Anda di halaman 1dari 32

1. Jenis-jenis tisu.

Tisu Epitelium
Tisu Otot
Tisu Saraf
Tisu Pengikat
2. (a)Tulang Panjang adalah
Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya.
Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalah klavikel, ulna,
metakarpus tibia, fibula dan femur.
Terbentuk daripada tulang rawan.
(b) Tulang Pendek
Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama.
Berkembang daripada tisu rawan.
Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki.

3. Jenis sendi sinovial.


Sendi satah/sendi melongsor
Sendi engsel
Sendi pangsi/sendi putar
Sendi ellipsoid
Sendi pelana
Sendi lesung/sendi soket
4. Maksud otot rangka dan contoh otot rangka.
Otot rangka ialah otot yang melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan
rangka.
Contoh otot rangka Otot articular, Sfinkter, Konstriktor.
5. Perbezaan antara sel darah dan cecair plasma darah.
Sel darah
Sel darah merah berfungsi untuk
mengangkut oksigen yang telah bergabung
dengan hemoglobin.

Plasma darah
Bertindak sebagai pengantara untuk
menyalurkan makanan, lemak,glukosa,
mineral dan asid amino ke tisu badan.

6. Ciri-ciri tisu otot.


Penguncupan
Berelastik
Lesu
Kesegaran otot
7. Fungsi darah.
Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh.
Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain.
Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit sel darah putih dan
penghasilan antibodi.
8. Fungsi empat jenis gigi.
Jenis Gigi
Gigi kacip
Gigi taring
Geraham kecil
Geraham besar

Fungsi
Untuk menggigit dan memotong.
Untuk mengoyak dan menikam.
Untuk mengoyak dan mengisar.
Untuk mengisar dan melumatkan makanan.

9. Perubahan yang berlaku dalam proses metabolisma.


Pembinaan (Anabolisme) - Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan.
Pengungkaian (Katabolisme) - Adalah proses untuk mengungkaikan lemak atau
glukos kepada karbon dioksida dan air.
10.

Peranan penting sistem kardiovaskular semasa sesuatu aktiviti fizikal dilakukan.


Menghantar oksigen kepada otot yang sedang bekerja.
Mengoksigenkan darah dengan menyalurkannya kembali ke paru-paru.
Mengangkut haba dari teras ke kulit.
Menghantar nutrien dan bahan bakar untuk tisu aktif.

11.

Ciri-ciri yang terdapat pada otot jantung.


Dibina daripada otot bebas.
Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi
jantung.

12.

Fungsi utama yang dilakukan hormon dalam sistem endokrin.


Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi
padunya di dalam tubuh badan.
Membantu tubuh dalam keadaan tertekan.
Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan pemakanan kepada
embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

13.

Perbezaan diatara sistem saraf somatik dengan sistem saraf autonomik.


Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa
maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka.
Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa
maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar.

14.

Faktor yang mempengaruhi fleksibiliti terhadap sistem rangka dan sendi.


Umur
Kurang aktif
Jantina
Jenis tubuh badan dan latihan kekuatan

15.

Fungsi sistem rangka dari segi anatomi dan fisiologi.


Perlindungan
Tulang adalah struktur yang keras dan padat
Penyokong
Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan
Stor Penyimpanan
Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral
seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak.
Pergerakan
Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang.
Penghasilan Sel Darah
Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan
menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

BAHAGIAN B
1. (a) Bahagian utama yang terdapat pada jantung.
Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma.
Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan
bertugas menerima darah.
Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana
tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.
(b) Sistem peredaran sistemik dan sistem peredaran pulmonari.
Peredaran Sistemik
ventrikel kiri - Aorta - arteri - kapilari - venul - Vena - vena kava inferior
dan vena kava superior - atrium jantung kanan.
Peredaran Pulmonari
ventrikel kanan vena - arteri pulmonari - arteri - arterial kapilari
vena pulmonari - atrium kiri - ventrikel kiri - aorta

2. (a) Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.


