Anda di halaman 1dari 29

QKU3063 KESELAMATAN, PENCEGAHAN

KECEDERAAN DAN PERTOLONGAN CEMAS


(GROUP A)
ROLLER BANDAGE

PENSYARAH:
GUNATHEVAN A/L ELUMALAI
NAMA
MOHAMAD IKWAN BIM MUHAMAD RADZI
MUHAMMAD IKRAM BIN ZAINOL
MOHAMMAD ADHWA AIMAN BIN MOHD NOOR
MOHAMMAD RAMLEE BIN ZAKUAN
ASMANBIN COKTANG
MOHD FAKHIRIN TASBIH BIN ROZANIM
MUHAMMAD SHAHRUL RIDZUAN BIN AB. MALEK
MOHD AIDIE AZHAR BIN ZUKIPLI

STUDENT ID
D20121059129
D20121059198
D20121059144
D20121059166
D20121059187
D20121059182
D20121059180
D20121059205

ROLLER BANDAGE
Terdapat beberapa kegunaan yang berbeza bagi pembebatan dalam pertolongan cemas iaitu
pembebatan digunakan untuk memperkemaskan pembalutan, mengawal pendarahan, menyokong
dan mencegah pergerakan anggota yang tercedera, serta mengurangkan bengkak pada anggota
tersebut. Terdapat tiga jenis pembebat utama iaitu pembebat bergulung yang memperkemaskan
balutan dan menyokong anggota yang tercendera. Pembebat tubular menyokong pembalutan
dari hujung jari atau jejari atau menyokong sendi-sendi yang tercedera.
Apabila mengunakan pembalut bergulung patuhi peraturan-perturan ini;
1. Bahagian pembalut yang bergulung (kepala) hendaklah berada diatas sekali ketika anda
membuka gulungan (bahagian tidak bergulung dipanggil ekor)
2. Tempatkan diri anda disebelah anggota yang cedera berhadapan dengan mangsa
3. Ketika anda merawat kecederaan, pastikan anggota anggota yang tercedera, disokong dan
berada dalam keadaan yang sama selepas pembalutan

PERATURAN MENGGUNAKAN PEMBEBAT


1. Sebelum menggunakan pembebat, terangkan dengan jelas dan beri keyakinan kepada
mangsa apa yang akan anda lakukan.
2. Letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa seperti duduk atau baring
3. Ampu anggota yang tercedera ketika anda sedang merawatnya. Minta seseorang untuk
membantu anda atau minta mangsa melakukan sendiri.
4. Lakukan tugas anda secara berdepan dengan mangsa atau dari tempat yang tercedera.
5. Jika mangsa terbaring masukan pembebat menerusi ruang bawah pergelangan kaki, lutut,
pinggang dan dibawah tengkuk. Kemudian sorongkan pembebat kedepan dan kebelakang
bagi memudahkan pembalutan. Sebagai contoh bagi membebat kepala atau bahagian
dada tarik pembebat menerusi bawah tengkuk.
6. Gunakan pembebat dengan kemas, tetapi jangan terlalu ketat sehingga menjejaskan
peredaran darah kebahagian anggota luar daripada pembalut
7. Biarkan jejari atau jari kaki pada anggota yang berbalut tertedah supaya anda dapat
memeriksa peredaran darah.

PRINSIP
1. Beri bantuan hanya kalau yang tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang bantuan
kecemasan.
2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan kecemasan.
Jangan beri bantuan.
3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, dapatkan bantuan perubatan dengan
segera.

MATLAMAT PEMBALUTAN
1. Mengawal perdarahan.
2. Mengawal keadaan renjatan.
3. Mengurangkan risiko jangkitan.
4. Memberi keselesaan kepada mangsa.

FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN


1. Mengawal pendarahan
2. Menggalakkan pembekuan
3. Menghindarkan jangkitan kuman
4. Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum
5. Melindungi luka daripada kecederaan lain

LANGKAH-LANGKAH RAWATANNYA ADALAH:


1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
3. Pastikan memakai sarung tangan
4. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
5. Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang luka

MEMILIH SAIZ PEMBEBAT YANG BETUL

1. Sebelum menggunakan pembebat bergulung periksa dahulu pembebat telah digulung


dengan kemas dan mempunyai kelebaran yang sesuai dengan anggota
2. Kecederaan.bahagian anggota tercedera yang berlainan pada tubuh memerlukan pembalut
yang mempunyai kelebaran tertentu
3. Anggota kecil seperti jejari memerlukan pembalut tirus, manakala anggota besar seperti
kaki memerlukan pembalut yang lebar.

MEMERIKSA PENDARAN DARAH SELEPAS PEMBEBATAN


Apabila anda membalut anggota atau menggunakan kain anduh, anda hendaklah memeriksa
peredaran darah pada tangan atau kaki selepas selesai membalutan dan setiap 10 minit.
Pemeriksaan ini penting kerana anggota tubuh akan membengkak apabila tercedera dan
pembalutan akan menjadi terlalu ketat. Dalam keadaan ini akan menjejaskan peredaran darah
dikawasan luar pembalutan.simtom-simtom perdaran darah yang terjejas akan berubah apabila
vena mula menjerut dan diikuti oleh arteri.

Cara mengenal pasti peradaran darah yang terjejas.


-

Anggota tubuh membengkak dan sesak

Kulit menjadi biru dan urat menonjol

Kulit terus kembang dan sakit

Tanda ini pula akan nampak kemudian


-

Kulit pucat dan berminyak

Berdenyut dan diikuti sakit yang mendalam

Sejuk dan kebas

Tidak berupaya jejari

BALUTAN LUKA PADA KEPALA


Luka di kepala sering menimbulkan pendarahan yang banyak kerana kepala mempunyai bekalan
darah yang banyak. Meskipun pendarahan di kepala salah satu pendarahan yang serius., ada cara
sekiranya pendarahan dan cedara yang boleh diubati sendiri dirumah. Tetapi sekiranya hendak
merawat luka di kepala harus mempunyai pengetahuan berkenaan bantu mula. Utamakan pada
mangsa dalam pertengahan umur atau mereka yang keracunan,beralkohol dan dadah.
Sebelum anda menghentikan pendarahan dan ingin memberikan rawatan kepada pesakit
sebaiknya anda melakukan langkah-langkah seperti cuci tangan dengan air dan sabun, jika
mangsa orang tidak dikenali, gunakan sarung tangan. Jika sarung tangan tiada disekeliling kita
gunakan perantaraan plastik antara tangan dan luka. Penggunaan tangan kosong adalah langkah
yang terakhir, seterusnya letakan mangsa dalam posisi berbaring, jauhkan benda atau objek yang
terdapat pada luka. Jangan mencuba untuk membersihkan luka, jika masih ada benda yang
tersisa. Selain itu, tekan pada luka dengan kain kasa, kain bersih atau bahan bersih lain. Jika ada
objek di dalam luka yang tidak dapat anda hilangkan, berikan tekanan disekeliling objek
sehinggah objek tersebut keluar. Berikan tekanan selama 15 minit, kemudian lakukan
pengecahan adakah pendarahan masih mengalih atau tidak. Jika darah masih membasahi kain,
berikan tambahan lain tanpa meninggalkan kain tersebut. Jika perdarahan ringan biasanya
berhenti sendiri atau akan berhenti setelah 15 minit tekanan dilakukan.
Cara-cara membalut luka di kepala adalah seperti berikut:
1. letakan kapas kasar pada bahagian luka pada mangsa

2. buka gulungan pembalut roller bandage, letakan bandage bermula dari kawasan luka

3. selepas 1 lilitan pergi keatas ekor permulaan dan kebawah pembebatan terus buat lilitan
kedua.

