Anda di halaman 1dari 5

Soalan 6: Bincangkan mengenai Pemberontakan Tonghak (1894) di Korea yang membawa

kepada perang China-Jepun (1894-1895).


1.0 Perang China Jepun ( Sino-Japanese War)
Bermula pada 1 Ogos 1894 dan berakhir pada Mac 1895 apabila Jepun menceroboh
masuk ke wilayah Shandong dan Manchuria.
Konflik di antara Jepun dan China yang membawa kepada kemunculan Jepun sebagai
kuasa utama dunia dan menunjukkan kelemahan empayar China.
Perang ini melibatkan konflik di antara 2 negara untuk mendapatkan kekuasaan di
Korea.
Perang China-Jepun muncul akibat daripada pemberontakan Tonghak di Korea iaitu
pemberontakan yang dilakukan oleh puak Tonghak yang merupakan satu mazhab
yang telah timbul di Korea dalam tahun 1859 dan ditubuhkan daripada campuran 3
unsur agama timur iaitu Confucius,Taoisme dan Buddha .
Perang China-Jepun ini dikatakan merupakan suatu perjalanan peperangan yang
mengejutkan.Hal ini kerana China sememangnya mempunyai angkatan tentera yang
ramai, tetapi tidak mempunyai angkatan tentera darat dan laut yang moden
berbanding Jepun.
Dalam Perang tersebut, Jepun telah menyusun semula dan memodenkan
perkhidmatan pertahanannya dari segi latihan dan kelengkapan. China pula
sebaliknya apabila mula menyusun sebahagian daripada pertubuhan tenteranya dan
berpuas hati dengan latihan dan kelengkapan sedia ada yang kurang baik .Perbezaan
dalam latihan ketenteraan di antara kedua negara dapat dilihat dari aspek kelebihan
yang terdapat pada pasukan tentera Jepun sama ada di darat dan laut. Mereka
menjadi pakar dalam muslihat dan ilmu perang yang moden berbanding China.
Perang China Jepun yang pada awalnya disebabkan oleh pemberontakan puak
Tonghak yang berlaku di Korea kini menjadi hebat. Situasi ini wujud apabila China
menghadapi sedikit kesulitan dengan timbulnya perasaan di sebelah selatan Sungai
Yangtze bahawa peperangan tersebut adalah soal peribadi Li Hung Chang, atau
tertumpu kepada orang-orang di utara sahaja. Oleh itu, tentera laut di selatan China
enggan terlibat dalam pergelutan tersebut dan gabenor-gabenor di daerahnya tidak
terlibat langsung dalam menyokong tujuan maharaja tersebut. Oleh yang demikian,
perang China-Jepun ini lebih bersifat kepada perang di antara Jepun dan pengikutpengikut Li Hung Chang sahaja.
Dalam perang ini juga, Jepun telah memahami keadaan yang akan berlaku dengan
adanya pengalaman daripada perjuangan dahulu dengan Korea dan China. Oleh itu ,
sebelum Jepun menghantar tenteranya yang ramai ke Korea , tentera lautnya telah
melancarkan gerakan untuk menjamin keselamatan jalan pehubungan dengan
pangkalannya.
Angkatan tentera China telah berjaya dikalahkan berhampiran dengan muara Sungai
Yalu, dan kemudiannya di Weihaiwei di mana angkatan kapal China berlindung.
Akhirnya, apabila tentera-tentera Jepun berjaya menguasai kawalan laut, mereka
telah masuk ke negara Korea dalam bilangan yang ramai. Mereka dengan mudahnya
menjadikan diri mereka menjadi tuan yang berkuasa.

Akhirnya, Raja Korea terpaksa mengeluarkan beberapa surat perintah mengubah


sistem pemerintahan kerajaan secara keseluruhannya dan memodenkannya secara
bertulis dalam sistem ekonomi dan masyarakat di Korea serta merta.
Melalui Korea, angkatan tentera Jepun terus memasuki ke Manchuria dan berjaya
mengundurkan tentera tentera China. Apabila tentera Jepun tiba di China ,
pemerintah Manchu ingin membuat perundingan dengan pihak Jepun untuk
berdamai.
Proses perdamaian ini dibuat dengan melibatkan negara Amerika Syarikat , yang
telah diamanahkan untuk menjaga kepentingan- kepentingan setiap pihak yang
berperang di negeri masing-masing. Namun , sebelum Jepun bersetuju memulakan
perundingan ,China terpaksa memohon maaf secara terus melalui menteri Amerika
Syarikat. Syarat utamanya ialah bersedia menerima jasa baik Amerika Syarikat.
Jepun menangguhkan permulaan perundingan dengan tujuan supaya kapal perang
China di Weihaiwei dapat dimusnahkan, dan kemudian membolehkan tenteratentera Jepun yang dihantar dapat menduduki Formosa . Kekalahan China dalam
perang China-Jepun ini menyebabkan terbentuknya satu persetiaan di antara China
dan Jepun bagi mewujudkan kedamaian antara kedua-dua pihak terbabit yang
dikenali sebagai Persetiaan Shimonoseki.

2.0 Persetiaan Shimonoseki


Perjanjian yang membawa kepada berakhirnya konflik iaitu perang China Jepun.
Persetiaan ini telah disempurnakan pada 21 Julai 1896
Syarat2 yang dikemukakan dalam persetiaan keamanan ini yang telah dipersetujui di
Shimonoseki ialah apabila China tetap mengiktiraf kemerdekaan Korea dan China
terpaksa menyerahkan kepada Jepun dengan pengekalan dan kedaulatan penuh
a) Bahagian Manchuria yang terletak di timur Sungai Liao (Liaotung) dan di
sebelah selatan bersempadan dengan Sg.Anping dengan Sg.Yalu, dari
Penghwangcheng dengan Haicheng, ka-Yingkow
b) Formosa dan
c) Kepulauan Pescadores dan wang ganti rugi sebanyak 200,000,000 tael
hendaklah dibayar oleh China, Weihaiwei diduduki oleh Jepun sehingga wang
ganti rugi habis dibayar dan sehingga terdapat satu perjanjian yang
memuaskan ditandatangani dan disahkan
Akhirnya, 4 buah pelabuhan baru akan dibuka untuk perniagaan luar-Shasi dan
Chungking di Sg.Yangtse,& Soochow serta Hongchow di Grand Canal dan jalan laut
yang menghala kearahnya akan dibuka untuk kegunaan lalu lintas.
Namun begitu, di antara syarat-syarat yang dipersetujui ini, penyerahan Formosa dan
kumpulan pulau-pulau Pescadores serta pengakuan kemerdekaan Korea telah
membawakan selangkah lagi kepada proses pengurangan kuasa empayar China.
Walau bagaimanapun, penyerahan semenanjung Liaotung telah mengancam
Manchuria ,tempat kelahiran keluarga yang memerintah dan membawa satu kuasa
asing yang sangat hampir dengan Peking.
Akibatnya, tuntutan dalam perjanjian ini membimbangkan China dan mungkin akan
meneruskan peperangan jika China menerima beberapa jaminan bantuan untuk

