Anda di halaman 1dari 7

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.


1.1. Sekolah melaksanakan Program Hari Orentasi murid tahun 1 dan PraSekolah.
1.2. Hari Orentasi murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari
orentasi.
1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
1.4.2. Bayaran yuran persekolahan.
1.4.3. Pengagihan buku teks
1.4.4. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.4.5. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem
maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.


2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun
enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun
semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.6.1 Pencalonan oleh guru kelas.
2.6.2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
2.6.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.6.4 Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.6.5 Majlis watikah perlantikan
2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.


3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan
matlamat
perlaksanaannya seperti berikut :
3.1.1 Bilangan murid yang terlibat.
3.1.2 Pemilihan murid yang tepat.
3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat.
3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
3.3.1 Pemeriksaan mata.
3.3.2 Pemeriksaan gigi.
3.3.3 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.3.4 Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.


3.4.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.

3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.


3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2 Gotong-royong.
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
3.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.


4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan
yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.


5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5.1.4 Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.


6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui
LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.


7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak
seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2010

1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah

Pendaftaran dan orentasi tahun 1 dan Prasekolah ini dijalankan sehari sebelum sesi
persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang
kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana
persekolahan yang baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan
ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat
menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah
pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan
perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada
guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal
pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba
berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api
dengan betul.
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos
hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang
sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos,
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan
adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan,
pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
7. Sambutan Hari Kanak-Kanak
Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan
bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan,
persembahan dan pelbagai lagi.
8. RMT
Hanya tiga orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid tersebut diberikan
makanan pada awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6


Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada
pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran
iaitu Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

10. Rawatan Pergigian


Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke
Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas
peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan
ingin memohon ke sekolah berasrama penuh.
12. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah


Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan
kerjasama MBSA, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan
kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
14. Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, Kedai
Buku Sekolah, Dominos dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang
berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan
sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.
15. Program Maju Diri
Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid
yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti
berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
16. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi
petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu
murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi
kaunseling individu juga dijalankan.

17. Program RIMUP


Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah
bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi
hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
18. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin
keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang keselamatan diri masing-masing.
19. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid
tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

01 ) JK HAL EHWAL MURID ( JK HEM )

1.

2.
3.
4.
5.

Bidang Tugas
Sebagai JK tertinggi dalam HEM, JK HEM menerima semua keputusan yang telah ditetapkan oleh PP. JKHEM
hanya bermesyuarat untuk menentukan, membincangkan dan memutuskan strategi melaksanakan dasar HEM /
Sahsiah KPM keputusan HEM utama yang telah diputuskan oleh Pengurusan Pentadbiran(PP)
JK HEM (Ketua) hendaklah bermesyuarat selepas Mesyuarat (PP) bermesyuarat minimum 3 kali setahun
(Mesyuarat BOLEH dipengerusikan oleh Naib Pengerusi)
Fungsi SU HEM Menjadi SU mesyuarat JK HEM dan menyedia minit mesyuarat Menyelaras / Merumus /
melapor hasilan semua mesyuarat JK di bawah Unit HEM.
Fail (F) Unit HEM Mengurus dan memantau fail Mengurus fail HEM / dan fail maklumat HEM dan untuk Guru
Besara dan rekod
Mesyuarat unit-unit boleh dipengerusikan oleh GPK HEM sekiranya tiada Guru Besar

PENGURUSAN UNIT-UNIT HEM


( Bidang Tugas dan Pemantauan Penolong HEM. Guru Besar sebagai Pengerusi )

( 01 ) LEMBAGA DISIPLIN
Bidang Tugas
a. Mengadakan aktiviti peningkatan disiplin murid seperti ceramah dan majlis rundingan.
b. Menjadi penasihat kepada badan pengawas dan menyediakan laporan. c. Menyelia disiplin murid.
d, Memberi tunjuk ajar dan bimbingan tugasan kepada pengawas sekolah.
e. Membuat pesanan keperluan unit.
f. Menguruskan stok dan menyediakan anggaran perbelanjaan unit.
g. Mengemaskini data disiplin murid. h. Mengurus penghantaran data kepada PPD .

( 02 ) PENGAWAS
Bidang Tugas
a. Melantik Pengawas
b. Memberi maklumat dan kefahaman mengenai peraturan dan
undangundang sekolah kepada murid.
c, Mengadakan mesyuarat badan pengawas dan sidang percambahan
minda.

( 03 ) KESELAMATAN
Bidang Tugas
a. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik.
b. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di setiap kelas dan bilik.
c. Menjalankan kawat kebakaran.
( 04 ) INVENTORI
1.
2.
3.
4.

Bidang Tugas
Merekod segala kelengkapan seperti kerusi dan meja pelajar.
Menyediakan proses pembaikan dan pelupusan kelengkapan yang rosak.
Memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan keperluan pelajar.
Menyediakan garis panduan pergerakan kelengkapan.
( 05 ) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Bidang Tugas
a. Memastikan Bilik BOSS kemas dan berfungsi.
b. Mengurus surat-menyurat mengenai SPBT.
c. Mengurus borang pesanan/permohonan buku Teks bagi tahun berikutnya.
d. Menyemak penerimaan dan penghantaran buku teks dan memproses untuk urusan stok.
e. Menyelenggara siok SPBT dengan kemaskini.
f. Membuat hapuskira .
g. Memungut buku teks pada akhir tahun.
h. Membuat pemantauan penggunaan buku teks secara berkala.

