Anda di halaman 1dari 3

http://staff.iiu.edu.my/mascitah/frasa.

doc
FRASA

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan


yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan
perkataan. Contohnya:

Buku tebal itu / sudah hilang.

Inti frasa

Binaan Frasa

Terbahagi kepada 4 jenis:


♣ Frasa Nama (FN)
♣ Frasa Kerja (FK)
♣ Frasa Adjektif (FA)
♣ Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa Nama

Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai
kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri
daripada:
a) Inti + Penerang
i. Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayu, budak perempuan, gelang kaki, bilik
mesyuarat
ii. Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung
b) Inti + Inti
Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk,
teruna dara
Frasa Kerja

Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif
(dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
♣ Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang
pertama).
♣ Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek
yang kedua).

a) FK Tanpa Objek
i. FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
ii. FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)
Contoh: Ali berada di dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi
b) FK Dengan Objek
i. FK dengan satu objek
Contoh: Saya menjawab surat itu
Penumpang itu menaiki feri
ii. FK dengan dua objek
Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan untuk kami

Frasa Adjektif

Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:


a) FA sebagai predikat
Contoh: Suara penyanyi itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan
b) FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh: Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju
c) FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh: Nasi lemak masakan popular
Usman Awanag Pensyair Agung
Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
i. Penguat Hadapan: paling, terlalu
Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
ii. Penguat Belakang: sekali, benar, nian
Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
iii. Penguat Bebas: amat, sungguh
Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani
sungguh
Frasa Sendi Nama

Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara
binaan FS:
a) Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah
daripada kayu jati
b) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela
dari dalam hatinya
c) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
d) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan