Anda di halaman 1dari 21

Research Methodology | BBRC4103

FACULTY OF INFORMATION TECHNOLOGY &


MULTIMEDIA COMMUNICATION
MAY / 2014
BBPM2103
RESEARCH METHODOLOGY

MATRICULATION NO

: 840225125018001

IDENTITY CARD NO.

: 840225125018

TELEPHONE NO.

: 019-7900225

E-MAIL

: dgnorasmeh.adnin@gmail.com

LEARNING CENTRE

: PETALING JAYA LEARNING CENTRE

0|Page

Research Methodology | BBRC4103


Pengenalan
Ilmu pengetahuan atau sains (science) merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui
penyelidikan ilmiah. Kata kunci di sini adalah penyelidikan atau cara memperolehi pengetahuan.
Pengetahuan yang diperolehi secara kebetulan belum dikatakan sebagai suatu sains.
Pengetahuan sehari-hari masih merupakan suatu fakta. Beberapa fakta yang dihubungkan dan
diperolehi melalui sesuatu perkaitan akan membentuk suatu konsep, yang merupakan suatu
abstrak atau deskripsi perkaitan antara fakta. Generalisasi konsep yang dilakukan melalui suatu
penyelidikan ilmiah (scientific method) akan membentuk suatu prinsip atau teori.
Penyelidikan saintifik adalah mekanisme atau cara untuk mendapatkan pengetahuan dengan
prosedur yang didasarkan pada suatu struktur logik yang dimulakan dengan perumusan masalah,
pengumpulan data/maklumat/fakta, analisis data, dan kesimpulan.
Manakala penyelidikan dapat didefinisi sebagai sebagai satu kaedah yang terorganisasi,
sistematik, berasaskan data, kritikal, penyiasatan yang saintifik kepada sesuatu masalah yang
spesifik yang memerlukan penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa di dalam menjalankan
penyelidikan, kejujuran, kebenaran dan ketepatan adalah amat dipentingkan. Setiap organisasi
pengurusan yang menjalankan penyelidikan adalah bertujuan untuk menumpukan pencapaian
matlamat bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu adalah amat penting bagi penyelidik mengikuti
langkah-langkah kaedah penyelidikan yang ketat dan terorganisasi dengan sempurna agar
keputusan penyelidikan tidak dipertikaikan dari segi kebolepercayan dan kesahannya.
Penyelidik mestilah berupaya mengenalpasti sumber maklumat yang berkualiti dan nilai tinggi
yang akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk sesuatu keputusan yang dihadapi oleh pihak
pengurusan.
Oleh itu amatlah penting untuk kita mengetahui maksud saintifik.
Penyelidikan yang saintifik mempunyai matlamat yang terfokus
ke arah penyelesaian masalah dan menggunakan langkahlangkah yang logikal, tersusun dan kaedah yang teliti untuk
mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisa data dan
membuat kesimpulan yang tepat daripada itu.
Oleh itu penyelidikan saintifik bukanlah semata-mata berdasarkan perasaan, pengalaman, atau
pemikiran semata-mata, tetapi ia adalah bermatlamat yang jelas dan dilakukan dengan berhatihati. Oleh kerana ia dilakukan dengan teliti dan berhati-hati, maka ia menggalakkan mereka yang
berminat untuk membuat penyelidikan di dalam sesuatu bidang tertentu untuk
memperkembangkan dapatan kajian yang sebelumnya.
Penyelidikan yang dilakukan secara saintifik juga akan membantu penyelidik untuk
mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan berkeyakinan tinggi. Ini boleh membantu
1|Page

Research Methodology | BBRC4103


menyelesaikan masalah organisasi yang lain yang mempunyai masalah yang sama. Tambahan
pula, penyelidikan saintifik adalah berbentuk objektif, di mana ia membantu pengurus untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang paling kritikal di tempat kerja yang memerlukan perhatian
untuk mengelakkan, mengurangkan atau menyelesaikan masalah pengurusan.
Penyelidikan saintifik boleh digunakan untuk penyelidikan asas mahupun penyelidikan gunaan.
Penyelidikan gunaan mungkin boleh atau tidak boleh digeneralisasikan ke organisasi yang lain,
bergantung kepada persamaan atau kelainan dari segi faktor saiz, kerja, ciri-ciri pekerja dan
struktur organisasi. Walau bagaimanapun, penyelidikan gunaan perlulah tersusun dan proses
dilakukan secara sistematik di mana masalah dikenalpasti dengan teliti, data dikumpul dan
dianalisakan secara saintifik dan keputusan dibuat secara yang objektif. Jadual 1.2 menunjukkan
perbezaan antara penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan saintifik.
Jadual 1.2 : Perbezaan kaedah penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan saintifik.
Penyelidikan Saintifik
Perumusan masalah jelas dan spesifik.
Masalah merupakan hal yang dapat
diamati dan diukur secara empiris.

Penyelidikan Bukan Saintifik


A) Perumusan masalah kabur atau abstrak
B) Masalah tidak selalu dapat diukur, dapat
saja bersifat supernatural atau dogmatis

Jawapan permasalahan didasarkan pada


data.

C) Jawapan tidak diperoleh dai hasil


pengamatan data lapangan

Proses pengumpulan dan analisis data,


serta pengambilan keputusan berdasarkan
logik yang benar
Kesimpulan siap/terbuka untuk untuk
diuji oleh orang lain

D) Keputusan tidak didasarkan pada hasil


pengumpulan dan analisis data yang logik
E) Kesimpulan tidak dibuat untuk diujiulang oleh orang lain

a) PENYELIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERNIAGAAN


Sebagai seorang pengurus seseorang itu perlu membuat keputusan pada setiap hari ia bekerja.
Bagaimanapun apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus itu bagi membantunya
membuat keputusan? Terdapat berbagai cara bagaimana seseorang pengurus itu membuat
keputusan. Adakalanya seseorang pengurus itu membuat keputusan melalui intuisi (gerak hati).
Terdapat juga sesetengah pengurus membuat keputusan dengan menggunakan kuasa atau autoriti
yang ada.
Kaedah lain untuk membuat keputusan adalah dengan berfikir secara kritis dan berdasarkan
kepada pengalaman. Misalnya dengan menjalankan penaakulan secara deduktif dan induktif.
Pengurus yang berfikir secara deduktif akan berfikir daripada yang umum kepada yang lebih
khusus. Manakala penaakulan secara induktif memerlukan pengurus berfikir daripada suatu
perkara yang khusus kepada yang umum bagi dibuat generalisasi. Kaedah deduktif telah lama
2|Page