menentang penyerahan Semenanjung Liaotung tersebut .Terdapat beberapa


kemungkinan adanya campur tangan kuasa Eropah .
Kejayaan Jepun dan kehadirannya di benua itu akan merosakkan perseimbangan
kuasa bertentangan dengan (Vis-a-vis) China.
Kemaraan kuasa yang dilakukan oleh Jepun itu sebenarnya telah memberi kesan
dengan menyebabkan Jepun terbuka dalam perkembangan perluasan kuasa
Rusia.Tambahan pula, England telah mengasaskan dasarnya ke atas pemeliharaan
kedaulatan kawasan negeri China.
Sebenarnya, sejak dari awal lagi Jepun merasa bimbang akan campur tangan British
yang menyebelahi China.
Kerajaan Amerika membayangkan bahaya campur tangan ini kepada Jepun dengan
perkataan yang berikut Jika pergolakan itu terus berjalan dengan tidak mengawasi
gerakan gerakan tentera Jepun di darat dan laut, memang terdapat kemungkinan
bahawa kuasa kuasa yang mempunyai kepentingan di kawasan itu akan menuntut
satu penyelesaian yang tidak akan menguntungkan kedudukan dan keselamatan
Jepun pada masa hadapan.
Bagi kepentingan negeri-negeri lain terdapat jaminan China bahawa empayar itu
akan dapat diselamatkan daripada dikenakan syarat-syarat yang ketat. Li Hung
Chang mungkin tidak mendapat pertolongan dan campur tangan asing tertentu.
Namun, China mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa Rusia, satusatunya negara yang tidak akan bersetuju tentang pendudukan Jepun di Tanah Besar
China dengan keadaan yang akan menghalang atau mengehadkan perluasan Rusia.
Terdapat satu syarat yang terkandung di dalam persetiaan Shimonoseki yang
menyebabkan kesan ini ialah menyerahkan kepada Jepun iaitu Tanjung Tinggi
Liaotung .Melalui syarat ini, telah timbul bantahan biarpun sebelum pertukaran
dilakukan , persetiaan itu telah dipersetujui dan dibuat untuk kali kedua.
Rusia bersama dengan Perancis, yang merupakan rakan Eropahnya dan Jerman,
telah menghantarkan tuntutan kepada Jepun supaya kawasan Liaotung itu
dikembalkan kepada China.
Alasan yang diberikan kepada tuntutan itu ialah kerana kawasan tersebut
berhampiran dengan Peking. Oleh itu, sekiranya kawasan itu dimiliki oleh kuasa lain
daripada China ia akan mendatangkan ancaman yang kekal kepada ibu negeri China.
Disebabkan Jepun terpaksa menghadapi kuasa yang lebih tinggi dan besar, Jepun
terpaksa mengalah dan sebagai ganti rugi kepada Jepun mengenai kawasan itu
ialah Jepun menerima tambahan wang ganti rugi sebanyak 30,000,000 tael.
Seterusnya, tindakan Rusia ini sememangnya tidak mengejutkan Jepun , begitu juga
bantuan yang diberikan oleh Perancis kepada Rusia, sahabatnya di Eropah. Tetapi
Jepun tidak memahami bantuan yang diberikan oleh Jerman kepada
Rusia.Sememangnya Rusia akan kerugian dengan adanya Jepun hampir dengan
Peking, kerana Rusia dan Jepun tidak mempunyai kepentingan masing-masing dan
dasar masing-masing di Asia Timur . Walaau bagaimanapun, Jerman
tidak
mempunyai kepentingan kawasan di Timur Jauh , dan menjadi penghinaan besar
dengan
membantunya
melucutkan
Jepun
sebahagian
daripada
hasil
kejayaannya.Tujuan yang sebenarnya adalah untuk berkawan dengan Rusia dengan
menyokong China ialah agar dapat memajukan kepentingannya di Eropah.

