Anda di halaman 1dari 42

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

NAMA PELAJAR : MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR


: MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN
: AHMAD SHAHIR NIZAM BIN ADANG
: KHALID BIN SHAFIE

NO KAD PENGENALAN : 880101-29-5337


: 870317-03-5551
: 880423-11-5343
: 860819-02-5637

NO ANGKA GILIRAN : 2006082310034


: 2006082310033
: 2006082310023
: 2006082310027

KUMPULAN / UNIT : PPISMP PENDIDIKAN JASMANI 1

NAMA MATA PELAJARAN: TERAS PENGANTAR PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : TN.HJ.ABDULLAH BIN MOHAMAD

TARIKH SERAHAN : 4 OKTOBER 2007


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

BIODATA AHLI KUMPULAN 3

HALAMAN PENGAKUAN 4

PENGHARGAAN 5

KONSEP PROFESION 7

KONSEP PROFESION PERGURUAN & KEGURUAN 10

GURU DAN IKTISAS KEGURUAN 15

KOD ETIKA PERGURUAN 23

TATASUSILA PEGURUAN MALAYSIA 25

TOKOH GURU 34

2
BIODATA AHLI KUMPULAN

MOHD HAZIM BIN ABD. KADIR

1243 Lorong Murni, Kg. Seberang Limbungan,

22200 Kampong Raja, Terengganu

MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN

W2/383 A, Jalan Hospital,

17000 Pasir Mas, Kelantan

AHMAD SHAHIR NIZAM BIN ADANG

332-P, Jalan Kayu Tinggi,

Kg. Tok Jamal, Wakaf Mempelam,

20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

KHALID BIN SHAFIE

F 1016 B, Kampung Titik Pondok,

08400 Merbok, Kedah

3
HALAMAN PENGAKUAN

“Kami akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………….
Nama : Mohd Hazim Bin Abd.Kadir

Tandatangan : ………………………………….
Nama : Mohd Faidhy Bin Zulkarnain

Tandatangan : ………………………………….
Nama : Ahmad Shahir Nizam Bin Adang

Tandatangan : ………………………………….
Nama : Khalid Bin Shafie

Tarikh : 4 OKTOBER 2007

4
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya


menyiapkan kerja khusus Teras Pengantar Pendidikan dengan jayanya. Kami
juga telah dapat menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang
masalah. Kami berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah kami,
Tn.Hj.Abdullah Mohamad untuk menyiapkan kerja khusus ini. Di sini juga saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kami kepada pensyarah yang banyak
membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kepada
rakan-rakan yang sering membantu kami juga diucapkan terima kasih kepada
mereka.
Walaupun pelbagai rintangan serta dugaan dalam mencari maklumat
mengenai tajuk yang kami bincangkan ini tetapi dapat kami atasinya iaitu dengan
bantuan rakan-rakan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kami di atas
bantuan dan komitmen yang diberikan oleh para pekerja di perpustakaan Institut
Perguruan Kota Bharu kerana banyak membantu kami mencari maklumat serta
buku yang berkaitan dengan tajuk yang kami bincangkan.
Kerjasama dan kesungguhan serta komitmen yang jitu antara ahli
kumpulan yang banyak bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja khusus ini
adalah amat dititikberatkan sama sekali dan kami bersyukur kerana ianya
membuahkan hasil yang amat berguna kepada kita semua. Sampai di sini
sajalah yang dapat kami coretkan sebagai renungan dan sebagai pedoman serta
penghargaan terhadap ilmu bahasa yang begitu luas ini. Sekian, terima kasih.....
WASSALAM......

5
GURU

KEPENTINGA
KONSEP
N
PROFESION
KOD ETIKA

KONSEP
PROFESION TATASUSILA
KEGURUAN KEGURUAN

GURU &
IKTISAS PIAGAM
PERGURUAN PELANGGAN

CIRI-CIRI &
KUALITI
KOD
GURU
ETIKA
PROFESIONA
KEGURUAN
L

ETIKA TOKOH
KEPIMPINAN GURU

6
7
KONSEP PROFESION

Menurut Lieberman, seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat, sesuatu


pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai satu profesion haruslah
mengandungi ciri-ciri berikut :-

 Merupakan perkhidmatan yang mempunyai matlamat yang jelas


untuk masyarakat dan negara.

