Anda di halaman 1dari 8

FOKUS : BAB 2 - RANCANGAN PERNIAGAAN

DEFINISI RP:
DOKUMEN BERTULIS SECARA TERPERINCI TENTANG PERNIAGAAN YANG AKAN
DIJALANKAN. DOKUMEN INI MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG ORGANISASI,
KEWANGAN, RANCANGAN PEMASARAN, SUMBER MODAL, PRODUK DAN
SEBAGINYA

FORMAT RP YANG TEPAT:


FORMAT YANG TEPAT:
(i) Rumusan Eksekutif
(ii) Pengenalan
(iii) Objektif
(iv) Latar Belakang Syarikat
(v) Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi
(vi) Latar Belakang Projek
(vii) Rancangan Organisasi
(viii) Rancangan Pemasaran
(ix) Rancangan Pengeluaran/Operasi
(x) Rancangan Kewangan
(xi) Kesimpulan
(xii) Lampiran

SOALAN SPOT 1
NYATAKAN TUJUAN SESUATU RP DISEDIAKAN? UNTUK APA??

BIL TUJUAN

HURAIAN RINGKAS

Garis panduan untuk menguruskan


perniagaan

Mengurangkan kesilapan

Kemudahan kawalan

Meyakinkan pihak-pihak
berkentingan

Menilai prestasi dan kemajuan


syarikat

Menggunakan sumber-sumber
organisasi dan meningkatkan
produktiviti

Menuju sasaran yang sama

RP memberi panduan kepada pengurus bagi menjalankan


perniagaan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi,
matlamat, ramalan kewangan, perancangan pemasaran,
pengeluaran dan sebaganya
RP dapat mengurangkan kesilapan sama ada dilakukan oleh
pihak pengurusan atau pekerja. Ini kerana RP akan memandu
semua pihak untuk mencapai metlamat yang sama dan ini dapat
meminimumkan kesilapan dan penyelewengan dapat dielak dari
awal lagi
Dengan adanya RP pihak pengurus melaksanakan apa yang
telah dirancang. Ini memudahkan kawalan kerana sekiranya
matlamat tidak dicapai maka penilaian akan dibuat untuk
mencari puncanya.
RP yang baik dpat meyakinkan pihak-pihak berkepentingan
seperti bank untuk memberi pinjaman, pembekal membekalkan
bahan mentah secra kredit dan pelabur untuk melabur dalam
perniagaan
Dengan adanya RP, penilaian boleh dibuat dari masa ke semasa
untuk memastikan apa yang dirancang sama dengan apa yang
dilaksanakan. Sekiranya syarikat tidak mencapai apa yang
dirancang maka penilaian akan dibuat mencari puncanya.
Dengan adanya RP sumber-sumber organisasi seperti bahan
mentah, buruk, modal yang ada dapat digunakan dengan
sepenuhnya dan ini dapat meningkatkan produktiviti dan
mengelakkan pembaziran
RP menjadi garis panduan kepada setiap pekerja daripada pihak
atasan hingga bawahan tentang sasaran yang perlu dicapai dalam
usaha mencapai matlamat yang sama.

SOALAN SPOT 2:
SIAPAKAH SASARAN ATAU KUMPULAN YG MEMERLUKAN RP??

BIL PIHAK YG PERLUKAN


RP

UNTUK APA?

Usahawan

Pembiaya

Pembekal

Pelanggan

Rakan kongsi

Pekerja

Pelabur

Kerajaan

Pengurus

Untuk memahami matlamat perniagaannya


Untuk membantu mengendalikan perniagaan dengan
mengetahui hala tuju perniagaannya
RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan
perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank
untuk memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk
menilai sama ada usahawan mampu membayar balik
pinjaman atau sebaliknya
RP yang baik dan berpotensi akan meyakinkan pembekal
untuk membekalkan bahan mentah atau produk secara
jualan kredit atau hutang
Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk
yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya atau tidak.
Pelanggan juga rasa lebih selamat dan selesa kerana yakin
produk yang digunakan selamat dan bersih.
RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur
dalam perniagaan itu, ini kerana rakan kongsi dapat
mengetahui kedudukannya atau prestasi syarikat itu sama
ada kukuh atau tidak
Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas. Matlamat
yang dikongsi bersama, tahu hala tujunya, harapan
syarikat kepadanya dan apakah sumbangan yang perlu
diberi bagi mencapai matlamat syarikat
Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan dan
menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing atau
tdak. Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur
dalam perniagaan itu.
Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang
dijalankan sah atau tidak dan dapat mengukur pencapaian
perniagaan dan menilai jumlah cukai yang perlu dibayar
oleh perniagaan itu.
Pengurus dapat meneliti matlamat syarikat dan
menjadikannya RP sebagai garis panduan aktiviti dan
memantau aktiviti tersebut. Aktiviti yang tidak mengikut
garis penduan yang ditetapkan akan dibetulkan.

SOALAN SPOT 3 :
APAKAH MAKSUD RUMUSAN EKSEKUTIF, DAN BERIKAN 6 ELEMEN YG PERLU
DINYATAKAN DLM RUMUSAN EKSEKUTIF...
DEF RUMUSAN Merupakan ringkasan atau rumusan keseluruhan rancangan perniagaan.
EKSEKUTIF
Merupakan bahagian awal yang dibaca dan perlu disediakan sebaik mungkin
bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan.
Ia mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang syarikat,
jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN RUMUSAN EKSEKUTIF

1. Penerangan mengenai perniagaan bentuk perniagaan, ringkasan syarikat, sejarah syarikat.


2. Penerangan pasaran sasaran pelanggan, jenis produk/keunikan, tujuan disediakan
perkhidmatan/produk
3. Persaingan persaingan bakal dihadapi oleh syarikat
4. Deskripsi ahli-ahli syarikat menyatakan individu yang terlibat mengurus perniagaan
tersebut
5. Pelunjuran kewangan maklumat ringkas tentang kos, jangkaan hasil (harian atau tahunan)
dan keuntungan (untung bersih harian atau tahunan)
6. Sumber pembiayaan menyatakan sumber dana dan amaunnya berdasarkan maklumat
modal yang diperlukan (seperti hutang, simpanan peribadi dan sebagainya)

SOALAN SPOT 4:
APAKAH ISI KANDUNGAN PENGENALAN BAGI SESEBUAH RP..
DEF PENGENALAN Bahagian pengenalan memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan
aktiviti utama perniagaan dan mengandungi maklumat seperti jenis
perniagaan, nama dan lokasi atau alamat perniagaan,jenis produk, modal,
ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN PENGENALAN

1. Secara ringkas akan menerangkan tentang latar belakang ataupun gambaran


keseluruhan berkenaan RP
2. Perkara utama yang diketengahkan: idea perniagaan supaya pembaca RP dapat
memahami apakah bentuk perniagaan atau projek yang dicadangkan
3. Latar belakang cetusan idea juga boleh dinyatakan tetapi tidak menerangkan secara
terperinci tentang perniagaan atau projek sepertimana yanng diterangkan dalam
ringkasan eksekutif
4. Melibatkan beberapa perkara seperti:
(i)
Perkara-perkara asas seperti yang menjawab 5W 1H (what, where, when, who,
which dan how) bagi memastikan tiada maklumat yang akan tercicir semasa
menyediakan bahagian ini
(ii)
Samada RP tersebut adalah RP yang pertama kali disediakan / RP yang ditambah
baik daripada RP yang lepas
(iii)
Kajian-kajian yang dilakukan berkaitan perniagaan atau projek (jika ada) dan
dapatan perlu dinyatakan secara ringkas sebagai fakta tarikan yang menyokong isi
kandungan RP
(iv)
Strategi-strategi utama yang mampan dan berkesan
(v)
Jika RP lebih menumpukan kepada aspek kewangan, pengenalan haruslah
menyatakan fakta-fakta atau analisis kewangan yang terlibat.

