Anda di halaman 1dari 36

KEPENTINGAN PELAKSANAAN PROGRAM i-THINK DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH


(THE IMPORTANCE OF IMPLEMENTING i-THINK PROGRAM IN PRIMARY
SCHOOL MATHEMATICS LESSON)

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Benarkah pencapaian dan kedudukan Malaysia dalam Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme International
Student Assessment (PISA) yang tidak memberansangkan berpunca daripada
lemahnya murid Malaysia dalam penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT)? Program i-THINK yang merupakan projek kerjasama antara
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
juga dirangka dan diperkenal pada tahun 2012 untuk memupuk KBAT di
kalangan murid sekolah di Malaysia. Penerapan program i-THINK dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mula diberi penekanan bagi menghasilkan
murid yang lebih berdaya saing dan mampu memperbaiki kedudukan
Malaysia di mata dunia terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
Justeru, kertas konsep ini secara khususnya akan membincangkan kepentingan
pelaksanaan program i-THINK dalam PdP Matematik di peringkat sekolah
rendah. Pada peringkat awal, kertas konsep ini juga akan menerangkan latar
berlakang program i-Think, TIMSS dan PISA, serta ciri-ciri dan tujuan
pelaksanaan i-THINK. Antara lain yang diutarakan adalah teori berkaitan dan
1

kajian-kajian lepas berkenaan pelaksanaan i-THINK, cabaran dalam


pelaksanaan i-THINK dalam PdP Matematik dan cara penyelesaiannya.
(KATA KUNCI: i-THINK, PdP Matematik, KBAT, TIMSS, PISA)
ABSTRACT
Do the performances of Malaysia in Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) and Programme for International Student Assessment
(PISA) reflect the poor and lack of high order thinking skills (HOTS) among
our children? The i-THINK project, which is jointly created by Ministry of
Education (MOE) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM), was first introduced in
January, 2012 to develop our childrens thinking skills. The implementation
of i-Think during the teaching and learning process impart thinking skills to
children, allowing them to remain competitive in the world and being able to
achieve a turn-around of the system of deteriorating educational standards,
so the Malaysias performance will be at par with the international average of
PISA and TIMSS benchmarks, especially in Science and Mathematics. Thus,
this concept paper would specifically discuss on the importance of embedding
i-Think program in our primary school mathematics lesson. It would begin
with the background of i-Think, comprising the objectives of the program and
the thinking maps, as well as the introduction of TIMSS and PISA. Besides, it
would address few related theories and previous study upon the i-Think
program, the inconvenience and ways to encounter throughout the
implementation of i-Think in mathematics lesson.

(KEYWORDS: i-Think, Mathematics Lesson, HOTS, TIMSS, PISA)

PENGENALAN
Penglibatan Malaysia dalam TIMSS sejak tahun 1999 dan PISA dari tahun 2009 telah membuka
dimensi baru dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains. Pencapaian dan kedudukan negara yang tidak memberangsangkan berbanding negaranegara Asia yang lain telah menjadi tamparan hebat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPK). Adakah kita benar-benar telah melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menurut FPK? Justeru, bagi meningkatkan
keupayaan daya saing di peringkat global dan mewujudkan sebuah negara maju yang dijana oleh
kumpulan modal insan yang berkualiti dari segenap segi, suatu transformasi pendidikan telah
dirangka melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang mengambil kira hasil kajian terhadap pencapaian negara dalam penilaian TIMSS dan PISA.
YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam
laporan lengkap PPPM 2013-2025 menyatakan bahawa proses pelaksanaan transformasi
pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Antara enam elemen utama yang perlu
ada pada setiap murid untuk bersaing pada peringkat global seperti digariskan dalam Aspirasi
Murid PPPM 2013-2025 adalah identiti nasional, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Dalam usaha memperbaiki pencapaian dan kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan PISA, maka
negara perlu berupaya melahirkan generasi muda atau murid yang mempunyai elemen
kemahiran berfikir yang tinggi yang secara tidak langsung seiring dengan Aspirasi Murid PPPM
2013-2025. Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dirancang untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif, termasuklah pembubaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) yang diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bermula pada tahun 2011 dan pengenalan kepada Program i-THINK pada tahun 2012 yang
melibatkan kerjasama antara KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Selain itu, kajian
susulan turut dijalankan oleh pihak KPM di sekolah-sekolah yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam PISA 2009 bagi mendapatkan amalan terbaik dalam PdP. Bagi mengasah dan
meningkatkan KBAT di kalangan murid pula, penambahan bilangan soalan yang menggunakan
KBAT dalam peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan turut disediakan serta penubuhan
pasukan khas, Task Force TIMSS dan PISA bagi meningkatkan KBAT di kalangan murid dan
guru.

LATAR BELAKANG PROGRAM i-THINK


Setiap murid perlu belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Mereka juga perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan
pemikiran kreatif dan inovatif. Malangnya, dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi
perhatian dan seterusnya menyebabkan mereka kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu
pengetahuan dalam kehidupan sebenar dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.
Memandang serius isu berkaitan aspirasi ini, maka KPM dan AIM telah mencari inisiatif untuk
4

bersama-sama memperkenalkan program i-THINK pada Januari 2012. Pada peringkat awal,
hanya terdapat sepuluh sekolah perintis yang melaksanakan projek ini dan dijangka mencecah ke
seribu buah sekolah pada 2013 dan kesemua sekolah pada 2014. (Berita Harian 2012)
Abu Bakar Nordin (2013) dalam penulisannya menjelaskan bagi memenuhi aspirasi negara
dalam melaksanakan transformasi pendidikan, kebolehan murid harus diberi penekanan selaras
dengan penambahbaikan sistem pendidikan negara dari aspek persediaan guru, kualiti sekolah
serta kepimpinan sekolah. Oleh itu, bermula pada tahun 2013, latihan telah diberi kepada
pentadbir, guru dan murid secara berperingkat dalam mengajar dan belajar berfikir. Ini bertujuan
untuk memastikan warga sekolah terutamanya guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan
alat berfikir yang sama. (KPM, 2013)
Definisi i-Think
Secara istilah, i-THINK bermaksud innovative thinking atau suatu inovasi pemikiran yang
mampu memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir
dalam penyelesaian masalah dengan menghasilkan kaedah penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid sekolah. Secara praktikal, i-Think merupakan satu bahan bantu belajar yang
dibina untuk menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid di semua peringkat melalui
simulasi visual. Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan
bagi membantu murid yang kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis
di luar konteks akademik biasa. (Sharifah Nor Puteh et al. 2012) menjelaskan berfikir merupakan
satu proses mental atau aktiviti mental untuk mencari makna. Sehubungan itu, dengan
pelaksanaan projek i-THINK di dalam PdP, sistem pendidikan diharap akan menjadi lebih
penting bagi membantu murid untuk memperoleh kemahiran berfikir dan menghargai setiap ilmu
yang dikuasai mereka.
5

Ciri-ciri Program i-THINK


Program i-THINK merupakan suatu alat pemikiran yang dirangka untuk menjadi bahan bantu
belajar yang boleh digunakan oleh para pendidik dan murid dalam melaksanakan PdP Matematik
di dalam atau di luar bilik darjah. i-Think yang memperkenalkan Lapan Proses Pemikiran
dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Lapan Peta Pemikiran yang memudahkan muridmurid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Ianya selaras
dengan pendapat Jamal Ahmed Badi (2008) yang mengatakan pengajaran kemahiran kreatif
perlulah menekankan pemikiran visual dan kepelbagaian aktiviti di dalam atau di luar kelas.
Lapan peta pemikiran tersebut adalah; Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok,
Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. Pemilihan peta yang terbaik adalah
bergantung kepada kesesuaian topik dan konsep matematik yang hendak dipelajari oleh muridmurid.