 Pekerja memberi perkhidmatan dengan menggunakan banyak


keupayaan dan kebolehan intelek.

 Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam


sesuatu bidang kemahiran ikhtisas.

 Pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa


autonomi semasa menjalankan tugasnya.

 Semasa memberi perkhidmatan, pekerja ini mementingkan mutu


perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan.

 Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa


menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu
perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

 Mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi itu.

8
 Bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang
dibuat olehnya.

 Parkay (1990): Ahli profesional mempraktikkan


pekerjaan mereka
dengan membuat keputusan sendiri.

 INTAN (1995): Profesionalisme dilihat mengutamakan mutu


perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran.

 Abdul Halim (1996): Seseorang yang dikatakan profesional


hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang
wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat.

Berdasarkan ciri-ciri profesion di atas, konsep profesion itu boleh


didefinisikan sebagai sesuatu pekerjaaan khusus dan dilaksanakan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, bersikap jujur,
dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Secara
ringkasnya, profesion adalah pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan
kepakaran tertentu.

CIRI-CIRI PROFESION (UMUM)

• Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.


• Matlamat yang jelas
• Mengutamakan mutu perkhidmatan.

9
• Perkhidmatan yang unik dan penting.
• Autonomi dalam menjalankan tugas.
• Kod Etika.
• Ahli pertubuhan.

10
KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN KEGURUAN

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa

jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat

dan negara. Malahan profesion perguruan merupakan profesion yang paling

utama di dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan proses penyerapan

ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat.

Menurut Kamus Dewan (1970), di bawah konteks pendidikan, guru bererti


pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam
adalah seperti berikut :-

 Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.


 Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang
lain.
 Pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik.

Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan


bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat

11
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan


bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang
mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut
pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

GURU SEBAGAI PROFESIONAL DAN BUKAN PROFESIONAL

Konsep profesional ialah orang pekerja yang bergiat dalam bidang


profesion. Ini bermakna guru sebagai sebagai profesional merupakan orang
yang mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam
profesion keguruan.

CIRI-CIRI PEKERJAAN PROFESIONAL

1. Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

 Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan


pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau
negara.

2. Menggunakan keupayaan intelek.

12
 Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya.
Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada
intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan
berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa


menjalankan tugas.

 Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar


dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

 Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus


dilakukan dengan betul.
 Seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu
sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.
 Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham
tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas
mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

 Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin,


cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti
kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang
merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

13
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

 Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah


menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja.
 Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi
organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus
dipatuhi oleh semua ahli organisasi.
 Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal
kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

 Setiap profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan


dengan profesion yang lain. Namun mempunyai tujuan yang sama, iaitu
untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan
dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

 Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang rajin dan


cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab.
 Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang
mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-
keputusan yang telah dibuat.

14
 Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri
pekerjaan atau profesion yang profesional.

15
GURU DAN IKHTISAS KEGURUAN

Guru

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di


dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa
mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin
keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan
seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak
pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka.
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

16
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib,
alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya
guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu
sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu
manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan
peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa
dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar
rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak
penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk
yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang
guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa
yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang
berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk
mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan
kepada agama, bangsa dan negara.

17
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan
sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan
yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan
sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Tanggungjawab
guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada dekad
sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan
ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi
menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan global.

Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi


ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi
teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum,
peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar,
tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar,
malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan
yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial
dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan
negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain
menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan
lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi
pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan
sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah
yang baik kepada masyarakat.
Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga
diharapkan menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa

18
berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea
rah yang ingin dibentuk oleh masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam
aspek-aspek berikut :

i. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran


sekolah.
ii. Kawalan sosial di sekolah.
iii. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut
garis panduan sekolah.
iv. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
v. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
vi. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang
pengajian pengkhususan.

