Anda di halaman 1dari 6

BAB 15 : PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Taburan lokasi sistem pengangkutan Darat di Malaysia.


1. Jalan raya adalah cara pengangkutan darat yang paling penting di Malaysia.
2. Jaringan jalan raya di Malaysia berjumlah 66 445 km. Sistem jalan rayanya padat dan 80%
daripadanya berturap.
3. Jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia tertumpu di dataran pantai barat dan dataran pantai
timur.
4. Kawasan tengah Semenanjung Malaysia adalah kurang jalan raya kerana kawasan inibergunungganang dan diliputi hutan tebal.
5. Jalan raya di Sabah dan Sarawak adalah tidak padat kerana kawasannya berhutan tebal dan
kebanyakannya dihalang oleh sungai-sungai yang besar.
Lebuh Raya.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Lebuh Raya Utara Selatan Bukit Kayu Hitam di utara ke Johor Bahru di selatan.
Lebuh Raya Pantai Timur Kuantan ke Kuala Terengganu.
Lebuh Raya Persekutuan Kuala Lumpur ke Kelang.
Lebuh Raya Timur Barat Butterworth ke Kota Bharu.
Lebuh Raya Karak Kuantan ke Kuala Lumpur.
Lebuh Raya Tun Razak Segamat ke Kuantan.
Lebuh Raya Kuala Lumpur - Shah Alam.
Lebuh Raya Senawang Air Keroh.
Lebuh Raya Kuala Krai Gua Musang.

Jalan Kereta Api.


i.
ii.
iii.

Tumpat Gemas Johor Bharu.


Padang Besar Kuala Lumpur Johor Bharu.
Kota Kinabalu Breaufort Tenom.

LRT/ Monorel/ Komuter.


i.
ii.
iii.
iv.

STAR LRT Sri Petaling Ampang Sentul.


PUTRA LRT Kelana Jaya Gombak.
Ekspress Rail Link (ERL) KL Sentral KLIA.
Monorel Titiwangsa KL Sentral.

Taburan lokasi sistem pengangkutan Udara di Malaysia.


1. Pengangkutan udara yang terdapat di negara kita mula mengalami era perkembangan setelah negara
kita mencapai kemerdekaan.
Syarikat pengurusan penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) Air Asia Sdn. Bhd, Berjaya dan
Pelangi Airways Sdn. Bhd.
Lapangan Terbang Domestik
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Kota Bharu, Kelantan.


Kuala Terengganu.
Kuantan.
Alor Setar.
Lahad Datu.
Tawau.

Antarabangsa.
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Senai , Johor
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
KLIA.
Kota Kinabalu.
Kuching.
Pengangkutan Air
1. Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu:
(a) Pengangkutan sungai :
Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, Sungai
Pahang dan Sungai Perak.
(b) Pengangkutan pesisiran pantai
1. Pengangkutan persisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut
barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.
2. Pelabuhan-pelabuhan persisiran pantai yang penting ialah:
Sandakan
Lahad Datu
Mukah
Sibu
Lumut
(c) Pengangkutan laut
1. Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa.
2. Pengangkutan laut di Malaysia dapat berkembang kerana Syarikat Perkapalan Antarabangsa
Malaysia (MISC) mengendalikan semua urusan
3. Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah:
Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan Pasir Gudang
Pelabuhan Klang
Pelabuhan Kuantan
iv. Sistem Perhubungan
i-berkembang pesat selepas merdeka, dipengaruhi perkembangan teknologi, dasar kerjaan,
perkembangan sosioekonomi
ii-kemudahan telekomunkasi awal radio, tv dan telefon, penggunaan telefon selular, internet
computer
a-1996 pelancaran satelit pertama Malaysia Asia Timur MEASAT 1 dan 11; siaran TV satelit ASTRO
menggunakan teknologi digital dan MEASAT memberi pilihan lebih banyak kepada penonton
f-telefon selular peningkatan drastic; rangkaian Perkhidmatan digital bersepadu ISDN penghantaran data, suara dan visual serentak

vi-Komputer dan Internet(berjuta computer dihubungkan dalam satu jaringan/rangkaian)


