1
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan
Tandatangan : ……………………………………………………..............
2
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan izinnya dapat juga
saya menyiapkan kerja kursus Kompetensi Kecergasan Emosi (KKE). Di sini
saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah
saya kerana sering memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Diharap segala maklumat yang telah saya perolehi dapat saya gunakan
sebaik-baiknya samada untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya menjadi
guru kelak.
3
PENGENALAN
4
sahaja diasaskan kepada kecergasaan intelektual ( IQ ) tetapi yang lebih penting
ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam
keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu , termasuk aspek
kesihatan dan sosial.
5
1.0 EKSPRESI WAJAH
NO GAMBARAJAH HURAIAN
1
BOSAN
GEMBIRA
BERSERABUT
MELOYAKAN
MARAH
MENGENANGKAN
TENANG
6
8
TERKEJUT
BERFIKIR
10
GELISAH
11
SUKA
12
TENANG
13
MENERIMA
14
DENGKI
7
15
BERSEMANGAT
16
TERUJA
17
TERPEGUNG
18
KASIH SAYANG
19
TEKUN
20
BERSIMPATI
8
TAKDIR
Pak Din merasakan dirinya tidak bermaya lagi. la juga merasakan seperti
mahu pitam. Fikirannya berrkecamuk. la terjelapak di bendul pintu bila berita
buruk disampaikan kepadanya dengan isak tangis oleh isterinya. Beberapa
orang kampung telah berada di situ.
Masakan tidak berkeadaan begitu. Pak Din baharu sahaja pulang dari
menunaikan tarawikh di masjid tepi jalan besar. Sekarang ia merasakan dirinya
seperti sedang bermimpi. la tidak percaya kerana semasa berbuka puasa Azura
anak perempuannya yang berrusia kira-kira tujuh tahun itu ada bersama ...
dan ... dan sekarang dikatakan Azura sudah tiada.
"Macam mana aku hendak percaya, Asma ... bukannkah maghrib tadi ia
ada bersama kita . . . " Pak Din cuba melahirkan hatinya.
9
lekor, sekali pun di daerah ini tidak dipasang lampuulampu minyak tanah, tetapi
rumah-rumah yang ada elektrik ada juga yang menerangkan rumah-rumah
mereka dengan lampu warna-warni. Tentu anaknya ingin melihat.
Dan berita yang diterima dari salah seorang ahli keluarganya amatlah
mengharukan Asma dan anak sulungnya Atiah. 'Mengapa di ketika ini Kau
mengambillnya, Tuhan?' tanya Asma tidak sabar.
Allah jua yang Maha Mengetahui. Tiada siapa yang dapat menahan
kehendakNya. Bersabarlah Din," nasihat ayahnya yang kehilangan cucu. la
sudah banyak kali kehilangan ahli keluarga kerana kematian. lsterinya sudah
mati. Anak sulungnya juga sudah mati. lbunya dah mati. Abangnya pun dah mati.
lni cucunya pula mati. Tiada guna lagi ditangisi. Memadai dengan berbanyak
sabar dan menerima hakikat hidup yang jodohnya mati.
Bagi Pak Din ia masih tidak dapat hendak melupakan peristiwa itu. Bukan
jauh sangat dari masjid ia bertarawikh itu. mungkin sedang bertarawikh kejadian
itu berlaku. Dan ia pulang memang tidak ikut jalan itu. la amat sedih kerana di
tengah-tengah kesibukan menyambut Aidilfitri, Azura pergi tidak meninggalkan
pesan. Pakaian dan sepatu baharu Azura yang dipilih sendiri oleh Azura
10
membuat Pak Akob terus menitiskan air mata. Ia sedar dirinya miskin, tetapi ia
bekerja keras dan jujur untuk mendapatkan rezeki yang halal bagi anak
isterrinya. Ia mahu melihat anak-anaknya berhari raya sepertl anak-anak orang
lain juga, biar pun dengan sepasang baju seorang sahaja.
Pak Din juga teringat yang ia akan membawa isteri dan anak-anaknya
dengan beca pada subuh raya ke rumah ayahnya untuk berhari raya. Kemudian
ia akan membawa mereka ke masjid untuk bertakbir dan bersembahyang raya.
Dan seterusnya menziarahi sanak saudara yang berhampiran.
Pak Din terus terkenangkan nasibnya yang sudah beberapa kali malang.