Ikhtisas Keguruan

Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan


pendidikan yang mendalam. Mengajar ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan
intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang
dan menilai murid-muridnya. Di samping itu, dia mesti mempunyai pengetahuan
yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai
sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar itu. Namun
begitu, status keikhtisas keguruan kian dipersoalkan. Ini kerana golongan guru
meliputi berbagai-bagai latar belakang dalam kelayakan akademik dan latihan.
Ini menyebabkan mereka dibahagikan dalam kategori perkhidmatan yang
berbeza-beza.

Umpamanya, ada guru yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma


pendidikan dari universiti dan ada pula yang mempunyai kelulusan SPM atau

19
STPM dengan Sijil atau Diploma Perguruan. Tiap-tiap kategori ini menerima
latihan yang berbeza-beza. Yang tidak terlatih langsung biasanya berkhidmat di
institut pendidikan swasta atau sebagai guru sambilan. Sebaliknya dalam bidang
ikhtisas yang lain, latihan adalah serupa dan tempoh masa latihan juga sama.
Mereka memerlukan daya kemahiran dan usaha intelek yang spesifik.
Contohnya, doktor, peguam, akauntan dan jurutera menerima latihan yang
khusus dalam bidang masing-masing.

Perbezaan latar belakang dan kelayakan akademik guru ini menyebabkan


mereka dikelaskan dalam berbagai-bagai kategori perkhidmatan. Tambahan
pula, ada yang menggunakan bahasa pengantar (Bahasa Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris) yang berlainan dalam pengajaran. Kedua-dua faktor ini
menyebabkan berbagai-bagai kesatuan, persatuan dan organisasi guru
ditubuhkan untuk menjaga nasib perjuangan guru masing-masing, atau dengan
objektif-objektif tertentu seperti menjaga kepentingan guru-guru yang menjadi
anggota pertubuhan itu. Tiada sebuah organisasi yang boleh mewakili semua
golongan guru dalam bidang ikhtisas keguruan.

Setakat ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung


Malaysia (KPPK) merupakan sebuah kesatuan yang paling besar dengan lebih
105 ribu orang ahlinya yang sedang berkhidmat dalam bidang perguruan. Semua
pertubuhan guru ini masing-masing berjuang untuk mendapatkan syarat atau
faedah perkhidmatan yang lebih lumayan untuk ahli-ahlinya. Bagaimanapun,
mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan nasib ahlinya dari perlantikan
dan tindakan disiplin. Tidak seperti bidang ikhtisas yang lain, misalnya kesatuan
doktor, peguam dan jurutera yang mempunyai kesatuan masing-masing untuk
menjaga kepentingan bidang ikhtisas mereka. Kesatuan-kesatuan profesional
mempunyai kuasa untuk memecat ahlinya daripada perkhidmatan yang
berkenaan jika seseorang ahli melanggar etika ikhtisas (profesion) atau
peraturan kesatuan mereka.

20
Dalam bidang ikhtisas yang lain, tiap-tiap golongan profesional mesti
menjadi ahli kesatuannya sebelum dibenarkan mempraktiskan kemahirannya.
Oleh itu setiap orang ahli baru mesti mendaftar dengan kesatuan itu sebelum
mula memberi perkhidmatannya. Misalnya, di Malaysia, seorang peguam mesti
menjadi ahli majlis Peguam, dan doktor mesti menjadi ahli Persatuan Perubatan
Malaysia sebelum mereka diberi permit atau lessen oleh kerajaan untuk
menjalankan profesionnya. Dalam bidang perguruan, tiada badan yang
sedemikian ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

Kebebasan guru, baik di sekolah atau di luar sekolah dibatasi oleh sukatan
pelajaran dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Berbanding dengan ahli ikhtisas yang lain, mereka mempunyai kebebasan untuk
menjalankan tugas mereka, asalkan pengetahuan dan kemahiran mereka tidak
disalahgunakan atau tugasnya tidak melanggar peraturan profesion itu.

Jika kita tinjau huraian di atas dengan teliti, kita boleh merumuskan bahawa
keguruan memang mempunyai ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep
profesion seperti :

i. Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.


ii. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam
bilik darjah.
iii. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan
guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
iv. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada
individu dan Negara.
v. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

21
Bagaimanapun, keguruan juga mengandungi ciri-ciri lain yang tidak
dianggap sebagai satu profesion. Di antaranya ialah :

1. Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang


yang mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh
digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar.
Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan
daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah,
buku-buku dan sebagainya.
2. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak
banyak persaingan.
3. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan
tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir
sekolah.
4. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru
daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod atika
yang ditentukan oleh kesatuannya.
5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru.
Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai
matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang menentang keguruan


sebagai satu profesion, maka keguruan setakat ini masih belum boleh dianggap
sebagai satu profesion dengan erti kata sepenuhnya, sebagaimana yang telah
dinikmati oleh doktor, peguam dan akauntan. Bagaimanapun, Kementerian
Pendidikan dan kesatuan-kesatuan guru sedang berusaha mengambil langkah
untuk mengurniakan keguruan sebagai suatu profesion dalam erti kata sebenar.

22
23
KOD ETIKA KEGURUAN

Etika ialah sesuatu dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia
atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang

24
buruk, serta yang betul dan ynag salah, dengan tujuan memberi garis penduan
kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula mengamalkan etika ini untuk
menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Profesion keguruan pula, sama seperti profesion dalam kejuruteraan,


perubatan dan peguam, mempunyai kod etikanya sendiri. Tiap-tipa orang guru
dikehendaki mematuhi kod etika ini demi menjaga status, akhlak, dan maruah
dalam profesionnya. Di Malaysia, “ Tatasusila Profesion Keguruan ” yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan berikut, merupakan landasan dan garis
panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

25
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYISA : IKRAR

26
“ Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan
dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara”.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya


memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapai cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak


muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami
menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggi.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

27
i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami
daripada hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama.
iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri
atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah
tanpa sebarang bayaran.
v. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak


mereka.
ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

28
iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-
anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

i. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh


merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun
yang bertentangan dengan Rukun Negara.
ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
v. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

29
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION KEGURUAN

i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau


ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya
mereka yang beru dalam profesion keguruan.
v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama
baik profesion keguruan.
vi. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

ETIKA KEPIMPINAN

Tanggungjawab

30
 menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan
penuh minat, disiplin dan dedikasi.
 sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak
mementingkan diri sendiri.
 sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
 membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat
keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.

Sikap

 sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha


menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
 sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
 mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran dari semua
pihak untuk faedah organisasi dan negara.
 mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat,
baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.

Perawakan dan Peribadi

 mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang


baik.
 sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan
cabaran.
 sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
 menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN

31
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap
muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid
tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan
muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.

32
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa
atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat
pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-
besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.

KEPENTINGAN KOD ETIKA

33
i. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan
profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku
dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan
oleh guru.
ii. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka.
iii. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara
ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara
lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama
ada di negara ini ataupun di negara lain.
iv. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula
kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh
dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan
dan dikuatkuasakan.
v. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
vi. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan
atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

34
LATAR BELAKANG

35
TOKOH GURU

HJ. ABDULLAH BIN MOHAMAD

KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN,


INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU, KELANTAN.

Hj. Abdullah Bin Mohamad dilahirkan pada tahun 1952. Beliau merupakan
anak ke-2 daripada 4 adik beradik. Beliau menamatkan zaman bujangnya pada
tahun 1981. Hasil perkongsian hidup bersama isterinya, beliau dianugerahkan 5
orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan empat orang lelaki.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

36
Darjah 1 : Memulakan pendidikan di
Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Kuala Krai, Kelantan.

Darjah 2 : Berpindah ke sekolah


Sekolah Kebangsaan Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan.

Darjah 3 - 6 : Berpindah ke sekolah


Sekolah Kebangsaan Jerantut, Pahang.

Tingkatan
1–5 : Menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut, Pahang.

Tingkatan 6 : Menyambung pelajarannya ke peringkat pra universiti di


Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Talib, Pahang.

Tahun
1973 – 1977 : Menyambung pelajarannya ke peringkat Universiti di
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pengkhususan Ijazah Am Geografi & Sejarah)
Kepujian Pengkhususan Sosiologi.

