Anda di halaman 1dari 7

BAB 4

MONOTHEISM DAN POLYTHEISM


Perkembangan Akidah Ketuhanan
Monotheism dan Polytheism
Peristilahan tentang konsep ketuhanan dalam pengkajian agama wujud dalam berbagai
bentuk. Antaranya kita menemui istilah Monotheism (kepercayaan kepada tuhan yang satu),
monotheism (segala sesuatu tuhan), pantheism (tuhan melimpah ke dalam alam),
panentheism (tuhan melimpah ke dalam alam dan ia juga maha suci), henotheism (sembah
satu tuhan tidak nafi yang lain), oligatheism (menyembah beberapa tuhan yang dipilih),
polytheism (menyembah semua tuhan yang dipercayai wujud) dan sebagainya. Walau
bagaimanapun secara garis besarnya dua istilah paling penting yang dapat menjelaskan
semua konsep ketuhanan ini ialah monotheism dan polytheism iaitu sama ada kepercayaan
tuhan yang banyak atau yang satu. Persoalannya yang mana satukah yang bermula dahulu.
Edward Burnett Tylor percaya bahawa agama bermula dengan animisme, kemudian menjadi
polytheism dan yang paling akhir ialah monotheism (Phillip Koltak : 1994). Terdapat juga
sarjana yang menyusun dengan lebih terperinci proses perkembangan ini iaitu bermula
dengan animisme polytheism oligatheism henotheism monotheism dan monitheism
(Aslam Hady, 1986: 32).
Pengertian Khusus Monotheism dan Polytheism
Mono = satu/esa, Poly = banyak/berbagai, Theist = Tuhan. Monotheism = kepercayaan
tentang keesaan Tuhan/terhadap Tuhan yang satu. Polytheism = kepercayaan tentang banyak
tuhan/berbagai tuhan. Kedua-duanya berlaku dalam berbagai bentuk.
Kepelbagaian Monotheism;
i.

Monotheism in practice: mempercayai berbagai tuhan/dewa tetapi menyembah yang


satu.

ii.

Speculative Monotheism: Pemikiran spekulatif yang menggabungkan semua


dewa/tuhan yang dipercayai menjadi satu.

iii.

Monotheism in theory, dari segi teori mempunyai satu Tuhan tetapi dari segi praktis
menyembah berbagai Tuhan.

iv.

Absolute Monotheism: Kepercayaan mutlak kepada yang satu, penyerahan mutlak


dan praktis yang mutlak kepada yang satu.

Monotheism i, ii dan iii adalah ciri-ciri agama budaya cultural religion. Monotheism
Absolute adalah ciri agama langit revealed religion.
Kepelbagaian Polytheism;
i.

Paradoxes: good and evil.. ..contoh Zoroastrian (agama Parsi).

ii.

Pantheism: kepelbagaian dalam satu... Hindu scholars Nothing really exists but the
one eternal omnipresent Spirit.

iii.

Attributes, sifat-sifat dan perbuatan Tuhan dipisahkan lalu dijadikan dewa/tuhan


yang berbagai contoh Hinduism, Mesir Purba dan Arab Jahiliah.

iv.

Spirits, kepercayaan terhadap semangat dan roh di kalangan masyarakat animisme,


kepercayaan terhadap nenek moyang dalam agama-agama dari negeri China.

v.

Perubahan daripada monotheism kepada polytheism dalam agama langit (revealed


religion); Contohnya dalam Islam; amalan dan kepercayaan yang membawa kepada
Syirik tersembunyi atau terang. Kristian; pengaruh falsafah melahirkan Trinity.

Pembuktian Wujudnya Monotheism dan Polytheism;


i.

Wahyu dan kitab bagi agama langit.

ii.

Scriptures dan hymns (tulisan dan nyanyian keagamaan) bagi agama-agama budaya.

iii.

Verbal stories cerita-cerita lisan yang disampaikan daripada nenek moyang kepada
generasi seterusnya. Kebiasaannya di kalangan masyarakat yang belum terdedah
dengan tradisi penulisan.

iv.

