Anda di halaman 1dari 4

1.

1 PENGENALAN
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik
kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masingmasing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana
ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.
Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan
pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin
dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah
kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan
tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya.
Melalui permainan tradisional ini ianya mampu mengukuhkan hubungan masyarakat kita
yang berbilang bangsa dan tidak hanya sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi.
Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat
bermain bersama secara beramai-ramai. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang
muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan
menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri.
daripada

Senario ini jauh lebih baik

individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa

berinteraksi dengan orang lain.


Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu
generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi
kepada generasi, seperti peribahasa, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh
supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa
terhanyut oleh arus pemodenan globalisasi.

1.2 TUJUAN PERMAINAN TRADISIONAL


Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:
1. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa
lapang.

2. Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang
meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran
dalam menyelesaikan masalah.
3. Permainan

tradisional

seperti

permainan

wau

membolehkan

pemainnya

menggunakan kreativiti dalam membina wau.


4. Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina
kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
I.

Kekuatan kardiovaskular

II.

Kelenturan

III.

Daya tahan otot

IV.

Kekuatan otot

V.

Ketangkasan

VI.

Imbangan

VII.

Koordinasi

VIII.

Kuasa

IX.

Masa tindak balas

X.

Kelajuan

1.3 JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL


Oleh

kerana

permainan

tradisional

lahir

daripada

budaya

dan

sosiologi

masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak.


Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk
individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di
pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).
Individu

Kumpulan

Congkak

Konda kondi

Dam

Baling Selipar

Gasing

Galah panjang

Wau

Sorong kereta

Laga Ayam

Sepak raga bulatan

1.4 KATEGORI PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan tradisional dikategorikan kepada dua iaitu permainan anjung dan kumpulan:
Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
Permainan Anjung

Kawasan

permainan

ruangan

rumah

Permainan Kumpulan
di

dalam

contohnya

di

atau di kawasan lapang contohnya

anjung.

Tempat

di padang.
permainan

dileperan

simen atau lantai kayu.

Tempat

permainan

melibatkan

Melibatkan bilangan pemain yang


tidak ramai.

Tempat permainan di ruang tanah,


rumput atau simen.

kawasan yang tehad.

Kawasan permainan di luar rumah

Tempat

permainan

melibatkan

kawasan permainan yang luas.

Melibatkan pemain yang ramai


dan dalam kumpulan.

2.1 KERTAS KERJA MINI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL