Anda di halaman 1dari 2

12 Mei, 2008 23:07 PM

Hishammuddin Tekad Tambah Baik Profession Perguruan

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
bertekad untuk terus memberikan komitmennya bagi memartabatkan profesion perguruan,
di samping menambah baik skim perkhidmatan dan menjaga kebajikan 350,000 guru dalam
negara.

Beliau berkata sejak diberikan tanggungjawab mengepalai kementerian itu pada 2004 setiap
keperluan warga pendidik diberikan perhatian serius dan ia tidak akan berakhir.

"Saya memberikan amanah kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail untuk
mengetuai sebuah pasukan petugas bagi meneliti sebarang perkara berbangkit berhubung
hal ehwal guru.

"Dan saya cukup berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin yang asal usul berdarah pendidik,
Datuk Razali dapat menjiwai para guru," katanya dalam satu kenyataan sempena hari guru
yang akan disambut di seluruh negara Jumaat ini.

Menurutnya arahan juga dibuat supaya dungsi Jemaah Nazir Sekolah dikembangkan menjadi
sebuah badan untuk menerima sebarang aduan dan pandangan daripada para guru di semua
peringkat.

Hishammuddin juga berharap agar warga pendidik dapat bersama-sama merencana dan
mengerakkan agenda pemantapan pendidikan negara bagi tempoh 50 tahun akan datang
bagi membolehkan Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran.

Katanya bagi mencapai sasaran itu guru-guru perlu juga terbuka dalam menerima sebarang
kritikan dan pandangan daripada pelbagai pihak serta pada masa yang sama memberi fokus
kepada usaha meningkatkan kualiti diri.

Katanya kementerian akan terus berusaha menghasilkan guru yang mencapai tahap "self-
actualization".

"Ini adalah kalangan guru-guru yang jujur dan amanah, punya jati diri, sentiasa meneroka
potensi diri, punya semangat tinggi dan komitmen padu untuk mendidik bukan hanya kerana
ia adalah satu tuntutan kerja, sebaliknya lebih kepada pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab yang sebati dengan naluri dan jiwa untuk mendidik anak bangsa menjadi
modal insan yang terbaik," katanya.

Merujuk kepada usaha meningkatkan pembangunan kerjaya guru, Hishammuddin berkata


para guru kini mempunyai peluang menikmati kenaikan pangkat melalui lima laluan
berbanding hanya satu laluan pangkat untuk skim perkhidmatan kerajaan lain.

"Ini termasuk penambahan ribuan kuota Pengetua Cemerlang sehingga ke gred Jusa C,
penambahan kuota Guru Cemerlang sehingga ke gred khas C dan pengenalan skim baru
Guru Besar Cemerlang DGA 38," katanya.

Katanya peluang itu memberikan motivasi kepada mereka untuk bersaing secara sihat dalam
meningkatkan kepakaran, sekaligus membantu menangani penghijrahan guru-guru
cemerlang ke sektor lain kerana kecewa dengan prospek pembangunan kerjaya perguruan.

-- BERNAMA