Anda di halaman 1dari 20

2.

0 KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting. Aktiviti ini
dijalankan atau dilakukan pada peringkat kanak-kanak dan juga pada
peringkat orang dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran mendengar. Hasil daripada kajian itu, beliau
merumuskan bahawa dalam keadaan manusia sedar, 45% digunakan untuk
mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini
menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi.
Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar
bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-
guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti.
Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya dilakukan secara kuliah
dan pensyarah tidak banyak memberi peluang kepada mahasiswa untuk
mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini menggambarkan betapa perlunya
seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika sesi kuliah
sedang berjalan.
Anderson et al.(1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada
kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker
(1971 : I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di
universiti adalah antara 50% hingga 100%.

2.1 KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR


 Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga
sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula
melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan
dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang
memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai.

12
 Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang
melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu
proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

 Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan


mendengar secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar
kerana daripada situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka
para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat
merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum
dalam proses pembelajaran.

 Mendengar
adalah perbuatan yang menggunakan organ bersama-sama dengan saraf
pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya
proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

 Devine (1981)
menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan
sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi
yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

 Dakin
(1980:31) .......listening is one half of the process of communication.

 Kemahiran
mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran.
Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi yang hampir
sama. Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

13
 Kemahiran
mendengar merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan
diingati.

 Kemahiran
mendengar melatih seseorang individu untuk mendengar, mengenal bunyi
bahasa, urutan seterusnya berupaya untuk memahami.

 Kemahiran
mendengar melatih seseorang untuk mendengar sekaligus mamahami
pertuturan penutur dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat
menjadikan komunikasi berlaku dengan berkesan.

2.2 TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah :

 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan


pengetahuan. Contohnya seperti mendengar ceramah untuk mendapatkan
pengetahuan.

 Untuk menghayati keindahan


bahasa dan muzik. Misalnya dalam puisi. Bahasa yang digunakan begitu
puitis, dengan itu pendengar dapat menghayatinya melalui proses
pendengaran yang baik. Manakala mendengar untuk tujuan menghayati
keindahan muzik pula bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu yang
didendangkan.

 Untuk mengetahui keadaan


semasa. Tujuan ini amat penting supaya kita tidak ketinggalan daripada
14
mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Kita dapat
mendengar perkembangan semasa ini melalui media elektronik seperti radio
dan televisyen.

 Untuk mendengar penjelasan


guru tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting bagi pelajar dan penuntut-
penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka perlu mendengar dengan teliti
setiap input yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah seperti penerangan
tugasan mahupun ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku.

2.3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.


Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria
pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini
berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam
dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat
pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan
kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan,
misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah
kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang
sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang
keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli
keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang
keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang
terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap apa yang didengar.

15
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar
biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi
bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran
mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu
yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk
mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi
kecekapan mereka mendengar.

2.4 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar.


Halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang
tidak dapat dielakkan.
Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah
kekeliruan dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai
kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang
didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar.
Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat
memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung
dalam ayat.
Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang
didengar. Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini
akan menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut.
Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan
penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk
kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang
didengar dengan makna keseluruhan ayat.
Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat.
Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar.
Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan
kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru

16
supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang
kawan mereka yang tidak datang ke sekolah.
Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat.
Pertuturan yang terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar
untuk mentafsirkan makna dan maklumat yang hendak disampaikan.
Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami
sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan
juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan
intonasi. Penggunaan ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa
pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah
satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan bahasa Melayu
baku ketika bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru
wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan
masalah kemahiran mendengar. Antara perancangan yang harus dibuat
ialah pemilihan bahan.

2.5 PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR

Proses mendengar (hearing) ialah satu proses fisiologi yang melibatkan


telinga sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga
merupakan alat asas dalam proses mendengar, proses memahami
pendengaran (listening) pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti
pengamatan (perception), kecerdasan (intelligence) dan pemikiran (thinking).
Selain itu, kefahaman mendengar (listening comprehension) juga akan
dipengaruhi oleh minat dan tumpuan (concentration) yang ada pada
seseorang pendengar.
Sebagaimana Assuming that a speaker is making an effort to be heard
and understood, it is the responsibility of the listener to receive the
communicator’s message. Listening requires us to concentrate very hard on
what is being said. Unlike reading, in which we can go over a passage

17
several times if needed in order to understand it, listening has no built-in
switch. Unless we are using a tape recorder, we cannot play yang kita
semua sedia maklum, proses mendengar dan memahami secara berkesan
bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana proses tersebut
memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada
pendengar. Menurut Hunt (1981 : 20) :

back what the speaker has said. Therefore, we must listen well to the
message as it is being presented.

