Anda di halaman 1dari 5

12/11/2014

_Sahabat Karya Agung_: ESTETIK DALAM KARYA AGUNG


0

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

_Sahabat Karya Agung_


Blog ini dihasilkan adalah untuk memenuhi kehendah kursus BMS 3022 Karya Agung Melayu

Cool Text Maker

Ahad, 5 Mei 2013

PENSYARAH
KAMI

ESTETIK DALAM KARYA AGUNG


ESTETIK DALAM KARYA AGUNG
Konsep keindahan Melayu Klasik

Dr. Rashid bin Md


Idris Pensyarah BMS
3022 Karya Agung
Melayu

TENTANG
KAMI

Nurfarahhin binti
Karzaman
D20101037082 ISMP BM

Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf
rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca,
menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi
(pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak) drama dan sebagainya ada terselit nilai-nilai
estetika dan keindahan.
Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang
membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus
lagi membawa maksud kepekaan manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik
juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu
merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga
membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman
bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang
memperkenalkan perkataan aisthetika.
Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian.
Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara
berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh
sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai
estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang
berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang dihasilkan
iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika
dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan
dengan sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan
sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana
estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut
perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah,
antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik,
gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian
falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi,
antropologi dan lain-lain yang bersangkutan,
Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan
penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran
contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang
meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan
intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan
sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil
kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika
bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni
lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia.
Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan
tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.
Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah
pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi
dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga
aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan indah
dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera
dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh tetapi
akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang terselindung di
sebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya bergantung kepada
keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.
Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul
keindahan. Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau
kekayaan Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas.

http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html

_KaMi SaHaBaT_

Photo Cube Generator

Pengikut

MUTIARA KATA

1/5

12/11/2014

_Sahabat Karya Agung_: ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

Contohnya kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan


alam semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapi oleh akal
manusia biasa.
Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan
fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan
karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau
keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang
berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk
yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan.
(Aminudin Mansor, 2012).
Estetik dalam Sulalatus Salatin
Unsur estetik merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan
memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang dapat dilihat
dalam karya Sulalatus Salatin ialah:
rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa
payung segala raja-raja
(Muhammad Haji Salleh,
1997: 26)

Satina Aishah binti


Ali D20101037091 ISMP
BM

Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang
dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama
yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk
menunjukkan keindahan bahasa.
Penggunaan Bahasa Istana
Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap
berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa
Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri,
anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan
bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih
menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik. Penggunaan
bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi mengisahkan
cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi
menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang dikemukakan oleh
Kassim Ahmad yang berbunyi:
Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi
anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan
dayang-dayang sepertinya. Maka tuan putera Kemala
ratna Pelingan dipeluk cium dan ditangisinya oleh
ayahanda baginda.
(Kassim Ahmad,
1997 :5)

Norfasihah binti
Mohd Razali
D20101037093 ISMP BM

Nur Adilah binti


Jaafar D20101037100
ISPM BM

KONGSI DI
SINI

KALENDAR

Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa
Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa
Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan
menggunakan tema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan
dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa istana
tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu Moden.
Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam
karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik
dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang
terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar
bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa
turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu
indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya
keemasan-datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu
bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri
Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu
anaknya besar turun dari keinderaan.
(Kassim Ahmad, 1997: 6)
Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret
dalam Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang
mampu menjadikan sesebuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca
daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya
bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan.
Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan keistimewaan
sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat meninggalkan kesan
yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan hiperbola, pembaca akan
dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana penggunaan gaya bahasa
hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu peristiwa dengan lebih
mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan daripada keindahan
bahasa atau unsur estetik yang digarap oleh pengarang bagi mewarnai hikayat Hang
Tuah menggunakan unsur hiperbola.
Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang
dengan pakaian terlalu indah-indah-rata terbang itu pun
dengan perhiasannya keemasan.
(Kassim

http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html

JAM

Arkib Blog
2013 (17)
Mei (9)
_Jutaan Terima Kasih_
KOMPLILASI FILEM KARYA
AGUNG
KOLEKSI ARTIKEL
BERHUBUNG KARYA
AGUNG
ULASAN KARYA AGUNG
ANALISIS KARYA AGUNG
NILAI ILMU DAN
MAKLUMAT
IDEALISME DAN FALSAFAH
MELAYU
ESTETIK DALAM KARYA
AGUNG
SENI RETORIK DAN GAYA
BAHASA
April (8)

