Anda di halaman 1dari 2

Asas Kelompok

Zuraidah (2004) , manusia hidup secara berkelompok Kerana tujuan tertentu seperti
perlindungan fizikal dan keperluan psikologikal iaitu rasa dipunyai .Oleh yang demikian, manusia
saling memerlukan
Kaunseling kelompok mementingkan interaksi dan mempunyai fungsi dan matlamat tertentu
(Gibson dan Mitchell ,1981)
Tugas kelompok melibatkan aplikasi teori dan proses kelompok oleh seorang profesional yang
berupaya membantu pelbagai jenis individu agar mereka dapat mencapai matlamat yang sama ,
sama ada matlamat itu peribadi, perhubungan individu atau penyempurnaan tugas

Perbezaan antara:

1. Kelompok Kaunseling

2. Kelompok Bimbingan

3 Kelompok terapi atau psikoterapi

KELOMPOK BIMBINGAN
Banyak dijalankan di sekolah-sekolah bagi membantu proses membimbing pelajar
Tumpuan lebih kepada penyebaran maklumat
Tujuan Kelompok Bimbingan
Boleh berbentuk pendidikan, vokasional, kerjaya dan peribadi
Dengan tujuan memberi maklumat yang tepat supaya ahli dapat membuat perancangan dan
keputusan yang wajar
Kelompok Kaunseling
Dilihat sebagai proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman dalam
kelompok sebagai penggalak perkembangan ahli
Kaunseling kelompok memfokuskan aktiviti kepada kaedah menolong ahli untuk mengatasi
kebimbangan biasa yang dihadapi sehari-hari
Dijalankan untuk merawat ahli yang mengalami masalah jiwa atau neurotik
Contoh
Pembentulan tingkah laku membina kemahiran membina perhubungan di antara individu

Membuat keputusan
Membina sikap dan nilai yang sihat
KELOMPOK PSIKOTERAPI
Bersifat merawat dan memberi tumpuan kepada ahli yang mengalami gangguan psikologi
Tujuan utama ialah membentuk semula melalui analisa mendalam ataupun melalui pelbagai
kaedah rawatan.
Kelompok yang menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam bagi individu yang
menghadapi masalah penyesuaian diri serta emosi dalam masalah-masalah perkembangan diri
yang tenat dan memerlukan pembinaan personaliti kembali (restructrured)
Bertujuan menyembuh dan memulih
Zuraidah (2004)
Jenis kelompok Terbuka:

Individu yang ingin menjadi ahli kelompok adalah diterima bila-bila masa dan
pertemuan kaunseling kelompok berterusan

Ahli baru diterima masuk bila-bila masa atau bebas meninggalkan kelompok apabila
bersedia
Di sekolah tidak dapat diaplikasikan kerana kekangan masa dan tenaga
Kelompok Jenis tertutup
Selepas penetapan pemilihan ahli dibuat, permohonan untuk menyertai kaunseling
kelompok tidak diterima
Semua ahli kelompok terikat untuk menghadiri kaunseling kelompok sehingga selesai
jangka masa yang ditetapkan
CONTOH-CONTOH HALANGAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK

Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi tidak menyakitkan pinggang, atau
bergoyang-goyang.
Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan.
Jarak terlalu hampir sehingga terbau akan bau badan atau mulut, contohnya bau rokok.
Jarak terlalu jauh menyebabkan susah mendengar perbualan antara satu sama lain.