a-kemajuan computer percepat perkembangan perhubungan
b-1980an pengenalan internet percepatkan penyebaran maklumat, PC bukan lagi alat menyimpan
data/proses maklumat; laman web awal hanya papar teks, kini disertakan audio dan visual
(multimedia)
c-pengenalan e-mel/pesanan elektronik perhubungan lebih cepat, mudah dan murah berbanding
telefon
vi-MSC Koridor Raya Multimedia
a-kwasan seluas 750 km persegi , pemangkin kemajuan ICT Negara berpusat di Cyberjaya;
b-menggalakan kemajuan dalam pentadbiran e kerjaan, perubatan tele perubatan(hosp Selayang);
pendidikan e learning (UNITAR-P&P secara jarak jauh/dalam talian), penggunaan CD
ROM;perdagangan e dagang(pasaran tanpa sempadan)
c-kelompok R&D MSC ditubuh tingkatkan kemahiran sumber manusia tempatan; penyelidikan
teknologi ICT lebih canggih
vii-Telefon 3G , teknologi tablet
a-telefon selular perkhidmatan pesanan ringkas SMS seperti emel , lebih murah dan senyap;
perkhidmatan internet melalui komputer
Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan di Malaysia
i-integrasi nasional dan perpaduan
a-Malaysia-semenanjung, sabah dan Sarawak, terpisah oleh laut China selatan, perlu perhubungan
yang baik untuk pembangunan; b-Kanada-negaranya besar, bahagian utaranya terpencil, dan sukar
ii- kemajuan ICT memacu perkembangan ekonomi , e dagang, perniagaan perdagangan lebih
meluas, dalam pasaran global yang terbuka 24 jam dan 7 hari seminggu
iii-ICT membantu pembangunan pendidikan- e learning telah diamalkan di UMultimedia dan Unitar;
sekolah bestari Malaysia; Grassroot Twin School Kanada
iv-Internet tele perubatan, menyediakan perkhidmatan pengetahuan dan nasihat tentang dan
perubatan kepada orang ramai; Hospital Selayang Malaysia;
v-Telefon selular, satelit memudahkan perhubungan, perniagaan, penjualan dan pemasaran barangan
pengguna dan perkhidmatan ke seluruh dunia

3.

Faktor-Faktor Fizikal Dan Kemanusiaan Yang Mempengaruhi Pembinaan Dan Perkembangan Pesat
Jaringan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan Di Malaysia.
(1)
Faktor Fizikal.
Bentuk muka bumi yang pamah, rata dan luas amat sesuai untuk membina jaringan pengangkutan
seperti jalan raya. Oleh sebab itu jaringan jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api banyak terdapat
di kawasan pantai barat Semenanjung berbanding dengan pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

Manakala pembinaan pelabuhan pula memerlukan kawasan pinggir pantai yang berteluk dan
terlindung daripada tiupan angina kencang seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas,
Pelabuhan Kuantan dan sebagainya.
(2)
Faktor Sumber Alam.
Kawasan yang memiliki sumber seperti bijih timah, emas, sumber hutan juga
akan dibina jalan
raya atau lebuh raya untuk memudahkan sumber-sumber tersebut di eksploitasi. Di kawasan pertanian
pula, jaringan pengangkutan dibina untuk membawa masuk input pertanian dan mengangkut keluas
hasil seperti getah dan kelapa sawit ke kilang memproses atau ke pasaran.
(3)
Faktor Ekonomi.
Di kawasan seperti Kuala Lumpur yang maju dalam perkembangan sektor ekonomi moden seperti
sektor perniagaan, perindustriaan dan pentadbiran memerlukan darjah ketersampaian yang tinggi serta
cekap untuk mengangkut penumpang, barangan dan perkhidmatan. Oleh sebab itu Kuala
Lumpur memiliki sistem Komuter, LRT, Monorel, ERL yang dapat mengangkut penumpang yang
ramai dan cepat.
(4)
Dasar Kerajaan.
Dasar kerajaan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan menerusi beberapa cara seperti
menubuhkan ajensi-ajensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),
Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengurus pembangunan infrastruktur pengangkutan dan mengawal
selia sistem pengangkutan. Kerajaan juga mewujudkan dasar penswastaan dimana pihak swasta
digalakkan melabur dalam pembinaan jaringan pengangkutan. Oleh sebab itu wujudlah lebuhraya
seperti PLUS, KESAS dll.
(5)
Faktor Teknologi.
Dengan adanya teknologi moden akan dapat mengatasi beberapa halangan fizikal seperti kawasan
tanah tinggi dan paya. Dengan adanya teknologi moden juga, lebuhraya yang berkualiti dapat dibina
seperti pembinaan terowong, jambatan, jejantas, persimpangan bertingkat dll. Kebanyakkan teknologi
moden ini diimport dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

4. Kepentingan sistem pengangkutan dan perhubungan dalam membantu pembangunan sosial dan
ekonomi sesebuah negara.
(1)

Mengangkut Penumpang Jarak Jauh/ Sederhana/ Dekat.


Jalan raya/ jalan kereta api sebagai kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Memudahkan
pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain untuk menjalankan urusan tertentu. Contoh :
Pergerakan penduduk dari Bandar ke luar Bandar/ pinggir Bandar, luar Bandar ke Bandar dll.

(2)

Membangunkan Kegiatan Ekonomi Sesuatu Kawasan.


Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membolehkan kegiatan ekonomi di kawasan Bandar atau
luar Bandar berkembang. Di Luar Bandar akan menggalakkan kemasukan input pertanian moden
seperti baja kimia, jentera moden dll. Di samping memajukan sektor ekonomi lain seperti
perlombongan, pembalakan dll.

(3)

Pembukaan Petempatan dan Bandar-Bandar Baru.


Jalan raya dan jalan kereta api menyebabkan berlakunya pertumbuhan petempatan dan Bandar-bandar
baru kerana akan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Bandar/petempatan baru
tersebut. Contoh : Pembukaan Bandar-bandar seperti Bandar Muadzam Shah, Bandar Pusat Jengka
dll.

(4)

Pembangunan Wilayah.

Kawasan yang mundur dapat dimajukan dengan adanya jaringan jalan raya dan jalan kereta api kerana
mudah dihubungi dan bahan mentah dapat diangkut serta memudahkan pergerakan tenaga buruh.
Contoh : Pembukaan pusat-pusat pembanguan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH, KESEDAR
dll.

(5)

Mengangkut Bahan Mentah/ Barangan Pukal Dari Kawasan Pengeluaran Ke Pelabuhan.


Hasil pertanian dan bahan mentah dapat dibawa dari kawasan pengeluaran ke pusat memproses atau ke
pelabuhan untuk dieksport ke luar Negara. Contoh : Hasil-hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit
dari kawasan KETENGAH dapat di angkut ke Pelabuhan Kuantan dengan cepat dan mudah.

(6)

Membawa Barangan Siap/ Hasil Pengeluaran Kilang Ke Pasaran.


Barangan siap diproses dan hasil keluaran kilang akan mudah dibawa dari kawasan pengeluaran ke
pasaran dan kepada pengguna di Bandar-bandar, pecan, luar Bandar dan kawasan pedalaman dengan
menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti lori kecil, lori panjang, van dll.
5.Kesan-kesan pembangunan ,perkembangan dan pembinaan jaringan sitem pengangkutan dan
perhubungan terhadap komponen alam sekitar fizikal berikut :

(1)

Kejadian hakisan dan tanah runtuh.


Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng
bukit. Ini disebabkan oleh proses pemotongan, penarahan, peneresan dan penebukan bukit untuk
membina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya. Proses ini menggangu kestabilan cerun dan
cenderung untuk tergelonsor atau runtuh ke bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah
runtuh ini banyak berlaku di sepanjang lebuh raya Utara Selatan.

(2)

Kejadian Tanah Mendap.


Kemungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah
paya untuk membina jalan raya. Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau
landasan kapal terbang. Keadaan ini boleh menimbulkan risiko tanah mendap sekiranya berlaku hujan
lebat yang berterusan.

(3)

Menggangu kawasan tadahan air.


Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada
pemusnahan hutan semulajadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya.
Contoh : Pembinaan lebuhraya Timur Barat. Walaupun kawasan yang terlibat adalah kecil tetapi
kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu.

(4)

Kemusnahan ekosistem hutan.


Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telah banyak merosakkan kawasan hutan.
Contoh : Pembinaan KLIA melibatkan kemusnahan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan
kerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat. Sesetengah sepsis kehilangan tempat tinggal dan
berhijrah ke tempat lain.

6.Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif pembangunan sistem pengangkutan dan


perhubungan terhadap alam sekitar fizikal / Penglestarian sektor pengangkutan dan
perhubungan di Malaysia.
i) Perundangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pelbagai undang-undang untuk mengurus alam sekitar
seperti:
(a) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel.
(b) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol.

(c) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

ii) Pengurusan
a. Kerajaan mengadakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan KL Monorel
untuk menggalakkan penduduk menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak seperti waktu
pergi kerja dan waktu lepas kerja.. Tujuannya adalah untuk mengurangkan keadaan kesesakan lalu
lintas dan pencemaran udara di kawasan bandar.
b. Selain itu pihak kerajaan juga menggalakkan penduduk yang memiliki kenderaan bermotor
memasang alat catalytic converter paad ekzos kereta mereka.
c. Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon
dioksida.
d. Pihak kerajaan mengadakan pengurusan trafik yang lebih efisien di kawasan yang mempunyai
kenderaan bermotor yang banyak seperti Kuala Lumpur.
e.Menanam rumput dicerun bukit yang telah dipotong dan membina longkang yang besar untuk
mengelakkan air hujan melonggarkan tanah.
iii) Kempen

a. Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkenderaan
menggunakan petrol tanpa plumbum.
b. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis juga mengadakan pelbagai kempen untuk
mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel.

Anda mungkin juga menyukai