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran i-THINK


6

Secara amnya, setiap peta membawa fungsi yang berbeza.

Peta Bulatan (Circle Map) digunakan untuk mendefinisi mengikut konsep. Ia membantu
aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau
idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka

Peta Buih (Bubble Map) membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan
menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang dan
memahami sesuatu dengan lebih baik

Peta Buih Berganda (Double Bubble Map) membantu menyenaraikan persamaan dan
perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan
membanding dan membeza

Peta Pokok (Tree Map) membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan
yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara
menyeluruh.

Peta Dakap (Brace Map) membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya
supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.

Peta Alir (Flow Map) membantu meyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam
sesuatu proses supaya dapat memhami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu.

Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map) membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu
peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk
mengubahnya.

Peta Titi (Bridge Map) membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang
berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang
mempunyai hubungan yang serupa (analogi).
7

Justeru, pendidik selaku pembimbing kepada murid perlu memberi panduan dan sokongan
kepada murid untuk menggunakan peta pemikiran yang sesuai dengan keperluan mereka.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Analisis keputusan TIMMS 2007 menunjukkan murid Malaysia tidak mampu menjawab soalansoalan yang memerlukan kemahiran berifir pada aras tinggi dengan baik. (Zabani, 2012) Apakah
sebenarnya maksud dan tuntutan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap anak-anak
murid kita? KBAT didefinisikan sebagai keupayaan seseorang individu untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi meyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu. (KPM, 2013) Sejajar dengan
definisi yang diberi, KBAT menuntut anak-anak murid kita untuk menguasai segala kemahiran
yang ada di dalamnya agar mampu menjadi individu yang efisien dan produktif dari segenap
aspek kehidupan, bukan hanya untuk berjaya dalam TIMSS dan PISA semata tetapi untuk
menghasilkan modal insan yang berupaya memberi sumbangan yang bermakna kepada seluruh
rakyat Malaysia dan masyarakat global amnya.
Walaubagaimanapun, adakah dengan hanya menerapkan elemen-elemen KBAT pada tahun
mereka perlu menduduki penilaian TIMSS atau PISA cukup untuk menjana modal insan dan
seterusnya membina masyarakat yang diimpikan? Realitinya, memang tidak sebegitu mudah.
Pepatah Melayu menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka sebagai seorang
pendidik, kita sebenarnya mampu melatih dan menerapkan elemen KBAT sedari peringkat
sekolah rendah lagi. Mengapa kita perlu bertungkus-lumus menebuk buluh yang sudah tua
seandainya kita boleh melentur semasa rebungnya? Justeru, melalui pelaksanaan KSSR, KBAT
seharusnya sudah diterapkan dalam bilik darjah melalui pendekatan berteraskan program i-Think
dan pentaksiran yang tidak hanya berorientasikan sistem peperiksaan berkala secara tidak
8

langsung akan merubah PdP tradisional kepada PdP yang lebih menarik dan bermakna bagi
semua murid. Selain itu, dengan memberi pendedahan dan melatih mereka sewaktu di usia
sekolah rendah lagi sudah tentu mampu menjadikan mereka individu yang lebih baik di masa
hadapan.
TIMSS dan PISA
Seperti yang diketahui umum, program i-Think merupakan salah satu projek yang dijana
berikutan keputusan dan kedudukan Malaysia yang begitu merudum berbanding negara-negara
lain dalam TIMSS dan PISA. Tetapi adakah kita semua tahu apakah TIMSS dan PISA? Dan
bagaimanakah kedua jenis penilaian ini memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan
dan imej kita semua sebagai warga negara Malaysia di mata dunia?
Menurut Dr. Zabani Darus (2012), melalui catatan beliau dalam Status Pencapaian Malaysia
Dalam TIMSS dan PISA: Satu Refleksi, TIMSS merupakan penilaian yang dianjurkan oleh
International Assocoation for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) yang
memfokuskan kepada isi kandungan kurikulum bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Penilaian ini hanya menguji konsep-konsep yang dipelajari oleh murid dalam sukatan pelajaran
dan berorientasikan kajian untuk menambah baik PdP kedua-dua mata pelajaran ini. Penilaian
yang berlangsung secara empat tahun sekali ini, bermula pada tahun 1995 melibatkan murid
tahun empat dan tingkatan dua. Malaysia mula menyertai TIMSS pada tahun 1999 diikuti tahuntahun berikutnya dengan hanya melibatkan murid dari tingkatan dua di 150 buah sekolah yang
dipilih secara rawak. Dua domain utama yang diukur dalam penilaian ini adalah domain
kandungan dan domain kognitif. Melalui analisis beliau dalam pencapaian Malaysia dalam
TIMSS 2007 mengikut domain kandungan bagi mata pelajaran Matematik khususnya mendapati
murid kita menunjukkan pencapaian yang baik dalam domain Nombor dan Geometri, tetapi
9