Research Methodology | BBRC4103


digunakan iaitu sejak zaman kehidupan ahli falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristoteles.
Adakah dengan menggunakan intuisi dan autoriti sahaja sudah mencukupi bagi seseorang
pengurus itu memperolehi maklumat dan seterusnya membuat keputusan? Adakah dengan
pengalaman yang sedia ada sahaja atau bergantung pada nasib sahaja, seseorang pengurus itu
dapat membuat keputusan yang baik? Sudah tentu penyiasatan atau penyelidikan yang
sewajarnya patut dilakukan sebelum sesuatu keputusan dilakukan. Tidak kira sama ada seseorang
pengurus sedar atau tidak sebenarnya beliau telah melakukan penyelidikan atau penyiasatan
untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi olehnya.
Adakalanya masalah yang dihadapi oleh seseorang pengurus itu dapat diselesaikan melalui
pengalaman yang sedia ada. Sebagai contoh, bila terdapat mesin yang rosak maka ia akan segera
mendapatkan juruteknik bagi membaiki mesin tersebut. Namun demikian, sebahagian masalah
tidak dapat diselesaikan melalui pengalaman semata-mata. Kadang-kala ia memerlukan masa
dan usaha gigih bagi seseorang pengurus itu menyiasat atau menyelidik punca masalah dan jalan
penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika wujud masalah ketidakhadiran boleh menjejaskan
produktiviti pengeluaran.
Kadang-kala pula terdapat masalah yang lebih besar sehinggakan pengurus sendiri tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut. Jika perkara ini berlaku, maka ada kemungkinan pengurus
memerlukan pakar penyelidikan daripada dalam atau luar organisasi bagi mengenalpasti masalah
dan seterusnya mendapatkan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, seseorang pengurus itu cuba
menyiasat mengapakah organisasi yang diterajuinya itu mendapat kerugian yang berterusan
sepanjang beberapa tahun.
Apakah Penyelidikan?
Apakah sebenarnya penyelidikan itu? Apabila ditanya berkenaan dengan penyelidikan maka kita
selalu membayangkan suatu keadaan di dalam makmal sains yang sedang menguji beberapa
bahan kimia di mana terdapat tabung uji, bikar, jenis-jenis cecair dan sebagainya. Kadang-kala
pula kita akan terbayangkan bagaimana seseorang pelajar doktor falsafah itu menulis tesis atau
disertasinya. Ada juga yang berpendapat penyelidikan itu adalah berkaitan dengan aktiviti
pengutipan data melalui soal selidik bagi mendapatkan pandangan orang ramai tentang sesuatu
yang baru dilancarkan oleh majikan atau kerajaan. Sebenarnya apa yang dibayangkan itu adalah
beberapa perbezaan aspek penyelidikan.
Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris ialah Re- search yang bermaksud mencari semula.
Manakala dalam bahasa Perancis pula berbunyi cerchier yang bermaksud untuk mencari atau
menyelidik (to seek or search). Ada beberapa sebab mengapa seseorang manusia itu
mencari/menyelidik iaitu:
i.
ii.
iii.

Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.


Untuk mendapatkan kebenaran yang terbukti.
Untuk membuat penemuan.
3|Page

Research Methodology | BBRC4103


Perkataan re pula adalah bermaksud again atau dalam perkataan lain bermaksud diulang
semula bagi mendapatkan kepastian. Ini bermakna sesuatu hukum atau teori itu hanya akan
wujud setelah berlaku penyiasatan atau penyelidikan yang dilakukan secara berulang-ulang.
Secara yang lebih mendalam lagi ia membawa maksud, satu kajian atau penyiasatan yang lebih
mendalam tentang data untuk membuat satu penemuan baru terhadap sesuatu bidang kajian.
Penyelidikan adalah suatu proses yang menghasilkan sesuatu sains yang mana memberi makna
usaha yang bersungguh-sungguh dan teratur untuk melakukan pencerapan yang dirancang dan
melakukan ujikaji (Salmon & Hanson: 1964). Sesuatu penyelidikan itu perlu melalui penelitian
dan analisis situasi tentang sesuatu masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Dengan kata
lain, penyelidikan adalah suatu usaha tersusun dan sistematik untuk menyelidiki suatu masalah
tertentu yang memerlukan penyelesaian.
Pengurus dalam sesebuah organisasi selalunya akan meneliti dan menganalisis sesuatu isu yang
mana tidak dapat tidak, terpaksa terlibat dengan aktiviti penyelidikan bagi membantu mereka
membuat keputusan berkenaan dengan sesuatu pekerjaan. Sebagaimana yang kita tahu kadangkala seseorang pengurus itu selalu membuat keputusan yang baik dan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Kita juga sering mendengar terdapat pengurus yang selalu membuat
keputusan yang salah atau tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jikalau hal ini
berlaku, maka kita perlu bertanya atau mengenalpasti beberapa perkara. Pertama, adakah
pengurus itu dapat mengenal pasti masalah yang sebenar? Ini kerana pengurus yang gagal adalah
pengurus yang tidak dapat mengenal pasti masalah. Apa yang dikenal pasti adalah merupakan
symptom bukan masalah. Kedua, adakah pengurus itu mendapatkan faktor-faktor yang relevan
dan diperlukan dalam sesuatu penyiasatan? Ketiga, adakah pengurus itu tahu jenis-jenis
maklumat yang diperlukan dan bagaimana cara untuk mendapatkannya? Keempat, adakah
pengurus itu tahu menggunakan maklumat yang diperolehi bagi menggambarkan jalan
penyelesaian yang benar-benar berkesan. Akhir sekali adakah pengurus itu mengetahui cara
mengimplimentasikan keputusan yang diperolehi.
Definisi Penyelidikan Perniagaan
Penyelidikan perniagaan adalah satu usaha yang sistematik dan objektif untuk mengumpul,
merekod dan menganalisis data untuk membantu para pengurus membuat keputusan dalam
perniagaan. Dengan kata lain, penyelidikan perniagaan dapat diterangkan sebagai satu usaha
untuk menyiasat masalah secara sistematik dan spesifik melalui maklumat yang diperolehi
dengan cara mengorganisasikan usaha untuk mengumpul, merekod dan menganalisa data bagi
membantu dalam membuat keputusan perniagaan.
Penyelidik mestilah objektif supaya data yang diperolehi dan dianalisa menjadi tepat. Penyelidik
juga mestilah tidak bias dalam usahanya untuk membuktikan sesuatu idea. Sebagai contohnya,
seorang pemaju yang ingin membangunkan sebuah projek membeli belah di sebuah kawasan

4|Page

Research Methodology | BBRC4103


yang berprestij. Beliau mahukan suatu laporan kajian untuk membuktikan kepada para peniaga
yang berpotensi bahawa kawasan membeli belah itu mempunyai potensi pasaran yang luas.
Oleh kerana soalselidik yang dijalankan hanya di sebuah kawasan perumahan golongan elit,
maka hasil penyelidikannya mendapati bahawa peratusan yang tinggi daripada maklumbalas
yang diterima ialah permintaan untuk kawasan membeli-belah yang berprestij tinggi. Keputusan
yang diterima adalah sangat mengelirukan dan perlu dielakkan.
Penyelidikan dan Pengurusan
Kajian penyelidikan perniagaan dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para
pengurus untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran persekitaran serta membuat
keputusan yang berubah dengan pesat. Penyelidikan Perniagaan banyak membantu pengurus
dalam membuat keputusan dan dapat mengurangkan ketidakpastian dalam membuat keputusan.
Ia juga mengurangkan risiko dalam membuat keputusan yang salah. Penyelidikan sepatutnya
menjadi satu alat untuk membuat pertimbangan dalam pengurusan. Pengurus tidak boleh
bergantung sepenuhnya kepada keputusan penyelidikan. Pengurusan adalah lebih meluas
berbanding dengan penyelidikan.
Bidang Penyelidikan Perniagaan
Para pengurus sentiasa menghadapi masalah sama ada kecil atau besar yang mana perlu
membuat keputusan bagi menyelesaikannya. Biasanya dalam dunia perniagaan, para pengurus
akan menghadapi masalah dalam bidang yang berkait dengan perakaunan, kewangan,
pengurusan dan pemasaran. Masalah dalam perakaunan termasuklah sistem kawalan bajet.
Manakala dalam bidang kewangan pula, penyelidikan selalunya berkisar pada sistem operasi
kewangan institusi, nisbah kewangan optimum, sistem kewangan korporat, gadai janji, gelagat
dalam bursa saham stok pertukaran dan sebagainya. Penyelidikan dalam pengurusan pula
biasanya berkisar pada kajian dalam sikap dan gelagat, pengurusan sumber manusia, kesan
perubahan demografi terhadap perjalanan pengurusan, pengurusan operasi pengeluaran,
pengurusan strategi, pengurusan sistem maklumat dan sebagainya. Dalam pemasaran pula
penyelidikan berkisar kepada kajian terhadap pengiklanan promosi jualan, pengedaran produk,
pembungkusan, penetapan harga, perkhidmatan selepas jualan, gelagat pengguna, pembangunan
produk baru dan berbagai lagi dalam aspek pemasaran. Berikut adalah sebahagaian daripada
contoh bidang penyelidikan dalam perniagaan.
Jadual 1.1 : Bidang penyelidikan dalam perniagaan
Gelagat pekerja
Sikap pekerja
Pengurusan
Pengurusan sumber