HURAIKAN MAKSUD OBJEKTIF BAGI SUATU RP YANG DISEDIAKAN DAN HURAIKAN 5


OBJEKTIF PENYEDIAAN RP...
DEF OBJEKTIF RP

Rancangan Perniagaan perlu menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka


panjang dan bagaimana matlamat tersebut boleh dicapai. Sebagai contoh
tujuan rancangan perniagaan ingin mendapat sumber kewangan seperti
mendapat pinjaman kewangan daripada pihak bank atau mendapat sambutan
pelabur untuk melaburkan modal mereka di dalam perniagaan tersebut
OBJEKTIF RP

BIL

Tujuan Penyediaan RP
Terdapat byk tujuan RP disediakan. Antaranya ialah:
Mendapatkan pembiayaan kewangan yg meliputi perkara-perkara spt: tujuan
kegunaan pembiayaan; jumlah keseluruhan yg diperlukan; kos-kos yg terlibat bg satu
tempoh masa; dan anggaran/pengiraan bayaran balik pd asas bulanan dan tahunan
Pelaksanaan projek baru yg mana ia melibatkan beberapa objektif yg lebih khusus,
meliputi keseluruhan aspekSWOT juga beberapa perkara lain spt: tujuan
projek/perniagaan secara jelas dan terperinci; pihak-pihak yg terlibat dan sokongan;
dan fakta-fakta yg menyokong pelaksanaan projek
Garis panduan menjalankan perniagaan yg bertujuan bg menjana strategi-strategi
dan melaksanakannya dgn lebih berkesan; sumber rujukan bg mendapatkan
maklumat atau fakta; kaedah bg mencapai koordinasi dikalangan para pekerja dan
aktiviti sykt; dan sbg sbhgn drp elemen dlm sistem kawalan (ukuran pencapaian
ataupun piawaian prestasi yg dpt dinilai secara lebih objektif)
Pembentukan strategi sykt di mana RP yg baik boleh membantu sykt kenalpasti
kedudukan di pasaran dan seterusnya menjana strategi jangka panjang atau jangka
pendek dan juga memberi kekuatan kepada sykt utk menghadapi persaingan yg
wujud dlm persekitaran
Peruntukan dan penggunaan sumber-sumber yg dapat dibuat berdasarkan strategistrategi yg dihasilkan oleh sykt berdasarkan kedudukan dan kapasiti yg sedia ada dan
juga ramalan bg keperluan semasa dan akan datang

APAKAH PERKARA YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG SYARIKAT?


DEF LATAR
BELAKANG
SYARIKAT

Antara maklumat yang dimasukkan dalam bahagian ini ialah alamat, bentuk
perniagaan, no. pendaftaran perniagaan, modal perniagaan dan sebagainya.
ELEMEN LATAR BELAKANG SYARIKAT/PERNIAGAAN

Latar Belakang Perniagaan


1. Nama syarikat
2. Nombor pendaftaran syarikat
3. Alamat syarikat
4. Alamat surat-menyurat (jika berlainan daripada alamat syarikat)
5. Nombor telefon
6. Alamat e-mel
7. Alamat laman web
8. Bentuk perniagaan
9. Bentuk pemilikan syarikat
10. Kegiatan utama
11. Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan)
12. Modal permulaan atau sumber pembiayaan
13. Nama dan alamat pemegang saham
14. Nama bank
15. Jenis akaun perniagaan

SENARAIKAN ELEMEN YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG


PEMILIK/AHLI KONGSI BAGI SESEBUAH RP YG DISEDIAKAN...
DEF LATAR
BELAKANG
PEMILIK

Bahagian ini mengandungi malkumat atau butir-butir peribadi pemilik


perniagaan dan rakan kongsi jika ada, seperti nama penuh, kad pengenalan,
tarikh lahir, umur, jantina, alamat, telefon, taraf perkahwinan, kelulusan
akademik dan sebagainya.