Sistem Saraf Pusat
Merupakan pusat kawalan seluruh sistem.
Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina.
Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor.
Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan
ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil.
Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk
merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.
Sistem Saraf Periferi
Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan
reseptor, otot dan kelenjar.
Terbahagi kepada dua, iaitu system aferen dan sistem eferen.
Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa
maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat.
Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa
maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

(b) Pergerakan impuls dalam tindakan terkawal.


Organ deria - Saraf deria - saraf tunjang - Saraf motor - Organ motor
(c) Batang otak, diensefalon, serebrum dan serebelum.
Batang Otak
Batang otak terletak di bahagian bawah kranium.
Komponen-komponen dalam batang otak adalah Medula Oblongata,
Pons, otak tengah.
Diensefalon
Terletak di antara otak tengah dan serebrum.
Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus.
Serebrum
Ia merupakan bahagian terbesar otak.
Terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Deria, Motor, Asosiasi.
Serebelum
Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka.
Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan
penetapan kedudukan tubuh.

3. (a)

(b) Fungsi kelenjar endokrin dan mengapa kelenjar pitutari dikatakan sebagai kelenjar
utama dalam sistem endokrin.
Mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan.
Membantu tubuh dalam keadaan.
Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
Pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus.
4. (a) Peringkat yang terdapat dalam proses pencernaan.
Kunyahan dan telanan
Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke
dalam mulut.
Penghadaman
Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus
kecil.
Usus kecil
Merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku.
Penyerapan
Selalunya bahan makanan akan diserap di bahagian usus kecil.

(b) Struktur yang terdapat dalam sistem pencernaan berserta dengan fungsinya.
Mulut
Lidah
Gigi
Kelenjar Air Liur
Tekak
Esofagus
Perut
Usus Kecil

5.

(a) struktur yang berlabel W, X, Y dan Z


W Ginjal
X Ureter
Y Pundi kencing
Z Uretra

(b) Struktur dan fungsi bahagian yang berlabel


Ginjal
Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk
seperti biji kacang hijau.
Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.
Ureter
Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal.
Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.
Pundi kencing
Adalah organ yang berotot dan berongga.
Berfungsi untuk menakung air kencing.
Uretra
Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing pada waktu
yang sesuai.
Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa.

6. Struktur jantung

(b) Proses kitaran darah dalam jantung.


Arteri
Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah
bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal.
Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang tebal untuk
menampung tekanan darah yang tinggi itu.
Kapilari
Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira.
Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah.
Venul
Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk
vena kecil yang dikenali sebagai venul.
Vena
Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil.
Bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung.

7. (a) Tugas lidah


Deria rasa
Pertuturan
Kunyah dan telan
Sentuhan
(b) Proses kimia yang dilalui oleh nasi di mulut dan diperut
Bahagian
Kalenjar
Rembesan
pH
Enzim
Perubahan
Salur
pencernaan
Mulut
Kalenjar air liur Air liur
6.5 6.8 Amilase air liaur
Kanji ->
(ptyalin)
maltosa
Perut
Kalenjar gaster Jus gaster a.5
HCI (bukan enzim) Pepsinogen ->
pepsin

8. (a) Komponen yang membawa kepada tindakan impuls yang membentuk lengkuk impuls.
Organ deria
Saraf deria
Saraf tunjang
Saraf motor
Organ motor
9. (a) Ciri-ciri sel pembeku yang berperanan menyembuhkan luka dengan cepat.
Saiz sel ini hanya daripada saiz sel darah merah.
Berbentuk cebisan-cebisan sel.
Tidak mempunyai nucleus.
Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan.
(b) Fungsi darah dalam badan manusia
Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh.
Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain.
Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit.
Sel darah putih dan penghasilan antibody.
Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah.

10.

Kesan latihan fizikal terhadap fisiologi system kardiovaskular .


Hipertrofi. Hipertrofi bermaksud penambahan saiz sel atau organ.