Pencapaian, ketidakhadiran, pusing ganti pekerja


Kepuasan kerja, kesetiaan terhadap organisasi, komitmen
terhadap organisasi.
Pencapaian dalam penyeliaan, gaya pengurusan pemimpin,
perubahan organisasi
Pemilihan pekerja, pengrekrutan, latihan dan pengekalan
5|Page

Research Methodology | BBRC4103


manusia
Pengurusan strategi
Pemasaran

Kewangan
Perakaunan

pekerja, kesahan dalam sistem penilaian pekerja, sistem


pampasan.
Strategi organisasi, pembentukan strategi dan
perlaksanaannya.
Saluran pengedaran barangan, pengiklanan, keberkesanan
strategi pemasaran, kitaran hidup produk, inovasi produk,
teguran pelanggan, analisis lokasi, penetapan harga,
pembangunan produk baru, peningkatan jualan, bahagian
pasaran, keuntungan, pertunbuhan dan keberkesanan.
Keputusan melabur, penilaian firma, polisi dividen,
kewangan institusi dan pengoperasian, pelaburan asing.
Pengutipan akaun belum terima, pembangunan prosedur
perakaunan yang berkesan, sistem auditdan sebagainya.

B) JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PERNIAGAAN


(Penyelidikan Gunaan Dan Penyelidikan Asas)
Penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua tujuan. Pertama, pernyelidikan yang memerlukan
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh para pengurus di tempat kerja pada ketika itu. Sebagai
contoh, terdapat barangan syarikat yang tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Pengurus
cuba mengenal pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan barangan tersebut tidak laku di
pasaran dan cuba untuk memperbetulkan. Penyelidikan ini dinamakan penyelidikan gunaan. Jika
sesuatu penyelidikan itu cuba untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan yang baru dengan
menerangkan bagaimana sesebuah masalah dalam organisasi dapat diselesaikan, maka ia
dinamakan penyelidikan asas. Adalah tidak mustahil apabila terdapat organisasi yang cuba untuk
mengaplikasikan dapatan dalam penyelidikan asas untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Sebagai contoh, terdapat seorang pensyarah cuba untuk mengkaji apakah faktorfaktor yang menyumbangkan kepada masalah ketidakhadiran pekerja untuk memenuhi
tanggungjawabnya sebagai ahli akedemik. Selepas mendapatkan maklumat berkenaan tajuk yang
dibuat dari beberapa organisasi dan menganalisis data yang dikutip, maka pensyarah tersebut
dapat mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ketidakhadiran pekerja.
Katakan faktor-faktor tersebut adalah seperti seperti waktu kerja yang tidak anjal, latihan yang
tidak sesuai dan morale yang rendah di kalangan pekerja. Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh
pesyarah tersebut dapat digunakan oleh para pengurus bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapinya di organisasi tempat mereka bekerja.
Maka dengan ini, penyelidikan yang dilakukan dengan mengaplikasikan dapatan yang didapati
dari penyelidikan asas bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sekarang adalah
dinamakan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan digunakan untuk menambahkan hasil,
atau memperbaiki mutu sesuatu pengurusan perniagaan. Jika penyelidikan dilakukan adalah
untuk menambahkan jumlah jualan sebuah pasaraya maka ianya bolehlah dikatakan sebagai
sebuah penyelidikan gunaan. Ini bermaksud penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan
6|Page

Research Methodology | BBRC4103


masalah praktis yang dihadapi. Dalam pengurusan perniagaan, penyelidikan gunaan dilakukan
untuk menilai peluang-peluang yang terdapat di dalam perniagaan. Kadang-kala penyelidikan
gunaan ini adalah penting untuk memperbaiki sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi
dalam pengurusan. Ini bermaksud penyelidikan gunaan dilakukan secara langsung ke atas
masalah sebenar dan dilakukan di dalam situasi di mana masalah ditemui.
Kebiasaannya penyelidikan gunaan memfokuskan kepada masalah-masalah yang perlu
diselesaikan untuk mempertingkatkan amalan pengurusan perniagaan ataupun di dalam bidang
Sains Sosial yang lain.
Penyelidikan yang dilakukan semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi
memahami masalah yang sering dihadapi oleh organisasi di tempat kerja dan mencari kaedah
untuk menyelesaikannya adalah dinamakan penyelidikan asas. Ia juga dikenali sebagai
penyelidikan tulin (pure research). Dapatan yang didapati daripada penyelidikan dapat
menyumbang kepada penambahan kepada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di dalam
perniagaan. Ilmu pengetahuan tersebut pula dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi
perniagaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini bermaksud, penyelidikan asas adalah
sejenis penyelidikan yang semata-mata untuk menjawab persoalan teoritikal. Penyelidikan ini
adalah bersifat abstrak yang mana bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang
kehidupan. Ini bermaksud penyelidikan asas adalah merupakan penyelidikan yang menekankan
tentang penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Ini kerana ia lebih
mementingkan dalam penyelesaikan masalah teoritikal. Oleh itu penyelidikan asas tidak
mempunyai kesan langsung terhadap tindakan, pencapaian atau keputusan polisi yang ingin
dilakukan. Dengan kata lain penyelidikan asas biasanya lebih menumpukan kajian teori-teori
yang wujud di dalam bidang perniagaan atau sains sosial dengan lebih mendalam. Penyelidikan
asas dapat memberikan sumbangan di dalam mencari sebab dan kesan dari perubahan global.
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik asas ini akan dapat menyumbangkan arah penyelesaian
bagi meminimakan kesan dari fenomena yang berlaku dan akan membawa kepada beberapa
penyelidikan yang lain tentang bagaimana kesan buruk akibat perubahan global dapat diatasi.
Contoh lain dalam penyelidikan asas adalah kajian mendalam tentang teori kepimpinan atau teori
motivasi oleh ahli psikologi.
Hubungan Antara Penyelidikan Asas Dan Penyelidikan Gunaan
Hasil dapatan ahli penyelidikan asas diaplikasikan dengan segera bagi menyelesaikan masalah,
maka ia mempunyai nilai yang sama dengan penyelidikan gunaan. Ini kerana penyelidikan asas
dan penyelidikan gunaan adalah perlu dan berguna di dalam menyumbangkan kebaikan terhadap
fungsi sesebuah organisasi. Adalah tidak benar jika kita mengatakan bahawa penyelidikan asas
tidak boleh diaplikasikan dengan segera bagi menyelesaikan maslah. Sebenarnya, para pengurus
yang memahami proses dan rekabentuk penyelidikan dapat mengambil kesempatan
mengimplimantasikan segala cadangan dari dapatan yang diperolehi dalam penyelidikan asas
jika ianya adalah bersesuaian dengan keadaan atau situasi organisasi. Dapatan penyelidikan asas
7|Page