Cults (upacara-upacara keagamaan) dan worships (ibadat-ibadat).

Perkembangan Monotheism dan Polytheism


Monotheism dalam agama langit adalah revealed from ultimate God. Ianya
mempunyai latar belakang penurunan, diketahui masanya dan pembawanya (rasul) serta
mempunyai sumber. Monotheism adalah agama budaya yang lahir hasil daripada evolusi
polytheism. Latar belakang kelahiran agak kabur, tidak ada yang benar-benar boleh
dipertanggungjawabkan di atas kelahirannya serta sumbernya ditulis oleh berbagai pihak.
Ianya terhad dalam satu masyarakat dan satu budaya. Agama langit yang terdiri daripada
Judaism, Christianity dan Islam. Islam dan Judaism tidak mengalami perubahan ke arah
Polytheism. Christianity mengalami perubahan drastik dengan kemunculan St. Paul sebagai
pengasas doktrin Trinity.

Dalam agama budaya, pencarian tentang The Great One bermula dengan
polytheism. Ini akhrinya melahirkan pemikiran bahawa daripada sekian banyak yang
berkuasa terdapat satu yang palinbg berkuasa. Ringkasnya ia adalah proses polytheism
kepada monotheism. Proses perubahan daripada monotheism kepada polytheism juga berlaku
seperti di kalangan pengikut-pengikut yang telah diturunkan rasul kepada mereka. Dalam
tradisi agama langit rasul dihantar untuk mengembalikan mereka kepada absolute
monotheism.
Faktor-faktor Penyelewengan Daripada Akidah Monotheism
Absolute Monotheism atau Tauhidullah adalah konsep paling asas dalam semua
ajaran yang dibawa oleh para rasul agama samawi. Keyakinan ini bukan sahaja dipegang oleh
agama Islam bahkan di dalam agama-agama Yahudi dan Kristian yang juga bermula dengan
dasar Tauhid. Persoalan kenapa rasul dan nabi didatangkan dengan sebegitu banyak untuk
manusia adalah persoalan menegakkan tauhid (absolute monotheism). Dalam agama-agama
yang dilahirkan oleh kebudayaan manusia, konsep tauhid telah dipesongkan sama ada dengan
menggunakan hujah monotheism in practice atau speculative monotheism atau
monotheism in theory. Walau bagaimanapun wujud gerakan-gerakan dalam agama-agama
tersebut yang memperjuangkan pengembalian kepada absolute monotheism. Gerakan
seumpama Brahmo Samaj dalam agama Hindu Unitarian Sects dalam Christianity dan lainlain lagi adalah antara bukti wujudnya kecenderungan untuk kembali kepada absolute
monotheism.
Konsep asas absolute monotheism iaitu kepercayaan hanya Tuhan Yang Esa yang
mencipta dan mentadbirkan alam ini serta seluruh isinya, penyerahan diri, memohon
pertolongan dan memuja-muji dalam pengibadatan hanya kepada Tuhan Yang Esa dan tidak
kepada yang lain dan kepercayaan bahawa Tuhan Yang Esa mempunyai semua sifat-sifat
yang maha sempurna yang jauh sama sekali bersamaan dengan manusia.
Melalui wahyu (revelation) dalam bentuk kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang
diturunkan kepada rasul-rasul maka tertegaklah konsep-konsep tauhid ini. Oleh itu ianya
bukan ciptaan manusia seperti mana kepercayaan-kepercayaan budaya manusia. Persoalan di
sini adalah mencakupi persoalan epistimologi atau sumber ilmu.

Sikap Islam Terhadap Polytheism


Ajaran Islam adalah berdasarkan Absolute Monotheism ataupun Ketauhidan Mutlak
terhadap Allah s.w.t yang mencipta dan mentadbir alam dan segala isinya. Ketauhidan mutlak
ini dijelaskan melalui konsep utama tauhid kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah s.w.t
adalah Maha Pencipta dan Maha Pentadbir kepada alam dan isinya, penyerahan diri dalam
peribadatan hanya semata-mata untuk Allah s.w.t, dan keyakinan bahawa Allah s.w.t
sahajalah yang mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang Maha Sempurna serta tidak
serupa sama sekali dengan makhluk.
Ianya bertentangan sama sekali dengan konsep polytheism ataupun monotheism teori,
praktis atau spekulatif. Seseorang itu hanya boleh dianggap sebagai seorang Islam jika ia
menerima konsep tauhid ini secara menyeluruh dan bersepadu serta tidak memisahkan antara
satu sama lain.
Islam menggunakan istilah Syirk atau dalam bahasa Melayunya Syirik bagi
menggambarkan

polytheism.

