Anda di halaman 1dari 7

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
USAHASAMA (MOU) AKHDAN
ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID
AKHDAN
PENERBITAN RAKAMAN ALBUM
______________________________________________________

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

Perjanjian Ini yang ditandatangani pada 2013 antara:


AKHDAN ENTERTAINMENT (No Pendaftaran Perniagaan: NS0090330-P) yang
menjalankan perniagaan 'music publishing' dan produksi album di alamat di 592, Lorong
Sri Pulai 34/1,Taman Sri Pulai 3, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, yang selepas
daripada ini disebut sebagai "Syarikat bagi satu pihak;
dan
AKHDAN iaitu sebuah Kumpulan Nyanyian genre NASYID yang selepas daripada ini
dipanggil "Artis" yang dianggotai oleh semua yang disebut di bawah dengan peranan dan
alamat kediaman serta Nombor Kad Pengenalan adalah seperti tertera di bawah iaitu:

1.

Nama Penuh/Panggilan
No Kad Pengenalan
Alamat

: TAJUL ARIF NOOR BIN MD SHARI


: 990401-05-6423
: 143 LORONG 1/12 TAMAN DESA IXORA,
70450, SENAWANG, N.SEMBILAN.

2.

Nama Penuh/Panggilan
No Kad Pengenalan
Alamat

: MUHAMMAD HAIZUDIN BIN HAIZAD NAZRI


: 991213-05-5567
: 268, LORONG KURAU 5/1 JALAN SG. UJONG,
TAMAN PERMAI 1, 70200, SEREMBAN,
N.SEMBILAN.

3.

Nama Penuh/Panggilan
No Kad Pengenalan
Alamat

: AHMAD ZUHAIR BIN ZAKARIA


:
:

4.

Nama Penuh/Panggilan
No Kad Pengenalan
Alamat

: MUHAMMAD AFFAN BIN MAZLAN


: 000603-05-0091
: 1256 PERSIARAN CHENGAL UTAMA 1,
70400, TAMAN AMPANGAN, SEREMBAN,
N.SEMBILAN.

bagi satu pihak yang lain.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

MAKA pada hari ini kedua belah pihak bersetuju memeterai suatu perjanjian rakaman
album muzik dan vokal sama ada bermula dengan album single, mini (tidak kurang dari 5
buah lagu termasuk lagu single yang telah dirakamkan) atau album penuh (tidak kurang
dari 10 buah lagu termasuk lagu-lagu album mini yang telah dirakamkan) dan termasuk
juga penggambaran klip video lagu-lagu yang selepas daripada ini disebut sebagai "Album
ini" dengan cara usahasama untuk pasaran ke seluruh dunia.
BAHAWASANYA disebut sebagai usahasama kerana kedua-dua belah pihak bersetuju
dan mengakur janji untuk melaksanakan rakaman "Album ini" sehingga berjaya dengan
modal yang disediakan oleh "Syarikat" adalah dengan menyiapkan diri berlatih bersungguhsungguh dan bersedia untuk merakamkan album ini setelah ditawar dan dipanggil oleh
"Syarikat" untuk membuat rakaman album dan penggambaran klip video; dan "Syarikat"
yang mengeluarkan modal untuk menampung semua kos rakaman termasuk studio
rakaman, bayaran-bayaran penerbitan yang berkaitan dengan susunan lagu, penerbit
muzik/vokal, pemain-pemain muzik undangan (sekiranya berkaitan), jururakam, mixing dan
mastering, kerja-kerja penggambaran klip video serta lain-lain sehinggalah rakaman ini
berjaya dilaksanakan dengan kualiti dan mutu yang dipersetujui oleh "Syarikat" dan boleh
dipasarkan
dan
diedarkan
menerusi
pemasaran
fizikal
(jualan
produk
CD/VCD/DVD/MP3/MP4/karaoke) atau pemasaran internet (kedai online) dan pemasaran
secara jualan muat-turun (downloading) menerusi laman web interaktif, portal, laman-laman
sosial, nada dering telefon bimbit dan pelbagai serta apa sahaja kaedah dan teknologi
masa kini dan masa-masa akan datang.
Kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk bersama saling membantu dan saling
bekerjasama dalam mempromosikan "Album ini" dengan strategi promosi yang dirancang
oleh "Syarikat"; dalam suatu tempoh yang dirasakan munasabah dan sesuai oleh "Syarikat"
tidak kurang dari 3 bulan dari tarikh pelancaran; dan "Artis" boleh meneruskan usaha-usaha
promosi seterusnya dengan kosnya sendiri setelah "Syarikat" menghentikan aktiviti-aktiviti
promosi "Album ini".
Atas persetujuan ini maka kedua-dua belah pihak bersetuju dan mengakur janji untuk
melunaskan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi tujuan penerbitan rakaman
"Album ini" dengan terma-terma serta syarat di bawah;
1.

"Artis" bersetuju untuk merakam "Album ini" dengan membuat persediaan persediaan dan latihan termasuk stamina, penghafalan melodi dan irama,
permainan muzik sekiranya diperlukan dan diminta oleh "Syarikat" dengan masa
dan waktu yang akan ditetapkan oleh "Syarikat";

2.

"Artis" memberi perakuan bahawa "Artis" adalah bebas sepenuhnya dari


sebarang ikatan kontrak rakaman artis dengan mana-mana syarikat rakaman
atau produksi yang lain sama ada dalam dan luar negara dan boleh
menandantangani perjanjian ini dengan rela hati;

3.

"Artis" boleh memberi cadangan-cadangan terhadap Konsep album, kulit album,


pemilihan lagu-lagu dan lirik serta penerbit-penerbit muzik/vokal, pemuzikpemuzik undangan (sekiranya perlu) untuk melaksanakan "Album ini" tetapi hak
mutlak dan kata putus adalah sepenuhnya ditetapkan oleh "Syarikat";

4.

"Syarikat" berhak dan "Artis" membenarkan "syarikat" memutuskan pilihan gambargambar "Artis" untuk tujuan promosi di media-media massa dan semua bentuk
teknologi multimedia kreatif, internet, laman web, laman sosial dan lain-lain;

5.

"Artis" terikat dengan "Syarikat" sebagai artis rakaman atau pengurusan artis
dan "Artis" tidak bebas bergerak secara bersendiri atau boleh melantik pihak -

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

pihak lain untuk menjadi pengurus untuk menguruskan kerjaya dan promosi
lanjutan "Artis" selepas tamat tempoh promosi yang ditetapkan oleh "Syarikat";
dan mana-mana persembahan yang diperoleh oleh "Artis" akan diserahkan
kepada "Syarikat" maka terpulanglah kepada "Syarikat" menentukan bayaran
saguhati yang akan diberikan kepada "Artis";
6.

"Syarikat" mengikat "Artis" sebagai artis rakamannya dan perjanjian ini mempunyai
tempoh masa tertentu yang mengikat "Artis" dari menandatangani perjanjian
rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman setelah rakaman "Album
ini" disahkan secara bertulis oleh "Syarikat" telah disiap dan disempurnakan oleh
"Artis" dan/atau "Syarikat" secara bertulis tidak mahu lagi meneruskan rakaman
"Album ini";

7.

"Syarikat" berhak membuat keputusan untuk tidak meneruskan rakaman album


ke peringkat seterusnya setelah rakaman "Album ini" disiapkan di peringkat
rakaman lagu single atau rakaman lagu-lagu untuk mini album;

8.

Semua karya lagu/lirik yang telah dipilih dan digunakan untuk "Album ini"
hendaklah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat publishing yang
lain dan hendaklah karya-karya tersebut diserahkan kepada "Syarikat" sebagai
pemegang/agen hakcipta bagi seluruh dunia dan semua pemilik dan/atau
pemilik-pemilik karya tersebut hendaklah menandatangani secara berasingan
sebuah Kontrak Perjanjian Komposer dengan "Syarikat';

9.

"Syarikat" akan membuat cetakan CD/DVD/VCD/karaoke untuk promosi dan


pemasaran secara fizikal sekiranya terdapat permintaan di atas keputusan
"Syarikat" sendiri. Klip video akan dibuat sekiranya "Syarikat" merasakan
terdapat keperluan dan sekurang-kurangnya satu lagu dalam mini "Album ini"
akan dibuat klip video semasa rakaman album sedang dilaksanakan;

10.

"Syarikat" akan meletakkan "Album ini" di dalam kedai online/laman web milik
"Syarikat" yang boleh dibeli secara download atau pesanan fizikal. "Artis"
bolehlah mewujudkan laman sosialnya sendiri termasuk mendaftar kepada semua
laman sosial bagi mengoptimumkan kaedah promosi secara internet dan semua
laman web/sosial yang dimiliki oleh "Artis" hendaklah disambungkan (link/share)
kepada laman web/kedai online milik syarikat selagi mana "Syarikat"
mengaktifkan jualan "Album ini" di dalam laman web/kedai online/laman sosial
milik "Syarikat";

11.

