Anda di halaman 1dari 13

5 Jenis Produk Paling

Laris di Facebook

Semakin ramai yang berminat untuk menjual di


Facebook, lagi-lagi setelah membaca banyak
kisah kejayaan yang diraih oleh orang lain.
Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga
semakin biasa 'membeli-belah' di Facebook. Ia
sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Perkembangan ini adalah satu berita dan


perkara yang baik untuk kita.
Tidak mengambil peluang ini sama ada untuk
menjana pendapatan tambahan ataupun
sepenuh masa, adalah satu kerugian yang
amat besar.

Salah satu perkara yang menyebabkan ramai


orang yang tidak mula berniaga dan menjual di
Facebook adalah kerana :
- tidak tahu produk apa yang dapat dijual
- dan tidak tahu bagaimana cara mendapatkan
produk yang akan dijual itu.

Dalam perniagaan online mahupun offline, ia


bukan mengenai "apa yang ingin kita jual",
tetapi persoalan yang betul adalah "produk
apakah yang ramai mahu beli".
Apabila kita bertanyakan soalan yang betul,
barulah kita dapat tahu produk yang laris dan
laku di Facebook.

Tidak begitu sukar untuk mengetahui produk


yang paling laris di Facebook.
Salah satu caranya adalah dengan melihat
produk usahawan dan peniaga lain jual.
Jika produk itu laku, maka itu bermaksud
produk jenis itu mendapat sambutan di
Facebook.

Berikut adalah lima jenis (kategori) produk yang


paling laris di Facebook :
1. Pakaian (terutama pakaian wanita).
2. Makanan kering (seperti rempah segera,
serunding daging, dan sebagainya).

3. Buku (terutama buku yang topiknya ada


pasaran yang besar).
4. Produk kesihatan seperti makanan
tambahan.
5. Produk penjagaan diri seperti rawatan wajah.

Setelah mengetahui produk yang


terlaris di Facebook, di manakah
kita dapat perolehi produk ini
untuk mula menjualnya?

Ada beberapa cara :


1. Jadi ahli dropship mana-mana syarikat
dropship seperti EdyMart.com dan
MuslimNiaga.com.
Dengan bayaran bulanan dan keahlian seumur
hidup, kita boleh menjual banyak produk tanpa
menyimpan stok di rumah.

2. Cari pembekal dan beli secara borong.


Cara untuk mencari pembekal amat mudah.
Gunakan Google.com dengan menaip
"pembekal + nama produk".

Contohnya, "pembekal + kerepek".


Hubungi mereka dan buat temujanji untuk
berjumpa.
Pastikan mereka ada rekod yang bersih dan
bukan penipu.
Elakkan berurusan tanpa mengetahui maklumat
mereka sepenuhnya.

3. Affiliate. Ini adalah pilihan yang paling


mudah.
Namun kadar keuntungan yang diperolehi
adalah amat rendah berbanding dua cara di
atas.