Research Methodology | BBRC4103


yang mempunyai darjah generalisasi yang tinggi juga boleh digunakan oleh ahli penyelidikan
gunaan dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah yang sama pada situasi yang
berlainan. Dengan lain perkataan, penyelidikan gunaan juga dapat membantu mengesahkan
dapatan yang diperolehi dari ahli penyelidikan asas.
Walaupun kita dapat membezakan antara penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan, tetapi
sebenarnya terdapat hubungan antara keduanya. Ini kerana penyelidik selalunya menggunakan
teori sebagai titik tolak dalam penyelidikan gunaan. Terdapat ahli sains yang menggunakan
penyelidikan sebagai asas kepada penyelidikan gunaan. Ada juga ahli sains yang mengunakan
penyelidikan asas untuk melakukan penyelidikan gunaan.
Perkara ini berlaku kerana biasanya lahir daripada penemuan yang dibuat dari penyelidikan asas.
Pengkaji yang melakukan penyelidikan asas juga ingin mengetahui sejauhmana teori yang
ditemuinya dapat diuji oleh ahli penyelidik gunaan. Ini adalah penting kerana jika teori-teori
yang ditemui oleh ahli penyelidik asas tidak dapat diuji kerana tidak cukup kuat untuk
menerangkan atau menjelas keadaan yang berlaku dengan baik, maka ianya akan difikirkan
semula oleh ahli penyelidik asas. Maka dengan ini ahli penyelidikan asas akan sentiasa
memperbaiki teorinya supaya ianya benar-benar dapat diuji dan dibuktikan kebenarannya oleh
ahli penyelidikan gunaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang kuat antara
penyelidkan asas dan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan juga dapat menjelaskan teori
dalam penyelidikan asas serta dapat merumuskan teori yang baru atau dapat memperluaskan
teori yang lama yang telah dibentuk oleh ahli penyelidik asas.
C) PENGURUS DAN PENYELIDIK
Kadangkala ada pengurus yang menjalankan penyelidikan sendiri. Namun begitu terdapat juga
pengurus yang tidak dapat menjalankan penyelidikan sendiri yang mana terpaksa menggunakan
pakar penyelidik sama ada pakar penyelidik dalam atau pakar penyelidik dari luar organisasi.
Apabila berlaku keadaan demikian maka pengurus dan penyelidik mempunyai tanggungjawab
masing-masing.
Apabila penyelidikan diperlukan maka pengurus adalah bertanggungjawab menyatakan masalah
yang berlaku kepada penyelidik. Ini adalah penting kerana hanya pengurus yang terlibat secara
langsung terhadap organisasi atau jabatan yang beliau uruskan. Pengamatan pengurus terhadap
apa yang berlaku di organisasi perlu di terang dan dijelaskan kepada penyelidik supaya
penyelidik dapat menyiasat sama ada yang diamati oleh pengurus itu adalah benar-benar masalah
atau akibat dari masalah tersebut (symptoms).
Pengurus juga adalah bertanggungjawab menyediakan maklumat tentang latarbelakang
organisasi atau masalah yang cukup kepada penyelidik. Maklumat latar belakang termasuklah,
demografi, kewangan, keadaan tempat kerja dan sebagainya.

8|Page

Research Methodology | BBRC4103


Akhir sekali pengurus adalah bertanggungjawab memberikan kebebasas kepada penyelidik untuk
menyiasat atau mendapatkan maklumat lain yang berkaitan dengan penyelidikan tersebut. Ini
termasuklah kemudahan mengekses maklumat yang berkaitan.
Manakala tanggungjawab penyelidik pula adalah tidak kurang pentingnya terhadap organisasi.
Ini kerana penyelidik adalah orang yang telah diberi kepercayaan oleh pihak organisasi maka
mesti menjalankan penyelidikan dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Di antaranya penyelidik
hendaklah menyediakan rekabentuk penyelidikan yang kreatif yang mana menarik perhatian
pihak pengurusan. Penyelidik juga bertanggungjawab memberikan jawapan yang terbaik
terhadap persoalan-persoalan perniagaan yang penting kepada pihak pengurusan.
Konflik Pengurus-Penyelidik
Kadang-kala terdapat hubungan dan tidak sihat antara pengurus dan penyelidik. Di antara sebab
yang berlaku adalah kerana ada pihak pengurusan yang tidak bersedia mendedahkan maklumat
yang mencukupi kepada penyelidik. Ini berlaku mungkin kerana ada pengurus yang menganggap
penyelidik sebagai ancaman kepada status peribadinya yang mana mereka tidak bersedia untuk
menerima perubahan yang bakal berlaku hasil daripada penyelidikan tersebut. Untuk mengatasi
masalah ini penyelidik haruslah bijak menimbangkan budaya korporat dan situasi politik
syarikat. Penyelidik dan pengurus juga harus bekerja sama dan saling berinteraksi dengan
berkesan antara satu sama lain.
D) CIRI-CIRI PENYELIDIKAN SAINTIFIK:
Bermatlamat (Purposiveness).
Teratur dan teliti (Rigour).
Boleh diuji (Testability).
Kebolehulangan (Replicability).
Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).
Objektiviti (Objectivity).
Generalisasi. (Generalisability).
Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).

Bermatlamat (Purposiveness).
Seseorang pengurus yang ingin melakukan sesuatu penyelidikan hendaklah bermula dengan
penetapan matlamat atau tujuan. Ini kerana sesuatu penyelidikan yang saintifik mestilah
mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas. Jika pengurus tersebut ingin mengkaji bagaimana
komitmen dikalangan pekerjanya dapat ditingkatkan, maka ia dapat diterangkan dengan pelbagai
cara. Sebagai contoh, komitmen dapat dijelaskan dengan kadar lantik henti yang rendah,
9|Page