lemah dalam tajuk Algebra, Data dan Kebarangkalian. Manakala, domain kognitif pula
menunjukkan pencapaian yang baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam
domain menaakul.
Berbanding TIMSS yang hanya berfokus kepada dua domain utama; kandungan kurikulum dan
kognitif, PISA yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation dan Development
(OEDC) merupakan penilaian yang lebih luas ruang lingkupnya. Penilaian ini menguji sejauh
mana kesediaan murid yang berumur lima belas tahun dan ke atas untuk memasuki alam dewasa
dengan menyediakan soalan-soalan yang tertumpu kepada aplikasi kurikulum berdasarkan situasi
kehidupan sebenar. Jika penilaian TIMSS berbentuk kajian, PISA pula berorientasikan polisi di
mana ia melibatkan tiga domain utama; Matematik, Sains dan bacaan dan dijalankan secara tiga
tahun sekali bermula pada tahun 2000. Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 dan
2012 dan melibatkan murid berumur lima belas tahun dari 165 buah sekolah yang juga dipilih
secara rawak. Mengikut pencapaian Malaysia pada PISA 2009, peratus murid mengikut tahap
kecekapan dalam ketiga-tiga domain berada antara 45% hingga 60%, iaitu Tahap 1, di mana
murid Malaysia mempunyai skor di bawah tahap minimum dalam semua domain. Didapati
hampir tiada murid yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam mana-mana domain,
hanya 0.1% dalam Tahap 5 dan tiada dalam Tahap 6. Melalui perincian mengikut tahap, Tahap 1
dan ke bawah dianggap berada di bawah tahap yang diperlukan untuk mengikuti alam kehidupan
dewasa secara berkesan dan produktif.
Biarpun keputusan dalam kedua-dua penilaian ini menunjukkan Malaysia berada di tahap yang
kurang memberangsangkan, kita seharusnya lebih positif dan mengorak langkah yang lebih
efisien bagi memperbaiki kedudukan negara. Menerusi penilaian ini juga kita sebagai rakyat
Malaysia, terutamanya para pendidik berasa sangat tercabar apabila dikatakan murid-murid kita
10

tidak mampu untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang memerlukan KBAT. Justeru, kita
perlu memikul tanggungjawab demi membuktikan bahawa anak-anak Malaysia mampu untuk
menyaingi negara-negara lain dengan menyokong dan melaksanakan program yang telah
dirangka oleh KPM, seperti program i-Think di dalam PdP masing-masing. Selain daripada
menumpukan perhatian untuk peningkatan pencapaian negara dalam TIMSS dan PISA, yang
menjadi penanda aras bagi murid seluruh dunia dalam penguasaan Matematik dan Sains, kita
harus berpegang pada hasrat utama pelaksanaan program i-THINK iaitu untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita bukan hanya bergantung kepada
sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal menjana ekonomi daripada hasil
intelek rakyatnya sendiri. (PPPM 2013-2025)

PERNYATAAN MASALAH
Terlibat dengan murid-murid tingkatan dua yang bakal menjadi duta kecil Malaysia untuk
menduduki penilaian TIMSS pada tahun ini, memberi pendedahan kepada penulis bagaimana
corak pemikiran dan cara murid-murid menyelesaikan masalah matematik yang diberi dalam
soalan-soalan latihan yang diberi. Bengkel TIMSS yang julung-julung kali dianjurkan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan murid tingkatan dua daripada pelbagai
tahap kognitif dari beberapa buah sekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa.
Perbincangan tertutup antara para fasilitator selepas menjalankan dua siri bengkel telah dapat
mengenalpasti beberapa punca kelemahan yang boleh diambil tindakan penambahbaikan
terutama dari aspek kognitif dan personaliti murid, pelaksanaan PdP dan pengetahuan guru-guru
terhadap subjek, serta pengaruh rakan sebaya dan persekitaran yang memberi impak yang besar
kepada sikap, minat dan motivasi seseorang murid.

11

Hasil dapatan perbincangan, kami dapat membuat kesimpulan bahawa mendapati kebanyakan
murid, baik murid cemerlang, sederhana dan lemah mengalami masalah dalam menyelesaikan
soalan berbentuk penyelesaian masalah berayat. Namun, perbezaan tahap kognitif menyebabkan
wujudnya perbezaan terhadap cara penerimaan dan cubaan untuk menyelesaikan soalan sebegitu.
Tahap kognitif pelajar

Kesukaran yang dihadapi

Cara penerimaan dan


tindakan terhadap soalan
penyelesaian masalah
berayat

Cemerlang

Pelajar tidak dapat

Mengambil masa yang lama

mengenalpasti kehendak

untuk membaca dan

soalan.

memahaminya.
Menjawab soalan dengan
betul tetapi dia tidak dapat
memberikan penerangan
pemahaman soalan.

Sederhana

Keliru dengan masalah

Pelajar cuba mengingati apa

berbentuk ayat.

yang telah diajar oleh guru

Tidak berupaya untuk

mereka dalam latih tubi.

mengeluarkan maklumat-

Hanya dapat menyelesaikan

maklumat yang terdapat

bentuk soalan yang hampir

dalam soalan.

sama dengan apa yang telah


diajar oleh guru atau telah
dijawab sebelumnya.

Lemah

Ayat terlalu panjang dan

Tinggalkan soalan.

sukar untuk faham.


Jadual 1 Kesukaran dan Cara Penerimaan Murid Terhadap Bentuk Soalan TIMSS

12

Melalui analisis Laporan TIMSS 2011 dan pencapaian Malaysia oleh Zul Fikri Zamir & Anas
Alam Faizli dari gerakan aktivis pendidikan Teach For The Needs (TFTN) pula, dunia
menyaksikan United Nation Education Index telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke 98
daripada 181 buah negara dalam tiga kajian yang dilakukan oleh indeks antarabangsa. Lebih
mengecewakan apabila Malaysia berada di tangga ke 55 daripada 74 negara dalam PISA yang
menguji sejauh mana keupayaan pelajar Malaysia untuk menyelesaikan masalah secara kritis
berbanding menghafal. Laporan TIMMS 2011 pula mendedahkan pola kejatuhan kedudukan dan
purata markah purata Malaysia yang merudum dari tahun 1999 sehinggalah 2011.
Tahun Penilaian

Markah

TIMSS

Kedudukan

Purata

1999

16

519

2003

10

508

2007

20

474

2011

26

440

Jadual 2 Kedudukan dan Markah Malaysia dalam TIMSS mengikut tahun


Setelah penilaian dan perbandingan dijalankan terhadap sampel-sampel soalan, beberapa faktor
kegagalan Malaysia mendapat tempat yang baik dalam TIMSS dapat disimpulkan, iaitu:
1. Sistem PdP di Malaysia berorientasikan sistem peperiksaan. Oleh itu, perancangan PdP
akan lebih bertumpu kepada peperiksaan terutamanya PMR dan UPSR yang biasanya
akan menyebelahi para pelajar cemerlang dan mendapat keputusan yang baik. Manakala
pelajar-pelajar yang lemah dalam pembelajaran kurang diberi pemantauan dan dijadikan
prioriti kedua.

