Anda di halaman 1dari 3

http://mystudentsportal.blogspot.

com/2008/06/keutuhan-sebuah-wacana-bagi-
menentukan.html

Keutuhan wacana:

- bagi menentukan sesebuah wacana itu berkualiti atau tidak

- dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wavana daripada segi


semantik, leksikal, gramatikal dan fonologi

1. Hubungan dari segi aspek semantik:

-jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan
lain

a. hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas . Dia bodoh

b. hubungan sebab dan hasil : Ali rajin bekerja. Dia kaya

c. hubungan sebab dan tujuan: Hasan berpakaian kemas. Dia mahu memikat Aminah

d. hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.

e. hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sunggu enak didengar. Sebenarnya M.
Nasir yang menciptanya

f. hubungan perbandingan: Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik lagi.

g. hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Saya letih, jadi saya
hendak tidur.

h. hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung
pipit dan hidung mancung.

2. Hubungan dari aspek fonologi:

- dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan
hubungan semantik di antara bahagian wacana
- intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur
ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman

a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)

b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

3. Hubungan dari segi leksikal

- berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara

b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan
pelajaran ke universiti

c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga
tersebut.

d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana
mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

4. Hubungan dari segi tatabahasa.

- wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

- dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan
perenggan yang lain.

i. berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain,
sebaliknya dll

ii. berfugsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana, dengan
dll
ii. berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada
masa, ketika itu dll

b. kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau
manusia

i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dll

c. peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu


maklumat daripada penyataan yang diberika

contoh: Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan
perlahan.

Anda mungkin juga menyukai