Anda di halaman 1dari 8

Isu-Isu Pelaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling

Pengenalan
Pelaksanaan program adalah salah satu bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah. Program Bimbingan dan Kaunseling melibatkan aspek
akademik, vokasional, personal dan perkembangan sosial kanak-kanak dan remaja (American
School Counselor Association, 2003; Baker Campbell & Dahir, 1997; Dahir, 2001; Gladding,
1996; Green & Keys, 2001: Herr & Cramer, 1992: Hughey, 2001: Sears & Granelo, 2002;
Whiston & Sexton, 1998).
Terdapat beberapa ciri model program perkembangan yang telah dinyatakan di dalam
literatur kaunseling (Baker, 2000; McLaughlin, 1990). Antaranya melibatkan aspek berikut:
1. Peranan dan fungsi program bimbingan dan kaunseling kepada semua warga sekolah
2. Aktiviti dan tugas guru B&K di dalam program
3. Interaksi di antara ahli di dalam program.
Menurut Gybers dan Henderson (2000), program bimbingan dan kaunseling ini meliputi
tigaa aspek yang utama iaitu kesedaran, perkembangan kemahiran dan aplikasi. Aspk-aspek
ini mewakili proses melalui pembinaan kesedaran pelajar untuk memperolehi kemahiran
emosional dan sosial, memperkembangkan kemahiran kemahiran yang mereka perolehi dan
mengaplikasikan kemahiran tersebut di dalam tiga persekitaran umum (diri sendiri, sekolah
dan masyarakat).
Perkembangan pelajar telah dikonsepkan sebagai kesedaran, pembangunan kemahiran
dan aplikasi kemahiran emosional dan sosial;
a) Pembangunan keyakinan diri
b) Motivasi mencapai kejayaan
c) Kemahiran membuat keputusan, matlamat, merancang dan menyelesaikan
masalah
d) Keberkesanan interpersonal
e) Kemahiran komunikasi
f) Keberkesanan silang budaya
g) Tingkah laku tanggungjawab

Kajian Lepas
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah memainkan peranan penting dalam agenda
pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan
wawasan 2020. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu
mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik dalam usaha mencapai hasrat
memberikan perkhidmatan yang tragik.
Kajian lepas mendapat program bimbingan dan kaunseling sekolah wajar dijalankan
untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam program semenjak adanya penempatan
kaunselor sepenuh masa. Kajian ini dijalankan oleh Vasantha (2000) untuk melihat penilaian
guru terhadap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian ini melibatkan
114 orang guru dan menggunakan ujian t dan ANOVA untuk meninjau penilaian guru
mengikut jantina, kaum, tahap pendidikan dan pengalaman bekerja. Vasantha para guru
berperanan membantu kaunselor melaksanakan program dan aktiviti kaunseling untuk para
pelajar.
Kajian juga menunjukkan program bimbingan dan kaunseling memberikan kesan
yang efektif kepada pembangunan pelajar. Kajian ini telah dijalankan oleh Siti Aminah Ramli
(2009) yang bertujuan mengukur kesan program pengurusan diri terhadap tekanan dan
motivasi pelajar telah dijalankan ke atas 80 orang pelajar di sebuah sekolah di Rembau
Negeri Sembilan. Subjek diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan 40 orang
dan kumpulan kawalan 40 orang melalui teknik persampelan rawak berpasangan. Subjek
kumpulan rawatan dimasukkan ke dalam program 3 hari dan 2 malam. Data dikumpul
menggunakan dua borang soal selidik iaitu Inventori Tekanan-Kehidupan Pelajar dan
Inventori Motivasi Penyertaan. Data dianalisa dengan menggunakan ujian t dan pada nilai
aras kesignifikan 0.5. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa program yang dijalankan adalah
efektif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan motivasi pelajar sekolah menengah.
Selain itu, Latifah Ibrahim (2009) juga telah menjalankan satu kajian yang bertujuan
untuk mengukur kesan program motivasi bimbingan berasaskan modul Choice Theory
Reality Therapy terhadap daya tahan pelajar tingkatan empat yang berisiko di salah sebuah
sekolah di FELDA. Kajian ini telah dijalankan secara eksperimental ke atas 60 orang subjek
kajian tingkatan empat yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Keberkesanan rawatan diuji menggunakan Soal Selidik Daya Tahan secara pra dan pos-ujian.

