Anda di halaman 1dari 1

Contoh Surat Rasmi Terkini

Kegunaan surat rasmi untuk pelbagai tujuan umum mengetahui ia adalah surat yang mempunyai
format dan garisan yang perlu diikuti untuk memastikan tujuannya tercapai. Ramai
menggunakannya sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus diselesaikan
atau pertanyaan mahupun permintaan. Selain itu,surat rasmi berperanan sebagai format rasmi
sebagai arahan yang jelas .
Contoh surat rasmi dibawah adalah dirujuk format surat rasmi terkini yang disediakan khas untuk
membantu meraka yang amat memerlukan disaat penting .

Alamat

Per: Memohon Agar Projek Korek Pasir Haram Dihentikan


Seperti yang tertera,saya wakil dari Kg padang peliang ingin memohon kerjasama tuan Yb untuk
menghentikan projek korek pasir yang berlaku di kampung kami.
2. Adalah menjadi keresahan kami sebagai penduduk dimana projek ini dijalankan tanpa permit
yang sah. Tambahan pula,lori dan jentera berat yang kerap memasuki di jalan tar kawasan
kampung telah mengakibatkan kerosakan serius kepada jalan tar tersebut.
3. Sehubungan itu,kami ingin meminta kerjasama tuan untuk membanteras kegiatan ini hingga ke
akar umbi. Sebagai penduduk kampung dan juga ibu saya seringkali risau akan keselamatan
anak-anak kerana kehadiran jentera berat dijalanan kampung amat membahayakan nyawa orang
lain termasuk keluarga saya.
Adalah menjadi harapan kami dengan bantuan tuan yb masuk campur ,kejadian seumpama ini
tidak akan terjadi lagi dan projek haram korek pasir ini dihentikan segera.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar
.