Anda di halaman 1dari 3

Cadangan bagaimana saya boleh menguruskan emosi yang mencabar sekiranya

berada dalam situasi tersebut.

Marah

Contoh dialog

“Eh Pompuan! Kau jangan nak sibuk-sibuk dengan hal aku eh. Aku
nak sembahyang ke tak nak tu aku punya pasal!” Kamal menghentak pintu
lalu keluar dari rumah itu.

Dialog ini diucapkan oleh Kamal yang memarahi Ita kerana Ita
menegurnya tidak menunaikan solat Jumaat.

Sekiranya saya berada dalam situasi seperti Ita yang teruk dikritik dan
dimarahi oleh kedua-dua ibu bapanya, saya akan memperbanyakkan bersabar
dan menerima segala pendapat dan pendangan orang mereka. Walaupun
berasa marah terhadap tindakan mereka,pada masa yang sama saya akan cuba
menjelaskan kepada mereka apakah rasionalnya tindakan saya dan segala
kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan. Bersabar adalah pilihan yang
terbaik. Saya juga akan cuba berlembut, memujuk mereka menerima apa yang
ada dengan hati yang terbuka dan anggaplah segala-galanya ujian dari Allah
yang maha Esa. Di samping itu saya juga akan cuba meyakinkan mereka apa
yang dilakukan saya adalah yang terbaik.

Kecewa
Contoh petikan

Ita kecewa. Sungguh kecewa kerana gagal membentuk suaminya


yang tidak pernah kenal erti ibadah. Pergelokan hidup Kamal dilumuri
dengan dosa. Tapi apakan daya Ita. Sebagai isteri dia harus mematuhi
perintah suaminya dan sentiasa berada di sisinya.

Petikan ini memperlihatkan emosi yang kecewa pada watak Ita iaitu isteri
kepada Kamal dan ibu kepada Zizi, terjelas pada dirinya perasaan yang amat
kecewa terhadap sikap suaminya yang panas baran dan sering kemabukan serta
lupa apda tanggungjawabnya kepada Allah dan keluarganya.
Sekiranya saya berada di dalam situasi tersebut saya akan menggunakan
kaedah pengurusan kendiri kebolehsuaian iaitu keupayaan menangani
perubahan dengan fleksibel. Di samping bersabar dengan sikap suami tersebut,
pada masa yang sama saya akan cuba menasihat dan memberi teguran dengan
cara yang baik bagi mengelakkan tercetusnya konflik pergaduhan.
Selain itu kaedah optimism juga boleh diaplikasikan yang bermaksud tekal
dalam usaha mencapai objektif mengatasi halangan. Contohnya, ketekalan dan
kesanggupan ita yang masih setia bersama suaminya yang bermasalah dan
tetap tidak pernah putus asa dalam merubah dan menasihatkan suaminya.
Langkah ini merupakn cara yang terbaik kerana sekiranya kita tidak bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu kita tidak akan berjaya.

Sedih
Contoh petikan

“Ita, Kamal terlalu mencintai Ita. Kamal tak sanggup berpisah


dengan Ita. Kamal janji Kamal akan membahagiakan hidup Ita. Kita kahwin
eh Ita?”

“Bu, Bu,” Zizi, anak Ita mengejutnya dari lamunan.

“Ibu kenapa nangis?”

Petikan ini diambil semasa ibunya berasa sedih serta mengenangkan saat-saat
ibunya sedang bercinta dengan Kamal.

Dalam petikan cerpen Doa Seorang Anak jelas kelihatan Ita dan Zizi sangat
sedih dengan nasib yang melanda ke atas mereka. Pada pandangan saya, kita
perlu bersabar dan memperbanyakkan doa kepada Allah supaya mudah-
mudahan Allah akan membantu kita. Kita juga hendaklah redha dan jangan
menyalahkan takdir atas apa yang terjadi atas nasib diri kita. Memperbanyakkan
doa dan zikir serta membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi muslim supaya hati
kita sentiasa tenang dan bersabar terhadap segala dugaanNya. Luahkan segala
kesedihan kita dalam doa dan memohon kepada petunjuk dan pertolongan dari
Allah yang maha Esa.