Subjek diberkan rawatan menggunakan modul CTRT dalam jangka masa tiga hari. Data
kajian dianalisis menggunakan ujian t secara independent sample t-test dan paired sample ttest. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesan rawatan antara kelompok kawalan dan
kelompok rawatan. Aras kesignifikan kajian ditetapkan pada aras 0.05. keputusan kajian
menunjukkan program bimbingan berasaskan modul Choice Theory Reality Therapy didapati
berkesan kerana telah mencapai aras kesignifikan dalam meningkatkan daya tahan dalam
kalangan pelajar tingkatan empat yang berisiko dengan nilai p= 0.379 > 0.05. Dapatan kajian
secara diskriptif juga menunjukkan pendekatan program motivasi bimbingan berkesan dalam
meningkatkan min pra-ujian (108.50) dan min pos-ujian (146.10) kumpulan rawatan. Min
pos-ujian untuk sampel kumpulan rawatan dilihat lebih tinggi berbanding min pos-ujian
(114.50) kumpulan kawalan. Keadaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa
program motivasi bimbingan ini telah berjaya dalam usaha meningkatkan daya tahan pelajar
tingkatan 4 yang berisiko.
Selain daripada itu, pengendalian program bimbingan dan kaunseling dengan baik
dapat merangsang penerimaan yang positif daripada pelajar. Ini dibuktikan oleh kajian yang
dijalankan oleh Rokiah (2010) yang telah menjalankan kajian ke atas 100 orang penghuni di
sebuah pusat pemulihan dadah di mana pengkaji telah menjalankan kajian menggunakan satu
set soal selidik, sementara 14 orang telah diwawancara secara mendalam. Hasil kajian
mendapati keberhasilan sesebuah program pemulihan lebih banyak bergantung pada dua
faktor, iaitu penerimaan program dan kepuasan penghuni berbanding hubungan baik antara
penghuni dengan kakitangan am dan profesional semasa menjalani program. Perasaan
gembira dan minat penghuni terhadap sesebuah program pemulihan mencirikan penerimaan
dan kepuasan mereka secara keseluruhannya. Dalam hal ini yang sangat bermanfaat adalah
pengetahuan dan kemahiran khusus yang dipelajari, disamping keupayaan program
pemulihan membangkitkan kesedaran untuk penghuni menjalani kehidupan secara positif
setelah dibebaskan dari institusi pemulihan.
Justeru, perkhidmatan B&K perlu mempunyai pengurusan program yang mantap dan
sistematik dalam usaha mencapai hasrat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Hal ini
penting bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020
(Sapora Sipon, 2002).

Refleksi Diri
Salah satu syarat internship kaunseling adalah menjalankan program kaunseling. Oleh sebab
itu persediaan diri merupakan elemen yang sangat penting agar program-program dapat
dijalankan dengan sebaiknya termasuklah menyediakan modul-modul dan persediaan dari
segi mental dan fizikal. Tujuan program dilakukan adalah untuk melihat perkembangan
pelajar dari segi pembangunan keyakinan diri, motivasi mencapai kejayaan, kemahiran
membuat keputusan, matlamat, merancang dan menyelesaikan masalah, keberkesanan
interpersonal, kemahiran komunikasi, keberkesanan silang budaya dan tingkah laku
bertanggungjawab.
Sepanjang menjalani menjalankan aktiviti dan program adalah salah satu cara yang
meningkatkan perkembangan pelajar. Dalam usaha pelaksanaan program, saya juga
menghadapi sedikit masalah. Isu pertama yang saya hadapai adalah dari segi keyakinan diri
untuk melaksanakan program dengan berjaya. Apabila berhadapan dengan isu keyakinan diri
ini, saya mempunyai masalah bagaimana untuk berhadapan dengan program ini dalam
keadaan yang kurang bersedia. Hal ini disebabkan saya baru memulakan internship dan harus
mengikuti melaksanakan program untuk Majlis Mahasiswa Kolej Kolej Aminuddin Baki.
Sokongan dan dorongan daripada rakan sekerja sangat membantu mebina keyakinan saya.
Mesyuarat yang membentuk jawatankuasa dan penerangan tentang perincian program telah
membantu saya memahami dengan lebih jelas apa yang patut saya lakukan. Untuk membuat
sesuatu program berjalan dengan lancar, saya melakukan tanggungjawab dengan penuh
komited. Saya rasa bertuah kerana saya telah mempelajari sesuatu ilmu iaitu ilmu
pengurusan.
Isu yang kedua adalah dari segi kerjasama. Pada awalnya, saya susah memberikan
kerjasama dalam program kerana saya tidak mengenali semua orang. Namun dengan bantuan
semua kakitangan, saya mula mengenal ahli-ahli yang terlibat dalam program terutamanya
program Pemantapan Organisasi Majlis Mahasiswa Kolej dan Rakan Exco. Pada awalnya,
ahli-ahli MMK dan RE ini tidak mengenali saya dan kerjasama adalah kurang semasa
pengurusan sebelum program berlangsung. Namun, pada malam sebelum pergi ke Kem
Lambaian Danau, kami telah mengadakan aktiviti dan sesi bimbingan kelompok. Apabila
saling mengenali, kerjasama semakin terjalin antara satu dengan yang lain. Hal ini
memudahkan perjalanan program selama 3 hari 2 malam ini.

