Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA)

Bidang Pembelajaran
Tajuk

Pemakanan Seimbang

Nama Pendidik

Nor Marini Binti Ibrahim

No. Kad Pengenalan

670104-03-5076

Nama Agensi Latihan

Pertubuhan TASKA Melayu Malaysia

Tajuk

Pemakanan Protein : Menyediakan Sarapan Pagi :


Karipap Telur

Umur

4 tahun

Kebolehan Sedia ada

Kanak-kanak boleh mengikut arahan dan bergaul

Bilangan Kanak-kanak

3 orang

Tarikh/Masa

Objektif :
1. Kanak-kanak dapat memahami makanan protein dan boleh memberitahu contoh
2. Meningkatkan kemahiran dan perkembangan yang menyeluruh melalui aktiviti
pemakanan seimbang

Bidang Perkembangan :
Kanak-kanak dapat mempertingkatkan perkembangan secara menyeluruh :
1. Perkembangan fizikal :

-menggunakan pergerakkan tangan untuk menyediakan


doh karipap (motor halus dan kasar)
-menggalakkan koordinasi mata dan tangan semasa
menyediakan makanan, mengendalikan peralatan
makanan dan aktiviti makan.

2. Perkembangan bahasa :

mengenali dan menyebut jenis makanan dan minuman

3. Perkembangan awal matematik : membilang karipap yang telah di sediakan


4. Perkembangan deria : merangsang deria seperti sentuhan, penglihatan dan bau.
5. Perkembangan sosioemosi : kanak-kanak berinteraksi, bertanya, berbual,
menunjukkan reaksi gembira semasa melakukan aktiviti

Bahan-bahan :

Gandum, air, margarine, telur yang siap direbus dan di hancurkan dan
carrot yang di parut halus. bekas palstik

Langkah-langkah :
1. Memberi salam kepada kanak-kanak dan memberitahu aktiviti yang akan dilakukan
pada hari ini.
bertanyakan soalan : adik-adik dah makan ke belum pagi ni, makan apa pagi ni
2. Membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
3. Mengeluarkan bahan dan perkenalkan pada kanak-kanak serta minta kanak-kanak
menyebut nama telur, Tepung gandum, air, carrot
4. Beritahu kanak-kanak kepentingan makanan : telur kumpulan protein untuk
membina sel-sel tubuh, tepung gandum adalah karbohidrat untuk memberi tenaga
dan carrot adalah vitamin untuk kesihatan mata dan kulit.
5. Setiap kanak-kanak diberi peluang membuat doh.
6. Suruh semua kanak-kanak mencuci tangan
7. Suruh kanak-kanak mencampur/mengaul gandum, air dan margerine menggunakan
tangan
8. Uli bahan yang di campur bahan-bahan sehingga sebati.
9. Suruh kanak-kanak menjadikan adunan kepada doh yang kecil
10. Suruh kanak-kanak menggiling doh menjadi kepingan bulat
11. Suruh kanak-kanak memasukkan inti telur dan carrot serta tutup bukaan karipap
dengan menggunakan jari.

12. Sekiranya kanak-kanak gagal untuk melakukan beri peluang/masa untuk kanak-kanak
untuk melakukan semula dan pendidik membantu kanak-kanak.
13. Beri pujian kepada kanak-kanak yang siap membuat karipap
14. Suruh kanak-kanak bilang karipap yang telah siap.
15. Penerangan oleh pendidik

Pendidik memberitahu kanak-kanak karipap yang disediakan perlu di goreng


sebelum di makan

Pendidik mengeluarkan karipap telor yang telah digoreng (di sediakan oleh
pendidik)

16. Pendidik mempersilakan kanak-kanak makan karipap dan minum susu


17. Pendidik bertanyakan suka tak membuat karipap, Telur tu untuk apa
18. Selesai makan suruh kanak-kanak bersama pendidik kemas bahan-bahan.

Refleksi Pendidik :

Refleksi Kanak-kanak :

Cadangan :