"Syarikat" berhak melantik mana-mana ejen pengedaran atau pihak ketiga untuk
menjalankan kerja-kerja pemasaran dan pengedaran secara fizikal, pendaftaran
jualan menerusi nada dering, kedai-kedai online atau menyerah hak-hak eksklusif
"Syarikat" ke atas "Album ini" tetapi akan memastikan hak-hak dan balasan
kepada "Artis" di atas usahasama ini tidak terjejas atau dinafikan;

12.

"Artis" adalah dilarang memuat naik (upload) sebarang lagu/atau lagu-lagu yang
terkandung di dalam "Album ini" ke mana-mana laman web, media-media sosial,
web TV/ video community atau berbayar, Video On Demand (VOD) atau mana mana aplikasi yang membolehkan pengguna/peminat melayari lagu-lagu (termasuk
klip video) yang terkandung di dalam "Album ini" atau berkaitan dengan
"Album ini" pada masa kini atau pada masa-masa akan datang melainkan
menggunakan aplikasi yang disediakan dari laman web rasmi "Syarikat" dengan
cara 'share' atau 'link' atau mana-mana cara yang mengaitkan semula sumber
utama lagu-lagu atau klip video iaitu dari laman web atau kedai online "Syarikat";

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

SEBAGAI balasannya ke atas hasil usahasama ini, maka adalah dipersetujui dan kedua
belah pihak mengakur janji dan tidak berbelah bagi di atas pembahagian hasil-hasil yang
bakal diperoleh daripada usahasama ini seperti di bawah:
a.

"Artis" memberikan hak eksklusif kepada "Syarikat" untuk mencetak, mengedar


dan mempromosi rakaman "Album ini" di dalam bentuk CD/VCD/DVD atau dalam
segala apa bentuk teknologi digital pada masa kini dan pada masa-masa akan
datang untuk tujuan pemasaran, pengedaran dan segala bentuk tujuan
mengkomersialkan "Album ini" bagi mengoptimumkan penjanaan hasil untuk
tempoh selama-lamanya ke seluruh pelosok dunia;

b.

"Syarikat" memberikan hak eksklusif kepada "Artis" untuk mempersembahkan


produk rakaman "Album ini" ke seluruh pelosok dunia untuk tempoh selama lamanya tetapi tidak termasuk menggunakan "Album ini" atau merakamkan
semula kandungan "Album ini" untuk tujuan penggambaran/pembikinan filem,
video/pengiklanan dan dalam segala bentuk rakaman kreatif multimedia, digital
atau lain-lain teknologi penyiaran, kandungan maklumat dan lain-lain untuk pihak
ketiga; tetapi tidak tertakluk sekiranya filem/video/iklan tersebut menggunakan
"Artis" sebagai pelakon-pelakon watak sebenar atau watak-watak ciptaan tanpa
menggunakan kandungan "Album ini";

c.

Adalah diperakui bahawa kandungan hak kerja-kerja rakaman adalah sepenuhnya


dimiliki oleh "Syarikat" dan "Syarikat" berhak menggunakan semua kerja-kerja
rakaman untuk tujuan rakaman semula, mengubah semula susunan muzik
sepenuhnya atau sebahagiannya untuk apa sahaja tujuan tanpa perlu merujuk
kepada "Artis";

d.

Adalah diperakui bahawa nama "Artis" adalah sepenuhnya dimiliki oleh "Syarikat"
dan bebas menggunakan nama ini tanpa sekatan dari "Syarikat" untuk tujuan
persembahan dalam dan luar negara termasuk membuat jualan 'artise product'
tetapi sekiranya terdapat pihak ketiga ingin menggunakan nama "Artis" sebagai
jenama produk yang mengandungi atau berkaitan dengan mana-mana lagu, tajuk
lagu atau konsep "Album ini", maka hendaklah "Artis" menyerahkan urusan
tersebut kepada "Syarikat" dan "Syarikat" memperakui dan mengakur janji untuk
hanya menggunakan nama "Artis" untuk tujuan promosi dan pemasaran album
dan segala yang berkaitan dengan "Album ini" sahaja;

e.

Adalah dipersetujui semua hasil kutipan bersih (nett collection) yang diperoleh
daripada "Album ini" atau yang berkaitan dengan "Album ini" oleh "Syarikat" akan
dibahagikan secara 90% kepada "Syarikat" dan 10% kepada "Artis" termasuk
dari jualan produk fizikal, muat turun dari laman-web/sosial, jualan nada dering
daripada syarikat-syarikat telekomunikasi, bayaran daripada syarikat-syarikat
penyiaran filem/drama dan lain-lain pendapatan yang dihasilkan dari "Album
ini"; tetapi tidaklah termasuk bagi bayaran-bayaran yang diperoleh dan dikutip
daripada hasil royalti hakcipta karya lagu/lirik dan royalti pemuzik-pemuzik
produksi album seperti MACP dan PRISM atau lain-lain badan pengutip royaltiroyalti yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia dan persatuan-persatuan pencipta
lagu/lirik dan pemuzik-pemuzik yang mana adalah diterima sepenuhnya oleh
"Syarikat" dan diagih-agihkan kepada pencipta-pencipta Iagu/lirik dan pemuzikpemuzik yang berkaitan dengan perlaksanaan "Album ini" berdasarkan perjanjian
yang berbeza dari perjanjian ini, dan "Artis" atau anggota "Artis" hendaklah
menandatangani sebuah perjanjian publishing yang berasingan dengan
"Syarikat" sekiranya terdapat lagu dan/atau lirik "Artis" atau anggota "Artis"
digunakan di dalam "Album ini";

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

f.

Tiada bayaran royalti boleh dituntut oleh "Artis" kepada "Syarikat" ke atas
sebarang pengedaran sama ada daripada edaran fizikal atau secara muat turun
atau apa sahaja kaedah yang digunakan pada masa sekarang dan masa-masa
akan datang bagi "Album ini" yang diperuntukkan oleh "Syarikat" dan diputuskan
oleh "Syarikat" sebagai pengedaran untuk promosi, penggantian kerana
pemulangan oleh pengedar atau pihak pemasaran ketiga, serta mana-mana
salinan yang diiktirafkan oleh "Syarikat" sebagai pemberian saguhati, jualan
lelong, potongan harga dan hadiah atau bayaran secara "in-kind";

g.

"Syarikat" berhak mengambil mana-mana lagu atau keseluruhan lagu-lagu yang


terkandung di dalam "Album ini" untuk tujuan kompilasi dengan mana-mana
"Artis" atau artis lain di dalam sebuah album dan "Artis" bersetuju untuk
menerima bayaran royalti secara purata dan saksama di antara semua artis atau
artis-artis lain yang terlibat di dalam album kompilasi tersebut, tertakluk kepada
sekiranya album kompilasi ini dibuat untuk tujuan promosi maka klausa (f) di atas
adalah digunapakai di dalam perjanjian ini;

h.

"Artis" boleh meminta "Syarikat" menyediakan atau mengumpulkan akaun hasil


kutipan/bayaran-bayaran yang telah diterima hasil daripada klausa (e) di atas
setiap enam (bulan) setelah "Album ini" diedarkan atau dilancarkan dengan
menghantar surat notis tidak kurang dari tiga puluh (30) hari dan tertakluk kepada
kesediaan "Syarikat" menyediakan akaun tersebut tetapi tidaklah boleh melepasi
tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh notis tersebut; dan "Syarikat"
hendaklah membuat pembayaran (sekiranya ada) royalti tersebut tidak lebih dari
sembilan puluh (90) hari daripada tarikh semakan akaun dibuat;

i.

Perjanjian ini adalah terikat dan berkuatkuasa ke atas kedua-dua pihak serta pemegang
serah hak penerima wakil dan pewaris masing-masing.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN USAHASAMA (MOU) AKHDAN ENTERTAINMENT & KUMPULAN NASYID AKHDAN,2013

BAGI menyaksikan hal di atas, pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan
memeterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.

Bagi pihak SYARIKAT


AKHDAN ENTERTAINMENT
(NO: NS0090330-P)

]
]

Dihadapan,
NAMA SAKSI

NO K/P

Ditandatangani oleh ARTIS,


1.

NAMA : TAJUL ARIF NOOR BIN MD SHARI


NO K/P : 990401-05-6423

]
]

2.

NAMA : MUHAMMAD HAIZUDIN BIN HAIZAD NAZRI ]


NO K/P : 991213-05-5567
]

3.

NAMA : AHMAD ZUHAIR BIN ZAKARIA


NO K/P :

]
]

4.

NAMA : MUHAMMAD AFFAN BIN MAZLAN


NO K/P : 000603-05-0091

]
]

Disaksikan oleh,
NAMA SAKSI

NO K/P

]
________________________
(TANDATANGAN)