11.

Faktor yang menyebabkan tubuh badan kehilangan haba.


Perolakan
Pengaliran
Radiasi
Penyejatan

12.

Maksudkan proses metabolisma.


Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan.

1.
2.
3.

Sains anatomi dan fisiologi menunjukkan tentang organisasi struktur tubuh.


Organisasi struktur tubuh mengandungi kepala dan leher, badan dan anggota.
Tisu-tisu tubuh terbahagi kepada empat bahagian iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu
pengikat dan tisu saraf.
4. Usaha organisma mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu
badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) dalam sel
badan dikenali sebagai homeostasis.
5. Sistem rangka berfungsi sebagai perlindungan, penyokong, stor penyimpanan, pergerakan
dan penghasilan sel darah.
6. Struktur tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem
Havers.
7. Tulang boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu tulang panjang, tulang pendek,
tulang pipih, tulang tidak teratur (tidak simetri), tulang pneumatik dan tulang sesamoid.
8. Sistem sendi terbahagi kepada tiga iaitu sendi berserat (sinartrosis), sendi rawan dan sendi
sinovial.
9. Sendi berserat (sinartrosis) terbahagi kepada dua iaitu sendi sutur dan sendi sindesmosis.
10. Sendi rawan pula terbahagi kepada dua iaitu sendi rawan primer (sinkondrosis) dan sendi
rawan sekunder (simfisis).
11. Sementara itu sendi sinovial adalah sistem sendi yang terakhir. Sendi ini mempunyai ciri-

12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

ciri sendi sinovial seperti rawan artikular atau hialin, ligamen kapsul, kaviti sendi dan
membran sinovial.
Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi satah/sendi melongsor, sendi engsel, sendi
pangsi/sendi putar, sendi elipsoid, sendi pelana dan sendilesung/sendi soket.
Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot
melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran.
Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot jantung, otot licin dan otot rangka.
Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot
melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran.
Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel
otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 -100m lebar dan panjang sehingga mencapai 10cm.
Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang.
Otot rangka berfungsi sebagai agen penggerak, penetapan postur dan penghasilan haba.
Tindakan otot utama ialah sebagai penggerak utama, antagonis, penetap dan sinergistik.
Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah.
Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salur pembuluh darah.
Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigen dari paru-paru
dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu.

23. Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali
sebagai plasma dan sel darah.
24. Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia iaitu sel darah merah (eritrosit),
sel darah putih (lukosit) dan sel pembeku (trombosit).
25. Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan
peranan utama dalam peredaran darah.
26. Jantung mempunyai empat ruangan iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan
ventrikel kiri.
27. Jantung mempunyai tiga lapisan iaitu perikardium, miokardium, dan endokardium.
28. Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia dan jantung merupakan organ
yang yang utama dalam proses pengedaran darah.
29. Terdapat dua sistem peredaran darah iaitu sistem peredaran darah sistemik dan sistem
peredaran darah pulmonari.
30. Pembuluh darah terbahagi kepada empat iaitu arteri, kapilari, venol dan vena.
31. Vena terbahagi kepada tiga iaitu vena profondus, vena superfisial dan vena penghubung.
32. Sistem respiratori berfungsi menjalankan proses pernafasan dan ia terbahagi kepada dua
iaitu internal dan eksternal.
33. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks,
trakea, bronkus dan paru-paru.

34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.

Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf.


Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor.
Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar.
Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.
Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon.
Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.
Empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:
Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi
padunya di dalam tubuh badan.
Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma,
stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau.
Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada
embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.
42. Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid,
adrenal, pineal dan timus.