Research Methodology | BBRC4103


ketidakhadiran yang rendah serta tingkat pencapaian yang tinggi yang mana kesemuanya akan
memberikan kebaikan kepada sesebuah organisasi.
Ini bermakna, fokus kajian ialah untuk mencari faktor-faktor yang boleh meningkatkan
komitmen pekerja di dalam sesebuah organisasi. Segala maklumat tersebut dapat membantu
organisasi menjalankan aktiviti-aktivi yang berkesan bagi meningkatkan komitmen di kalangan
para pekerjanya. Dapatan kajian ini juga akan dapat mengurangkan pusing ganti di kalangan
pekerja, mengurangkan ketidakhadiran, dan seterusnya akan meningkatkan tahap prestasi
organisasi.
Teliti (Rigor).
Asas teori dan rekabentuk kajian yang baik menjadikan tujuan penyelidikan saintifik kelihatan
dilakukan secara teratur dan penuh ketelitian. Teliti di sini bermaksud, berhati-hati, cermat dan
darjah ketepatan yang tinggi terhadap penyiasatan atau penyelidikan tertentu. Sebagai contoh,
jika seorang penyelidik bertanyakan 10 hingga 15 orang pekerja bagi mendapatkan maklumbalas
tentang apakah faktor-faktor yang dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap organisasi.
Jika berdasarkan maklum balas dari 10 hingga 15 orang pekerja itu dijadikan asas kepada
kesimpulan yang dibuat, maka keseluruhan penyelidikan itu adalah dianggap tidak saintifik. Ini
kerana penyelidikan tersebut tidak dilakukan dengan teliti. Alasannya ialah:
a. Kesimpulan mungkin tidak dibuat dengan betul kerana ia berasaskan kepada pandangan
segelintir pekerja sahaja yang mungkin tidak boleh mewakili ke semua golongan tenaga
kerja yang ada diorganisasi tersebut.
b. Cara soalan dikemukakan mungkin bias dan mungkin responden memberikan
maklumbalas yang tidak tepat.
c. Komitmen sesebuah organisasi yang mungkin tidak diterangkan dengan sampel yang
kecil yang mana tidak dapat mewakili populasi yang ingin disasarkan.
Penyelidikan yang teliti juga termasuk asas teoritikal yang baik dan berhati-hati dalam
menjalankan penyelidikan. Faktor-faktor ini membolehkan penyelidik mengumpul pelbagai jenis
maklumat dari sampel yang bersesuaian dengan darjah kesilapan (bias) yang rendah dan
menggunakan analisis yang sesuai bagi memproses data yang telah dikutip.
Boleh diuji (Testability).
Setelah mengumpul data dan membuat pembacaan tentang kajian-kajian yang lepas tentang
komitmen dalam organisasi, seseorang pengurus atau penyelidik boleh membangunkan beberapa
hipotesis tentang bagaimana komitmen pekerja boleh dipertingkatkan di dalam sesebuah
organisasi. Hipotesis tersebut mestilah boleh diuji dengan menggunakan kaedah berstatistik yang
bersesuaian.
Sebagai contohnya sekiranya seorang penyelidik membuat hipotesis bahawa terdapat hubungan
yang positif antara peluang untuk naik pangkat dengan darjah komitmen dalam sesebuah
organisasi. Hipotesis ini mestilah dipastikan supaya dapat diuji apabila segala maklumat tentang
peluang naik pangkat dan darjah komitmen telah dikutip. Ini bermaksud penyelidik
10 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


menjangkakan bahawa mereka yang merasakan mempunyai peluang untuk naik pangkat akan
lebih komited terhadap sesebuah organisasi. Analisis korelasi dapat digunakan bagi menguji
sama ada terdapat hubungan yang positif antara peluang naik pangkat dengan komitmen. Oleh
itu kita dapati bahawa hipotesis di atas boleh diuji berdasarkan data yang telah dikutip.
Kebolehulangan (Replicability).
Katakan bahawa seseorang penyelidik itu telah membuat kesimpulan bahawa peluang naik
pangkat adalah faktor yang terpenting yang mempengaruhi komitmen pekerja di sesebuah
organisasi. Sekiranya kita membuat kajian di organisasi yang lain dan didapati dapatan yang
sama diperolehi maka kita mempunyai kepercayaan yang lebih tinggi kepada hasil kajian
tersebut. Ini bermakna sesuatu kajian itu adalah dikatakan saintifik apabila kajian yang sama
dilakukan di tempat atau organisasi yang lain, kita masih mendapat hasil atau keputusan yang
sama.
Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).
Dalam penyelidikan perniagaan, kita jarang mendapatkan kesimpulan yang benar-benar tepat
berdasarkan analisis data yang telah dijalankan. Kita biasanya akan membuat pengganggaran
selang tentang sesuatu yang ingin kita jangkakan. Sesuatu kajian yang saintifik hendaklah
mempunyai darjah ketepatan dan kenyakinan yang tinggi. Namun begitu, penyelidik akan
mendapati terdapat trade-off antara ketepatan dan keyakinan. Ini bermaksud seseorang yang
ingin menjangkakan dengan tepat biasanya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Begitu juga
sebaliknya, jika seseorang penyelidik yang ingin meningkatkan aras keyakinannya maka beliau
mendapati darjah ketepatannya akan berkurangan.
Ketepatan bermaksud berapa hampirnya dapatan kajian, berdasarkan kepada sampel yang dikutip
dengan keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, katakan kerugian sebenar dalam setahun akibat
ketidakhadiran adalah 35 hari. Kita membuat adalah lebih tepat jika kita menganggarkan bahawa
dalam masa setahun, akan ada kerugian 30 hingga 40 hari jika dibandingkan dengan anggaran
bahawa terdapat kerugian antara 10 hingga 60 hari.
Aras keyakinan pula adalah merujuk kepada kebarangkalian sama ada penganggaran yang dibuat
betul ataupun tidak. Pada kebiasaannya penyelidik akan membuat jangkaan bahawa hasil
kajiannya adalah 95% betul iaitu di paras keyakinan 95% dan hanya 5% sahaja kemungkinan
yang dapatan kita adalah salah. Ini dipanggil aras signifikan .05 (p = .05).
Oleh itu semakin tinggi ketepatan dan aras keyakinan maka semakin saintifiklah sesuatu kajian
itu. Ketepatan dan keyakinan dapat ditingkatkan dengan rekabentuk persampelan yang betul.
Objektiviti (Objectivity).
Kesimpulan yang dibuat daripada penterjemahan keputusan analisis data kita mestilah objektif.
Ia mestilah berpandukan kepada fakta yang diperolehi daripada data yang sebenar dan bukan
daripada nilai emosi atau perasaan kita sahaja. Sebagai contohnya, sekiranya kita telah membuat
hipotesis yang mengatakan bahawa lebih tinggi peluang untuk naik pangkat dalam sesebuah
11 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


organisasi maka semakin tinggi komitmen terhadap organisasi. Namun bergitu ia bukanlah
sesuatu penyelidikan yang saintifik jika ia tidak disokong dari dapatan yang sebenar tetapi hanya
pandangan penyelidik sahaja. Sekiranya penyelidik masih ingin berpegang kepada pandangan
beliau sendiri tanpa mengambil kira hasil kajian yang sebenar, maka kajian itu adalah tidak
bermakna.
Adalah sesuatu yang amat buruk jika sesebuah organisasi itu melaksanakan (implimentasi)
sesuatu tindakan berdasarkan penyelidikan yang tidak berdasarkan data yang sebenar atau
berdasarkan kesimpulan yang tidak berpandukan kepada hasil kajian. Membuat kesimpulan yang
tidak berpandukan hasil kajian yang sebenar akan memberi kesan yang buruk kepada organisasi
pada peringkat perlaksanaan. Pihak pengurusan atasan mungkin akan membuang banyak masa,
tenaga dan menanggung kos perbelanjaan yang tinggi untuk menjalankan program-program yang
tidak sepatutnya dijalankan. Ini kerana ada kemungkinan program-program yang dilasanakan
tidak dapat meningkatkan komitmen terhadap sesebuat organisasi.
Semakin objektif sesuatu pentafsiran data itu, maka semakin tinggilah darjah saintifik sesuatu
kajian tersebut.
Generalisasi (Generalisability).
Generalisasi merujuk kepada skop di mana hasil kajian di sesebuah organisasi boleh diguna atau
diaplikasikan terhadap sesebuah organisasi yang lain yang lebih kurang sama situasi atau
masalahnya. Semakin tinggi darjah aplikasi sesuatu kajian itu bagi menyelesaikan masalah maka
semakin tinggi tahap generalisasinya. Ini bermaksud, semakin saintifiklah kajian tersebut.
Sekiranya sesuatu hasil kajian oleh seseorang penyelidik boleh digunakan di industri
perkhidmatan atau pembuatan dan juga di industri yang lainnya maka hasil kajian tersebut sangat
berguna dan berharga.
Untuk menjalankan sesebuah penyelidikan yang boleh digeneralisasikan secara meluas, sampel
kajian perlu lebih besar, maka kos untuk menjalankan penyelidikan itu akan bertambah tinggi.
Oleh itu kebanyakan penyelidikan gunaan akan menggunakan sampel di mana hasil kajian boleh
digeneralisasikan kepada sesebuah organisasi yang mempunyai situasi dan keadaan yang sama.
Ini tidaklah akan menjejaskan darjah saintifik penyelidikan itu. Bagaimanapun, darjah
generalisasi mungkin akan berkurangan.
Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).
Sebuah penyelidikan yang dapat menerangkan fenomena atau masalah kajian secara mudah
adalah lebih baik berbanding dengan penyelidikan yang lebih kompleks yang sukar untuk
diimplimentasikan hasil kajiannya.
Contohnya, sekiranya penyelidik dapat mengenalpasti 3 pembolehubah yang apabila diubah akan
meningkatkan komitmen pekerja sebanyak 43% adalah lebih berguna dan berharga kepada
12 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


pengurus berbanding dengan penyelidik memaklumkan bahawa ada 13 pembolehubah yang
perlu diubah untuk meningkatkan komitmen pekerja sebanyak 45%.
Oleh itu adalah amat penting bahawa penyelidik benar-benar memahami masalah kajian dan
faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah tersebut.
Ini boleh dilakukan dengan membuat temubual secara berstruktur atau tidak berstruktur dengan
mereka yang terlibat dalam sesuatu situasi yang hendak dikaji dan juga membuat pembacaan
mendalam terhadap kajian-kajian yang lepas.
E) KEKANGAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK
Adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu penyelidikan yang 100% saintifik. Ini adalah
disebabkan:
a. Masalah yang dihadapi dalam pengumpulan dan pengukuran data yang berbentuk
subjektif seperti perasaan, emosi, sikap dan persepsi. Ini kerana agak sukar untuk kita
memberikan kuantiti kepada kelakuan manusia.
b. Masalah juga timbul apabila kita ingin memperolehi sampel-sampel yang mencukupi dan
bersesuaian. Kesilapan dalam persampelan akan menjejaskan generalisasi hasil kajian.
Maka dengan ini adalah agak sukar untuk kita memenuhi kesemua ciri-ciri penyelidikan
saintifik dengan baik dan sempurna.
F) PENYELIDIKAN DEDUKTIF DAN INDUKTIF
i.
ii.

Deduktif (Deduction)
Induktif (Induction)

Penaakulan Deduktif
Penakulan deduktif bermula dengan generalisasi terlebih dahulu dan penelitian untuk
menyokong atau menyangkal generalisasi tersebut. Ini bermakna penakulan deduktif adalah satu
bentuk inferens yang membawa kepada kesimpulan. Kaedah ini adalah proses bagi penyelidikan
berbentu kuantitatif.
Penaakulan Induktif
Penyelidikan direkabentuk untuk mengenalpasti komponen yang akhirnya boleh menghasilkan
satu kesimpulan atau generalisasi. Ini bermaksud penakulan induktif adalah untuk membina
kesimpulan dari satu atau lebih fakta. Kaedah induktif ini adalah proses bagi penyelidikan
berbentuk kualitatif.
Asas Falsafah Dalam Penyelidikan Perniagaan
Penyelidikan adalah suatu proses yang kompleks. Berdasarkan kepada sifar yang kompleks ini,
maka setiap ahli penyelidikan menyatakan perbezaan pendapat tentang bagaimana harus sesuatu
13 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


penyelidikan dijalankan. Perbezaan ini dapat dikategorikan kepada tiga jenis penyelidkan iaitu
penyelidikan positivis, penyelidikan interpretivis dan penyelidikan kritikal.
Penyelidikan positivis
Berdasarkan kepada penyelidikan saintifik, positivisme menekankan bahwa objek yang dikaji
harus berupa fakta, dan bahawa kajian harus mengarah kepada kepastian dan kecermatan.
Menurut August Comte, penyelidikan dapat dilakukan dengan cara melakukan kajian ilmiah
seperti melalui pengamatan, perbandingan, eksperimen, dan kaedah sejarah.
Penyelidikan positivis adalah mementingkan ketepatan, pengukuran yang objektif, dan selalunya
berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Oleh itu penyelidikan positivis selalunya akan
mengemukakan penbentukan hipotesis. Penyelidik pula akan cuba menolak hipotesis nol.
Kaedah pengumpulan data pula adalah melalui langkah-langkah tertentu yang telah dipiawaikan.
Manakala analisis data memerlukan analisis secara kuantitatif atau kaedah analisis berstatistik.
Penyelidikan positivis yang baik adalah memerlukan kaedah pengulangan atau dengan kata lain
penyelidik-penyelidik lain boleh menjalankan penyelidik sama bagi menyokong atau
menyanggah penyelidikan yang lepas.
Penyelidikan positivis akan menggunakan penaakualan deduktif yang mana ia bermula dengan
teori dan berakhir dengan keputusan empirikal untuk menerima atau menolak hipotesis null.
Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu deduktif digunakan. Bagi menganalisis
eksperimen makmal sering digunakan. Borang soal selidik (primer) dan penggunaan data
sekunder juga digunakan dalam kaedah pengumpulan data. Analisis data secara kuatitatif
diperlukan. Dengan ini analisis berstatistik yang sesuai digunakan dalam penyelidkan jenis ini.
Contoh penyelidikan positivis
Pengurus hal Ehwal Pelajar ingin mendapatkan maklum balas pelajar terhadap
perkhidmatan kantin di universiti tersebut. Beliau ingin tahu apakah alasan
pelajar datang ke kantin, kekerapan ke kantin, pendapat tentang kualiti makanan
dan minnuman serta layanan.
Penyelidikan Interpretivist
Berbeza dengan positivisme, penyelidikan interpretivis menekankan bahwa ilmu yang berasal
dari pemahaman intelektual yang dibangunkan atas kemampuan argumentasi secara logik. Oleh
itu, perkara penting bagi penyelidikan interpretivis ialah ketajaman dalam empirikal. Pemahaman
intelektual dan kemampuan penyelidikan perlu didukung data empirik yang relevan, agar produk
ilmu yang berlandaskan penyelidikan interpretivis betul-betul ilmu, bukan mitos. Bagi
penyelidikan interpretivis fakta empirik bukan hanya yang sensasi, melainkan ada empiris logik,
empiris teoritik, dan empiris etika. Misalnya: ruang angkasa, peninggalan sejarah masa lampau,
dan jarak dalam tahun juta cahaya, semuanya merupakan realiti tetapi hanya dapat dihayati
secara teoritis. Oleh itu, penyelidikan interpretivis mengakui realiti, empirik teoritik dan empiris
logik
14 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