ELEMEN LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI


Secara terperinci, ia mengandungi nama penuh, no. k/p, tarikh lahir, umur, jantina, alamat tetap, no.
Telefon, taraf perkahwinan, latar belakang akademik, pengalaman kerja yg berkaitan, kemahiran atau
kebolehan yg dimiliki, kursus yg pernah dihadiri, pekerjaan sekarang, dan perniagaan yg pernah
diceburi

APAKAH YG PERLU DIHURAIKAN OLEH USAHAWAN APABILA MENYEDIAKAN RP


BAHAGIAN LATAR BELAKANG PROJEK....
DEF LATAR
Latar belakang projek perlu menerangkan jenis, kos dan potensi di masa
BELAKANG
hadapan projek yang akan dijalankan
PROJEK
BIL
ELEMEN L/BELAKANG PROJEK
Pembangunan Produk
1. Deskripsi Produk
2. Polisi Produk
3. Klasifikasi Produk
4. Peletakan Produk
5. Inovasi Produk
RANCANGAN ORGANISASI MERUPAKAN ELEMEN YG PENTING YG PERLU DIMASUKKAN DI
DALAM PENYEDIAAN SESEBUAH RP UTK MEMOHON PINJAMAN BANK. JELASKAN.
DEF RANCANGAN
ORGANISASI

BIL

dilukis dan dijelaskan secara ringkas carta organisasi perniagaan yang


dirancangkan.Maklumat seperti nama jawatan dan fungsi utama setiap jabatan
diterangkan seperti Jabatan Pentadbiran, pemasaran, pengeluaran, kewangan
dan sebagainya
ELEMEN RANCANGAN ORGANISASI

Strategi organisasi dan pengurusan meliputi isi kandungan berikut:


1. Matlamat dan strategi organisasi
Dinyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dan strategi-strategi yang di bentuk
untuk mencapai matlamat tersebut
2. Sturktur organisasi
Sediakan satu cara organisasi yang sesuai berdasarkan matlumat dan strategiorganisasi
3. Senarai kakitangan pengurusan
Senaraikan jawatan-jawatan pengurusan-bilangan kakitangan dan gaji
4. Senarai butir-butir lengkap jawatan
Nyatakan nama jawatan, kelayakan akademik minimum dan kemahiran
5. Imbuhan dan insentif
Sebutkan imbuhan dan skim insentif kepada tenaga kerja
6. Perancangan keperluan dan susun atur pejabat
Senaraikan alat-alat kelengkapan yang diperlukan serta kos bagi setiap alat dan kelengkapan
tersebut. Lakarkan pelan susun atur pejabat
7. Belanjaan pentadbiran
Sediakan satu belanjawan pentadbiran yang melobatkan gaji dan upah, kos ubahsuai
pejabat, bekalan pejabat, belanja pos, telefon, telegraf, keraian, peralatan dan kelengkapankelengkapan yang lain.

SOALAN SPOT 10:


RANCANGAN PEMASARAN DLM RP MENERANGKAN STRATEGI PEMASARAN YG AKAN
DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PEMASARAN PERNIAGAAN. JELASKAN.
DEF RANCANGAN
PEMASARAN
BIL

1.

2.

3.

ELEMEN RANCANGAN PEMASARAN

Sasaran pasaran
Siapakah pelanggan utama
Golongan remaja
Mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dan lain-lain
Tahap pendapatan pelanggan
Tahap pendidikan pelanggan

Persaingan
Senarai pesaing
Syarikat baru atau syarikat sedia ada
Peratusan sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat
Dan kaitkan kedua-duanya ke dalam 4 campuran pasaran (4p)
Produk (product)
Barangan atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk
Ciri-ciri perkhidmatan yang unik berbanding dengan pesaing
Ciri-ciri lain yang mendapat kelebihan bersaing

Harga (price)
Perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan
Perlu juga diambil kira:
Selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan
Permintaan pengguna
Harga pesaing
Sensitiviti pengguna terhadap perubahan harga
Kos

Promosi (promotion)
Pilihan media / publisiti yang ingin digunakan
Belanjawan
Keupayaan untuk promosi melalui ict e-dagang

4.