Sebaliknya,Jepun terperanjat tetapi senang dengan sikap Great Britain semasa


berlakunya peperangan dan campur tangan tersebut .Ketika pergolakan tersebut
masih berjalan , kedudukan British menjadi hampir simpati dengan Jepun, dan
kerajaan British , meskipun mereka menasihatkan Jepun menerima tuntutan tiga
kuasa yang campur tangan , tetapi mereka tidak membantah apa-apa syarat
persetiaan itu.
Sikap British pada masa itu, bersama-sama dengan perasaan muhibah yang
bertambah yang ditunjukkan dengan pengkajian semula persetiaan Jepun dalam
tahun 1894 menunjukkan satu perubahan dalam dasar empayar di Timur jauh.
Walau bagaimanapun, walau adanya campur tangan , hasil daripada peperangan itu
kesudahannya menunjukkan dengan jelasnya akan kelemahan China.Hal ini kerana
kemenangan Jepun mengukuhkannya sebagai kuasa yang kuat di dunia.
Perang China-Jepun yang diakhiri dengan persetiaan Shimonoseki ini telah berjaya
membawa kepada perubahan jalan perkembangan di timur jauh disebabkan oleh
kelemahan China dan kekuatan Jepun. Perang ini telah banyak memberi kesan
apabila Jepun lebih banyak menerima daripada apa yang diharapkan .Misalnya ialah
Formosa dan pulau-pulau Pescadores selain daripada pengakuan China terhadap
kemerdekaan penuh Korea .Parti Perang Jepun merasa kesal dengan empayarnya
yang tidak diperluaskan dengan memasukkan kawasan kebenuaan di tanah Besar
tersebut) .Namun, cita-cita tersebut diteruskan juga walaupun telah gagal untuk
beberapa ketika akibat campur tangan Tiga Kuasa itu.

3.0 Analisis
Secara ringkasnya melalui tajuk yang diberikan dapat kami analisiskan bahawa ,
pemberontakan Tonghak sememangnya
telah membawa kesan yang besar dalam
membawa kepada berlakunya perang di antara China dan Jepun dalam Perang China-Jepun
pada tahun 1894-1895.Pemberontakan Tonghak ini memperlihatkan bahawa rakyat di Korea
telah mula menyedari tentang masalah yang mereka hadapi di negara sendiri yang
disebabkan oleh kemasukan pengaruh-pengaruh luar seperti China dan Jepun yang juga
merupakan jiran kepada Korea.Kedua-dua kuasa ini berusaha untuk menjaga kepentingan
mereka masing-masing di Korea. Pemberontakan ini seterusnya mengakibatkan tercetusnya
Perang China-Jepun yang berlangsung dalam masa yang singkat sahaja iaitu hanya selama 8
bulan sahaja. Konflik ini akhirnya berjaya ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian
Shimonoseki apabila China terpaksa mengakui kekalahan mereka terhadap Jepun dalam
peperangan tersebut.Melalui perang ini juga Jepun telah berjaya memperlihatkan mereka
merupakan sebuah kuasa yang kuat kerana melalui perjanjian tersebut, mereka berjaya
menguasai beberapa wilayah yang begitu penting di Korea seperti Formosa dan pulau-pulau
Pescadores serta pengakuan China terhadap kemerdekaan penuh Korea . Akibatnya,
beberapa kuasa besar telah muncul seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis yang juga
mula menunjukkan campur tangan dalam hubungan dua negara ini bagi menjaga
kepentingan masing masing.
4.0 Kesimpulan

5.0
Secara keseluruhannya , Perang China-Jepun yang berlaku pada tahun 1894 sehinggalah
tahun 1895 telah membawa pelbagai peristiwa yang sangat dominan kepada masyarakat
Korea. Dalam hal ini, Pemberontakan Tonghak di Korea yang berlaku pada 1894 merupakan
faktor utama yang telah membawa kepada berlakunya Perang China-Jepun ini. Pelbagai
peristiwa berlaku sepanjang berlakunya peperangan di antara China dan Jepun ini .Namun,
melalui perang ini juga dapat dilihat bahawa Jepun merupakan sebuah kuasa yang hebat
dan kuat dan telah menunjukkna kelemahan China.Hal ini berikutan selepas termeterainya
persetiaan yang dikenali sebagai Persetiaan Shimonoseki di mana dalam kandungan
persetiaan tersebut Jepun berjaya memperoleh kawasan yang begitu penting dan China
mengaku akan kemerdekaan penuh Korea.
Rujukan
Internet
Sino-Japanese War (1894-95) -- Encyclopedia Britannica dlm.
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-War retrieved 28
April 2013.

Ann Bai -

Anda mungkin juga menyukai