Tidak seperti penyelidikan positivis yang mengandaikan manusia berkongsi nilai yang sama
penyelidikan interpretivis percaya bahawa pengalaman dan sosial manusia mempunyai arah yang
berbeza. Ini bermaksud sistem dan kelakuan manusia terhasil dari interaksi sesama manusia.
Penyelidikan interpretivis percaya bahawa dunia ini luas dengan kelakuan manusia yang
berbagai ragam. Oleh itu ada realitinya kehidupan sosial manusia adalah sentiasa berubah-ubah.
Para penyelidikan interpretivis berminat untuk memahami pengalaman hidup manusia. Dalam
penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu induktif boleh atau patut digunakan. Bagi menganalisis
data, pemerhatian peserta, temuduga; kumpulan fokus atau kajian kes sering digunakan.
Contoh penyelidikan interpretivis
Pengurus sebuah syarikat ingin menyiasat laporan prestasi pengeluaran setiap
pekerjanya pada tahun tersebut. Ini kerana dengan cara tersebut beliau dapat
menganggarkan pengeluaran pada tahun hadapan. Pengurus tersebut akan
memberikan anugerah cemerlang kepada setiap pekerja yang menunjukkan
prestasi yang baik dengan harapan motivasi pekerjanya akan meningkat bagi
meningkatkan pengeluaran pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, kepada para
pekerja ia merupakan tekanan untuk meningkatkan prestasi. Ia juga akan
menyebabkan ketidakpuasan pekerja yang merasakan berhak menerima anugerah
tersebut. Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat
antara pengurus dan pekerja dalam perkara ini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu
tindakan yang dilakukan tidak semestinya akan membawa kepada kesan yang kita
harapkan kerana manusia mempunyai sifat yang berbagai ragam.
Penyelidikan Kritikal
Tujuan asas penyelidikan kritikal adalah adalah untuk menjadikan manusia lebih baik dari
sebelumnya. Pendekatan ini adalah mencakupi makna yang tersembunyi. Dalam penyelidikan
jenis ini kehidupan manusia diandaikan adalah tidak statik dan dan boleh dieksplotasi. Manusia
mempunyai kuasa untuk mengubah dunia kehidupannya. Mereka yang melakukan penyelidikan
ini akan menggunakan kedua-dua jenis penaakulan iaitu deduktif dan induktif. Ia akan
mengutamakan pemberian kuasa kepada penyelidik untuk mengubah panduan dan tindakan
pengumpulan data. Manakala rekabentuk penyelidikan yang sering digunakan adalah dari jenis
eksperimen lapangan atau analisis sejarah.
Contoh penyelidikan kritikal
Penentuan sama ada terdapat hubungan aatau tidak di antara guru dan murid,
penyelidik interpretivist mungkin cuba menerangkan interaksi antara guru dan
murid. Manakala ahli penyelidik kritikal pula akan melihat isu-isu yang paling
penting dalam menentukan hubungan tersebut.
Positivis

Interpretivis

Kritikal
15 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


Andaian

Tujuan

Jenis
Penaakulan
Perancangan
penyelidikan

Kehidupan adalah suatu


sains yang oleh diukur
dan
melambangkan
kepada
pengetahuan
yang ada.
Meliputi
seluruh
kehidupan di dunia yang
mana dapat digunakan
untuk
meramalkan
aktiviti manusia.
Deduktif

Dunia adalah suatu


sains yang subjektif
yang
dapat
menerangkan
konsep.
Untuk memahami
kehidupan manusia
yang
berbagaibagai
Induktif

Kehidupan adalah
tidak statik dan dan
boleh dieksplotasi.

Manusia
mempunyai kuasa
untuk
mengubah
dunia
kehidupannya.
Deduktif
dan
Induktif
Pemberian kuasa
kepada penyelidik
untuk
mengubah
panduan
dan
tindakan
Eksperimen
Lapangan; analisis
sejarah;

Teratur,
berasaskan Anjal dan mengikut
kepada hipotesis kajian
maklumat
yang
diperolehi
dari
subjek
penyelidikan.
Eksperimen;
soal Ethnografi;
Kaedah
penyelidikan selidik; data sekunder; pemerhatian
kuantitatif; peserta; temuduga;
dan
jenis analisis
analisis
berstatistik
kumpulan
focus;
analisis
kajian kes
Perbandingan antara penyelidikan positivis, interpretivis dan kritikal

Pendekatan Penyelidikan
Terdapat pelbagai cata atau kaedah dalam penyelidikan perniagaan. Namun yang demikian
kepelbagaian jenis kaedah penyelidikan yang ada boleh dibahagikan kepada dua jenis yang
utama iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kuantitatif. Perbezaan di antara kedua jenis
penyelidikan tersebut dapat diterangkan oleh jadual yang dipaparkan. Secara umumnya,
penyelidikan kuantitatif menggunakan paradigma penyelidikan positivist, manakala penyelidikan
kualitatif pula menggunakan paradigma penyelidikan intepretivist.
Jadual 1.3 Perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif
Penyelidikan Kuantitatif
Realiti adalah bersifat objektif dan
diketahui dan dapati ianya tidak pelbagai
dan berasingan dengan penyelidik.
Penyelidik adalah bebas daripada apa
yang dikaji
Penyelidikan diandaikan dapat diukur dan
tiada kejadian bias.

Penyelidikan Kualitatif
Realiti adalah bersifat subjektif dan
pelbagai perkara boleh dijadikan sebagai
peserta dalam pengkajian.
Penyelidik berinteraksi dengan apa yang
dikaji.
Penyelidikan diandaikan tidak dapat
diukur dan sentiasa terdedah dengan bias
yang mana nilainya adalah bersifat
eksplisit.
Bermula dengan teori dan memerlukan Teori dapat dikesan atau dibangunkan
16 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


penaakulan deduktif.
Hipotesis yang dibentuk oleh penyelidik
dapat diuji

dan biasanya memerlukan penaakulan


induktif.
Data yang dikumpulkan oleh penyelidik
akan
dijelaskan
dan
didedahkan
maksudnya.
Konsep akan dijadikan dasar, motif,
generalisasi
Alat pengukuran dibangunkan secara ad
hoc.

Konsep dapat dibahagikan kepada


beberapa pembolehubah
Alat pengukuran sistematik dibangunkan
terlebih dahulu sebelum data dikutip dan
dipiawaikan.
Data adalah dalam bersifat numerikal Data adalah dalam bentuk perkataan
melalui ketepatan pengukuran.
daripada sesuatu dokumen, pemerhatian
atau transkrip.
Terdapat banyak kes atau subjek.
Terdapat beberapa kes atau subjek.
Prosedur adalah dipiawaikan dan Prosedur penyelidikan adalah Research
diandaikan selalu berulang.
procedures are
spesifik, dan jarang berulang.
Analisis data berstatistik, jadual atau Analisis
dilakukan
dengan
cara
rajah diperlukan dalam membincangkan menerangkan tajuk atau generalisasi
hubungannya dengan hipotesis kajian.
daripada
bukti
dan
perlu
mengorganisasikan
data
untuk
dipersembahkan secara logik dan kadangkala
memerlukan
gambar
yang
dipercayai.
Sumber: Cresswell (1994:5); Neuman (1997:14, 329).

