Anda di halaman 1dari 16

ABSTRAK

Sekitar kawasan brickfield adalah berkeluasan kira-kira ……………….. yang mana merangkumi

gunatanah kediaman, komersial dan perdagangan serta pembangunan utamnya adalah hub transit

yang utama di kuala lumpur iaitu stesen kl sentral .

Stesen kl sentral merupakan pusat pengangkutan yang utama bagi menghubungkan rangkaian

system pengangkutan rel. sebelum kewujudan stesen kl sentral ini, kawasan tersebut adalah

depoh keretapi tanah melayu berhad (KTMB) .

Apabila sesuatu pembangunan dilakukan, maka akan terdapatlah kesan serta akibat positif

mahupun negetif kesan daripada aktiviti pembangunan terbabit.

Kawasan kajian akan memperlihatkan pertambahan dan kerancankan pembangunan yang

dilakukan. Bangunan-bangunan baru rancak dibina bagi memenuhi matlamat pembangunan serta

penawaran dan permintaan dimasa sekarang serta hadapan.

15
BAB 1

15
1.0 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN KAJIAN

Pembangunan merupakan satu proses yang penting dalam sesebuah Negara bagi

membolehkan Negara tersebut beroleh kemajuan dari segi ekonomi, pentadbiran dan social.

Pembangunan akan berubah dari semasa kesemasa dengan begitu cepat dan pesat. Pembangunan

yang pesat ini kerap berlaku di Bandar-bandar besar seperti pembangunan di kuala lumpur, johor

bahru dan geogtown. Pembangunan yang dibuat haruslan member manfaat kepada masyarakat

setempat yang mana kan memberikan peluang,kemudahan dan manfaat kepada tahap sosio

ekonominya.

Kajian yang dilakukan akan mengkaji bidang pembangunan gunatanah yang mana

melihat sejauh mana kesesuaian pembangunan disekitar kawasan brickfield untu dibangunkan

sebagai kawasan pembangunan berasaskan transit. Di dalam bab ini, akan menerangkan

berkenaan tentang lokasi kawasan kajian, fungsi dan jenis gunatanah yang terdapat serta

penentuan matlamat dan objektif kajian yang dilakukan.

15
1.2 PENYATAAN MASALAH

Pembangunan gunatanah di negara-negara sedang membangun sememangnya semakin

rancak dibangunkan ekoran permintaan dan penawaran pasaran selari dengan perkembangan

ekonomi negara. Di bandar-bandar besar seperti kuala lumpur umpamanya, pembangunan

gunatanah giat dilakukan dan menimbulkan pelbagai masalah dari segala aspek seperti

perancangan fizikal,sosial, alam sekitar dan sebagainya.

Masalah-masalah dalam perancangan bandar ini diatasi dengan pelbagai kaedah baru yang

diperkenalkan dalam perancangan bagi memperbaiki masalah ini. Perancangan berasaskan transit

umpamanya adalah salah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk mengintegrasikan

pembangunan gunatanah dan pengangkutan dalam satu kawasan.

Kawasan sekitar brickfield umpanya yang terletak berhampiran dengan pusat bandaraya

kuala lumpur yang sememangya mempunyai nilai hartanah yang tinggi ekoran pembangunan

yang sedang rancak berlaku disekelilingya. Kawasan Sekitar brickfield iaitu Jalan Tun

Sambanthan dan Jalan Travers dahulunya adalah sebuah kawasan perniagaan sederana dan kecil-

kecilan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti peniagaan runcit, restoran, bank, klinik dan

perkhidmatan. Rumah kedai ini terdiri daripada rumah kedai 4 tingkat dan 5 tingkat. Kediaman

pula terdiri daripada rumah teres dilapisan sekunder dan depoh keretapi tanah melayu (KTM),

namun kini telah berubah wajah kesan daripada arus pembangunan.

15
Pada tahun 1994 pembangunan kawasan ini kian giat dilakukan, yang mana bermatlamat

untuk diwujukan kawasan ini sebagai sebuah hub pegangkuatan awam yang utama di kuala

lumpur dan malaysia. Pembangunan gunatanah sekelilinya turut berubah yang mana

pembangunan padat berintensiti tinggi telah dibangunkan.

Kawasan sekitar brickfield telah mula membangun dan pada tahun 2001, hub pengangkutan

utama di kuala lumpur iaitu stesen kl setnral telah siap dan mula beroperasi. Projek

pembangunan yang dirancang ini telah dibangunkan mengikut fasa-fasa pembangunanya. Projek

ini merangkumi kawasan yang berkeluasan 28.8 hektar (71 ekar) yang mana menempatkan

bangunan pejabat, hotel, kondominium mewah, kompleks membeli belah, kawasan media dan

teknologi serta pembangunan pusat komersial pada masa hadapan.

Bangunan utama stesen kl sentral berfungsi sebagai stesen, terminal, atau pusat perhubungan

utama bagi sistem pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam yang yang dimaksudkan

adalah sistem pengangkutan rel atau transit yang moden, cekap,efisyen, serta mempunyai ciri-ciri

keselamatan yang canggih.

