Anda di halaman 1dari 41

BMP3093

APLIKASI KOMPUTER UNTUK


BAHASA MELAYU
Kuliah 1
28 september 2013

We l e a d

PENGENALAN

Apakah itu Komputer?


We l e a d

Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh


menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur
pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil
maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada
penggunanya.
Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali
komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan,
merupakan komputer digital.
Komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada
bentuk digital (iaitu kepada satu kod yang berasaskan
kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua
simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses.
Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data
yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai
komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan
saintifik atau teknikal yang khusus.

Teknologi Komunikasi Maklumat


We l e a d

Perkembangan TMK telah dapat mempelbagaikan


perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula
berkomunikasi dengan mencatat di atas batu, daun
hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas
dan percetakan.
Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang
menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat
digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan media
elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD,
DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya
teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM,
internet dan e-pembelajaran (e-learning).

Aplikasi Komputer dalam P&P


We l e a d

Satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu


diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang
kondusif dan praktikal untuk pembelajaran.
Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik,
persidangan komputer, forum elektronik, papan
buletin, dan laman sesawang.
Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan
pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan.
Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah
mempunyai pengetahuan tentang komunikasi
pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran
siber.

KOMPUTER DAN PENDIDIKAN


We l e a d

Komputer dan alatan Teknologi Komunikasi Maklumat


(TMK) merupakan peralatan, kemudahan dan perisian
yang digunakan untuk mempertingkatkan
keberkesanan penyampaian pengajaran.
Teknologi pengajaran berbantukan komputer
melibatkan:
reka bentuk pengajaran & media yang melibatkan aplikasi
teori dan hasil penyelidikan pembelajaran manusia kepada
amalan perancangan pengajaran.
penggunaan media dalam mempertingkatakan
keberkesanan pengajaran.

KOMPUTER DAN PENDIDIKAN


We l e a d

Pada amnya, pengajaran dan pembelajaran


berasaskan komputer dan teknologi
komunikasi maklumat merangkumi:
Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK)
Pembelajaran Elektronik (e-pendidikan)

Pendekatan pembelajaran mudah alih (mpendidikan) juga sedang berkembang sebagai


salah satu kaedah pengajaran masa kini.

We l e a d

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK)

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)


We l e a d

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)


Telah dimulakan lebih 30 tahun yang lalu tetapi
masih belum popular di Malaysia.
Kebanyakan penggunaan perisian PBK kini
merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah
atau di universiti dalam kursus masing-masing
atau melalui kelab komputer di sekolah.
Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam
penggunaan perisian PBK di sekolah atau di
institusi pendidikan.

Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran


Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)

We l e a d

Pendidikan abad ke 21 memerlukan guru boleh menguasai


lebih dari satu bidang. Ini kerana guru yang mempunyai
kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding
dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang
sahaja.
Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu seseorang guru
itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru seperti
menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan
Pendidikan Bahasa Melayu (Pendekatan Bersepadu).
Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran-kemahiran yang
meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M
(membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan
teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal bagi
menyediakan pelajar yang cemerlang dari pelbagai bidang.

P&P berasaskan PPBK


We l e a d

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK


ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkah laku pelajar
yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa
kegiatan pembelajaran.
Prinsip-prinsip teori behavioris (tingkahlaku) yang
diterapkan meliputi:
Proses belajar boleh berlaku dengan baik apabila pelajar ikut
aktif di dalamnya
Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logic supaya pelajar
dapat mempelajarinya dengan mudah serta dapat memberikan
respon tertentu
Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung
supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikan
adalah benar
Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar haruslah
diberi ganjaran dan motivasi

P&P berasaskan PBBK


We l e a d

Menurut (Hartley & Davies, 1978) beberapa prinsip teori


tingkahlaku yang diterapkan di dunia pendidikan meliputi:
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila pelajar
ikut aktif di dalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya
pelajar mudah mempelajarinya dan dapat memberikan
respon tertentu
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara
langsung supaya pelajar dapat mengetahui adakah
respon yang diberikan adalah benar
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka
ia perlu diberi penguatan

P&P berasaskan PBBK


We l e a d

Pembelajaran berasaskan konstruktivis


melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari
pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja
merekabentuk.
Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar
mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis, mempersembahkan maklumat
berkenaan perisian kursus PPBK.
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk
perisian