G) ASAS KEPADA ETIKA PENYELIDIKAN


Etika merupakan perkara penting dalam penyelidikan, terutama dalam penyelidikan perniagaan.
Etika merupakan suatu kumpulan nilai atau norma yang digunakan oleh suatu kelompok
masyarakat untuk mengatur kehidupan bermasyarakat anggotanya. Etika bersifat normatif dan
kontekstual. Ini bermakna etika yang digunakan sebagai panduan untuk mengatur kegiatan dunia
perniagaan berbeza dengan etika untuk ahli akademik.
Etika penyelidikan perniagaan adalah norma atau aturan yang digunakan untuk memandu
penyelidik agar menjunjung tinggi nilai-nilai ilmiah yang berlaku. Penjagaan etika terutamanya
harus dilakukan pada saat pengumpulan data dan pengambilan kesimpulan. Masalah etika yang
perlu diperhatikan ketika pengumpulan data antara lain:
Persetujuan subjek penyelidikan untuk menjadi sumber maklumat tanpa paksaan
yang biasanya dituangkan dalam suatu surat persetujuan (informed consent) yang
ditandatangan oleh subjek penyelidikan dan oleh penyelidik.
Kerahsiaan identiti subjek penyelidikan dan maklumat yang diberikannya.
Melaporkan kesemua maklumat tanpa menyembunyikan maklumat yang tidak
diinginkan.
17 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


Masalah etika dalam analisis dan pengambilan kesimpulan yang harus diperhatikan antara lain
adalah:
Kerahsiaan subjek penyelidikan.
Laporan hasil analisis yang jujur.
Pengambilan kesimpulan yang didasarkan pada hasil analisis data.
Etika dalam penyelidikan perniagaan adalah merujuk kepada pengaplikasian kod tertentu sebagai
nilai gelagat seseorang penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Kod etika merupakan
tatasusila yang memberi peraturan kawalan diri terhadap tingkahlaku ahli sesuatu profesion.
Seseorang penyelidk itu sepatutnya faham tentang beberapa prinsip yang mempengaruhi asas
etika penyelidikan.
Hubungan antara penyelidikan dan responden (kadang kala dipanggil subjek) adalah unik.
Pertama, hubungan itu akan mencipta faedah antara faedah yang didapati oleh keduanya bila
kedua-duanya berminat dengan kajian tersebut. Kedua, penyelidik biasanya akan menggunakan
segala kemahiran yang ada untuk mendapatkan maklumat dari subjek yang pada mulanya tidak
berminat.
Mengikut pandangan consequentialist etika menumpukan kepada apa yang baik dan buruk itu
adalah bersangkutan dengan kesan atau akibat sesuatu tindakan. Pandangan ini tergolong dalam
pendekatan Utilitarian. Pendekatan utilitarian adalah terbahagi kepada dua iaitu Utilitarian
Tindakan dan Utilitarian Peraturan. Mengikut pandangan utilitarian tindakan, Kita perlu
melakukan sesuatu tindakan dengan kesan-kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan
atau memanfaatkan ramai orang. Manakala mengikut pandangan Utilitarian Peraturan, Kita perlu
mematuhi peraturan yg dapat memaksimumkan keseronokan bagi semua yg terlibat. Dengan kata
lain mengikut pandangan ini penyelidik sepatutnya melakukan sesuatu yang akan memberi kesan
kebaikan kepada kebanyakan masyarakat.
Bagaimanapun mengikut pandangan deontological yang berasal daripada perkataan deon
(bermaksud: tugas atau kewajipan / duty) sesuatu penyelidikan dikatakan bermoral semata-mata
kerana ia difikirkan sebagai bermoral atau baik, dan sebaliknya. Pandangan ini berpendapat
semua pertimbangan moral adalah spesifik. Contoh ialah prinsip eksistensialis (prinsip
kewujudan) yang menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara
bebas.
Contohnya, meletakkan sebuah kamera video yang tersembunyi di bilik rehat para pekerja untuk
mendapatkan maklumat tentang kepuasan/ketidakpuashatian para pekerja adalah tindakan
BERMORAL jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya, pilihan individu menjadi TIDAK
BERMORAL jika kerana terpaksa. Pandangan ini berpendapat tindakan BERMORAL ialah
tindakan yang sesuai dengan peraturan. Sebagai contoh: prinsip subjektiviti menyatakan bahawa
manusia memilih untuk menjadi diri sendiri. Kita memilih segala yang baik, dan tidak ada yang
boleh menjadi baik untuk dia sendiri tanpa menjadi baik untuk orang lain.
18 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


Walaupun penyelidik-penyelidik menjalankan kerjanya dengan tekun dan minat, mereka
sepatutnya memikirkan tentang layanannya kepada para responden. Individu-individu yang telah
dipilih sebagai responden hendaklan dilayan dengan baik dan berkesan supaya ia akan
memberikan kesan yang benar-benar bermakna dalam sesuah penyelidikan yang dijalankan.
Menurut Ehrich (2000), terdapat tiga jenis tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang
penyelidik. Pertama, tanggungjawab profesional yang menumpukan kepada membantu
menetapkan piawai seseorang profesional. Contoh tanggungjawab seperti ini adalah termasuk
dalam keseluruhan komponen yang berada dalam tanggungjawab sosial. Mengelak dari
melakukan kesalahan seperti pencabulan dari segi plagiarism dan penipuan adalah sebahagian
daripada tanggungjawab sosial. Kedua adalah tanggungjawab korporat. Ia adalah
tanggungjawab terhadap penaja (sponsor) sesuatu projek penyelidikan. Dalam kebanyakan kes,
tanggungjawab ini adalah bertumpu kepada tanggungjawab terhadap organisasi atau pengurus
yang menaja sesuatu kajian. Di antaranya ialah tanggungjawab dalam melakukkan penyelidikan
dengan penuh teliti dan berkualiti dan tanggungjawab menjaga hasil dapatan agar tidak bocor
kepada pesaing penaja (sponsor). Ketiga adalah tanggungjawab moral. Tanggungjawab moral
adalah menumpukan kepada hubungan antara penyelidik dan subjek atau responden. Ini
menunjukkan bahawa para penyelidik mempunyai tiga jenis tanggungjawab iaitu tanggungjawab
terhadap sosial atau masyarakat, tangungjawab terhadap penaja (sponsor) dan tanggungjawab
terhadap responden (subjek) yang menjadi tumpuan penyelidikan. Cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam interaksi dengan manusia ini dinamakan etika. Di antaranya ialah menjaga
keselamatan responden baik dari segi fizikal, psikologikal dan nyawa dan undang-undang.
Jadual 1.4: Contoh tanggungjawab penyelidik terhadap sosial, korporat dan moral.
Tanggungjawab sosial
Mengelak diri dari
melakukan plagarism
Tidak jujur
Pembohongan

Tanggungjawab korporat
Melakukkan penyelidikan
dengan penuh teliti dan
berkualiti.
Menjaga hasil dapatan agar
tidak bocor kepada pesaing
penaja (sponsor).

Tanggungjawab moral
Menjaga keselamatan
responden baik dari segi
fizikal, psikologikal dan
nyawa
dan
undangundang.

19 | P a g e

Research Methodology | BBRC4103


Rujukan:
D. K. Wycoski. 2004. Readings in social research methods. Edisi ke-2. Canada. Wadsworth.
Humaizi. 1993. Pelimpahan siaran media elektronik Malaysia : satu pendekatan perspektif
kegunaan dan kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stanley and Sedlack. 1992. Social research : Theory and methods. Canada. Allyn and Bacon.
W. L. Newman. 1997. Qualitative and quantitative approaches. Edisi ke-3. Canada. Allyn and
Bacon

20 | P a g e