Anda di halaman 1dari 7

Bagaimana buat prospek respon pantas ?

Pelajari bagaimana prospek hadam


ayat iklan anda
Pertama, mari kita bahagikan ayat jualan kepada 4 bahagian asas
iaitu:
#1 Headline
#2 Manfaat produk
#3 Offer
#4 Call-to-Action

1.0 Cara prospek hadam ayat iklan


Pertama - Headline
Prospek akan baca Headline terlebih dahulu.
Jika headline menarik, mereka akan teruskan bacaan.
Sama seperti kita bila beli suratkhabar, kita pilih artikel
berdasarkan headline.
Kedua - Offer
Jika prospek berminat, prospek akan terus
scroll ke bahagian Offer untuk lihat harga.
Ini memang lumrah manusia.
Manusia bila berminat, perkara pertama yang ia ingin tahu ialah
harga.
Ketiga Manfaat produk
Proses price/value justification berlaku di sini.
Prospek selepas tahu harga, dia akan fikir untuk beli atau tidak.
Prospek akan timbang-tara berbaloi atau tidak jika dibeli.
Jadi prospek akan mula membaca manfaat produk untuk tujuan
ini.
Keempat Call-to-Action
Prospek akan ikut arahan jika berminat.
Sebab itu Call-to-Action yang jelas adalah penting.
SuffianSalahudin.com 1

[ Headline ]

[ Manfaat ]

[ Offer ]

[ Call-to-Action ]

Saya sertakan gambar di atas sebagai


rujukan secara visual mengenai hal ini.

2.0 Dua bahagian penting pada ayat jualan


Sebenarnya, daripada 4 bahagian yang disebut sebelum ini,


semuanya penting.
Tapi, yang paling penting adalah:
a) Headline
b) Offer
Jika anda inginkan respon pantas daripada prospek ,
2 bahagian ini anda perlu asah elok-elok.
Di FB, kita sebenarnya menggunakan prinsip copywriting yang
dipanggil sebagai direct-response copywriting .
Dalam direct-response copywriting , headline dan offer sangat
mustahak.

3.0 Cara menulis headline khusus untuk ayat


iklan di FB
Pertama, kita perlu faham bahawa FB Ads ialah trafik jenis
display.
Cabaran bagi trafik jenis display ini ialah, kita perlu menarik
perhatian prospek untuk membaca apa yang kita ingin sampaikan.
Jika gagal, iklan kita tidak akan diklik.

Justeru, cara paling mudah untuk menarik perhatian prospek


adalah dengan :
Tanya Soalan
Ya. Hanya dengan bertanya soalan, sudah cukup untuk menarik
perhatian prospek.
Persoalannya, soalan apakah yang perlu ditanya ?
Saya ingin memetik kata Perry Marshall, seorang lagenda Google
Adwords :
You will capture the attention of your customers when
you enter the conversation already taking place inside their
heads.
Kata Perry Marshall, cara menarik perhatian prospek adalah
dengan bertanyakan soalan yang sedang difikirkan oleh prospek.
Saya berikan contoh untuk mudah faham.
Produk : Jersi bola
Prospek sasaran : Lelaki minat bola.
Contoh headline: TENGAH CARI JERSI BOLA ?
Produk : Ubat resdung
Prospek sasaran : Pesakit resdung
Contoh headline: NAK RESDUNG SEMBUH SEGERA ?
SuffianSalahudin.com 3



Produk : Spray mandian kucing
Prospek sasaran : Pembela kucing
Contoh headline : TAK ADA MASA NAK MANDIKAN KUCING ?

4.0 Checklist untuk bahagian headline


1. Pastikan headline tidak terlalu panjang. Seeloknya
maksimum 9 patah perkataan sahaja.
2. Gunakan huruf besar untuk headline. Ia terbukti untuk
meningkatkan readership dan lebih menarik perhatian.
3. Sentiasa gunakan headline yang bertanyakan masalah
prospek sasaran. Dengan cara ini, prospek lebih tertarik
sebab kita menunjukkan kita faham masalah prospek.
4. Sentiasa gunakan simbol kerana ia meningkatkan
readership. Ia membawa maksud bahawa pihak ketiga yang
bercakap, bukan si pengiklan yang bercakap.

5.0 Cara memberikan Offer yang buat prospek


rasa tak sabar nak beli produk anda.
Bak kata Bob Serling, penulis buku Power Copywriting for the
Internet,
The offer is everything.
*Kita sebagai Muslim, tidaklah sampai everything.
Tapi, ertinya, Offer memang penting.
Berikut saya senaraikan 7 Rempah Offer.
Saya sudah uji berkali-kali kepada klien-klien saya.
Alhamdulillah, hasilnya sentiasa konsisten dan lumayan.

7 Rempah Offer
a) Urgency
Ini memang selalu sekali dibuat.
Letakkan deadline kepada Offer anda.
Untuk lebih nampak real, nyatakan sekali kenapa
deadline-nya begitu.
Contoh: Promosi 24 jam sempena Hari Ibu.
b) Nilai Tambah
Beri hadiah tambahan supaya prospek rasa berbaloi
membeli dari anda.
Daripada kajian saya, produk RM100 ke atas, jualan lebih
meningkat jika diberi bersama free gift.
c) Risk Reversal
Beri jaminan pulangan wang.
Salah satu sebab utama orang tidak membeli secara online
adalah risiko ditipu.
Alihkan risiko tersebut dari prospek kepada kita.
Contoh: Wang anda kami kembalikan jika produk gagal
berfungsi dengan baik.
d) Scarcity
Barang limited-edition memang orang minat.
Nyatakan berapa baki stok anda.
Ia boleh mempengaruhi prospek untuk bertindak pantas.
e) Pricing
Entah kenapa, harga produk yang berakhir dengan 7 atau 9
lebih nampak menarik di mata prospek.
Ia telah terbukti secara saintifik bahawa produk yang
harganya berakhir dengan nombor 7 atau 9,
nampak lebih menggiurkan di mata prospek.

SuffianSalahudin.com 5

f) Keunikan produk
Apa beza produk anda dengan produk orang lain ?
Perbezaan ini juga memainkan peranan penting.
Jika produk kita sama dengan 100 produk lain di pasaran,
prospek tidak ada sebab untuk membeli dari kita.
g) Testimoni
Prospek perlu membayar untuk dapatkan produk.
Jadi, prospek juga fikirkan ROI pembelian tersebut.
Jika prospek dapati ramai orang lain pernah mendapat ROI
positif selepas membeli produk kita, prospek tidak ragu-ragu
untuk membeli.
==============================================
OK.
Itu saja untuk eBook kali ini.
Terima kasih kerana baca sampai habis.
Anda sungguh komited.
Saya yakin anda tak jauh dari kejayaan.

Anda suka dengan eBook ini ?


Kongsikan kepada rakan-rakan anda di FB.
Ini link download untuk anda kongsikan kepada rakan anda :
www.suffiansalahudin.com/laporan-percuma

Lihat profil penulis di mukasurat akhir.

Profil penulis
Muhamad Suffian Salahudin.
Seorang konsultan pemasaran.
Menetap di Newcastle, UK.
Terkini, 2014,portfolio beliau ialah:
UK Konsultan pemasaran untuk
sebuah syarikat logistik di UK.
Malaysia Konsultan pemasaran untuk
salah satu jenama tudung terbesar di
Malaysia.

SuffianSalahudin.com 7