Pautan Blog Lain


Hikayat Merong
Mahawangsa

2/5

12/11/2014

_Sahabat Karya Agung_: ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

Ahmad, 1997: 6)

ALIH BAHASA

Wikipedia

Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan
penggunaan imbuhan nya untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan
imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa
kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh
diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan nya ini
bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang
seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan
pembaca menjadi bosan untuk meminati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang
menggunakan imbuhan nya dalam hikayat Hang Tuah ialah:
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya
hamil itu. Setelah genaplah bulannya, maka tuan puteri
pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya
sikapnya.
(Kassim Ahmad, 1997: 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan penulis telah mengulang sebanyak
empat kali imbuhan nya dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi
menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat
orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah
ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis
sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya
tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk
menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat
pembaca.

Meneliti Undang-undang Kedah


dan Silsilah Tawarich Radja2
Aceh. II
Setahun yang lalu

KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL STPM
3 tahun yang lalu

KESUSASTERAAN STPM:
SULALATUS SALATIN
HUBUNGAN DIPLOMATIK MELAKA
3 tahun yang lalu

Tu nas Sastera Hang Tu ah


4 tahun yang lalu

Kajian Hikayat Hang Tu ah


Bab 18 : Betara Majapahit
Dengan Raja Melaka II
5 tahun yang lalu

Ikan

MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Google
Search

ENTRI
MENARIK
ESTETIK DALAM KARYA
AGUNG
ESTETIK DALAM KARYA
AGUNG Konsep
keindahan Melayu
Klasik Karya
sastera memang
mempunyai nilai
estetik, sama ada
tahap tinggi atau ...
ANALISIS KARYA
AGUNG
1 1. 0
PENDAHULUAN
Pengenalan Setiap
bangsa bertamadun
mempunyai karya
agungnya yang
tersendiri. Dalam
masyarakat Melayu,
...

KETOKOHAN SYEIKH
HAMZAH AL-FANSURI
KETOKOHAN SYEIKH
HAMZAH AL-FANSURI

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga
merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada
perkataan aisthetikos yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada
perkataan aisthannesthai yang bermaksud to perceive (tanggapan). Estetika
merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar
sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian
estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang
indah.
Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori
keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato,
Plotinus dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli
falsafah tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan
mutlak (Beauty=truth= the good=the absolute). Perkara ini telah disokong oleh
Othman Mohd. Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan
dengan rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan
dihargai. Beliau menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan
biasanya rasa yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan
mempunyai seni dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang berfungsi memenuhi
nilai estetik.
Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,
khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan
timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan
kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau
menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang
indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks
kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang
kesenian. Ku Zam Zam (1984) turut menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat
dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur
budaya yang melahirkan kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga
bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniannya yang tersendiri
berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Kesenian merupakan pendorong
kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup
perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang dapat memberi
kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa dua dimensi
yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali sebagai seni
tampak yang terdapat pada seni ukir.
Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh
pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau
kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang
berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral
yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan adalah
lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks ini,
sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada karya
atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika meneliti.
Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu
kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984
dan Othman Mohd Yatim, 1989).
Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat
diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri
yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang
menumpukan kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen reka bentuk
seperti warna, bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk

http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html

Jumlah Paparan
Halaman
1 04 1 3

3/5

12/11/2014

_Sahabat Karya Agung_: ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

mukadimah Syeikh
Hamzah Fansuri
merupakan seorang
cendekiawan, ulama
tasawuf, dan bu...
NILAI
ILMU DAN

MAKLUMAT
Pengenalan Karya
agung merupakan
karya yang sarat
dengan nilai ilmu
dan maklumat yang
terkandung di
dalamnya. Nilainilai ilmu makluma...
SENI RETORIK DAN
GAYA BAHASA
KONSEP RETORIK
MELAYU KLASIK
Perkataan retorik
berasal daripada
bahasa Yunani iaitu
Rethor yang
bermaksud pidato.
Perkara ini meru...
TUN SERI
LANANG