Isu yang ketiga adalah dari segi penambahbaikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Memandangkan saya selalu dijemput untuk menghadiri aktiviti pelajar di waktu malam untuk
membantu dan memberikan nasihat untuk aktiviti yang mereka lakukan. Saya perlu sentiasa
menambahbaik kemahiran-kemahiran yang ada. Walaupun, saya memberikan sedikit nasihat.
Namun apabila mengikuti aktiviti pelajar, saya berasa banyak kemahiran yang saya perolehi
daripada mereka secara tidak langsung. Atas sokongan pihak atasan untuk saya mengikuti
aktiviti-aktiviti ini, saya lebih banyak mempelajari dan sentiasa menambahbaik kebolehan
diri sendiri. Apa yang paling penting dalam pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling
ini adalah kesedaran tentang perkembangan sosial, akademik, vokasional dan personal.
Kesimpulan
Kesimpulannya, banyak halangan yang dihadapi dalam perlaksanaan program bimbingan dan
kaunseling. Seseorang kaunselor haruslah sentiasa kreatif dalam membuat sesuatu perkara.
Untuk perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling, kerjasama diperlukan daripada
semua pihak supaya program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar bagi
meningkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Rujukan
American School Counselor Association (2003). The ASCA national model: Aframework for
school
counseling programs. Professional school counseling, 6, 165-168.
Baker, S.B (2000). School counseling for the twenty-first century. Upper Saddle River, NJ:
Merril.
Campbell, C. A., & Dahir, C. A. (1997). The national standards for school counseling
programs.
Alexandria, VA: American School Counselor Association.
Dahir, C. A., (2001). The national standards for school counseling programs: Development
and
implementation. Profesional School Counseling, 4, 320-327.
Gladding, S. T. (1996). Counseling: A comprehensive profession (3rd ed.). Englewood Cliffs,
NJ:Merill.
Grant, J. A. (2005) How School counselors gain support to implement comprehensive
guidance and
counseling programs. Tesis ini tidak diterbitkan. University of San Diego). Diperolehi
daripada

http://seach.proquest.com/

docview/305367533?accountid=13155.(305367533)
Green, A., & Keys, S. (2001). Expanding the developemental school counseling paradigm:
Meeting the needs of 21st Century students. Professional School Counseling, 5. 84-96.
Herr, E. L., & Cramer, S. H. (1992). Career guidance and counseling through the lifespan:
Systematic approaches (4th ed.) New York: Harpur Collins Publishers.
Hughey, K. F., Lapan, R. T., & Gysbers, N. C. (1993). Evaluating a high school guidanceLanguage Arts career unit: A qualitative approach. The School Counselor, 41, 96-100.

Lapan, R. T (2001). Comprehensive guidance and counseling programs: Theory, policy,


practice, and reasearch. Profesional School Counseling, 4, v.
Latifah Ibrahim (2009). Kesan Program Motivasi Bimbingan Berasaskan Modul Choice
Theory Reality Therapy Terhadap Daya Tahan Pelajar Tingkatan Empat yang
Berisiko Di Salah Sebuah Sekolah Di Felda. Tesis Sarjana Muda yang Tidak
Diterbitkan. Tanjung Malim : UPSI.
Lukman Ibrahim (2005). Perkembangan Pola Keperluan Penyeliaan Guru-guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa di Sekolah-sekolah Menengah di Malaysia. Tesis
Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Tanjung Malim : UPSI.
Magnus, C. S. & Starr, M. F. (2000). How early is too early to begin life career planning?
The importance of the elementary school years. Journal of Career Development, 27,
89-101.
McLaughlin. (1990). Developing and implementing a developemental guidance program in a
small, one-counselor elementary school. The School Counselor, 37, 281-285.
Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad & Jamaludin Ramli (2007). Kaunseling &
Psikoterapi Teori, Teknik dan Amalan. Skudai: Penerbit UTM.
Rokiah Ismail (2010). Penyalahgunaan dadah. Journal of sciety and space issue 1 (31-49).
Sapora Sipon. (1998) Keras kerja bengkel pengurusan dan perkhidmatan kaunseling.
Diperolehi
Pada

April

1,

2014

daripada

http://ddmn.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2701/kaunselor%20Sepenuh%
20Masa%20Antara%20Dilema%20Dan%20Realiti.pdf?sequence=1
Sears, S. J., & Granello, D. H. (2002). School counseling now and in the future: A 278
reaction.
Profesional School Counseling, 5, 164-171.
Siti Aminah Ramli (2009). Kesan Program Pengurusan Diri Terhadap Tekanan Dan
Motivasi

Pelajar Sekolah Menengah. Thesis Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Tanjung
Malim: UPSI
Vasantha a/p A Subraniam (2000). Laporan penyelidikan yang dikemukakan kepada Fakulti
Pendidikan Unversiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan
Ijazah Sarjana Pendidikan.
Whiston, S. C., & Sexton, T. L. (1998). A review of school counseling outcome research:
Implications for practice. Journal of Counseling and Development, 76, 412-426.