Bagaimana becanya dicuri penyeludup beras dan kemudian melemparkannya ke
dalam tali air. la juga pernah dilanggar dari belakang oleh kereta dan ia terpaksa
dirawat di hospital hampir sebulan. Rumahnya pernah dibanjiri sampai habis mati
ayam itik ternakan. Namun ia tetap sabar dan membina kembali kehidupan
keluarganya. Dan yang paling akhir bencana menimpa keluarganya ialah bila
rumah mereka dijilat api. Mujurlah tidak ada yang cedera, tetapi keluarganya
tinggal sehelai sepinggang sahaja. Punca kebakaran itu ialah kerana
pembahagian tanah. Tetapi yang membakarnya tidak dapat dihukum kerana ia
seorang yang tidak sihat akalnya, dan ia pula sepupu isterinya. Tempatnya tidak
di penjara tetapi ia dihantar ke Hospital Bahagia.
11
pusara Azura. Semua murid dan guru dari sekolah Azura belajar turut mengiringi
jenazah ke pusara. Dan yang paling sedih di situ, selain dari ibu bapanya ialah
Cikgu Azizah, guru Azura.
Baru kelmarin saya terima kad raya darinya meminta maaf dan ampun
dari saya ... dan ia juga menjemput saya ke rumahnya. la baik dan pandai,
makcik ... " tersedu hiba, dan air mata terus membasahi sapu tangan.
Pak Din tahu anaknya pandai. Ini jelas bila ia melihat kerja-kerjanya di
rumah. Markah dan kedudukannya dalam kelas bagi peperiksaan pertengahan
tahun juga amat menggalakkan. Azura periang dan bercita-cita tinggi. Pak Din
mahu ketiga-tiga orang anaknya - yang sulung seorang perempuan, belajar
dalam tingkatan lima, yang tengah seorang lelaki belajar dalam darjah satu -
berjaya dalam persekolahan dan hidup, telah mengukuhkan lagi iman dan usaha
untuk mencari nafkah yang halal. la tidak mahu darah daging anak-anaknya
dijadikan dari makanan yang diperolehi secara haram. la tahu ada di antara
teman-teman seekejanya, maIah dari kampungnya sendiri dan seagama
memakai songkok, berbaju Melayu dan pergi ke massjid berjumaat, tetapi tetap
bergelumang dengan maksiat dan syirik. Ada yang masih mengulangi kedai
nombor ekor, dan tidak kurang yang mengharapkan kekayaan dari tiket loteri
yang dihaIalkan oleh pemerintah itu.
Pak Din kini lebih dekat pula kepada masjid. Kalau sebelum kematian
anaknya ia kerap juga tertinggal berjumaah di masjid, tetapi sekarang ia dan
anak lelakinya tidak tinggal bejemaah di masjid. Kecuali kalau ada perkara-
perkara di rumah yang menyebabkan mereka tidak boleh pergi. la sentiasa
berdoa agar imannya tetap, sabar dan membantu dirinya dengan keredhaan
hidup dalam membimbing keluarganya. la tidak mahu melihat anak-anaknya
12
gagal macam diriinya. Dan ia tahu tentu Allah tidak akan mengenepikan
permintaannya yang baik dari hambanya yang taat.
Kejayaan anak Pak Din itu diketahui oleh penduduk kampung. Sekarang
ia menjadi buah mulut ibu-ibu dan bapa-bapa di situ.
"Bertuah sungguh Pak Din dan Asma dapat anak. Pandai-pandai belaka.
Kalaulah si Azura tu masih hiidup, entah-entah dia pun maju macam kakaknya,"
puji seorang.
"Benar. Si Farid anak lelakinya pun aku dengar selaIu dapat nombor satu
saja dalam kelas," puji pula yang lain, seorang bapa.
13
"Begitulah. Pak Din memang sabar orangnya. Tengoklah derita-derita
yang pernah ia alami. Tapi ia tetap bersabar dan terus berusaha," tambah yang
lain.
Dan Pak Din tidak pula ditinggalkan begitu sahaja bila rumahnya terbakar
dulu. Orang-orang kampung telah menghulurkan apa yang termampu dan
menolong mendirikan sebuah pondok yang baharu.
"Dan kali ini bagaimana kalau kita bincangkan ngan Ketua Kampung
supaya kita adakan kenduri syukuran?" cadang yang memulakan bicara, Pak
jiran Din yang paling hampir dan telah banyak membantunya daIam soal nasihat
dan wang ringgit. Encik Adi namanya dan memang baik orangnya: alim,
terpelajar dan seorang peniaga.
"Baik juga cadangan tu. Aku rasa yang mula-mula sekali dari kampung ini
yang dapat gred satu. Bukan itu saja, sekarang Atiah merupakan anak kampung
ini yang pertama akan berlajar di universiti dan di luar negeri pula tu. Dengar
khabar menjadi doktor. lni suatu penghargaan bagi kampung kita," puji yang lain
pula.
14
sebutan orang-orang dari kampung lain. Datuk Menteri Besar juga turut
bergembira. Sebelum kenduri dilangsunggkan, Pengerusi Kemajuan Kampung
menjemputnya untuk menyampaikan sepatah dua kata perangsang kepada lbu
bapa sekalian. Dan di akhir ucapan, tidak disangka-sangka Datuk Menteri Besar
menambah:
"Saya masih ingat lagi rumah Pak Din kita ni terbakar. Saya masih ingat
lagi Pak Akob dan isterinya kehilangan anak kerana kecelakaan di jalanraya.
Tapi Pak Akob memang sabar orangnya. Kesabaran Pak Din ni patut sangat
dijadikan contoh tauladam bagi kita semua. Tengoklah tuan-tuan dan puan-puan,
Allah itu Maha Pengsih. Kesabaran dan kejujuran Pak Din sedang diirestui Allah.
Saya berdoa ke Hadrat lliahi agar Pak Din dan keluarganya sentiasa diberkati
Allah demikian juga tuan-tuan dan puan-puan. Anaknya berjaya dapat Biasiswa
Persekutuan dan akan belajar di Kahirah. Patutlah kita semua bersama-sama
bersyukur dan mendoakan anaknya itu lulus dan membawa pulang ijazah
kedoktoran perubatan itu ... " dan terjeda di situ. Tangan kanannya menyeluk
saku baju Melayunya, mengeluarkan sekeping sampul surat dan kemudian
menyambung:
"Dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan bersama-sama ini saya
ingin menyampaikan sumbangan saya yang tidak sepertinya untuk Pak Din dan
keluarrganya." la berhenti di situ dan memandang ke arah Pak Din. "Silakan Pak
Din," sambung Datuk Menteri Besar.
"Gunakanlah wang ini dengan bijak Pak Din. Insya Allah selagi saya jadi
Menteri Besar, kalau Pak Din ada apa-apa masalah datanglah berjumpa dengan
15
saya. Saya akan cuba menolong sekadar yang boleh mengiikut kuasa yang ada
pada saya."
Pak Din juga beroleh sumbangan bakti dari kutipan ahli-ahli di kampung
itu. Sungguhpun sumbangan itu kecil, tetapi itu tidak penting. Yang penting ialah
perasaan muafakat yang teIjalin di antara mereka itu.
"Entahlah, belum saya buka lagi." Dan dengan tangan yang agak ketar
sedikit ia mula membuka sampul suurat itu. Kertas cek ditarik. Matanya seperti
tidak percaya melihat angka RM2000.00 tertulis di atas cek peribadi Datuk. Ini
merupakan satu sumbangan yang besar. Orang-orang kampung pula dapat
mengumpullkan sebanyak RM1500.00.
Pak Din merasakan dadanya sebak dan titis air matanya. la tidak dapat
hendak melahirkan perasaannya terhadap orang-orang di sekelilingnya. la terlalu
gemmbira, terlalu sedih dan amat bersyukur kepada Allah. “Oh Tuhan, Kau
sahajalah yang dapat membalas budi baik jiran-jiranku dan pemimpinku itu,” kata
Pak Din dalam hati.
16
2.0 PENGURUSAN EMOSI
Pak Din merasakan dirinya tidak bermaya lagi. la juga merasakan seperti mahu
pitam. Fikirannya berrkecamuk. la terjelapak di bendul pintu bila berita buruk
disampaikan kepadanya dengan isak tangis oleh isterinya. Beberapa orang
kampung telah berada di situ. Masakan tidak berkeadaan begitu. Pak Din baharu
sahaja pulang dari menunaikan tarawikh di masjid tepi jalan besar. Sekarang ia
merasakan dirinya seperti sedang bermimpi. la tidak percaya kerana semasa
berbuka puasa Azura anak perempuannya yang berrusia kira-kira tujuh tahun itu
ada bersama ... dan ... dan sekarang dikatakan Azura sudah tiada.