P&P berasaskan PPBK


We l e a d

PPBK berasaskan strategi konstruktivis melalui dapat


dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya


tentang sesuatu konsep
pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama
lain
pelajar menghormati pandangan alternative rakan-rakan
mereka
semua pandangan pelajar dihormati dan tidak
dipandang rendah
pembelajaran berpusatkan pelajar
aktiviti berasaskan hands-on dan mind-on
mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir

P&P berasaskan PPBK


We l e a d

viii. pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang


berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut
ix. pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru
dibina
x. guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
xi. pelajar digalakkan mengemukakan dan bukan guru
menerangkan teori
xii. guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar
mencari jawapan
xiii. guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada
pelajar
xiv. pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru
xv. guru prihatin terhadap keperluan,kebolehan dan minat
pelajar
xvi. pelajar bekerja dalam kumpulan

PBBK Multimedia
We l e a d

Hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan


bahawa pemelajaran bahasa berbantukan
komputer:
meningkatkan minat terhadap mata pelajaran
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan
penguasaan bahasa
berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan
pengajaran yang lain dalam mata pelajaran
berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata
pelajaran tersebut

PBBK Multimedia
We l e a d

Pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik,


bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan
multimedia ini.
Ini kerana bahan multimedia dapat menggabungkan
bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk
mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan
input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi
dengan bahasa yang dipelajari.
Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu
mengajar yang lain, seperti buku, audio, dan video
yang lebih bersifat satu hala atau unidirectional.

PBBK Multimedia
We l e a d

Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau


bidirectional.
PBBK mampu memberikan maklum balas dengan kadar
yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan
pelajar.
Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan
lebih berkesan.
Teori pembelajaran turut menyokong penggunaan
gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu
pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang
dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989).

We l e a d

E-PENDIDIKAN

E-pendidikan
We l e a d

Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet


secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan
(pendidikan elektronik).
merangkumi pelbagai aplikasi dan proses yang
luas seperti Pembelajaran berasaskan web,
Pembelajaran berasaskan komputer,
Pembelajaran Maya dan Kolaborasi Digital.
e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang
menggunakan pelbagai media dan teknologi
mutakhir.
Contoh: ppgusm.com (moodle)

E-Pendidikan: Bahasa Melayu


We l e a d

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu e-pendidikan boleh dilihat
sebagai pemangkin untuk menarik perhatian
pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu
Sistem pembelajaran e-pendidikan yang lebih
fleksibel dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih kreatif dan menarik
perhatian pelajar.
Sistem e-pendidikan juga dapat menyokong
pembelajaran dalam bilik darjah

E-Pendidikan: Bahasa Melayu


We l e a d

E-pendidikan mempunyai pelbagai kelebihan


dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu:
Bahan pembelajaran moden dan komprehensif
(contohnya aplikasi-aplikasi penceritaan digital,
kamus-kamus elektronik, wikipedia dllg)
Eksperimen kaedah penulisan terkini (melalui blog,
wiki dllg)
Mengaktifkan pembelajaran berkumpulan
Visualisasi fakta kompleks melalui persembahan
multimedia atau proses simulasi

E-Pendidikan: Bahasa Melayu


We l e a d

E-pendidikan juga membantu guru dalam :


Memastikan penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran pembelajaran dua hala
Menyokong pembelajaran kendiri
Memberikan pilihan yang cukup dalam kaedah
pengajaran : membolehkan guru menyesuaikan
kaedah pengajaran yang lebih moden dan fleksibel
sesuai dengan keadaan situasi atau keperluan
individu.

We l e a d

M-PENDIDIKAN

M-pendidikan
We l e a d

Masih diperingkat permulaan di malaysia


Penggunaan aplikasi-aplikasi mudah alih
dalam penyampaian pengajaran dan
pembelajaran
Melibatkan penggunaan telefon pintar sebagai
media komunikasi guru dan pelajar
Juga melibatkan aplikasi-aplikasi jaringan
sosial sebagai perantara antara guru dan
pelajar

m-pendidikan vs e-pendidikan
We l e a d

m-pendidikan
Telefon pintar
e-pendidikan
PDA
- Komputer
PC Tablet
SMS
- Komputer
MMS
Riba

M-pendidikan
We l e a d

Ciri-ciri yang memisahkan pembelajaran


mudah alih (m-pendidikan) dan e-pendidikan
adalah:
m-pendidikan adalah lebih spontan
m-pendidikan be bersifat mudah alih (bermaksud
bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks yang
sama di mana ia digunakan)
m-pendidkan lebih bersifat peribadi
m-pendidikan boleh berlaku secara tidak formal