( 06 ) LAWATAN
Bidang Tugas
1) Merangka / Merancang destinasi lawatan.
2) Memastikan destinasi lawatan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid yang akan menyertainya.
3) Tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan sedia ada serta ianya dapat memperluaskan pengalaman
murid mengenai destinasi yang akan dilawati.
4) Mengutamakan aspek keselamatan murid-murid
5) Membentuk jawatankuasa kerja bagi setiap lawatan yang hendak dibuat.
( 07 ) KEBAJIKAN MURID DAN INSURAN
Bidang Tugas
a.Mengurus kutipan dan perbelanjaan tabungan murid.
b. Menyediakan penyata kewangan tabung.
c. Khidmat derma/ sumbangan kepada
pihak tertentu seperti murid yang kematian ibu bapa.

( 08 ) BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bidang Tugas
a. Merancang program, projek dan aktiviti bimbingan dan kaunseling selaras dengan perancangan sekolah.
b. Memberi khidmat nasihat kepada murid bermasalah.
c. Membantu membina sahsiah murid.

( 09 ) RMT
Bidang Tugas
a.Menyediakan buku pengurusan RMTS.
b.Memilih menu yang sesuai dengan murid.
c. Mencatat penyertaan murid RMTS ke dalam buku kehadiran.
d.Mengawas kawasan, kebersihan, tatatertib dan perkara yang
berkaitan dengan RMTS.
( 10 ) KANTIN
Bidang Tugas
a. Menentukan pihak pemajak kantin mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.
b. Memastikan kebersihan dan mutu makanan serta kebersihan umum kantin dieri perhatian.
c. Mengawasi murid makan mengikut tertib dan berperaturan.
d. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan.
e. Menyediakan tugasan pengawasan di kantin.
f. Menceriakan kantin.

( 11 ) SKIM BANTUAN TUISYEN ( SBT )


Bidang Tugas
a. Mengenal pasti murid yang layak mendapat SBT.
b. Mengagih murid mengikut kelas.
c. Mengedar dan memungut borang permohonan untuk mengajar kepada guru-guru yang berminat.
d. Menyediakan buku kedatangan murid dan guru serta jadual belajar.
e. Mengedar modul mengajar kepada guru SBT. f. Membuat analisa dan postmortem mengenai SBT.

( 12 ) KWAMP
Bidang Tugas
a. Mengenal pasti murid yang layak mendapat KWAPM.
b. Mengagih dan memungut borang permohonan .
c. Menyediakan surat pelantikan AJK pemilih.
d. Menyediakan senarai nama murid yang mendapat KWAPM.
e. Mengurus majlis penyampaian KWAPM.
(13) BUKU KEDATANGAN DAN BUKU REKOD KAWALAN KELAS
Bidang Tugas

a) Memastikan buku Kedatangan murid ditanda setiap hari.


b. Maklumat di buku di isi dan dilengkapkan.
c. Setiap kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada
setiap waktu pembelajaran.
d. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa dan jumlah pelajar hadir pada masa mereka mengajar.

( 14 ) RIMUP
Bidang Tugas
1. Membuat pendaftaran dan laporan dari semasa kesemasa jika diperlukan.
2. RMUP Membuat Laporan aktiviti RIMUP sebanyak dua kali iaitu pada setengah tahun dan akhir tahun.
3. Melaksanakan objektif RIMUF diantaranya:
4. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah
rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
5. Mengwujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mengwujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

( 15 ) Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Bidang Tugas
- Gejala negatif berkurangan dikalangan murid.
- Murid menepati masa.
- Murid beratur tanpa arahan.
- Sifar kes dadah
- Kes salah laku berkurangan 5 %.
- Bilangan murid terlibat dengan gejala sosial berkurangan
( 16 ) PENCEGAHAN JENAYAH
Bidang Tugas
a. Merancang program ceramah dan motivasi mencegah jenayah bersama polis
b. Mengadakan kempen anti jenayah. c. Merancang lawatan sambil belajar ke penj
(17 ) KECERIAAN
Bidang Tugas
a. Menyediakan dan menyusun perhiasan dan penanaman pokok bunga.
b. Memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih & ceria.
c. Membuat perancangan untuk menambah baikkan taraf keceriaan sekolah.
( 18 ) KESIHATAN
Bidang Tugas
a. Mengumpul, mengedar rekod dan kad kesihatan.
b. Mengumpul maklumat murid yang memerlukan rawatan dan perhatian kesihatan.
c. Mengurus aktiviiti-aktiviti berkaitan kesihatan.
d. Mengadakan sudut kesihatan.
e. Memantau kawasan air bertakung dan menyediakan laporan bebas denggi.

( 19 ) SEKOLAH SELAMAT
Bidang Tugas
a. Menyelia kawasan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
b. Memastikan keselamatan murid semasa mengadakan sesuatu program.
c. Membuat penegasan keselamatan murid semasa pergi dan balik dari sekolah.

Anda mungkin juga menyukai