• Berdasarkan petikan diatas kita dapat lihat bahawa Pak Din seorang
lemah semangat. Ini terbukti dengan petikan menyatakan Pak Din tidak
bermaya setelah menerima berita buruk bahawa tentang kematian
anaknya.
• Sepatutnya Pak Din harus tabah menghadapi dugaan tuhan. Ini kerana
setiap dugaan ada sebabnya. Selain itu itu Pak Din harus menyiasat
kejadian itu dahulu untuk memastikan kejadian itu benar-benar berlaku
atau rekaan semata-mata. Ini kerana perkara fitnah boleh terjadi dan
membawa kepada perkara tidak elok.
17
2. Watak Asma
Asma isterinya tidak dapat hendak melahirkan apa-apa kerana terlalu sebak. la
merasakan dirinya bersalah kerana tidak sungguh-sungguh menahan kehendak
anaknya yang luar biasa itu. Masih tergiang-ngiang di telinganya:
'Emak, Zura hendak pergi ke rumah Tuk Wan, boleh tak?"
Asma tidak pernah mengizinkan anak-anaknya ke rumah datuk mereka di
seberang jalan di luar kampung mereka tinggal. Lebih-Iebih lagi di sebelah
malam. Kalau mereka mahu pergi juga dan ayah mereka ada di rumah, mereka
akan dihantar oleh ayah mereka deengan beca roda tiga. Pak Din mempunyai
sebuah beca roda tiga. la pemah menarik beca masa muda-muda sebelum
kahwin dulu. Dan sekarang ia bekerja sebagai buruh di Majlis Perbandaran.
Kadang-kadang ia menaarik juga untuk menambahkan rezeki. Tetapi malam ini
Asma terlalu sibuk menyediakan sedikit sebanyak kuih, lantas tidak banyak
bicara dan membenarkan Azura pergi dengan abangnya. Lagi pula malam tujuh
lekor, sekali pun di daerah ini tidak dipasang lampuulampu minyak tanah, tetapi
rumah-rumah yang ada elektrik ada juga yang menerangkan rumah-rumah
mereka dengan lampu warna-warni. Tentu anaknya ingin melihat.
• Asma merupakan isteri kepada Pak Din, dalam hal ini kita dapt lihat Asma
merupakan seorang yang mudah sedih. Selain itu beliau selalu berkhayal
mengenai anaknya dan boleh dikatakan susah untuk melupakan
seseoarang ini terbukti dengan reaksinya yang selalu teringat akan detik-
detik kenangan anaknya.
• Dalam situasi ini kita sepatutnya tabah menghadapi dugaan. Tidak salah
bersedih tetapi ianya akan menjadi salah jikalau perkara ini berlarutan dan
menjejaskan kesihatan. Kita seharusnya melupakan perkara silam dan
bina hidup yang baru untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
18
3. Watak abang Azura ( Arian )
Menurut cerita dari abang Azura, adiknya sedang menyeberang jalan menuju ke
rumah datuknya bila sebuah kereta yang laju melanggarnya. Abangnya tidak
pula menyeberang bersama kerana ia terpijak selut dan hendak
membersihkannya dahulu. Kereta itu tidak membrek sedikit pun. Azura
terpelanting ke tepi jalan jauh dari tempat ia dilanggar. Darah memancut dari
kepalanya dan tubuhnya remuk. Habis orang kampung datang dengan lampu
suluh untuk memeriksa. Tiada siapa yang sempat untuk mengenali kereta itu.
Suasana di jalan itu gelap.
• Arian merupakan abang kepada mangsa iaitu Azura dan juga merupakan
anak sulung Pak Din dan Puan Asma. Dalm konteks ini kita dapan kaji
bahawa Arian seorang yang bersih dan mementingkan sendiri. Selain itu
kurang peka terhadap ancaman.
19
4. Watak Cikgu Encum
Baru kelmarin saya terima kad raya darinya meminta maaf dan ampun dari
saya ... dan ia juga menjemput saya ke rumahnya. la baik dan pandai, makcik ...
" tersedu hiba, dan air mata terus membasahi sapu tangan.
20
5. Watak Encik Adi
"Dan kali ini bagaimana kalau kita bincangkan ngan Ketua Kampung supaya kita
adakan kenduri syukuran?" cadang yang memulakan bicara, Pak jiran Din yang
paling hampir dan telah banyak membantunya daIam soal nasihat dan wang
ringgit. Encik Adi namanya dan memang baik orangnya: alim, terpelajar dan
seorang peniaga.
