Anda di halaman 1dari 1

4, Jalan Rumbia 18

Taman Daya
81100 Johor Bahru
Johor.
18 OKTOBER 2010
Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.
Saudari,
Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat sejahterah. Saya dan
keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan
semasa bercuti di kampung . Saya bercuti di kampung nenek yang terletak di Pontian pada cuti sekolah
yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk
membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam
dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi.
Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buahbuahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di
belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami
bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami.
Semasa kami hendak bertolak pulang ke Johor Bahru,nenek memberi kami banyak buah rambutan dan
durian untuk dibawa bersama. Saya memang berasa seronok bercuti di kampung nenek .
Bagaimana pula dengan Saudar? Saya berharap saudari dapat menceritakan pula tentang aktivitiaktiviti yang saudari laukan pada cuti sekolah yang lalu.
Setakat ini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.
Sekian terima kasih.

Sahabatmu,
Gan Li