Al-Qardhawi

(1987)

mendefinisikan

syirik

sebagai

...seseorang yang menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu yang hanya berhak untuk Allah
sahaja. Seperti seseorang menjadikan selain Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lain lalu
disembah atau ditaati ataupun dipohon pertolongan kepadanya atau mencintainya atau
seumpamanya dimana itu sama sekali tidak layak kecuali hanya Allah sahaja. Ini
berdasarkan kenyataan Al-Quran firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dan mereka
menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada
mereka dan tidak (pula memberikan) kemanfaatan dan mereka berkata: Mereka itu adalah
pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. Surah Yunus, ayat 18.
Semua orang-orang yang menentang rasul pada zaman mereka mengaku bahawa yang
menjadikan alam dan segala isinya serta mentadbir dan mengawal hukum alam adalah Tuhan
yang satu. Namun begitu apa yang mereka percaya tidak mereka terjemahkan dalam
peribadatan mereka. Hal ini dijelaskan oleh Al-Quran, Dan sungguh jika kamu tanyakan
kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ?, nescaya mereka akan
menjawab :Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Surah
A-Zukhruf, ayat 9. Selanjutnya mereka memberi alas an kenapa mereka menyembah selain
daripada Allah, Kami tidak menyembah mereka (yang selain daripada Allah) melainkan
supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Surah AzZumar, ayat 3.

Kesimpulannya Islam melihat bahawa kebanyakan manusia percaya bahawa yang


menjadikan alam dan isinya ini adalah Tuhan yang satu. Namun begitu mereka tidak
menyembah dan menyerahkan diri mereka kepada Tuhan yang satu itu. Sebaliknya mereka
menyembah dan meminta pertolongan daripada makhluk-makhluk yang lain yang diletakkan
setaraf dengan Tuhan yang satu. Inilah satu bentuk syirik atau polytheism yang paling banyak
berlaku sepanjang sejarah manusia.
Manusia secara semulajadinya mempunyai naluri beragama dan naluri ini memuncak
ke arah mengetahui Tuhan yang satu. Dalam Islam hal ini telah diakui sejak lebih seribu
empat ratus tahun yang lalu lagi iaitu lebih seribu tahun sebelum ditemui oleh ahli-ahli
psikologi atau kejiwaan tentang ini (lihat Al-Quran surah Al-Araf, ayat 172 dan 173). Ahliahli psikologi menemui naluri beragama dan kehendak mengetahui Tuhan yang satu hanya
dalam lebih seratus tahun kebeakangan ini. Disebabkan akal tidak dapat memberikan jawapan
yang memuaskan tentang Tuhan yang satu ini, maka manusia dengan usaha akalnya itu
membuat berbagai spekulasi dan hasilnya sekalipun mereka mempercayai wujudnya Tuhan
yang satu, mereka juga mengakui kewujudan tuhan-tuhan yan lain. Islam sebagai agama yang
berdasarkan wahyu memberikan penjelasan yang jelas tentang Tuhan yang satu ini dalam
bentuk absolute monotheism.
Dalam pengkajian agama-agama, konsep ketuhanan yang satu ini sememangnya
wujud dan kewujudannya adalah dalam bentuk sama ada Monotheism in Theory, Speculative
Monotheism atau Monotheism in Practice. Hanya agama Islam yang berpegang kepada
konsep Monotheism yang mutlak (absolute) dan agama Yahudi dibataskan dengan ketuhanan
untuk bangsa mereka sahaja. Agama Kristian mengubah doktrin Absolute Monotheism dan
menaikkan martabat Jesus dan Holy Spirit setaraf dengan Tuhan yang satu. Agama Hindu
sekalipun mempercayai berbagai tuhan atau dewa mereka tetap mempercayai Yang Satu iaitu
Brahman. Agama-agama yang berasaskan tuhan baik dan tuhan jahat seperti Zoroastrian
(agama Parsi), akhirnya memenangkan tuhan yang baik. Agama Buddha sekalipun tidak
mempunyai konsep ketuhanan yang jelas, mereka percaya tentang enlightenment yang
akhirnya seseorang yang mencapai Nirvana akan menjadi seorang Buddha dan di sini dia
dikira lepas dari segala penderitaan dan menjadi Yang Satu(khususnya dalam Hinayana)
serta yang dapat melepaskan manusia lain daripada penderitaan (khususnya dalam
Mahayana). Konsep-konsep ketuhanan yang pelbagai ini akhirnya mengarahkan kepada
Yang Satu. Namun begitu konsep Ketuhanan yang satu ini tidak benar-benar diterima

