Anda di halaman 1dari 4

Selepas Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya

di bumi Tanah Melayu, Inggeris kembali berkuasa di Tanah


Melayu. Penjajahan Inggeris tidak diterima oleh rakyat kerana
mereka dihantui oleh corak pemerintahan Jepun yang zalim dan
kejam.
Kemudian, Inggeris mengatur rancangan untuk menubuhkan
Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent telah dihantar
untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah
mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur.
Malayan Union bukan sahaja ditentang oleh rakyat Tanah
Melayu malah Raja-raja Melayu turut menentang. Mereka
memulakan penentangan ini dengan berkabung selama
seminggu.
Pada 1946, Dato' Onn Jaafar telah menubuhkan 1 kongres bagi
semua kumpulan dalam pertubuhan politik Melayu di Tanah
Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac
1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai
bagi membentuk parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Hasilnya Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National
Organisation (UMNO) telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato'
Onn Jaafar. UMNO bertujuan untuk menentang rancangan
Malayan Union yang direncanakan oleh Inggeris. Pelaksanaan
Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem

politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan


semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menggantikan tampuk
pimpinan UMNO pada 1951. Pada Januari 1956, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mengetuai 1 rombongan yang
mengandungi 4 orang wakil dari Parti Perikatan dan 4 orang lagi
wakil dari Majlis Raja-Raja ke London untuk membincangkan
tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Dengan segera, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan
rombongannya menyampaikan berita gembira mengenai
kemerdekaan kepada orang ramai dalam 1 perhimpunan di
Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka (bandar yang telah
menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi) sekembalinya
mereka dari London. Berita ini telah disambut dengan penuh
kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.
Pada detik 12 tengah malam 31 Ogos 1957, perjuangan
menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil dan impian
yang akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor
(Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali
terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu
dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga.
Keesokkannya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tanah
Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu
warganegara, Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili
Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu

detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair. Akhirnya


penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat
dihapuskan.

Detik yang amat bermakna....


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama melaungkan Merdeka!! di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi,
1

September 1957 dengan disaksikan oleh beribu-ribu


warganegara, Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester
(mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British.

Anda mungkin juga menyukai