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu


mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai
makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi.
Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar
bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu.
Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada
peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang
sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu dapat didengar secara keseluruhan. Proses ini hanya
ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera
yang normal.
Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi
yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi
tersebut didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada
penutur, pendengar akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan
deretan bunyi yang didengar olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan
menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang
dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berulangkali
dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna
beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan
makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam

18
bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi
lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi
lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya.
Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan mengerti maksud
setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh memahami
malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya.
Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini
hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang
terdahulu iaitu mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan
menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar
hendak membuat rumusan dan keputusan. Pendengar akan bertindak untuk
melakukan sesuatu yang wajar setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi
bahasa dilafazkan.

2.6 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR


Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua iaitu mendengar
secara intensif dan mendengar secara ekstensif.

MENDENGAR SECARA INTENSIF


Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang
biasanya dilakukan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar
secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama
menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna
secara terperinci. Jenis yang kedua pula menekankan kepada latihan
mendengar bahasa yang dituturkan.

1. Latihan Berpusatkan Kepada Kefahaman Makna


Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh
dijalankan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah :

I. Mendengar arahan

19
Murid-murid atau para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak
balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru
besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid
yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang
didengarnya itu dengan cepat dan dapat bertindak terhadapnya dengan
segera. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas
secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan
melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan sesebuah bandar pada
peta dan lain-lain.
II. Menjawab soalan kefahaman
Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta
mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut
kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan
yang diberi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya
ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan
sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential
dan memberi komen.

III. Mendengar untuk mendapatkan maklumat


Dalam latihan ini perhatian murid-murid lebih ditumpukan kepada bahagian-
bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik
untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang
berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang
boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang
rahsia kejayaan pelajar cemerlang, mendengar daripada seorang jurujual
mengenai sebuah kereta yang akan dibeli dan mendengar arahan serta
teknik-teknik yang diberikan oleh seorang jurulatih bola sepak serta
mendengar dan mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh orang tertentu dalam seminggu.

IV. Membuat ringkasan

20
Murid-murid mendengar petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang
apa yang didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakan
terlebih dahulu. Murid-murid diminta mencatat isi-isi penting ketika mendengar
sesuatu petikan. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk
laporan bertulis.

V. Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang
dengan rakan-rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada
mulanya, mereka diminta untuk mendengar masalah itu dengan teliti.
Kemudian, merka perlu memahami maksudnya dan mencari punca masalah
tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta untuk membuat cadangan
mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kadangkala,
murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk
rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya “50 Tahun Malaysia Merdeka,
Terbilangkah Kita?”. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran
mendengar secara intensif.

2. Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan


Setelah murid-murid memahami dan boleh membuat andaian terhadap apa
yang didengarnya, guru boleh meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu
peringkat memperincikan bahasa. Pada peringkat awal atau permulaan,
murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa
yang belum dipermudahkan. Tujuannya adalah untuk meberitahu mereka
bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa
walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami apa yang diperkatakan.
Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap
pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar
pelbagai bentuk bahasa.
Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan
bahasa itu digunakan, guru juga boleh membimbing murid-murid mereka
untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam bahasa ketika

21
bahasa itu dituturkan. Guru boleh menarik perhatian perhatian murid-murid
kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,
intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur. Kesalahan-
kesalahan seperti ini secra tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran
bahasa lisan murid-murid.

MENDENGAR SECARA EKSTENSIF


Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah
murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif.
Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan
bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan
struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara
ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran
mendengar yang telah sedia diperoleh.

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis. Antaranya ialah :

a) Mendengar Secara Pasif


Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling
rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya
menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu
pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-
jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebut semula perkara-
perkara yang didengar itu.
Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar
secara pasif. Antaranya ialah mungkin kerana bahan yang diperdengarkan
itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk
difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau

22
Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa
kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar
secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu
mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam
sesuatu pertuturan. Mereka tidak biasa mendengar dan bertutur atau
berkomunikasi dalam bahasa itu.