Sistem transit yang telah beroperasi di stesen kl sentral ini adalah keretapi tanah melayu

berhad (KTMB) , projek usahasama transit ringan automatik (PUTRA LRT), Kuala Lumpur

Monorel dan Transit Rel Ekspres (ERL). Sistem transit yang dibangunkan ini mampu memenuhi

permintaan penggunaanya dalam kapasiti penumpang yang tinggi. Di samping itu, penggunaan

sistem transit ini dapat mengelakkan kesesakan teruk yang berlaku di jalan raya.

15
Pembangunan kawasan brickfiel ini telah di zonkan dalam pelan dewan bandaraya kuala

lumpur sebagai zon perancangan transit. MRCB telah dilantik sebagai pengurus projek

pembangunan ini. Dengan ini, sejauh manakan penglibatan pihak berkuasa perancangan

tempatan iaitu dewan bandaraya kuala lumpur terlibat dalam pembangunan di kawasan sekitar

brickfield ini dan apakan peranan yang dimainkan oleh mereka.

Kawasan sekitar brickfield yang sememangnya menempatkan kawasan perdangangan,

institusi dan perumahan telah mula berubah sedikit demi sedikit ekoran pembangunan kl sentral.

Dengan ini mampukan keupayaan tanah disekitar kawasan kajian tersebut mampu menyokong

pembangunan bercampur yang berasakan transit. Dengan adanya pembangunan tersebut corak

pembangunan tanah turut berubah.

Pembangunan yang dirancang sememanya memberikan manfaat kepada masyarakat yang

mana membantu mengatasi malah mobiliti masyarakat kerana dapat mengelakkan kesesakan dan

memendekkan masa perjalanan yang diambil. Namun, apakah perspektif sebenar masyarakat

setempat dalam pembangunan yang dilakukan sekitar brickfield benar-benar memberikan

manfaat kepada mereka.

15
1.3 MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Kesesuaian pembangunan di sekitar kawasan KL Sentral

untuk dibangunkan sebagai kawasan pembangunan berasaskan transit.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Menilai peranan DBKL dalam pembangunan kawasan sekitar KL Sentral.

1.4.2 Mengkaji keupayaan tanah untuk dibangunkan sebagai pembangunan

yang berasaskan transit.

1.4.3 Mengkaji corak pembangunan tanah untuk pembangunan berasaskan

transit.

1.4.4 Menilai perspektif masyarakat setempat dalam pembangunan yang

dilakukan di sekitar kawasan KL Sentral.

1.4.5 Merumuskan hasil kajian samada kawasan sekitar KL sentral sesuai

dibangunkan menggunakan konsep pembangunan dikawasan transit.

15
1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian yang telah digariskan untuk melakukan penyelidikan dibahagiakn kepada tiga.

Skop kajian yang pertama ialah 400 meter sekeliling KL Sentral yang menjadiakan kl sentral

sebagai titik tumpu. Skop kajian yang kedua pula, gunatanah 2 KM sekeliling KL Sentral.

Manakala skop kajian yang ketiga pula adalah, melibatkan aspek yang dikaji.

Aspek yang dikaji yang pertama adalah, peranan pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL.

Aspek kedua pula adalah keupayaan tanah dan yang ketiga pula adalah tren pembangunan yang

berlaku. Aspek kajian yang terakhir pula adalah menilai perspektif masyarakat.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil daripadab kajian yang dijalankan ini dapat menentukan kesesuaian pembangunan di

sekitar kawan brickfield ini sesuai untuk dibangunkan sebagai pembangunan yang berasaskan

transit. Kajian ini juga dapat menunjukkan gambaran dengan jelas keupayaan tanah sekitar

brckfield ini menampung konsep pembangunan ini yang turut melibatkan corak pembangunan

tanah kawasan tersebut. Disamping itu kajian ini amat berguna untuk dewan bandaraya kuala

lumpur dan pengurus projek pembangunan ini iaitu MRCB untuk mengetahui perspektif dan

pandangan masyrakat setempat dalam pembangunan yang sedang dilakukan ini.

15
1.6 RINGKASAN KANDUNGAN

15
BAB 2

15
2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

2.2 DEFINISI

2.2.1 DEFINISI PEMBANGUNAN

Pembangunan ialah suatu proses kemajuan daripada mundur kepada moden, daripada

kehidupan masyarakat yang kompleks dan daripada buruk kepada yang baik(Munck, 1994).

Dengan ini dapatlah difahami bahawa pembangunan adalah satu proses yang berkesinambungan

dimana setiap masyarakat semestinya mahukan kehidupan yangs sempurna dan semakin baik.

Apabila masyarakat semakin maju, maka lebih banyak pembangunan moden dan kompleks

dengan konsep-konsep pembangunan baru boleh diimplimentasikan dalam pembangunan sesuatu

kawasan.

Jan Nederveen (2001), menyatakan bahawa pembangunan meupakan pertumbuhan

ekonomi , pekembangan sains dan teknologi di mana pembangunan dimulai dengan kerja-kerja

infrakstruktur seperti jalanraya, landasan keretapi serta pelabuhan kepada polisi-polisi didalam

sector industri, polisi-polisi ekonomi baru dan pengurusan permintaan dalam prinsip

“Keynesian”. Pengertian yang lebih mudah difahami adalah kemajuan sains dan teknologi akan

mempengaruhi corak pembangunan yang akan dibangunkan. Kemajuan sains dan teknologi yang

tinggi akan membina pembangunan yang kompleks dan praktikal untuk kegunaan masyarakat

yang semakin maju dan berdaya saing.

Menurut akta perancangan Bandar dan desa (1976), pembangunan bererti manjalankan

apa-apa kerja pembangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja

15
bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya

pada atas, di sebelah atau di bawah tanah, membuat sesuatu perubahan matan tentang

penggunaan sesuatu tanah, bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya atau memecah

sempadan ataumencantumkan tanah. Ini jelas menunjukkan sebarang aktiviti yang dijalankan

diatas atau dibawah tanah adalah suatu pembangunan.

2.2.2 DEFINISI GUNATANAH

15
2.2.3 DEFINISI PEMBANGUNAN BERSASKAN TRANSIT

“Transit Oriented Development”(TOD) adalah salah satu konsep pembangunan dikawasan

hentian pengangkutan yang mana konsep ini jarang digunapakai dalam perancangan

pembangunan dimalaysia. Kl sentral bolehlah dikatakan mengunakan konsep ini dalam proses

pembangunannya. TOD adalah konsep pembangunan manakala TPZ adalah pengezonan yang

mana diperkenalkan dalam rancangan struktur kuala lumpur 2020.

Melalui draf rancangan kuala lumpur 2020, Dewan bandaraya kuala lumpur (DBKL) telah

memperkenalkan zon perancangan transit didalam hala tuju pembangunanya. Zon Perancangan

Transit (TPZ) merujuk kepada kawasan yang terletak dalam lingkungan 400m dari stesen transit

iaitu stesen transit rel ringan (LRT), komuter KTM, monorel atau bas rapid transit. Pembangunan

yang intensif akan digalakkan dalam kawasan ini untuk menyediakan pengangkutan awam yang

selesa kepada lebih ramai penduduk di samping menyokong penggunaan sistem transit.

Objektif utama pembangunan Zon perancangan transit (TPZ) adalah untuk meningkatkan dan

meyokong sistem pengangkutan bandar sebagai sebahagian infrastruktur dan rangkaian

pengangkutan awam di bandar raya dengan melaksanakan pendekatan yang lebih mampan

dalam perancangan perbandaran. Mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan

15
pembangunan infrastruktur pengangkutan yang menggalakkan pembangunan kegunaan tanah

yang menyokong transit di sekitar stesen transit serta persekitaran berjalan kaki yang selamat

dalam TPZ.

Pembanguan TPZ ini akan memberi peluang kepada DBKL dalam membangunkan kawasan

sekitar dan perkembangan pengangkutan awam yang tinggi di kawasan TPZ. Setiap negara yang

membangun akan mengalami masalah kesesakan jalan raya, langkah yang diambil oleh DBKL

dengan memperkenalkan TPZ dilihat dapat menangani masalah kesesakan yang kian meruncing.

Konsep pembangunan seperti ini juga akan memudahkan penduduk dikawasan tersebut kerana

segala kelengkapan berdekatan dengan mereka seperti kediaman, pejabat, pusat beli belah dan

sebagainya disatu kawasan serta kemudahan pengangkutan awam.

Setiap negara yang membangun akan mengalami masalah yang sama iaitu kesesakan jalan

raya, maka pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani pelbagai

permasalahan ini seperti pembinaan lebuh raya baru, terowong-terowong dan pengawalan aliran

trafik. Pembangunan yang berasaskan perancangan pengangkutan ini dilihat dapat mengatasi

masalah kesesakan yang melanda bandar-bandar.

Pengubahan mod pengangkutan ini bukan sahaja membantu meperbaiki alam sekitar,

mengurangkan kesesakan bahkan dapat menyahut seruan kerajaan dengan mengamalkan gaya

hidup sehat dengan berjalan ke hentian aliran ringan. Namun disebalik pembangunan yang

sedang rancak dibangunkan ini telah memberikan peluang dan pelbagai kesan kepada penduduk

sekitar kawasan tersebut. Pembangunan berasaskan transit ini haruslah dilihat daripada sudut

15
pembangunan mampan, yang mana menjurus kepada golongan apa dan siapa serta tujuan

pembangunan ini dibangunkan.

15
2.2.4 KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Faradihana pairan (2005), menjalankan kajian kesan pembangunan kl sentral terhadap nilai sewa

tanah komersial di kawasan sekitar. Kajian yang dilakukan ini adalah untu melihat nilai pasaran

hartanah kesan daripada pembinaan kl sentral serta menilai faktor-faktor yang mempengaruhi

nilai hartanah dikawasa terbabit.

15