"Baik juga cadangan tu. Aku rasa yang mula-mula sekali dari kampung ini
yang dapat gred satu. Bukan itu saja, sekarang Atiah merupakan anak kampung
ini yang pertama akan berlajar di universiti dan di luar negeri pula tu. Dengar
khabar menjadi doktor. lni suatu penghargaan bagi kampung kita," puji yang lain
pula.
• Encik Adi merupakan jiran kepada Pak Din. Beliau seorang yang pemurah
dan baik hati. Selain itu beliau seorang terpelajar dan dapat dibuktikan
dalam petikan yang menyatakan keperibadian beliau.
• Kita sebagai umat islam spatutnya membantu jiran tetangga kita. Ini kita
boleh contohi daripada watak Encik hadi yang begitu pemurah menolang
Pak Din ketika dalam kesusahan.
21
3.0 REKLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-
WATAK
- Setelah diteliti daripada sifat Pak Din iaitu lemah semangat. Releksi tahap
kompetensi adalah Pak Din menjadi bercelaru. Fikirannnya bercekamuk
dan boleh dikatakan kecewa dan rungsin. Selain itu Pak Din menjadi
pendiam dan mengasingkan diri untuk sementara. Kesimpulan refleksi
tahap kompetensi kecergasan emosi bagi watak Pak Din adalah positif. Ini
kerana tindakannya betul dan tidak menyusahkan orang lain tetapi ia akan
menjadi negatif jika berlarutan kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan.
2. Watak Asma
3. Watak Arian
- Bagi watak Arian, beliau tidak dinyatakan oleh penulis tetapi tindakannya
hanya bercerita tentang kejadian adiknya tanpa berasa sifat bersalah
tetapi menyalahkan keaadaan gelap menyebabkan kejadian kemalangan
22
itu berlaku. Kesimpulan refleksi kompetensi kecergasan emosi adalah
negatif. Walaupun beliau kurang bersalah, sekurang-kurangnya beliau
patut juga berasa kesal sedikit.
23
4.0 REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOMPETENSI
EMOSI DIRI
- Setelah berfikir, melalui pandangan saya, jikalau saya menjadi Pak Din,
saya harus menerima kenyataan. Walaupun payah untuk melupakan
tetapi kita hendaklah membina hidup baru. Selain itu kita hendalah berdoa
kepada tuhan untuk tunjukkan kebenaran.
2. Watak Asma
- Melalui watak Asma, sama juga dengan watak Pak Din, kita harus tabah
dan redha untuk menerima kenyataan. Kita tidak seharusnya
menyalahkan sesiapa atau diri sendiri kerana setiap dugaan tuhan ada
hikmatnya.
3. Watak Arian
24
- Jikalau saya sebagai Arian, saya akan berasa bersalah dan kesal denagn
kesilapan diri. Ini kerana sebagai abang, kita juga ada hak untuk
melingdungi adik kita atau ahli keluarga kita.
- Melalui watak Cikgu Encum, saya juga akan mengikut jejaknya iaitu
menziarahi anak murid. Selain itu saya akan mengiti majlis tahlil untuk
disedekahkan kepada Allahyarham. Kita tidak patut mengungkit kisah
silam. Ini kerana sebilanagn orang juga akan terkenang dan membuat
seseorang berasa sedih. Kita hendaklah menerima kenyataan atau
hakikat.
25
BIBLIOGRAFI
26
4) Iman Umairah's 2nd Birthday Party - teng jr - Fotopages.com.my
5) www.goole.com.my
6) www.wikipedia.com
REFLEKSI
Alhamdulillah,bersyukur kepada illahi kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali saya ingin
ini. Semangat yang ditunjukkan beliau amatlah saya hargai. Selain itu,tidak
lupa juga kepada rakan-rakan saya yang lain kerana telah bersama saya
27
ditunjukkan oleh rakan-rakan lain telah berjaya melancarkan proses
emosi. Sebenarnya tajuk ini amat menarik kerana selama kita hanya
mempelajari teori sahaja tetapi dalam bad ini kita boleh mengaplikasi
pembelajaran ini.
aspek. Diharap hasil kerja ini dapat dijadikan satu sumber rujukan yang
menjadikan bahan ini sebagai satu sumber rujukan pada masa akan
Disediakan oleh
28
.......................................
(MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID)
29
30