secara menyeluruh dan bersepadu sehinggakan menimbulkan polytheism dalam amalan dan
peribadatan. Inilah yang dilihat oleh orang Islam sebagai syirik.
Syirik diletakkan oleh Islam sebagai kesalahan paling besar (the biggest sin) dalam
agama. Pelakunya dianggap terkeluar daripada agama sekiranya melakukan perbuatan ini.
Dalam sejarah perutusan rasul-rasul dan Tuhan, semua mereka sejak daripada Nabi Adam
sehingga Nabi Ibrahim, Ishak dan Ismail menjangkau kepada Nabi Musa, Nabi Isa dan
diakhiri oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah membawa satu intipati yang sama dan paling
besar iaitu slogan Tidak Ada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah sekalipun
dari segi hukum hakam mereka berbeza. Kenyataan ini menunjukkan bahawa konsep
absolute monotheism adalah konsep asas dalam semua ajaran rasul-rasul. Dengan sebab
konsep inilah juga Tuhan mengutuskan begitu banyak nabi dan rasul seperti yang telah
disebutkan sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan kenapa perbuatan
yang bertentangan dengan konsep ini dianggap sebagai kesalahan paling besar.
Islam juga berpandangan bahawa syirik mendatangkan unsur-unsur negatif kepada
kehidupan manusia iaitu antaranya;1. Dianggap sebagai penghinaan kepada akal manusia, kerana secara semulajadinya akal
manusia tidak boleh menerima kewujudan lebih daripada satu Tuhan.
2. Mengikat manusia dengan kepercayaan tahyul yang berbagai.
3. Satu kezaliman terhadap diri sendiri kerana memperhambakan diri kepada selain daripada
Tuhan yang satu.
4. Menerbitkan rasa takut yang tidak berpenghujung kerana kepercayaan terhadap pelbagai
tuhan yang tidak jelas asal-usul dan tindakannya.
5. Keyakinan terhadap kehidupan di dunia tidak dapat diwujudkan. Keyakinan di sini
dimaksudkan bahawa manusia yakin dan tahu tujuan hidupnya yang singkat di dunia ini dan
kemana ia akan pergi selepas ini.
6. Konsep balasan selepas mati dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

Secara kesimpulannya, tujuan perbincangan tentang konsep ketuhanan monotheism


dan polytheism adalah untuk melihat dengan jelas apakah ciri theism yang terkuat yang
wujud di dalam kepercayaan beragama yang dianuti oleh manusia sejak dahulu sehingga kini.
Jelas di sini bahawa unsur monotheism atau ketuhanan yang satu. Unsur-unsur yang lain
khususnya polytheism adalah terlalu lemah untuk dipegang dalam keadaan ilmu yang
semakin berkembang. Sesuai dengan penemuan-penemuan saintifik terkini yang semakin
membuktikan betapa rasionalnya akal manusia yang mengarahkan kepada memikirkan
kewujudan Tuhan yang satu. Hal ini akan diperjelaskan dalam perbincangan tentang sains
dan agama pada bab yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai