawasan kering (gurun). Total spesies yang diketahui hampir 10.000,

dengan perkiraan 3.000 di antaranya tumbuh di Indonesia. Sebahagian besar anggota paku-pakis
tumbuh di kawsan tropika basah yang lembab. Paku-pakuan cenderung ditemukan pada kondisi
tumbuh marginal, seperti lantai hutan yang lembab, tebing perbukitan, merayap pada batang
pohon atau batuan, di dalam kolam/danau, kawasan sekitar kawah vulkanik, serta sela-sela
bangunan yang tidak terawat. Meskipun demikian, ketersediaan air yang mencukupi pada
rentang waktu tertentu diperlukan kerena salah satu tahap hidupnya tergantung pada air, iaitu
sebagai media bergeraknya sel sperma menuju sel telur.
Habitat jagung pula tidak sebegitu paku-pakis. Tanaman jagung sebagai tanaman
makanan, sebagai sayuran, hidup pada tanah lembab pada dataran rendah hingga 500 M di
permukaan laut. Proses domestikasi menjadikan jagung merupakan satu-satunya spesies
tumbuhan yang tidak dapat hidup secara liar di alam. Hingga kini dikenal 50.000 kultivar
jagung, baik yang terbentuk secara alami maupun dirakit melalui pemuliaan tanaman.
Jagung ditanam di dataran rendah baik, sawah tadah hujan maupun sawah irigasi.
Sebahagian terdapat juga di kawasan pergunungan pada ketinggian 1000- 1800 m
di atas permukaan laut.
Dari segi adaptasinya, rekod menunjukkan bahawa di Malaysia terdapat 1165
spesies paku-pakis termasuk Sabah dan Sarawak berbanding dengan hanya 500

spesies di benua Afrika yang mempunyai keluasan 200 kali lebih besar daripada Malaysia. Hal
ini disebakan Malaysia mempunyai iklim yang lembap dan panas sepanjang tahun. Jika
dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan spesies
paku-pakis yang lebih banyak. Perkembangan dan pembangunan industri temtamanya di
kawasan-kawasan bandar telah memberi kesan secara terus kepada alam sekitar yang
menyebabkan perubahan dalam komposisi tumbuhan paku-pakis berbanding yang terdapat di
hutan semulajadi. Paku-pakis biasanya hidup di kawasan yang teduh dan berkelembapan tinggi,
namun akibat daripada kesan pembangunan yang dijalankan, banyak spesies paku-pakis mula
pupus dan digantikan oleh spesies yang dapat beradaptasi di kawasan terbuka yang lebih kering
dan panas. Ini akan menyebabkan kepelbagaian paku-pakis di kawasan terbangun.adalah sangat
kurang jika dibandingkan dengan kawasan hutan semulajadi.

Paku-pakis telah terbentuk melalui proses evolusi yang panjang iaitu kira-kira 300 juta
tahun dahulu dan ia merupakan tumbuhan yang dominan pada masa itu (Edie 1978). Dari segi
sejarah evolusi, paku-pakis mungkin berasal daripada lumut tanduk dimana ia ditempatkan di
antara divisi Bryophyta dan Spermatophyta (Bidin 1986).
Jagung mampu beradaptasi dengan baik dengan proses penyerapan unsur hara serta
adanya penyediaan unsur hara untuk pertumbuhan vegetatif jagung tersebut. Kerana jagung
merupakan tanaman yang cucuk bertahan kering namun dengan memberikan air pada sawah
untuk melihat kemampuan untuk beradaptasi. Tanaman jagung dapat berkembang dengan baik
jika keadaan tanah dan variasi yang sesuai dengan rekomendasi yang telah ditentukan.
Pemberian baja secara berkala dapat meningkatkan hasil yang ingin diperolehnya. Dua faktor
yang mempengaruhi adaptasi tumbuhan jagung adalag tanah dan iklim. Jagung dapat tumbuh
baik pada berbagai jenis tanah. Tanah lempung berdebu adalah yang paling baik bagi
pertumbuhannya. Air tanah yang berlebihan dibuang melalui saluran pengairan yang dibuat
diantara barisan jagung. Keasidan tanah (ph) yang terbaik untuk jagung adalah sekitar 5.5 -7.0.
Tanah dengan kemiringan tidak lebih dari 8% masih dapat ditanami jagung dengan arah barisan
tegak lurus terhadap miringnya tanah. Faktor-faktor iklim yang terpenting adalah jumlah dan
pembagian dari sinar matahari dan curah hujan, suhu, kelembaban dan angin. Tempat penanaman
jagung harus mendapatkan sinar matahari cukup dan tidak terlindung oleh pohon-pohonan atau
bangunan.
Menurut ahli biologi evolusi, jagung yang ada sekarang telah mengalami evolusi dari
tanaman serealia primitif, yang bijinya terbuka dan jumlahnya sedikit, menjadi tanaman yang
produktif, biji banyak pada tongkol tertutup, mempunyai nilai jual yang tinggi, dan banyak
ditanam sebagai bahan pangan. Nenek moyang tanaman jagung masih menjadi kontroversi
kerana terdapat tiga teori yang mengatakan tanaman jagung berasal dari pod corn, kerabat liar
jagung tripsacum dan teosinte. Oleh karena itu, Wilkes (1979) serta Wilkes dan Goodman (1995)
meringkas teori asal usul tanaman jagung menjadi empat aliran sebagai berikut iaitu, Evolusi
jagung liar teosinte langsung menjadi jagung modern melalui proses persilangan dan fiksasi
genetik (genetic shift). Jagung dan teosinte berasal dari nenek moyang yang sama, dan terpisah
selama proses evolusi menjadi teosinte dan jagung. Terjadi kemajuan genetik dari teosinte

menjadi jagung. Terjadi persilangan antara teosinte dengan rumput liar, keturunannya menjadi
jagung.
Pemakanan kedua-dua tumbuhan tak jauh bezanya. Kedua-dua tumbuhan iaitu pakupakis dan pokok jagung menghasilkan makanan melalui proses fosintesis. Daun ialah sebuah
organ tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis.

Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas
supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada
cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam

kebanyakan hal, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi,
dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan
tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai
"pelepah". Daun-daun juga merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai
sayur-sayuran berdaun.

Kedua-dua tumbuhan ini mempunyai kepentingan tersendiri. Paku-pakis mempunyai


kepentingan kepada ekonomi dan masyarakat seperti paku pakis ubatan, makanan dan hiasan.
Banyak jenis paku-pakis Malaysia digunakan untuk nilai perubatannya. Ada juga paku-pakis
yang boleh dimakan sebagai contoh, "Pucuk Paku" yang diminati ramai ialah sejenis sayursayuran tempatan yang boleh disediakan berbagai cara untuk menjadikan lauk hidangan. Pokok
jagung juga mempunyai kepentingan di alam ini. Antara kepentingan pokok jagung adalah
sebagai sumber pendapatan. Pokok jagung dikomersialkan secara luas di Malaysia dan member
pendapatan kepada para pengusaha jagung. Jagung juga mempunyai sumber nutrien seperti
karbohidrat dan protein. Jadi jagung menjadi makanan berkhasiat di kalangan masyarakat. Di
samping itu, sisa tanaman jagung boleh dijadikan sevagai kompos.

Beberapa jenis paku pakis yang terdapat di Malaysia.

Pokok jagung.

BBR 26403
BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

TUGASAN
INDIVIDU
NAMA:
JAGAN A/L
ARUMUGAM
NOKP:850704-05-5271
NOMBOR MATRIX: DB100777
PENSYARAH : EN RASYIQ BIN RAMLI

Anda mungkin juga menyukai