Anda di halaman 1dari 3

DRAF PERTAMA CT10210777

BAB 6: PERBINCANGAN, RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


6.1 Perbincangan
Berikut merupakan jawapan kepada beberapa persoalan dalam kajian
yang ini adalah seperti berikut:4.1.1 Adakah Program Latihan Servis Dari Bawah ini berkesan dalam
membantu sampel kajian melakukan servis dari bawah dengan
teknik yang betul?
Program Latihan Servis Dari Bawah ini sangat berkesan kerana selama 4
minggu

latihan

ini

dijalankan,

maka

hasil

dapatan

kajian

melalui

perbandingan ujian pra dan ujian pasca serta hasil pemerhatian juga
menunjukkan hasil yang sangat positif dan memberangsangkan. Dengan
struktur latihan yang berkesan maka program ini berjaya dilaksanakan
mengikut jadual yang telah dirancang.
4.1.2

Apakah

Program

Latihan

Servis

Dari

Bawah

dapat

meningkatkan ketepatan sasaran dalam kalangan 12 pemain bola


tampar yang dipilih?
Program Latihan Servis Dari Bawah ini dapat meningkatkan ketepatan
sasaran dalam kalangan 12 pemain bola tampar yang dipilih sebagai subjek
kajian. Ini dapat kita perhatikan melalui hasil daripada hasil dapatan melalui
pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca serta temu bual bersama subjek yang
dirawat dalam permainan bola tampar ini. Oleh itu, program ini dapat
meningkatkan ketepatan sasaran subjek kajian.
4.1.3

Adakah

terdapat

perbezaan yang

signifikan dalam hasil

dapatan sasaran di kalangan 12 pemain bola tampar perempuan SK


Bandau yang melakukan servis dari bawah?
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi
bentuk kekerapan lakuan, peratus ketepatan sasaran dan min lakuan
dikalangan subjek kajian. Ini dibuktikan melalui hasil dapatan kajian ke atas
12 pemain bola tampar perempuan SK Bandau dengan melakukan servis dari
bawah.

DRAF PERTAMA CT10210777

6.2 Rumusan
Apa yang penyelidik boleh rumuskan tentang Program Latihan Servis Dari
Bawah ini adalah sangat memberikan impak ke atas subjek kajian kerana
struktur latihan yang sistematik maka program ini berjaya dilaksanakan
mengikut jadual yang telah dirancang. Program Latihan Servis Dari Bawah ini
dapat meningkatkan ketepatan sasaran dalam kalangan 12 pemain bola
tampar yang dipilih sebagai subjek kajian. Ini dapat diperhatikan melalui hasil
melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca serta temu bual dengan
subjek yang dirawat dalam permainan bola tampar ini. Hasil dapatan kajian
ini menunjukkan perbezaan yang signifikan dari hasil ujian pra dan pasca dari
segi bentuk kekerapan lakuan, peratus ketepatan sasaran dan min lakuan
dikalangan subjek kajian. Ini dibuktikan melalui hasil dapatan kajian ke atas
12 pemain bola tampar perempuan SK Bandau dengan melakukan servis dari
bawah. Oleh itu, program ini dapat meningkatkan ketepatan sasaran servis
dalam permainan bola tampar ke atas subjek kajian.

6.3 Implikasi
Dengan menggunakan teori pembelajaran yang dapat digunakan bagi
menyokong keberkesanan Program Latihan Servis Dari Bawah terhadap
ketepatan sasaran servis ini ialah melalui Teori Pelaziman Operan. Program
Latihan Servis Dari Bawah ini memberikan implikasi kepada para pelajar di SK
Bandau dan menimbulkan minat pelajar untuk bermain dalam permainan
bola

tampar

diaplikasikan

menggunakan
dalam

servis

permainan.

dari

Subjek

bawah
kajian

kerana
juga

ianya

dapat

mudah

menguasai

kemahiran servis dari bawah dengan begitu baik. Kekerapan latihan dan
ulangan yang banyak memberikan keupayaan kepada subjek kajian untuk
mengusai lakuan yang dikenal pasti penyebab kepada kekalahan dalam
perlawanan bola tampar. Dengan pengulangan latihan dan bimbingan
daripada penyelidik akhirnya program ini memberikan implikasi yang sangat
memberangsangkan. Selain itu, subjek kajian juga berjaya meningkatkan

DRAF PERTAMA CT10210777


disiplin dan juga motivasi mereka untuk menjalankan latihan dengan seronok
tanpa masalah.

6.4 Cadangan Kajian Masa Depan


Untuk kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan supaya para
pengkaji membuat kajian tentang servis atas kepala ataupun perbezaan
ketepatan servis dari bawah antara lelaki dengan perempuan dalam jangka
masa yang empat minggu.
6.5 Penutup
Melalui Program Latihan Servis Dari Bawah ini, subjek kajian berjaya
memperbiki kelemahan yang dikenal pasti iaitu masalah servis dari bawah
dan selepas program ini dijalankan maka subjek kajian berjaya memperbaiki
dan menterjemahkan dalam lakuan yang telah dinilai pada ujian pasca.
Sebagai pengetahuan semua, sukan bola tampar merupakan sukan yang
bukan

sahaja

melibatkan

aktiviti

fizikal

malahan

turut

melibatkan

penggunaan mental seseorang. Sukan bola tampar merupakan sukan


terkenal di mata dunia. Sukan ini juga mudah di pelajari dan sesuai
dimainkan oleh semua segenap masyarakat. Melalui kajian tindakan ini,
penyelidik berjaya memberikan sesuatu perubahan kepada 12 pemain bola
tampar bawah 12 tahun SK Bandau dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai