Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM ,KESIHATAN ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN DENGAN KERJASAMA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN

PENDAHULUAN

Program pondok informasi kesihatan merupakan gabungan antara program-program


yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Program ini
merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai
kesihatan.Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah
dan seterusnya dapatmengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat.
Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan
mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat

1.0 KEMPEN CARA HIDUP SIHAT Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup
lebih sejahtera. Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan
yang seimbang ,senaman yang konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup

2.0 TUJUAN PROGRAM Program kebersihan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan
Progresif" melalui amalan gaya Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik
dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku
sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan
gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

2.1 RASIONAL PROGRAM kesihatan merupakan satu program kesihatan yang merangkumi
aspek kesihatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan
memupuk tanggujawab para pelajar terhadap kesihatan sendiri dan seterusnya ibubapa
pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen
menderma darah dan pameran kepada para pelajar dan masyarakat setempat akan dapat
memupuk
perasaan
cintakan kebersihan serta
melahirkan
tanggungjawab
mengenai peranan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuan
darah,pertolongan cemas dan sebagainya.
2.2 MATLAMAT PROGRAM kebersihan
Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi
fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas.
2.3 OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif kebersihan ialah:
- Meningkatkan
kerjasama
dan koordinasi
pelbagai
agensi terlibat
bagi
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru
dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan .
- Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diriyang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng
untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti peyalahgunaan dadah.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
.-Meningkatkan pengetahuan
dan
informasi
mengenai
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

Kesihatan dengan

-Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti
walau di mana mereka berada.
-Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih dan sihat ketika di sekolah.
.-Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada
pelajar dengan terlaksananya program ini.
-Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasiranasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
5 2.5Cadangan Carta Organisasi
AJK INDUK PROGRAM 3K
PN RUJIAH BT IDRIS
EN MUHD FARIS
PN INTAN FARIZA BT ISMAIL

AJK PELAKSANA PROGRAM 3K

PENASIHAT Tn Hj Abd samad B Salleh


Guru Besar SK Singkir
PENGERUSI
EnAhmad Hasan B Harun
Pen.Kanan HEM
TIMBALAN PENGERUSI
Pn Nasri BtAriffin
Pen.Kanan Satu
SETIAUSAHA
Pn Rosima Bt Hj Hanafi
Ketua Panitia PJK
BENDAHARI
Pn Pn Musitah Bt Mat AHLI
JAWATANKUASA SAMBUTAN URUSETIA
Guru Besar SKSPn
Rosima Bt Hj Hanafi
Semua PK
PnMusitah Bt Mat Tn Hj Abd Hamid Saad
YDP PIBG
En Muhd Fadzli b Sudin
HADIAH DOKUMENTASI
Pn NorAin BtSalam
Pn Muniyati Abd Kadir
Pn Jaliliyah Bt Kadir
Pn Masni BtIdris SIARAYA PROMOSI/BANNER En Muhd Fadzli B Sudin En Muhd FarisFakhrura
zi En Hamzah B Idris Pn Siti Fatimah Jaafar
JAMUANPERALATAN
Pn Che Jamaliah Sidek En Sofian Shuib
Pn Mek Limah Saaud EnShuib Saad
AJK PIBG
Pn Sharmila Abd Rahim

8 2.7 Cadangan Program Program kesihatan ini akan dijalankan selama 3 hari berturutturut pada 15 dan 17 November 2009 .
Upacara perasmian akan dijalankan pada 15 hb November 2009 oleh Guru Besar SK Singkir.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program kesihatan
:Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi/JK Pelaksana

1 Pameran kesihatan dan Anti-Rokok Unit promosi pej Kesihatan daerah Sandakan
2 Ceramah Dan Sidang Video Anti dadah AADK Daerah Sandakan
3 Senam robik bersama komuniti K oordinator dari klinik Kesihatan Elopura
4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma Hospital Daerah Sandakan
5 Demonstrasi Pertolongan Cemas Hospitan Kent of Duchess
6 Kempen Menderma Darah Hospitan Kent of Duchess
7 Pertandingan Masakan Menu Sihat Panitia PJK SKS
8 Gotong royong Perdana
9. Sukaneka Panitia PJK

Anda mungkin juga menyukai