Anda di halaman 1dari 4

Soalan:

Anda

dikehendaki

menghuraikan

tentang

konsep

pendekatan

bertema

dan

penghubungkaitan berdasarkan rujukan dan bacaan anda.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya
kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru
akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka,
mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran
optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Pada masa in Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen,
pemilihan warna harmoni, dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan murid,
Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan
celik seni dan berbudaya.
Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga
memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu
maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang
dikatakan Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan
lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan
pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam
pembelajaran mereka.
Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian
dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara
berikut:

penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran

pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa

semasa

saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang

diperoleh secara tersusun dan sistematik

peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran

pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang

lebih spesifik

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:

kesesuaian dengan kehidupan murid

peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas

mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.

kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid

mendapat kemahiran penyelesaian masalah

sumber yang mudah didapati

mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta

meningkatkan pengetahuan murid


Perkara-perkara

berikut

perlu

dilaksanakan

dalam

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran bertema:

sumbang saran berdasarkan topik oleh murid

kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid

mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks
yang bermakna

mencipta peta minda untuk tema

merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir

iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan

dengan tema

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia
boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam
berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata
pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan
berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
2

untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai
mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan
yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai strategi dan kaedah pendidikan untuk


membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur social
agar dapat membentuk nilai murni seperti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan
yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap
inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang
setiap murid untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains
dan teknologi, kajian social, bahasa dan fizikal dan pembangunan social, meletakkan
keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar.

Setiap murid berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang


pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio
ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
murid. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat
murid.
Selain itu, guru berperanan member motiivasi kepada murid. Motivasi bermakna seni
praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat dan tujuan membuatkan murid
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Murid adalah digalakkan untuk melibatkan
diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan
dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara untuk merangsang minda murid supaya akan
menyebabkan pembelajaran murid meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk murid

memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang


dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Anda mungkin juga menyukai