43. Sistem pencernaan mengandungi organ-organ yang bertanggungjawab menjalankan tugas


penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya boleh digunakan
oleh sel-sel tubuh.
44. Sistem pencernaan adalah terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir
di dubur.
45. Bahagian-bahagian yang terlibat untuk membina sistem pencernaan terdiri daripada
struktur-struktur berikut:
Mulut
Lidah
Gigi
Kelenjar air liur
Farinks (tekak)
Esofagus
Gaster (perut)
Usus kecil
Usus besar (kolon)
46. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke
dalam tubuh kita iaitu peringkat kunyahan dan telanan, penghadaman, penyerapan dan
pembuangan bahan makanan yang tidak hadam.

47. Sistem perkumuhan terdiri daripada empat organ iaitu sistem urinari, kulit tubuh, paru-paru
dan kolon.
48. Walau bagaimanapun, sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan
yang mengandungi toksik dan bahan asas.
49. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air
kencing).
50. Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan
mengekalkan hemeostasis.
51. Hemeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah.
52. Sistem urinari mengekalkan homestasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air
dan bahan larutan terpilih.
53. Organ-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundi kencing dan
satu uretra.
54. Kulit juga dikenali sebagai kutis dan salah satu fungsi tubuh sebagai agen pembuangan.
55. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit.
56. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.
57. Ginjal bertugas memproses urin sepanjang masa.
58. Kandungan di dalam urin adalah urea, garam mineral dan air.

59. Jumlah air yang kita minum dan jumlah peluh yang keluar mempengaruhi jumlah urin yang
kita keluarkan.
60. Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu keupayaan
melakukan kerja.
61. Kita boleh membahagikan tenaga kepada tenaga aerobik dan tenaga anaerobik.
62. Tenaga anaerobik terbahagi kepada dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid laktik.
63. Metabolisme adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam badan
berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan.
64. Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu badan.
65. Anabolisme ialah proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan.
66. Katabolisme pula ialah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukosa kepada karbon
dioksida dan air.
67. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat, protein dan lemak.
68. Istilah kadar metabolisme basal diguna untuk menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti
metabolisme.
69. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang.
70. Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis pakaian dan
jenis pekerjaan.

71. Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas dengan enzim
dalam air liur.
72. Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh badan. Ia akan
dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol dan asid lemak semasa di
dalam hati.
73. Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh
badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga,
suhu badan adalah pada takat 37
C.
74. Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu perolakan
(convection), pengaliran (conduction), radiasi (radiation), dan penyejatan (evaporation).
75. Reseptor termal dan efektor termal merupakan sistem regulasi termal.
76. Sistem tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aerobik dan system anaerobik.
77. Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik membekalkan
Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan oksigen adalah diperlukan.
78. Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan system aerobik, oksigen
adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana ianya akan
menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida.
79. Jenis-jenis aktiviti bercorak aerobik ialah aktiviti berjoging, lari ulang alik berterusan,
berbasikal, berenang dan berjalan pantas.

80. Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika system aerobik dilakukan
dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah tanpa oksigen.
81. Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau daripada
simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada penghasilan asid laktik.
82. Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan. Pengoksidaan glukos adalah tidak
lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik pada otot.
83. Seawal usia bayi yang baru dilahirkan dianggap hidup apabila mula menunjukkan tandatanda pergerakan anggota badan, tangisan dan pernafasan.
84. Dari peradaban Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aztek, jantung telah
dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan.
85. Dari segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugas untuk
mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel badan.
86. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah, darah dan saluran
pernafasan.
87. Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Jantung.
88. Hipertrofi bermaksud penambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi jantung dapat dilihat dari
dua ciri berikut iaitu saiz kaviti ventrikel dan ketebalan dinding ventrikel.