4. selesai lilitan ketiga terik ekor permulaan dan buat lilitan ke bawah dagu, iaitu di atas
ekor permulaan terus buat lilitan

5. Silangkan lilitan pada ekor permulaan iaitu di belakang dan di depan ekor permulaan.
Selesai lilitan dan buat ikatan simpul sila.

BALUTAN LUKA DI DADA


Luka di dada kebiasaannya memerlukan rawatan pakar

kerana untuk mengelakkan objek

memutuskan saluran darah. Sekiranya rawatan bukan dari kalangan mereka yang pakar seperti
doktor mangsa mungkin boleh maut. Tujuan balutan roller bandage ini pada dada untuk
mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang cedera, menahan pendarahan, melindungi luka,
memberhentikan darah terus mengalir dan memberi bantuan awal pada mangsa sebelum bantuan
pakar tiba.

Cara-cara untuk membuat balutan awal sebelum rawatan pakar:


1. Ampukan dengan gemgee atau cincin disekeliling objek yang tercucuk pada dada.

2. Hujung permulaan pembalutan mula dari sebelah tangan dan terus buat tekanan
sekeliling tapi luka atau tepi objek. Elakkan balutan terkena objek.
3. Teruskan naik ke bahu buat satu lilitan di celah tangan dan terus naik ke bahu sebelah
iaitu dimana ekor pemulaan.

4. Bawa lilitan tadi dari celah tangan ke atas pembebat, turunkan di celah tangan dan
dari belakang naik ke atas bahu pastikan pada ekor pemulaan jadikan silang

5. Bawa lilitan tadi dari atas bahu ke bawah pembebat, naik ke atas bahu dan turunkan
ke celah tangan. Bawa lilitan tadi keatas pembebat dan terus kecelah tangan dan naik
kebawah pembebat terus keadaan yang sama.

6. Apabila habis buat balutan kemaskan balutan. Elakkan balutan mengena objek

BALUTAN BAHAGIAN SIKU


Pembalut bergulung boleh digunakan pada siku untuk menahan pembebat pada tempatnya atau
menyokong tisu lembut yang tercendera, contohnya ketegangan atau terkehel. Bagi mendapatkan
sokongan yang efektif, sendi di bengkokkan sedikit kemudian buat balutan dalam bentuk angka
lapan. Di sebalik menggunakan kaedah lilitan berpilin, balutkan bahagian atas permukaan sendi
bermula dari dalaman kearah bahagian luaran. Panjangkan pembalut pada kedua-dua bahagian
tepi sendi untuk menghasilkan tekanan yang seimbang.
1. Sokong anggota tercedera dengan sendi dalam kedudukan yang bengkok lurus supaya
mangsa selesa
2. Letakkan bahagian ekor pembalut pada sebelah dalam sendi. Lilit pembalut ke sebelah
luar sendi dengan dua lilitan supaya balutan kemas dan menutup bahagian kecenderaan

3. Lilit pembalut keatas sendi. Buat satu lilitan dengan menutup separuh daripada
bahagian atas liltan yang pertama.

4. Lilit pembalut dari sebelah dalam pada bahagian atas menuju kebahagian bawah sendi.
Buat satu liltan yang menyerong dibawah sendi untuk menutup separuh dari bawah
bahagian balutan lilitan pertama
5. Teruskan membalut secara menyerong dalam bentuk angka lapan pada bahagian atas
dan bawah sendi. Luaskan kawasan balutan dengan menutup kira kira dua pertiga dari
setiap lapisan lilitan
6. Buat lilitan lurus disekeliling anggota untuk menyudahkan. Kemudian kemaskan
pembalut

7. periksa perdaraan darah dari luar balutan. Periksa setiap 10 minit. Jika balutan terlalu
ketat, buka semula, apabila bekalan darah kembali pulih, buat baluatan longgar.

BALUTAN TANGAN
Kecederaan pada bahagian tangan sering berlaku

semasa kemalangan. Faktor lain yang

menyumbang kepada kecederaan. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan pada bahagian


tangan disebabkan oleh kecuaian diri sendiri atau faktor persekitaran.
Jika mengalami kecederaan pada bahagian tangan individu tersebut dinasihati supaya berhenti
dari terus melakukan sesuatu pekerjaan. Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri dan
bantuan doktor diperlukan jika :

kecederaan yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan atau kebas yang amat sangat

pengaliran darah yang banyak pada bahagian tangan

kecederaan yang lama berulang kembali

luka dalam pada bahagian tangan

Jika anda tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut, kecederaan anda boleh dirawat di
rumah, balutan dan penggantungan menggunakan

kain anduh boleh mengurangkan kesakitan,

kebengkakan dan mempercepatkan proses sembuh. Jika mengalami luka dalam adalah dinasihati
supaya berhubung dengan doktor.

Teknik balutan
1. Sokong lengan mangsa dan letakkan hujung permulaan pembalut pada bahagian bawah
pergelangan tangan dan mula dari luar iaitu disebelah ibu jari terus buat satu lilitan.

2. Silangkan pembalut iaitu di atas dan dibawah pemulaan

3. Bawa pembalut kebawah dan lilit sekeliling jari dan pada atas jari telunjuk.

4. Bawa pembalut melintangi belakang tangan dan lilit disekeliling tangan. Kemudian
lilit pembalut secara berulang dan dari arah pergelangan tangan dengan membiarkan ibu
jari terdedah.

5. Apabila keseluruhan tangan sudah dibalut, buat dua lilitan lurus pada pergelangan tangan
dan kemaskan pembalutan.

BALUTAN LUKA PADA PANGKAL LENGAN


Balutan pangkal lengan dilakukan apabila mangsa mengalami pendarahan atau kecederaan
seperti luka akibat kemalangan dan memerlukan bantuan awal sebelum dihantar ke hospital bagi
mendapatkan rawatan susulan. Bagi masalah yang dialami oleh mangsa, bantuan awal perlulah
diberi namun perkara yang paling utama sebelum melakukan rawatan awal adalah memastikan
keadaan di sekitar dalam keadaan yang selamat mengikut situasi yang berlaku pada mangsa
dikawasan tersebut.

MATLAMAT PEMBALUTAN
1. Mengawal perdarahan.
2. Mengawal keadaan renjatan.
3. Mengurangkan risiko jangkitan.
4. Memberi keselesaan kepada mangsa.

LANGKAH-LANGKAH RAWATANNYA ADALAH:


1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
3. Pastikan memakai sarung tangan
4. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
5. Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang luka

Teknik balutan:
1. Buka gulungan pembalut. Letakkan ekor hujung pemulaan pembalut pada bahagian
pergelangan tangan dan mula dari luar iaitu disebelah anak jari terus buat satu lilitan

2. Selepas bersilang simpan ekor pembalut. Teruskan kaedah yang sama naik sehingga ke
siku tangan

3. Apabila selesai sampai ke siku tangan. Terus buat kaedah yang sama terun kepergelanga
tangan

4. Apabila selesai sampai pada pergelangan tangan dan kemaskan pembalut

BALUTAN LUTUT
Kita menggunakan lutut kita untuk banyak aktiviti fizikal sperti berjalan, berlari, mendaki
dan olahraga. Sendi lutut menanggung sebahagian besar berat badan kita dan banyak tekanan.
Lutut terdiri daripada kombinasi permukaan tiga tulang , iaitu tulang paha (femur), tulang kaki
(tibia) dan tempurung lutut (patella). Permukaan dalam sendi lutut diselaputi oleh tulang rawan
yang membolehkan pergerakan lutut secara lancar. Lutut dikekalkan stabil oleh ligamen-ligamen
terutamanya anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL) dan ligamenligamen kolateral (medial dan lateral). Diantara permukaan rawan, terdapat dua struktur penting
dipanggil meniscus. Kedua-dua meniscus berfungsi untuk menyerap getaran dan menyebarkan
tekanan sama rata di seluruh lutut. Di luaran, lutut ditutupi oleh otot-otot paha, iaitu kuadriseps
dan hamstrings. Lutut biasanya cedera akibat olahraga, aktiviti lasak seperti mendaki bukit,
berlari atau kecelakaan jalan raya.