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas


Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi
tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si
pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si
pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-
kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tidak memberi
sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.

d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk


Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya
menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya
untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar bagi pelajar
yang menuturkan bahasa itu masih rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam
kalangan pelahar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti
bahawa mereka berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri,
walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat
yang masih lemah.

e) Mendengar Dengan Beremosi


Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam
bahasa yang dituturkannya. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan
sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh
mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

23
f) Mendengar Secara Berhati-hati
Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara
bersungguh-sungguh. Si pendengar harus menumpukan pendengarannya
terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat
di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap
ujaran yang dilafazkan adalah untuk menentukan supaya setiap butir
perkataan yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul.

g) Mendengar Secara Kritikal


Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat
menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini,
kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi.
Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.

h) Mendengar Dengan Pengamatan


Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar
yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan
lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman
si pendengar. Hal ini membawa makna si pendengar akan lebih mudah
memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada
pertalian dengan pengalamannya.

I) Mendengar Secara Kreatif


Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi
dan menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar.
Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk
mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu
pertuturan. Hal ini membawa maksud ia dapat memahami ujaran-ujaran
yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat
interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta
jitu.

24
Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti
mendengar secara kritis dan logik. Murid-murid boleh menggunakan buah
fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu.
Kemungkinan besar murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang
didengarnya atau melengkapkan sebuah cerita atau mungkin juga mencari isi
penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti
ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang baik mengenai
sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik dengan
mengeluarkan huja-hujah yang bernas.

2.7 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan,


kemahiran pertengahan dan kemahiran peringkat maju.

KEMAHIRAN PERMULAAN

Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah


mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang
indah, mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata,
mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh,
menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang
mudah, memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat
yang mudah secara tepat.

KEMAHIRAN PERTENGAHAN
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran
mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal
maklumat khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat,

25
mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal
sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya.

KEMAHIRAN PERINGKAT MAJU


Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting,
mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang
didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan
tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.

2.8 PEMILIHAN BAHAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran


mendengar dalam kalangan murid-murid terutamanya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung amatlah penting.
Pemilihan bahan yang sesuai akan merangsang pendengaran murid untuk
mendengar secara ekstensif.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran
ialah penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media
elektronik yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh
membantu proses ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau
maklumat penting yang berkaitan dengan isi pembelajaran. Mendengar dan
melihat boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam menghubungkannya
dengan makna dan isi.
Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan
pembelajaran yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan
berbentuk prosa sama ada prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan
berbentuk puisi dan menggunakan bahan grafik seperti kad-kad bergambar.

26
2.9 AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR
Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid
telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam
kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau
meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar.
Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut
perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar
dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali.
Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali,
lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan
yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran
mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru.
Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para
pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama
sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan
tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh-
contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah
dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan
tulang temulang di atas belulang.
Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid
diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang
mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru
menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar
berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga
perkataan. Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah
gambar yang sesuai.
Soalan 1 :
A = buku
B = kuku
C = duku

27
Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak
balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji
pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya
bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan ,
antaranya ialah :
I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas
yang lebih lama.
III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

2.10 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah


pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid,
mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah
pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah
kaedah permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal
jawab.

Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh


digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam
permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga
banyak menggunakan kemahiran mendengar para pelajar. Hal ini kerana

28
kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru yang memerlukan
kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur,
membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan


kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan
Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat
dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar,
menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran,
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai
alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang


sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita
merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah
ini juga memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau
yang akan disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini
juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan
menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat


permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara
memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat
pelajar untuk mendengar.

Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik


bercerita ialah memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan
minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang

29
hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolah-
olah berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang
selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau
alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-
ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan
juga perlu disediakan.

Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui


Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini
setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-
sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah
supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman
pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil
bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan
soalan-soalan secara teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang
baru.

Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu


terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan
dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti
pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar
dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai
pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus
memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar.

Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah
pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang
paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.

30
Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar pelajar.

Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-


soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta
memerlukan ketajaman mendengar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah
untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar
menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta meningkatkan
kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang dan bermutu
dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

31

Anda mungkin juga menyukai