13

2. Kaedah persampelan TIMSS dan PISA adalah secara rawak, di mana keputusannya akan
mewakili pelajar cemerlang dan juga pelajar lemah dalam pembelajaran. Oleh kerana
wujudnya jurang yang besar di antara pelajar paling cemerlang dan paling lemah di
Malaysia, maka secara relatifnya akan menyebabkan keputusan Malaysia dalam TIMSS
dan PISA corot berbanding keputusan PMR dan UPSR.
3. Soalan-soalan PMR dan UPSR tidak dinafikan telah diterapkan elemen-elemen
penyelesaian masalah dengan kritis, tetapi peratus bentuk soalan sedemikian hanya
sedikit. Hal ini membenarkan pelajar-pelajar menggarap markah sepenuhnya melalui
soalan-soalan awal yang hanya memerlukankan penghafalan fakta dan sebagainya.
Soalan penyelesaian masalah yang lebih sukar biasanya berada di penghujung soalan
utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa menjejaskan markah keseluruhan pelajar
ataupun menggagalkan pelajar.
4. Kebiasaannya set soalan UPSR, PMR dan SPM dibentuk dengan susunan yang mirip
pada setiap tahun dan begitu predictable melalui penghafalan topik dan subtopik. Tusyen
berbayar juga membantu murid menghafal jawapan berdasarkan soalan ramalan.
Murid yang dapat mengahafal set jawapan paling banyak akan memperoleh keputusan
lebih cemerlang. Amalan pusat tusyen ini kemudian dibantu bengkel menjawab soalan
berbayar yang kemudian juga berfungsi untuk membantu murid menghafal set-set
jawapan yang telah ditentukan. Bezanya, pelajar kita tidak dilatih untuk menjawab soalan
TIMSS dan PISA di mana aras soalannya berbentuk analisis dan sintesis, tetapi setakat
PMR dan SPM yang arasnya hanyalah kefahaman dan aplikasi.
Manakala, Analisis PISA 2009 ((Zabani, 2012) menunjukkan kedudukan Malaysia yang begitu
ampuh dalam domain Matematik berbanding negara-negara yang seumpamanya.
14

Negara yang Terlibat

Kedudukan dalam
Matematik

Shanghai

Singapura

Finland

UK

28

Thailand

52

Malaysia

57

Jadual 3

Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009

Beberapa faktor yang dikatakan menjadi penyumbamg kepada pencapaian Malaysia yang sangat
lemah dalam PISA 2009 adalah;
1. Format soalan penilaian PISA berbentuk teks panjang dan memerlukan murid membuat
interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar.
2. Format soalan peperiksaan awam di Malaysia lebih ringkas dan tertumpu kepada rajah
dan jadual. Oleh itu murid tidak perlu menggunakan KBAT untuk menyelesaikan
masalah dan memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
3. Murid Malaysia tidak mampu menjawab dengan baik soalan-soalan yang memerlukan
KBAT
Berdasarkan maklumat yang didapati daripada analisis TIMSS dan PISA, pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh KPM untuk memperbaiki kedudukan Malaysia di mata dunia. Keprihatinan
KPM jelas ditunjukkan dengan wujudnya PPPM 2013-2015 yang bukan sahaja mengubah sistem
pentaksiran, yang berorientasi peperiksaan semata kepada sistem Pentaksiran Berasaskan

15

Sekolah (PBS), malah menitikberatkan pendidikan dan penerapan KBAT melalui pelaksanaan
program i-Think dalam PdP di peringkat sekolah seluruhnya.

KEPENTINGAN PELAKSANAAN i-THINK DALAM PDP MATEMATIK SEKOLAH


RENDAH
Pendidikan di peringkat sekolah rendah merupakan asas kepada pembentukan intelek seseorang
individu. Biarpun TIMSS dan PISA hanya melibatkan murid di peringkat sekolah menengah,
kita seharusnya melihat punca kebejatan daya pemikiran dan intektual murid sejak dari
pangkalnya lagi. Justeru sebagai sebuah program yang dijana untuk mempertingkat dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid, objektif utama pelaksanaan i-Think
dalam PdP adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dan
memupuk KBAT di kalangan murid agar mampu berdaya saing di peringkat negara dan
seterusnya antarabangsa. (KPM, 2013) Abu Bakar Nordin (2013) menyifatkan i-Think sebagai
salah satu kekuatan transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam
kalangan murid-murid.
i-Think bermula dengan enam elemen yang menjadi konsep utama dalam pelaksanaan i-Think
dalam PdP iaitu, peta visual, kemahiran berfikir, penyoalan reflektif, rangkaian kolaboratif,
membangunkan kecenderungan peribadi dan membentuk persekitaran. Menyedari kepentingan
penerapan kemahiran berfikir kepada murid di peringkat seawal sekolah rendah, beberapa garis
panduan telah dibekalkan KPM kepada para guru berkenaan pelaksanaan i-Think dalam PdP,
khususnya PdP Matematik. Antaranya ialah, guru dan murid perlu menggunakan lapan peta
pemikiran sebagai bahan bantu belajar seperti yang diterangkan secara terperinci dalam sub-

16

topik Ciri-ciri i-Think dan mengamalkan teknik menyoal dan menaakul mengikut Taksonomi
Bloom dan Versi Lorin Anderson dalam usaha meningkatkan KBAT di kalangan murid. (KPM,
2013) Berdasarkan Taksonomi Bloom, penguasaan sesuatu konsep akan tercapai apabila murid
mampu mempamerkan KBAT berkaitan pengetahuan yang diajar. (Dani Asmadi Ibrahim &
Kamisah Osman 2011) Mereka percaya bahawa KBAT melibatkan transformasi maklumat dan
idea yang disumbangkan oleh murid-murid itu sendiri. Ini berlaku apabila wujudnya suasana PdP
matematik yang menggalakkan dan membenarkan murid-murid untuk menggabungkan faktafakta dan idea-idea untuk mensintesis, membuat generalisasi dan penjelasan kepada sesuatu
konsep matematik. Akhirnya lahirlah hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan
interpretasi. Keupayaan untuk memanipulasi maklumat dan idea melalui proses-proses inilah
yang membolehkan murid menyelesaikan masalah dan menemukan makna baru terhadap konsep
yang dipelajari.
Berikut adalah perincian kepada kepentingan pelaksanaan i-Think dalam PdP Matematik.
Meningkatkan KBAT di Kalangan Murid
Murid biasanya tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan serta mengaplikasi sesuatu
kemahiran matematik kerana konsep matematik yang bersifat abstrak memerlukan daya
penaakulan dan pemikiran beraras tinggi. (Sabri et al 2006) Tumpuan utama PPPM 2013-2025
bukan hanya kepada tertumpu kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga
pembangunan KBAT di kalangan murid-murid. Ini kerana PdP yang menekankan kemahiran
berfikir ialah teras kepada pembelajaran. (McGregor 2007) Ianya selaras dengan tujuan utama
pelaksanaan i-THINK iaitu untuk menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi. Transformasi
pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai
2011, memfokuskan kepada penerapan daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya pemikiran
17