Berikut adalah cedera lutut yang lazim;


-

Cedera ligamen lutut ACL terputus (paling lazim), cedera PCL dan ligamen kolateral

Meniscus terkoyak

Cedera tulang rawan

Keseleo (sprain/ strains) ligamen dan otot

Cedera tempurung lutut dengan ligamennya

Jika lutut anda cedera selepas olahraga atau kemalangan, kebiasaanya lutut akan membengkak
dan rasa sakit. Kita harus pergi ke hospital atau klinik untuk membuat x-tray bagi memastikan
sama ada tulang lutut patah atau tidak. Rawatan segera untuk lutut yang sakit dan bengkak
adalah dengan meletakkan ais pada lutut. Ais akan meredakan sakit dan bengkak dalam beberapa
hari. Sementara itu, lutut perlu direhatkan dengan mengurangkan pergerakan lutu atau tidak
melakukan kerja yang berat.

TEKNIK BALUTAN
1. Letakkan pembalut pada bahagian lutut dan silangkan lilitan di bahagian lutut.

2. Bawa kepala pembalut pada bahagian atas lutut dan buat lilitan pada lutut dengan
menutup setengah lapisan pembalut.
3. Bawa kepala pembalut ke arah bawah lutut pada sendi dan buat satu lilitan di sekeliling
lutu dengan menutupi setengah lapisan pembalut.
4. Teruskan lilitan yang bersilang seli dengan menutup hamya dan 2/3 lapisan lilitan di
bawah.

5. Balutan 2 yang terakhir mestilah lurus.


6. Lilitan lurus tersebut bagi mengakhiri lilitan dan supaya nampak kemas pada hujung
balutan.

BALUTAN DI BAHAGIAN BETIS


Prinsip
1. Beri bantuan hanya kalau yang tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang bantuan
kecemasan.
2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan kecemasan.
Jangan beri bantuan.
3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, dapatkan bantuan perubatan dengan
segera.
Fungsi balutan di bahagian betis
1. Mengawal pendarahan.
2. Menggelakkan pembekuan.
3. Menghindari daripada jangkitan kuman.
4. Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum.
5. Melindungi luka daripada kecederaan lain.
Matlamat pembalutan di bahagian betis
1.

Mengawal pendarahan .

2.

Mengawal keadaan renjatan.

3.

Mengurangkan jangkitan.

4.

Memberi keselesaan kepada mangsa.

Teknik balutan di bahagian betis


1 . Buka bal ut an p em ba l ut ( bandages ).
2 . Letakkan pembalut (bandages) pada bahagian betis dan silangkan lilitan di bahagian
betis.

3 . Bawa kepala pembalut (bandages) pada bahagian depan betis dan buat lilitan pada betis.

4 . Arahkan kepala pembalut (bandage) ke arah bawah betis dan buat satu lilitan di
sekiling betis dengan menutupi setengah lapisan pembalut (bandages).

5 . Terusakan lilitan yang bersilang seli dengan menutup hanya dan 2/3 lapisan di bawah
pembalut (bandages) pada bahagian betis dan silangkan lilitan di bahagia betis.
6 . Balutan yang terakhir mestilah lurus.

7 . Lilitan tersebut mestilah lurus pada akhiri lilitan supaya nampak kelihatan kemas pada
hujung balutan.

BALUTAN KAKI
Pengenalan
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna
atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan pada bahagian kaki
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan seperti terseliuh pada bahagian
kaki.
Jika mengalami kecederaan pada bahagian kaki semasa aktiviti sukan, individu tersebut
dinasihati supaya berhenti dari terus bermain. Komplikasi lain akan berlaku jika terus bermain.
Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri dan bantuan doktor diperlukan jika:

kecederaan yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan atau kebas yang amat sangat

tidak boleh menampung berat badan

kecederaan yang lama berulang kembali

sendi yang tidak stabil

Jika anda tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut, kecederaan anda boleh dirawat di
rumah. Rehat, applikasi ais, balutan dan penggantungan menggunakan kain anduh boleh
mengurangkan kesakitan, kebengkakan dan mempercepatkan proses sembuh. Jika gejala atau
tanda yang dialami bertambah teruk, adalah disarankan supaya berhubung dengan doktor.

Rawatan
Rawatan bermula dari kaedah RICE :

Rest (rehat) : Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota
terlibat. Penggunaan tongkat adalah digalakkan jika kecederaan itu melibatkan anggota
kaki.

Ice (applikasi ais) : applikasi ais pada anggota terlibat (20 minit) empat hingga lapan kali
sehari.

Compression (kompresi) : penggunaan alat balutan boleh mengurangkan kebengkakan.


Terdapat berbagai jenis balutan yang boleh didapati di kedai farmasi.

Elevation (penggantungan) : meletakkan anggota yang terlibat pada posisi tinggi dari
jantung boleh mengurangkan kebengkakan (meletakkan kaki pada atas bantal semasa
baring).

Teknik balutan
1. Letakkan kaki pesakit dalam keadaan yang betul iaitu jari kaki dihalakan keatas sedikit.
Sokong kaki mangsa dan letakkan ekor hujung pembalut pada bahagian atas kaki dan
membuat beberapa balutan yang kemas.

2. Mula buat balutan silang (figure 8) dari bawah kaki sehingga pergelangan kaki. Lakukan
silangan beberapa kali dan pastikan balutan kemas.

3. Teruskan lilitan yang bersilang seli dengan menutup hanya lapisan lilitan di bawah. Buat
dua lilitan lurus bagi mengakhirkan lilitan dan kemaskan hujungnya.

4. Pemeriksaan peredaran darah adalah penting bagi setiap jenis balutan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhanya, ilmu rawatan awal amatlah penting bagi memberi rawatan awal kepada
mangsa kecelakaan yang berlaku dikawasan kita. Teknik balutan yang betul perlu dipelajari
kerana balutan adalah salah satu yang terdapat dalam bantu mula. Ilmu bantu mula ini penting
kepada kita semua kerana situasi ini bukan sahaja akan berlaku kepada kita malahan kepada
masyarakat disekeliling kita. Dengan ini, ilmu ini sangatlah bermakna kepada setiap individu
bagi meringankan beban kerja yang bertanggungjawab serta setiap situasi untuk pertolongan
cemas kita dapat praktikan pada bila masa dan situasi.
Melalui ilmu ini juga dapat menyumbang kepada masyarakat secara tidak sedar. selain
itu, secara tidak langsung pengetahuan yang kita miliki ini juga dapat kita salurkan kepada
masyarakat, pelajar mahupun keluarga kita sendiri. Ketiadaan ilmu seperti ini akan
mengakibatkan mangsa menjadi parah serta berkemungkinan mangsa juga mungkin membawa
maut. Justeru itu, semoga ilmu ini sentiasa diajar kepada pelajar, ibu bapa serta masyarakat
dengan cara menganjurkan satu ceramah tentang pentingnya ilmu pertolongan cemas.
Penyebaran ilmu ini perlulah dilakukan bukan sahaja di Bandar malah di kampong-kampung
juga perlu digiatkan.

RUJUKAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
http://www.slideshare.net/21haroun/modul-4-2169764?next_slideshow=1
JENIS BALUTAN
http://www.slideshare.net/nadiah_wahab/jenis-jenis-balutan-luka?related=3
http://www.slideshare.net/norazanePBSM/luka-dan-pendarahan?related=4
http://www.slideshare.net/AainaaRuszah/balutan-14096447?related=5

Anda mungkin juga menyukai