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN

37
1977 – 1981 : Memulakan tugas sebagai guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin,
Bukit Besar, Pulai, Johor.

1982 – 1985 : Maktab Perguruan Rejang, Sarawak


(menjadi jurulatih pasukan bola jaring)

1985 – 1993 : Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan


(menjadi pengurus pasukan hoki)

1993 – 1996 : Maktab Perguruan Batu Rakit, Terengganu


(menjadi ketua jabatan ilmu pendidikan)

1996 – Sekarang : Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan


(menjadi ketua jabatan ilmu pendidikan)

PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH GURU

38
1. Pandangan tokoh terhadap ciri-ciri yang perlu ada pada
seorang guru yang professional.

- Pada pendapat Hj.Abdullah Mohamad, ciri-ciri yang perlu ada pada


seorang guru professional ialah suka pada kerja. Ini bermakna untuk
menjadi seorang guru yang professional seseorang itu perlulah cintakan
kerjayanya. Cinta akan kerjaya ini amat penting kerana seseorang itu
akan menjalankan tugas dengan hati yang ikhlas dan ini juga akan
memberi kesan yang baik kepada pelanggannya terutama kerjaya
pendidikan ini.
- Selain itu juga, ciri lain yang perlu ada pada seorang guru professional
ialah berfikiran jauh. Seseorang guru yang mempunyai pemikiran yang
jauh adalah seorang guru yang amat berkualiti kerana dirinya akan
sentiasa melihat ke hadapan dan akan merancang segala masa
depannya untuk generasi akan datang.

2. Pandangan tokoh terhadap Profesion Keguruan.

- Beliau menyatakan bahawa profesion keguruan adalah profesion yang


paling mulia. Guru merupakan pembentuk kepada manusia. Guru
menerapkan ilmu, nilai-nilai murni, dan sebagainya kepada manusia.
Penerapan ini sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang
aman kerana masyarakat telah mempunyai pelbagai ilmu dan boleh
berfikiran secara rasional.

3. Perbezaan guru masa kini dan guru masa dulu bagi tokoh.

39
- Beliau menyifatkan guru masa kini dan guru masa dulu adalah sama
sahaja. Tugas guru sememangnya mendidik manusia agar menjadi insan.
Cuma yang berbeza adalah cara pengajaran kerana mengalami kemajuan
yang berterusan, namun tujuan utama guru masa kini dan dulu adalah
tetap sama.

4. Nasihat tokoh kepada bakal-bakal guru.

- Jika seseorang itu telah memilih kerjaya sebagai guru, maka seseorang
itu mesti sanggup berkorban dari aspek tenaga, masa dan mungkin juga
wang ringgit.
- Seseorang itu perlu mendapatkan atau merebut peluang-peluang yang
ada di samping menjaga atitud seorang guru serta memelihara etika
keguruan.

REFLEKSI

40
Melalui kerja khusus ini, kami telah mendapat sedikit sebanyak
pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah
memantapkan pemahaman kami dalam subjek Teras Pengantar Pendidikan ini.
Kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan
semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak
masalah. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan
Institut Perguruan Kota Bharu. Selain itu , kami juga mencari info tentang Teras
Pengantar Pendidikan melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk
menyempurnakan tugasan ini.

Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami


menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak
faham akan cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan
kami. Syukurlah kami mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan
tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu kami dalam proses
menyudahkan kerja khusus ini. Kami juga berasa untung kerana pensyarah kami
sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan
tugasan ini. Ramai pelajar keliru dan tidak faham akan tajuk ini.
Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada
pensyarah, kami semua dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan
dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Sedikit masalah lain telah menghantui kami semasa menyiapkan kerja


khusus ini. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami tetapi
membuatkan kami semakin bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk
melakukan tugasan ini. Selain daripada masalah ini, saya berasa lega kerana
tidak menghadapi masalah–masalah lain yang lebih berat lagi.

Kami berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus
yang mencabar ini dengan sempurna. Kami berharap akan mendapat tugasan

41
seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu
kami untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek Teras Pengantar
Pendidikan. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana
tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman
dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , saya dan rakan-rakan yang
lain kami akan sedaya upaya mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu hari
nanti. Insyaallah.

42