inovatif dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang agar dapat menangani cabaran
semasa dan masa akan datang (KPM 2010). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penerapan
KBKK dikaitkan dengan satu proses menggunakan minda sama ada mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan
masalah. (Sharifah Nor Puteh et al 2012)
Bagaimanakah unsur KBAT boleh dikuasai murid menerusi i-Think dan teknik penyoalan
berdasarkan Taksonomi Bloom? Sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah matematik
berbentuk struktur ayat, kebanyakan murid sudah tentu menghadapi masalah dalam mendapatkan
maklumat-maklumat yang terdapat dalam permasalahan yang diberi. Oleh yang demikian, pada
peringkat memahami kehendak soalan, pendidik boleh membimbing mereka untuk
mengeluarkan maklumat dengan menggunakan Peta Buih dengan menggunakan teknik
penyoalan yang berperingkat. Daripada maklumat tersebut, mereka seterusnya boleh
menggunakan Peta Alir untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Ini secara tidak langsung
akan menerapkan KBAT di kalangan murid, di mana dapat merangsang pemikiran kreatif dalam
penyelesaian masalah melalui bantuan simulasi visual.
Membudayakan Kemahiran Berfikir
Selain itu, tujuan pelaksanaan i-THINK dalam PdP Matematik adalah untuk membudayakan
kemahiran berfikir di kalangan semua murid. Justeru, pelaksanaan di peringkat sekolah berupaya
untuk membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran
sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian
secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK juga ingin melahirkan inovator generasi masa
depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan
diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
18

Meningkatkan Kefahaman Konsep Matematik


Semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, murid perlu memahami konsep (Moyer:
2001, Sophian & Crosby:2008), menguasai kemahiran dan boleh mengaplikasi dalam kehidupan
seharian (Grimm 2008). Peta pemikiran i-THINK berperanan untuk membantu murid memahami
konsep melalui cetusan-cetusan pemikiran mereka sendiri dengan menggambarkannya ke dalam
peta-peta pemikiran yang tersedia. Ianya selari dengan pendapat (Effandi Zakaria & Abd Razak
Habib 2006) bahawa apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka
pembelajaran itu lebih memberi makna kepada mereka. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk
membantu dan mencari cara untuk membantu murid untuk memahami konsep dan
menyelesaikan masalah. Selain itu, hasil kajian yang telah dilakukan oleh Looi (2012) mendapati
penggunaan peta minda membolehkan murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.
Mencetus Keseronokan Dalam PdP Matematik
Pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan tidak tahu
tentang penggunaan matematik dalam kehidupan seharian merupakan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid (Sabri et al. 2006; Siegler 2007; Sophian & Crosby 2008). Murid-murid
didapati bukan sahaja lemah dari segi kerja-kerja manipulatif tetapi sangat lemah dari segi
kefahaman tentang konsep-konsep asas dalam matematik. Selain itu, mereka juga tidak berminat
dan bosan dengan mata pelajaran matematik disebabkan cara pengajaran guru. Guru didapati
masih menggunakan kaedah pengajaran dan pendekatan yang lama, tidak menarik dan sukar
difahami oleh murid menjadi punca kegagalan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Oleh sebab
itu, pelaksanaan projek i-THINK dalam PdP matematik dapat mengubah sistem pengajaran

19

tradisional kepada sistem pembelajaran yang lebih menarik. Pengenalan dan pendedahan kepada
penggunaan i-Think dalam memahamkan murid tentang suatu konsep atau menyelesaikan
masalah matematik mampu menanamkan unsur-unsur kreativiti bukan sahaja di dalam dan di
luar bilik darjah, malah tidak langsung ianya mencetuskan minat murid-murid kepada matematik
dan mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran ini. Matematik bukan lagi
membosankan seperti dahulu, tetapi ia kini adalah mata pelajaran yang sangat menyeronokkan.
Menggalakkan Pembelajaran Kooperatif.
Elemen dalam ilmu matematik tidak dapat dipisahkan daripada aspek penyelesaian masalah
yang menjadi satu pengetahuan yang amat penting dalam kehidupan seharian seseorang.
Lumrahnya setiap individu sentiasa berdepan dengan keperluan untuk menyelesaikan masalah
masing-masing. Dalam Matematik, perbincangan dan perkongsian idea amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Pembelajaran koperatif juga memberi peluang kepada pelajar
untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara. Jika pelajar bekerjasama dalam
berkongsi pendapat, membentuk penjelasan dan memberi makna kepada idea seseorang, mereka
akan lebih yakin bahawa masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara (Barb & Quinn 1997
dalam Effandi Zakaria & Abd Razak Habib 2006) Oleh kerana proses penyelesaian masalah
memerlukan proses berfikir dan setiap proses berfikir perlu melibatkan aktiviti kognitif, peta
pemikiran i-THINK dapat mengembangkan dan menggalakkan murid untuk berfikiran kritikal
dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan Matematik yang diberi.
Meningkatkan Motivasi Dan Keyakinan Dalam Matematik
Penggunaan peta i-Think dalam PdP matematik meletakkan guru hanya sebagai pembimbing dan
murid sebagai pelaksana membenarkan murid untuk mengekspresi kefahaman sesuatu konsep

20

mengikut pandangan masing-masing. Oleh itu mereka akan lebih yakin dengan diri sendiri
seperti yang dipersetujui oleh Noriati A. Rashid (2009) bahawa strategi berpusatkan murid
mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan
konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi. Secara
tidak langsung murid akan menjadi lebih aktif dan dapat melatih murid berfikir, mengeluarkan
idea baru serta mengeluarkan idea bagi menyelesaikan masalah semasa sesi pengajaran
berlangsung.

TEORI BERKAITAN i-THINK DAN PdP MATEMATIK


Teori Konstruktivisme
Oakley (2004) menyatakan teori pembelajaran ini menggambarkan pentingnya faktor sosial,
bahasa dan sokongan orang lain bagi memastikan perkembangan seseorang individu berada pada
tahap yang optimum. Teori ini juga menunjukkan tahap intelektual individu berkembang dengan
baik pada saat mereka berhadapan dengan idea-idea baru dan mengalami kesukaran untuk
mengaitkan idea-idea tersebut dengan pengetahuan mereka yang sedia ada. Justeru, melalui
pendekatan i-Think dalam PdP matematik, murid dapat dilatih untuk memperkembangkan
konsep matematik yang sukar melalui bimbingan oleh guru sebagai fasilitator dan saling
berinteraksi dengan rakan-rakan sedarjah untuk memperkembangkan lagi tahap intelektual
mereka.
Sebagai contoh, guru boleh membimbing murid memahamami konsep dan aplikasi konsep
tersebut melalui peta buih berganda dengan teknik scaffolding supaya membolehkan mereka
memperoleh ilmu dan kemahiran dalam peringkat yang lebih tinggi dalam zon perkembangan
21