Bibiliografi Tun Seri


Lanang Tun Seri
Lanang atau nama
sebenarnya Tun
Muhammad
dilahirkan di
Seluyut, Johor Lama
pada tahun 15...
ULASAN KARYA AGUNG
ULASAN KARYA AGUNG
1: BUSTAN AL-KATIBIN
BUSTAN AL-KATIBIN
Bustanu al-Katibin
lis-Sibyan alMutaallimin atau
lebih dikenali
sebagai...
KOLEKSI ARTIKEL
BERHUBUNG KARYA
AGUNG
Artikel 1
http://journalartic
le.ukm.my/3310/1/Il
mu_ketatanegaraan
_Melayu.pdf Ilmu
Ketatanegaraan
Melayu Ab...
IDEALISME
DAN
FALSAFAH
MELAYU
Definisi
Falsafah dan
Idealisme Menurut
Kamus Dewan Edisi
Keempat (2008),
Falsafah telah
didefinisikan sebagai
pengetahuan
tentan...

penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu.
Idea yang dimaksudkannya di sini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran,
imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan
sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan elemen reka bentuk
yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa
yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imaginasi. Hal ini
menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur
luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika
menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.
Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari
sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya itu.
Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara objektif
karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara subjektif
merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian itu sendiri.
Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu dengan individu
yang lain.
Sebagai contoh:
Maka dilihatnya seekor pelanduk putih, seperti
kambing besarnya, berhadapan dengan anjingnya. Maka
oleh pelanduk itu digigitnya akan anjing kedua itu. Maka
anjing itu pun berteriak keduanya lalu terjun ke dalam
sungai itu. Maka pelanduk itu pun mengusir anjing
keduanya. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar
kata orang tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada
hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah tempat,
patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.
(Hikayat Hang Tuah :
64)
Petikan tersebut memberi tafsiran secara tersurat (luaran) dan juga tafsiran
secara tersirat (dalaman). Dari segi luaran, teks Hikayat Hang Tuah tersebut memberi
makna bahawa Tuanku terlihat ada dua ekor pelanduk di dalam hutan tempat baginda
berehat menggigit anjing baginda. Selepas digigit, anjing tersebut telah berteriak dan
terjun ke dalam sungai. Kemudian, seorang pembesar tuanku telah menyatakan
bahawa, kata orang tua-tua sekiranya ada pelanduk putih dalam hutan tersebut, itu
merupakan petanda bahawa tempat itu sesuai untuk dijadikan negeri.
Makna dalamannya pula ialah pada ketika Tuanku Syah Alam sedang berehat
di bawah sepohon pokok, Hang Tuah telah mengkhabarkan kepada Tuanku tentang
Anjing pemburuannya yang telah dikalahkan oleh seekor pelanduk putih. Tuanku Syah
Alam tertarik dengan cerita yang disampaikan dan bertanya kepada salah seorang
pembesar tentang peristiwa tersebut. Pada pandangan pembesar, menurut cerita yang
di sampaikan oleh orang tua-tua, jika terdapat seekor pelanduk putih, maka tempat itu
amat sesuai untuk dibuka sebuah negeri. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat
yang diberikan oleh pembesar, Tuanku Syah Alam berpendapat, jika dibuka sebuah
negeri, negeri tersebut akan maju dan kuat.

Dicatat oleh KARYAGUNG KAMI di 5:50 PG

1 ulasan:
Daa Diba 8 Mei 2014 7:13 PG
terima kasih di atas maklumat ini...sangat bermanfaat ;)
Balas

DEFINISI
MELAYU
DAN
ETIMOLOGI MELAYU
Pengenalan
Menurut kamus
Dewan Bahasa Edisi
ke-4, Melayu ( )

http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html

4/5

12/11/2014

_Sahabat Karya Agung_: ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

merujuk kepada
mereka yang
bertutur bahasa
Melayu ( ...

Catatan Terbaru

Laman utama

Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Templat Awesome Inc.. Dikuasakan oleh Blogger.

http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html

5/5