We l e a d

Adunan Prinsip-prinsip Dan Praktis


Behavioris, Kongitivis Dan Konstruktivis
Dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran
Bahasa Melayu

Teknologi dalam Pengajaran BM


We l e a d

Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia


secara aktif melibatkan pelajar, dan jika direka dan
disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi
melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik.
Pengajaran berasaskan web menjadi pautan dan
menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan
boleh dicapai dari merata-rata lokasi.
Reka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan
pelajar dalam menggunakan semua strategi yang
selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan
konstruktivis.

Perspektif Behavioris
We l e a d

Menjadikan pengajaran berasaskan komputer


lelurus (linear) atau bercabang (branched)
Model reka bentuk pengajaran Skinner (1953,
1954, & 1958) adalah berasaskan tiga prinsip
iaitu:
(a) maklumat dalam langkah-langkah kecil yang
bertambah
(b) penglibatan aktif pelajar
(c) pengukuhan respons yang tepat.

Teori-teori kognitif
We l e a d

Menjadikan pengaruh kuat terhadap reka


bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan
ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk dan
perkembangan, serta penentuan strategi
instruksi yang selari dengan penilaian formatif
sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang
baik (contoh: Salomon, Perkins, & Globerson,
1991).

Prinsip-prinsip Konstruktivis
We l e a d

Pembelajaran sebagai mencipta maksud daripada


pengalaman.
Pelajar membina takwilan peribadi dunia
berasaskan pengalaman dan interprestasi.
Pembelajaran:
bukanlah penghantaran daripada individu ke individu
boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi
boleh terjadi melalui perbincangan tentang
pengalaman

Aplikasi teori dlm pengajaran


We l e a d

Amalan pengajaran yang berjaya biasanya


mempunyai ciri yang disokong teori-teori
pengajaran.
Tennyson dan Breuer (1997) mencadangkan
model pautan yang menggunakan kekuatan
setiap satu atau kombinasi perspektif teoriteori pembelajaran.

Aplikasi teori dlm pengajaran


We l e a d

Contohnya:
Pendekatan behavioris agak berkesan bagi
penguasaan isi am (contoh: mengetahui apa?).
Strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik
penyelesaian masalah di mana satu atau lebih
konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak
boleh digunakan untuk penjanaan penyelesaian
yang kreatif.
Pendekatan konstruktivis boleh digunakan dalam
konteks explorasi pelajar dalam penggunaan
aplikasi komputer secara berpusatkan pelajar.

We l e a d

IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER


DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Masalah & Cabaran


We l e a d

Terdapat banyak masalah dan cabaran yang


dihadapi oleh BM dalam usaha untuk
dimahkotakan sebagai bahasa siber pada
zaman teknologi maklumat ini.
Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Universal
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi
Maklumat
Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM

Masalah & cabaran (samb..)


We l e a d

Kekurangan Perisian/aplikasi Bahasa Melayu


Kekurangan dan ketidakupayaan Istilah Bahasa
Melayu

Kesimpulan
We l e a d

Guru BM perlu
merasa selesa menggunakan komputer/TMK bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Mempunyai kemahiran asas teknologi maklumat
yang meliputi kemahiran menggunakan perisian
asas dan aplikasi, menyusur internet, dan
menggunakan alat teknologi dalam pengajaran,
seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD),
dan peralatan multimedia dalam pengajaran.

Kesimpulan
We l e a d

Guru BM perlu
Mempunyai kemahiran menggunakan teknologi
maklumat yang meliputi kemahiran mencari
bahan dan menilai keberkesannannya, mengenal
pasti dan menilai perisian, menganalisis
kesesuaian maklumat dan hasil kerja pelajar, dan
mengetahui aspek pedagogi dan model
pengajaran dalam penggunaan teknologi
maklumat.

Kesimpulan
We l e a d

Guru BM perlu
Mempunyai kemahiran inovasi teknologi
maklumat yang meliputi kemahiran
membangunkan perisian dan bahan
pengajaran, membangunkan laman web, dan
mengisinya dengan maklumat pengajaran.

Terima Kasih

Dipersembahkan oleh:
Dr Azidah/Dr. Fadzilah/Dr.Rozliza/En Jihadi

Anda mungkin juga menyukai