proximal (ZPD). Menurut Rudi Santoso Yohanes (2010) sistem bantuan ini menyokong murid
menjalankan aktiviti seperti yang dijelaskan oleh Vygotsky bahawa proses ini bergerak dari
komunikasi sosial luaran kepada proses metakognitif dalaman, mengembangkan penaakulan utk
berfikir dan memilih strategi yang berkesan untuk penyelesaian masalah. Pelaksanaan i-Think
dalam PdP matematik juga mampu menyediakan pelbagai alternatif media mengikut
kecenderungan kognitif murid, mengintegrasikan pembelajaran dengan situasi yang lebih
realistik dan bersesuaian dengan konteks murid dan melibatkan pembelajaran secara sosial yang
bertepatan dengan ciri-ciri pembelajaran berdasarkan teori pembelajaran Vygotsky yang
digambarkan oleh McLeod (2007).
Tambahan pula penggunaan i-Think menggalakkan penglibatan aktif murid dan rakan-rakan
dalam menjalankan sesuatu aktiviti selaras dengan pendapat Omardin (2011) yang menyatakan
bahawa pembelajaran yang menarik dapat mencetuskan minat dan penglibatan aktif pelajar
untuk belajar. Seperti mana beliau berpendapat bahawa pendekatan dan kaedah yang digunakan
melalui kaedah konstruktivisme berjaya membantu membantu murid untuk meningkatkan
kefahaman bagi sesuatu isi pelajaran.
Teori Perkembangan Kognitif
Atherton (2013) menjelaskan teori ini membahagikan perkembangan kognitif seseorang individu
kepada empat tahap kehidupan mengikut perkembangan dan kematangan usia untuk memahami
segala konsep dalam dunia. Piaget percaya bahawa bermula dari peringkat awal kanak-kanak
lagi kita semua adalah saintis kecil yang mempunyai potensi dalaman untuk berusaha meneroka
dan mencari makna dalam persekitaran masing-masing. Hal ini disokong oleh Mayersky (2012)
yang turut menyatakan kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dengan baik apabila mereka
diberi peluang untuk meneroka, membuat penemuan dan bermain.Oleh itu, Piaget menekankan
22

aktiviti dan penggunaan bahan bantu belajar yang membantu murid belajar mengikut
perkembangan kognitif individu iaitu dari peringkat konkrit dan seterusnya barulah ke peringkat
yang lebih abstrak. (Wiwin Sri Hidayat, 2008) Oleh kerana Justeru, dalam melaksanakan i-Think
dalam PdP matematik, pendidik boleh membantu murid yang lemah dalam pembelajaran untuk
memahami konsep matematik dengan menggunakan peta i-Think yang mudah kepada yang lebih
kompleks.
Teori Pemikiran de Bono
Sebagai

salah

satu

alat

pendekatan CORT THINKING

pemikiran,
PROGRAM

penulis
oleh

Dr.

mengaitkan
Edward

de

i-Think
Bono

dengan

(1993) yang

telah diguna dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini
bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan
kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De Bono, kreativiti seseorang individu wujud di
dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu manusia itu sendiri. Menurut de Bono,
kemahiran berfikir secara kreatif termasuk di dalam pemikiran paralel. Pemikiran lateral yang
juga dikenali sebagai pemikiran mendatar ialah kaedah yang dicipta oleh de Bono untuk
menerbit idea-idea kreatif dengan menggunakan teknik-teknik formal. Dari segi definisi
pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya
imaginasi sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa tetapi
amat berkesan. Ianya menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari
daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga
bertujuan

melepaskan

diri

daripada

lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

23

cengkaman

persepsi-

persepsi

Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan
lebih cekap dan efisien lagi. Selain alat-alat berfikir yang dinyatakan tadi, de Bono (1991/1985)
juga telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu
melakukan satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu. Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam
Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Banyak kajian berkenaan konsep i-Think telah dijalankan semenjak program ini diperkenalkan
pada tahun 2012. Walaubagaimanpun, kajian-kajian ini banyak dipelopori oleh guru-guru pelatih
dari institut perguruan seluruh Malaysia dalam bentuk kajian tindakan. Antaranya adalah hasil
kajian yang telah dilakukan oleh Looi (2012) dan Geetha (2010) yang mendapati penggunaan
peta minda membolehkan murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik sewaktu pembelajaran
dijalankan. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran
dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman
serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.
Terdapat juga kajian-kajian sumbangan daripada para pengkaji tempatan dan antabangsa yang
boleh diambil kira terutamanya dalam bidang gaya berfikir dan penggunaan peta minda
khususnya. Antaranya Yahya Othman & Azmey Haji Othman (2012) yang mengatakan guru
perlu mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran sebagai contoh penggunaan peta minda
untuk meningkatkan pencapaian murid dan bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP.
Penyataan ini selari dengan Sousa (2007) yang berpendapat bahawa objektif pembelajaran dapat
dicapai dengan optimum jika guru mengguna pendekatan konkrit, piktorial dan abstrak dalam
memperkenal konsep baru dalam matematik. Dari sudut pembentukan sikap murid pula, kajian
Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim (2012) dan Muhamad Sidek Said (2013) menunjukkan
24

amalan pengajaran guru melalui peta pemikiran ini telah merubah tingkahlaku murid kepada
lebih positif dan tekun walaupun dipraktikkan dalam masa yang singkat. Novak dan Gowin
(1984) berpendapat bahawa pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui
strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep, di mana
mereka menggunakan peta minda seperti hirarki, rantaian dan sarang labah-labah.
Kajian-kajian tentang gaya berfikir telah mula dipelopori oleh Allport (1937) dan dari sinilah
gaya berfikir mula diterokai terutama tentang peranannya dalam pembentukan peribadi individu.
Terdapat tiga jenis gaya yang biasa diperkatakan, iaitu gaya kognitif, gaya pembelajaran dan
gaya berfikir (Loo, 2004; McDonough & Osterbrink, 2005). Gaya berfikir didefinisikan sebagai
cara individu memperoleh, memproses dan meyusun maklumat, pembentukkan idea dan
pandangan mengenai sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
melahirkan ekspresi diri (Dunn & Biggs, 1995; Ruslin 2007; Rogers, 2009). Ia tertumpu kepada
proses dan operasi mental individu dalam menerima, memproses dan bertindak balas kepada
maklumat. Kebolehan berfikir dan mengaplikasi pengetahuan menentukan kebolehan mental
individu. Teori Governan Mental Sternberg (1997) menerangkan ada lima dimensi gaya berfikir,
iaitu dimensi fungsi, bentuk, tahap, skop dan kecondongan. Dalam lima dimensi tersebut ada 13
jenis gaya berfikir, iaitu legislatif, eksekutif, judisial, monarki, hiraki, oligarki, anarki, lokal,
global, internal, eksternal, liberal dan konservatif. Sternberg (1997) berpendapat semua orang
mempunyai 13 gaya berfikir. Bagaimanapun, tidak semua stail itu dominan atau menonjol pada
satu masa. Hal ini bermakna ada gaya yang dominan dan ada gaya yang tidak dominan.
Walaubagaimanapun, ada yang memberi respon atau mempelajari sesuatu dengan cara
menggunakan deria dan perasaan, manakala yang lain belajar dengan cara berfikir. Hal ini
bermakna, gaya belajar berkait rapat dengan kecenderungan pelajar untuk berfikir, berhubung
25