5.

Bahagian ini menerangkan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk


mencapai metlamat pemasaran perniagaan. Antara maklumat yang
dimasukkan ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

6.

Tempat (place)
Sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran
Kelebihan lokasi
Berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja universiti, kilang, asrama
Masuk dalam kawasan msc sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan
dan prasarana
Di kawasan celik it terdapat tahap pendidikan dan pendedahan terhadap it merupakan satu
kelebihan

HURAIKAN PERKARA YG PERLU DIGAMBARKAN OLEH USAHAWAN BAGI RANCANGAN


PENGELUARAN/OPERASI BAGI RP YG DISEDIAKAN BAGI MEMPENGARUHI PIHAK
PEMBIAYA UNTUK MEMBERI PINJAMAN.
DEF RANCANGAN
-PERANCANGAN TENTANG PROSES PENGELUARAN
PENGELUARAN/
OPERASI
BIL
ELEMEN RANCANGAN PENGELUARAN

1. Produk yang dikeluarkan produk yang dikeluarkan, kuantiti keluaran


sehari/sebulan dll
2. Proses pengeluaran cara proses pengeluaran dan kaedah pemprosesan . Tahaptahap dalam pembangunan dan pengeluaran produk, masa dan wang yang diagihkan
dalam setiap tahap, mesin dan peralatan dan jumlah serta kemahiran pekerja yang
terlibat.
3. Kapasiti pengeluaran keupayaan pengeluaran/jualan barang dan tawaran servis
untuk sebulan. Nyatakan keupayaan mesin dan peralatan, pekerja, pasaran,
kemampuan syarikat dll
4. Rancangan pengeluaran jumlah peneluaran yang dirancang sebulan/tahunan dan
bagaimana ditentukan. Mengambil kira permintaan pelanggan, kapasiti maksimum
kilang dll
5. Mesin dan peralatan senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan jenis,
spesifikasi, model, harga seunit, kegunaan, keupayaan dan pembekal mesin.
6. Bahan mentah/ sumber sumber pengeluaran analisis setiap sumber yang
digunakan dalam proses pengeluaran. Jumlah kuantiti, harga- kos seunit, pembekal,
teknologi dll
7. Tenaga kerja senarai pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengeluaran- jawatan,
bilangan, kadar bayaran, gaji bulanan. Senarai jawatan, tanggungjawab, kemahiran,
pengalaman dan huraian tugasan masing-masing. Pekerja tak langsung spt. Penjaga
stor, pengangkut bahan mentah, pencuci dll

BIASANYA USAHAWAN AKAN MEMBUAT RAMALAN TENTANG SASARAN


KEBERUNTUNGAN BAGI OPERASI SYKT DI DALAM RANCANGAN KEWANGAN, HURAIKAN
ELEMEN YG PERLU DIMASUKKAN DALAM RANCANGAN KEWANGAN SEBELUM RP
DITUNJUKKAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN...

DEF
RANCANGAN
KEWANGAN
BIL

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

mengandungi perancangan untuk mencari sumber pembiayaan atau


modal jangka pendek dan jangka panjang serta ramalan keuntungan.
Antara maklumat yang dimasukan ialah, kos perlaksanaan projek
(mesin, tanah, buruh dan sebagainya)

ELEMEN RANCANGAN KEWANGAN

Elemen yang perlu dalam rancangan kewangan:


Kos Perniagaan / Kos Perlaksanaan Projek
Struktur Pembiayaan
Tujuan Pembiayaan
Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
Kegunaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
Penyata Perdagangan
Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan
Kunci Kira-kira: Aset, Liabiliti, dan ekuiti Pemilik
Penyata Aliran Tunai: Perolehan dan Penggunaan Wang Tunai
Analisis Prestasi Kewangan

Anda mungkin juga menyukai