89. Atlet yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur
darah. Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam serat
otot.
90. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut:
Pengambilan Tenaga = Tenaga yang Digunakan + Tenaga Disimpan
91. Banyak kajian menyatakan bahawa latihan sederhana juga dapat meningkatkan HDL yang
bertindak sebagai lawan kepada LDL. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi di
samping dapat menambahkan kapasiti koronori arteri jantung dan membina kapilari dan
arteriol yang baru.
92. Latihan juga membantu enzim dalam darah dengan memecahkan darah beku clot iaitu
penyebab serangan jantung.
93. Setiap sel dalam tubuh manusia memerlukan oksigen untuk terus hidup. Tanpa oksigen,
sel-sel ini tidak boleh bergerak, membina, penghasilan semula dan menukar makanan
kepada tenaga.
94. Penilaian kemampuan kerja otot yang sebenar ialah kekuatan maksimumnya iaitu
kemampuan maksimum otot menghasilkan daya pada satu kontraksi otot yang disebut juga
muscle strength dan daya tahan otot yang dikenali juga sebagai muscle endurance.

95. Dalam suatu latihan otot, beban kerja diberikan dalam bentuk masa yang harus dilawan
atau dipindahkan oleh gaya kontraksi otot. Dengan memperhatikan besar beban (resistance
intensity) dan ulangan kontraksi otot (repetitions), pembebanan terhadap otot dapat diatur.
96. Secara umum, peningkatan kekuatan otot dapat dicapai dengan latihan beban besar untuk
kurang daripada enam kontraksi otot (higher resistances (high intensity) and lower
repetitions); sedangkan daya tahan otot meningkat pada latihan beban ringan untuk
kontraksi otot lebih daripada 20 kali (lower resistances and higher repetitions).
97. Melalui latihan, otot yang bekerja bagi menentang satu beban kerja yang mencabar secara
progresif bagi meningkatkan jisim otot dan kawasan crosssectional, dirujuk sebagai
hipertrofi.
98. Hipertrofi otot boleh didefinisikan sebagai pertumbuhan dan peningkatan bagi saiz sel-sel
otot.
99. Fleksibiliti boleh ditakrifkan sebagai julat pergerakan (ROM) suatu sendi. Bagi setiap
sendi, masing-masing mempunyai satu julat pergerakan ROM yang optimum untuk
penghasilan prestasi yang terbaik.
100. Sistem tenaga aerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan
daripada penggunaan oksigen.
101. Sistem tenaga anaerobik adalah sistem dalam badan di mana tenaga (ATP) dihasilkan
daripada sumber-sumber tidak oksida.

102. Jenis latihan ini amat penting bagi kalori. Dalam tempoh 30 minit gerak kerja tubuh boleh
membakar lebih 400kcal.
103. Karbohidrat menyediakan bahan api untuk digunakan sepanjang selang intensiti tinggi,
lemak turut dibakar sepanjang tempoh pemulihan aerobik intensiti rendah di antara selang
intensiti tinggi.
104. Sistem kardiovaskular memainkan lima peranan penting semasa sesuatu akiviti fizikal itu
dijalankan iaitu:
(i) Menghantar oksigen kepada otot yang sedang bekerja;
(ii) Mengoksigenkan darah dengan menyalurkannya kembali ke paruparu;
(iii) Mengangkut haba (hasil sampingan aktiviti) dari teras ke kulit;
(iv) Menghantar nutrien dan bahan bakar untuk tisu aktif; dan
(v) Mengangkut hormon-hormon.
105. Aspek yang sangat penting untuk kita ketahui dalam sistem kardiovaskular termasuklah
kadar degupan jantung (heart rate), jumlah strok (stroke volume), keluaran jantung (cardiac
output), aliran darah (blood flow), tekanan darah (blood pressure) dan darah (blood).
106. Metabolisme dalam bidang sains, merujuk kepada kadar kebolehan tubuh badan untuk
membakar kalori.

107. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi metabolisme. Antaranya, umur, tahap
aktiviti yang dilakukan, malah rembesan hormon tiroid yang tidak normal juga
mempengaruhi kadar metabolisme seseorang.
108. Pemilihan makanan juga mempengaruhi metabolisme seseorang. Jika diet anda adalah
rendah kandungan lemaknya, ia akan membawa kepada penghasilan hormon yang rendah
dan seterusnya menyebabkan metabolisme yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai