Anda di halaman 1dari 2

Binatang dalam Al-Quran

16 October 2009 by Kujie

Pagi tadi dengar kicau burung. Meriah bertasbih memuji nama Allah. Pernah dengar
bunyi burung taktibau? Kalau nak dengar klik sini [ sini ] . Dengan susah payahnya
untuk dapat merakam bunyi burung istimewa tersebut.
Pagi-pagi otak fresh, mula terfikir yang bukan-bukan. Saya mula membilang namanama binatang yang disebut di dalam al-Quran.
Antara haiwan yang banyak disebut di dalam al-Quran ialah burung.
Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai
sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.
Burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar
cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.
Burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikutpengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang
diinginkan di syurga.
Gajah - Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan
tentera bergajah.
Formatted: Font: (Default) Georgia, 12 pt,
Font color: Gray-60%

Penguin penghuni kutub

Unta pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus
direnungkan. Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan
kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum
air mendidih.
Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan
menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.

Keldai Kisah Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus
tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.
Kuda ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang
diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia .
Nabi Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam
ketenteraan negara.
Lembu disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim
telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat
datang untuk berjumpa dengannya .
Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.
Biri-biri Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang
berselisih mengenai biri-biri betina.
Babi Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama
mereka beruk dan babi.
Anjing haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan
Allah. Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran
Beruk telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan
dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.
Ular - disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat
Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.
Semut dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke
dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.
Ikan Kisah Nabi Musa Yunus ( terimakasih Iza yang email & Denaihati yang
betulkan fakta otak ingat lain, tangan taip lain ) ditelan ikan nun. Doa yang sangat
mujarab.
La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin
http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/binatang-dalam-al-quran.html

Anda mungkin juga menyukai