dengan orang lain, suasana kelas dan aktiviti yang dijalankan (Grasha, 1996; Rogers, 2009).
Hasil kajian berkenaan gaya berfikir dari luar negara melaporkan bahawa kebanyakan pelajar
lebih mengamalkan gaya berfikir secara liberal berbanding gaya berfikir secara eksekutif
(Stenberg et al., 1999). Menurut kajian Genc (2008) dan Stenberg et al. (2008) pula, gaya
berfikir berbeza dari segi umur, pengalaman belajar, bekerja dan jantina.
Beberapa kajian di dalam negara pula melaporkan bahawa murid cenderung kepada gaya berfikir
secara judisial, konservatif, lokal, mornaki dan internal (Hamzan Omar, 2006; Ruslin Amir,
2007). Hasanuddin (2009) pula telah menjalankan kajian tentang gaya berfikir, gaya pengajaran
dan gaya pembelajaran dan beliau mendapati ketiga-tiganya memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kejayaan pelajar. Sebagai pendidik, Amnah Zanariah Abd. Razak & Norzaini
Azman(2012) berpendapat amat penting untuk kita cuba memahami kepelbagaian stail berfikir
dan belajar pelajar.
Sternberg (1997) mendapati kebolehan dan kecerdasan bukanlah faktor utama penentu kepada
kejayaan dalam pendidikan atau kerjaya. Faktor penentu kejayaan yang dikenal pasti adalah
kesesuaian gaya berfikir individu dengan institusi pendidikan. Setiap institusi pendidikan
mempunyai matlamat dan pendekatan yang tertentu. Oleh itu, setiap murid perlu berperanan,
bertingkah laku bahkan berfikir dengan cara yang diharapkan. Individu yang dapat
menyesuaikan gaya berfikir mereka bersesuaian dengan kehendak institusi, organisasi dan
majikan didapati lebih berjaya (Sternberg, 1997; Suliman, 2006; Zhang & Lambert, 2008).
Justeru, kegagalan untuk mengenalpasti stail berfikir dan stail pembelajaran ini akan memberi
impak ke atas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri dengan dengan sistem pendidikan atau stail pengajaran yang bercanggah
dengan stail mereka (Sims & Sims, 2006; Ruslin, 2007).
26

CABARAN DALAM PELAKSANAAN I-THINK DALAM PdP MATEMATIK DAN


CARA PENYELESAIAN
Cabaran Dalam Pelaksanaan I-Think Dalam PdP Matematik
1.

Sistem pendidikan Malaysia sebelum ini yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan
kepada murid dalam menghafal & mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu
murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya &
membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan
mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah. Menurut Johnson &
Price (2000), menghafal menyebabkan seseorang tidak dapat menerangkan idea dalam
perkataan sendiri, tidak dapat melihat bagaimana untuk mengaplikasikan idea ke dalam
situasi kehidupan yang sebenar dan tidak dapat melihat kerelevanan idea tersebut di luar
bilik darjah.

2.

Kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum menunjukkan guru-guru kurang


memahami, sama ada dari segi strategi pengajaran ataupun matlamat pembaharuan
kurikulum. (Sharifah Nor Puteh et al 2012) Malah kajian terhadap pelaksanaan inovasi
kurikulum telah menunjukkan guru sebagai pelaksana telah mengubah inovasi sehingga
terdapat banyak perbezaan antara perkara yang diamalkan di dalam bilik darjah dengan
perkara yang dikehendaki oleh kurikulum.

27

3.

Kesediaan guru yang bertindak sebagai pelaksana merupakan faktor penting dalam
menjamin kejayaan sesuatu perubahan kurikulum (Fullan 2007), terutamanya apabila
melibatkan amalan dan budaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan pelaksanaan inovasi dalam kurikulum dipengaruhi oleh jenis dan intensiti
keprihatinan yang dialami oleh para guru. Jika guru prihatin terhadap inovasi, maka
perubahan dalam kurikulum akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sebaliknya pula
berlaku jika guru tidak prihatin terhadap perubahan kurikulum

Cara Penyelesaian
1.

Anjakan 1 (PPPM 2013-2025) bakal menyaksikan kerajaan akan merombak peperiksaan


dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir
aras tinggi pada 2016. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras
tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR,
80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi
mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan
dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan
dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi
terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid dilatih untuk berfikir secara kritis dan
mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian
berasaskan sekolah juga memberikan tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras
tinggi.

2.

Pelaksanaan projek i-THINK secara meluas bukan sahaja menggalakkan murid


mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga belajar bekerja
secara kolaboratif. Dengan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat
28

diterapkan mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Ini dipersetujui oleh Tengku


Zawawi, Ramlee & Abd. Razak (2009) bahawa proses PdP yang berkesan akan berlaku
sekiranya guru bijak merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik minat dan
sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid.

3.

Pelbagai perubahan dan inovasi kurikulum telah dirancang untuk dilaksana ke arah
melengkapkan murid dengan keupayaan, kemahiran, pengetahuan dan nilai serta
semangat kesedaran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menangani cabaran
kehidupan masa hadapan. (Sharifah Nor Puteh et al 2012) Kini dalam perancangan
transformasi kurikulum pendidikan menerusi pengenalan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) fokus adalah
untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan
Inovatif (KBKKI). Adalah menjadi tanggungjawab perencana kurikulum dan pembuat
dasar, iaitu KPM dan Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil tindakan
sewajarnya bagi memastikan KBKKI dilaksanakan secara berkesan agar dapat mencapai
hasrat melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

4.

Kurikulum persekolahan di Malaysia telah disemak semula dan diberi nilai tambah
supaya kurikulum terus relevan dan berupaya untuk menyediakan murid menghadapi
persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

KESIMPULAN
Pelaksanaan i-THINK di dalam PdP Matematik diharap dapat meningkatkan pencapaian semua
murid dalam memahami sesuatu konsep Matematik dan memberikan murid keupayaan untuk
29

mengaplikasi segala konsep yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Di samping itu,
penerapan i-Think dalam kalangan murid sekolah rendah dapat merapatkan jurang tahap kognitif
antara murid cemerlang dan lemah di peringkat menengah dan di peringkat seterusnya bagi
memperbaiki kedudukan Malaysia di mata dunia, terutamanya dalam TIMSS dan PISA. Secara
amnya, besar harapan rakyat agar dengan pelaksanaan projek i-THINK secara meluas ke seluruh
negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita
bukan hanya bergantung kepada sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal
menjana ekonomi daripada hasil intelek rakyatnya.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif
dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 1(1)
Allport, G. W. 1937. Personality-A Psychological Intrepretation. New York: Henry Holt &
Company.
Amnah Zanariah Abd. Razak & Norzaini Azman. 2012. Stail berfikir dan stail pembelajaran
pelajar jururawat: Satu kajian kes di Kolej Jururawat Murni. AJTLHE 4(1): 14-31.
Atherton,

J.

S.

2013

Learning

and

Teaching;

Piaget's

developmental

theory

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm (12 Oktober 2014)


Berita Harian. 2012. 1000 Sekolah lagi laksana i-THINK. 19 November.
Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman. 2011. Kemahiran berfikir aras tinggi, pengajaran tajuk
Model Atom dan pencapaian objektif kursus Kimia.
Pendidikan IPTA pada 27-28 September 2011.
30

Seminar Majlis Dekan-dekan

Dunn, R. & Biggs, S. 1995. A meta-analytic validation of the Dunn and Dunn model of learning
style preferences. Jurnal of Educational Research 88(6): 353-362.
Effandi Zakaria & Abd Razak Habib. 2006. Kesan pembelajaran koperatif ke atas pelajar
matrikulasi dalam mata pelajaran matematik. Jurnal Teknologi 45:43-62
Fullan, M. 2007. The new meaning of educational change. 4th Edition. New York: Teachers
College Press.
Geetha. 2010, Improve Grouping And Classifying Of Year 3 Pintar Pupils Through Scrap Book,
Projek Tahun Akhir Ijazah (Sains Pendidikan Rendah). Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail. (Tidak diterbitkan)
Genc, Z. S. 2008. Critical thinking tendencies among teacher candidates. Educational Sciences:
Theory and Practice 8(1): 107-116.
Grasha, A. F. 1996. Teaching with style: A practical guide to enhancing learning by
understanding teaching and learning style. Pittsburgh: Alliance Publishers.
Grimm, K. J. 2008. Longitudinal associations between reading and mathematics achievement.
Developmental Neuropsychology 33: 410426.
Hamzan Omar. 2006. Perkaitan stail berfikir dan stail belajar dengan pencapaian dan daya saing
pelajar MRSM. Tesis Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan UKM Bangi.
Hasanuddin. 2009. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran. Tesis Ijazah
Kedoktoran Fakulti Pendidikan UKM Bangi.
i-THINK

Melahirkan

Inovator

Generasi

Masa

Depan

http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/AboutUs (4 Disember 2012)


31

Malaysia

Jamal Ahmed Badi. 2008. Teaching creative thinking skills and its challenges, strategies and
future implications: A narrative of IIUM experience. Journal of Islam in Asia 5(1): 169188.
Johnson, G. & Price. 2000. Comparing students with high and low preferences for tactile
learning. Journal of Education 120: 581-586.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia: Soalansoalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Konsep
KBAT.
Lee Hou Yew & Gan We Ling. 2012. Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang
Resort, Oktober 2012.
Looi Kuang Siang. 2012. Pengguaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan
Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu
Lintang Tahun 2012.
Loo, R. 2004. Kolbs Learning styles and learning preferences. Is there a linkage? Educational
Psychology 24(1): 146-153.
Mayesky, M. 2012. Creative Activities for Young Children, Tenth Edition. United States of
America: Nelson Education, Ltd.
Moyer, P. S. 2001. Are We Having Fun Yet? How Teachers Use Manipulatives to Teach
Mathematics. Educational Studies in Mathematics. 47(2): 175-197.
32

McDonough, J. R. & Osterbrink, J. 2005. Learning styles: An issue in clinical education. AANA
Journal 73(2): 89-94.
McLeod, S. A. (2007). Lev Vygotsky. http://www.simplypsychology.org/vygotsky.html (12
Oktober 2014)
McGregor, D. 2007. Developing thinking developing learning: A guide to thinking skills in
education. New York: McGraw-Hill
Muhamad Sidek Said. 2013. Aplikasi Menggunakan Thinking Map Dalam Program Praktikum
KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seminar
Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25
April 2013
Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. 2012. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran
Inovatif melalui Thinking Maps. Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa
Malaysia-Indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012
Noriati A. Rashid, B. P. 2009. Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Novak, J.D. & Gowin, D.B. 1984. Learning how to learn. New York: Cambridge University
Press. http://journalarticle.ukm.my/207/1/1.pdf (5 Februari 2014)
Oakley, L. 2004. Cognitive Development. London: Routledge-Taylor & Francis
Group

33

Omardin Ashaari. 1999. Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Laporan Lengkap. 2012.
Rogers, K. M. A. 2009. A preliminary investigation and analysis of student learning style
preferences in further and higher education. Journal of Further and Higher Education
33(1): 13-21.
Rudi Santoso Yohanes. 2010. Teori Vygotsky dan Implikasinya terhadap Pembelajaran
Matematika. Widya Warta 2: 127-135
Ruslin Amir. 2007. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah dan pelajar
UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. 2006. Isu-isu dalam pendidikan
matematik. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. 2012.
Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2): 19-31
Siegler, R. S. 2007. The birth of a new discipline. In D. Berch & M.M.M. Mazzocco (eds.), Why
is math so hard for some children? The nature and origins of mathematical learning
difficulties and disabilities. Baltimore, MD: Brookes Publishers.
Sims, R. & Sims, S. 2006. Learning styles and learning: A key to meeting the accountability
demands in education. Hauppage. NY: Nova Publishers.

34

Sophian, C., & Crosby,M. E. 2008. What eye fixation patterns tell us about subitizing.
Developmental Neuropsychology 33: 394409.
Sternberg, R. J. 1997. Thinking Styles. New York: Cambridge University Press.
Sternberg, R. J., Grigorenko, E. L. & Zhang, L. 2008. Styles of learning and thinking matter in
instruction and assessment. Perspectives on Psychological Science 3: 486-506.
Sternberg, R.J.Grigorenko, E. L. Ferrari, M. & Clinkenbeard, P. 1999. A triarchic analysis of an
aptitude-treatment interaction. European Journal of Psychological Assessment 15: 1-11.
Suliman, W. A. 2006. Critical thinking and learning styles of students in conventional and
accelerated programmes. International Nursing Review 53: 73-79.
Sousa,

D.A.

(2007).

The

Concrete-Pictorial-Abstract.

http://www.loganschools.org/mathframework/CPA.pdf. (6 Disember 2014)


Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustaffa & Abd. Razak Habib. 2009. Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 131 153
Wiwin Sri Hidayat. 2008. Teori-teori yang Relevan dengan Pembelajaran Matematika Realistik.
Prosiding Seminar Nasional Matematika IV. Surabaya, 13 Disember 2008
Yahya Othman & Azmey Haji Othman. 2012. Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab
di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.2, Bil. 2: 3245.Zabani Darus. 2012. Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA: Satu
refleksi. pdf
35

Zhang, H. & Lambert, V. 2008. Critical thinking dispositions and learning styles of
baccalaureate nursing students from China. Nursing and Health Sciences 10: 175-181.

36

Anda mungkin juga menyukai