Anda di halaman 1dari 36

BAB SATU

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1

PENDAHULUAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah mata pelajaran pilihan dalam

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) semakan semula , yang di ajar pada tahap
dua sahaja (tahun 4 6). Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) diharapkan dapat
membantu kita menanam kesedaran celik teknologi melalui pengetahuan dan kemahiran
praktis.
Salah satu objektif KHSR tahun 5 ialah mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah melalui pencetusan idea projek. Maksudnya ialah mereka cipta satu-satu projek
yang di kenal pasti seperti model kereta atau motosikal. Di sini, berkemungkinan besar
contoh model kereta yang di tiru ialah kereta nasional (Proton Saga) atau motorsikal
(Modenas). Secara tidak langsung, semangat patriotisme wujud dalam sanubari pelajar
berkenaan. Peranan guru di sini hanya menerapkannya secara tidak langsung semasa P
& P di kelas.

Dalam usaha melahirkan generasi yang bijak dalam teknologi yang dapat
mencapai matlamat dan aspirasi negara, kita tidak boleh melupakan tugas besar iaitu
menyemai sehingga menjadi budaya semangat sayangkan negara sendiri. Amat tepat
sekali jika generasi itu seimbang dari semua aspek hidup seperti yang di kehendaki
dalam Falsafah Pendidikan Negara.

1.2

PERNYATAAN MASALAH
Dalam kertas kerja bertajuk Malaysia: The Way Forward tahun 1991, Tun

Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa cita-cita Malaysia ialah membentuk sebuah
negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.
Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi sematamata. Negara kita mestilah menjadi negara maju dari segala segi; dari segi ekonomi,
politik, sosial,

kerohanian , kejiwaan dan kebuayaan. Kita hendaklah mencapai

kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan social, dari segi
ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan,
nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan
bangsa sendiri
(Kamarudin Jaafar dan Hazami Habib, 1993:183)
Berdasarkan kenyataan itu, jelas sekali betapa pentingnya rakyat Malaysia
mempunyai rasa yakin diri, mampu bersaing, adil dan saksama, bertolak ansur dan
mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Kesemua unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur-unsur patriotisme yang
menjadi fokus kepada melahirkan generasi yang sayangkan negara dan juga unsur
penilaian dalam kajian yang di lakukan.

Persoalannya ialah,

sejauh manakah pendidikan di sekolah rendah berjaya

menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?
Dengan kata lain dalam konteks kajian ini, sejauh manakah guru KH yang mengajar
tajuk Reka Bentuk dan Teknologi di kelasnya menerapkan semangat patriotisme kepada
pelajar di kelasnya?
Oleh kerana tidak banyak kajian yang telah dijalankan untuk menjawab secara
telus ke atas persoalan ini, maka kajian ini di jalankan .

1.3

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut :

i.

Meningkatkan prestasi penguasaan terhadap nilai-nilai patriotik dalam mata


pelajaran KH.

ii.

Mengkaji minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran KH setelah penerapan
nilai-nilai patriotik.

iii.

Menilai maklum balas pelajar terhadap nilai-nilai patriotik yang mereka perolehi
dari mata pelajaran KH setelah penerapan nilai-nilai patriotik dijalankan.

iv.

Menilai tingkah laku pelajar dalam mata pelajaran KH setelah penerapan nilainilai patriotik dijalankan.

1.4

PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan

kepada soalan-soalan kajian tersebut :


i.

Bagaimanakah prestasi penguasaan murid-murid terhadap nilai-nilai patriotik


dalam mata pelajaran KH?

ii.

Adakah murid-murid berminat dan bermotivasi dalam mata pelajaran KH setelah


penerapan nilai-nilai patriotik dijalankan?

iii.

Apakah maklum balas murid-murid terhadap terhadap nilai-nilai patriotik yang


mereka perolehi dari mata pelajaran KH setelah penerapan nilai-nilai patriotisme
dijalankan.

iv.

Bagaimanakah tingkah laku pelajar dalam mata pelajaran KH setelah penerapan


nilai-nilai patriotik dijalankan.
Guru sebagai pelaksana

dalam penerapan semangat patriotisme ini kepada

pelajar di kelasnya dalam topik ini, seharusnya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya
yang besar dan luas itu. Ia bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang pandai, kreatif
dan bijak dalam teknologi , malahan juga tinggi semangat sayang kepada negaranya.
Maknanya, ia sepatutunya menerapkan unsure-unsur sejarah dalam subjek ini, sesuai
dengan konsep merentas kurikulum yang disyorkan oleh Pusat Perkembangan Kuriklum.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini sesungguhnya memberikan gambaran kesan dan hasil usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia melalaui pusat perkembangan Kurikulum yang


Memperkenalkan kurikulum semakan semula KH tahun empat. Ia akan satu gambaran
sikap pelajar terhadap nilai patriotisme dan keilmuan dalam teknologi.
Secara tidak langsung penerapan semangat nasionalisma ini akan menjelaskan
unsur-unsur sejarah pada pelajar. Dalam topik reka bentuk dan teknologi ini, unsur
sejarah yang boleh di terapkan ialah ketokohan kepimpinan

negara, peristiwa

bersejarah, tempat bersejarah, penciptaan baru pada negaara. Penerapan nilai ini akan
secara terus berkesinambungan dengan penerapan nilai patriotisme. Contohnya,
penciptaan kereta nasional berkait rapat dengan nilai kebanggaan pada negara dan tokoh
serta rasa berterima kasih kepada pemimpin.
Dan, kajian ini juga dapat menilai para guru samada sering, jarang atau tidak
pernah menerapkan unsur patriotisme dalam pengajaranya. Adalah malang kepada para
pelajar jika ada guru yang beranggapan hanya subjek Sejarah, Kewarganegaraan dan
Sivik sahaja boleh di terapkan unsur ini. Subjek KH sebenarnya boleh juga di masukkan
unsur patriotisme teutamanya dalam tajuk yang di kaji.

1.6

BATASAN KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik dan pemerhatian.

Penerapan nilai petriotisma dalam subjek KH sememangnya wujud batasan kerana


pendapat umum menyatakan bahawa tiada ruang untuk guru menerapkan unsur ini.
Dalam KH tidak banyak topik yang sesuai boleh di terapkan unsur ini. Keterbatasan
sebegini memungkinkan kajian tidak mencapai tahap yang di harapkan.

Kajian juga hanya terbatas kepada pelajar pelajar tahun 5 sahaja. Sementera
hanya sebilangan guru sahaja yang telibat. Tambahan pula, kajian hanya di lakukan di
sebuah sekolah rendah yang berbilang kaum . Jesteru itu, dapatan kajian ini tidak
semestinya menggambarkan secara menyeluruh kefahaman pelajar, kaedah pengajaran
guru dan pandangan semua guru KH. Ertinya, dapatan dari ini tidak menggambarkan
amalan keseluruhan guru di sekolah itu.
Dapatan kajian ini juga tidak menggambarkan amalan para guru secara
menyeluruh di semua sekolah rendah seluruh negara. Kepakaran, bahan rujukan,
kewangan juga merupakan batasan dalam pelaksanaan Kajian ini.

1.7

KESIMPULAN
Bab 1 menghuraikan tentang latarbelakang masalah kajian yang dibuat, iaitu

yang berkaitan dengan penerapan nilai patriotisme di kalangan pelajar melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 di sekolah rendah. Penilaian ini berlandaskan
kepada topik Reka Bentuk dan Teknologi. Bab ini juga menghuraikan tentang penyataan
masalah yang dihadapi, objektif kajian yang ingin dikaji, soalan penyelidikan yang
dibuat, batasan terhadap kajian dan kepentingan kajian ini.

BAB DUA

TINJAUAN LITERATURE

2.1

PENGENALAN
Kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan meningkatkan semangat patriotik

murid-murid tahun 5 dalam mata pelajaran KH berlandaskan kepada topik Reka Bentuk
dan Teknologi. Secara umumnya kajian ini adalah berkaitan dengan topik Reka Bentuk
dan Teknologi dan juga semangat patriotik. Kajian ini dibuat berdasarkan permasalahanpermasalah dalam pembelajaran murid-murid khasnya murid-murid Tahun 5 dalam mata
pelajaran KH.

2.2

PANDANGAN LITERATUR
Stufflebeam (1985), menakrifkan penilaian ialah satu proses menggaris,

mendapat dan mengumpul maklumat yang berguna untuk objektif-objektif keputusan.


Penilaian juga dikaitkan dengan proses menggunakan maklumat yang di dapati daripada
pelbagai sumber untuk mencapai penghakiman nilai, yakni memberi keputusan.
Penilaian boleh berdasarkan berdasarkan pengukuran data dan juga jenis-jenis data
seperti melalui boring soal selidik, pemerhatian secara langsung, ujian prestasi samada
lisan ataupun tulisan (Burden & Byrd, 1994).

Banyak model yang di gunakan dalam membuat penilaian terhadap satu- satu
program. Namun kebanyakannya mempunyai persamaan.

Model pula adalah satu

gambaran konseptual tentang satu-satu aktiviti. Model sebenarnya menunjukkan


perkaitan pelbagai elemen yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Antara model penilian
yang boleh mengukur kurikulum ialah model Tyler (1949), Model Stake (1967), Model
CIPP (1971) dan model Parlett dan Hamilton (1976)
Menurut Model CIPP (Contex, Input, Process, Product) oleh Stufflebeam (1971)
, penilaian boleh di lakukan terhadap sesuatu program dengan menggunakan empat
aspek atau salah satu darinya iaitu konteks, input, proses dan hasil. Penilaian konteks
bertujuan mengenal pasti perbezaan antara tujuan asal kurikulum di laksanakan dengan
status semasa kurikulum itu dijalankan. Al Ramaiah (1999) menyatakan penilaian
konteks akan cuba menimbulkan isu-isu, mendedahkan permasalahan dan menentukan
batasan terhadap pelaksanaan program.
Ringkasnya, dalam penilaian konteks yang menjadi perhatian penilai ialah
objektif program,

kepentingan program dan penilaian tahap penerapan unsur

patrionisme kepada pelajar.


Penilaian input pula bertujuan mengenal pasti sumber dan strategi yang ada dan
boleh di guna dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penilaian jenis ini tidak
akan di hurai kerana tidak termasuk dalam skop kajian.
Penilaian proses melibatkan pengambilan maklum balas secara berkala mengenai
kemajuan dan prosedur pelaksanaan kurikulum. Dalam kata lain, ia di fokus kepada
kaedah guru, kesediaan guru dan sumber. Dalam kajian ini, kita akan memerhati
sejauhmana guru berminat, bersedia dan berusaha mencari cara untuk menerapkan unsur
patrionisme ke dalam sesi pengajarannya. Ini kerana, semua mengetahui amat sukat
menerapkan unsure sebegini dalam subjek KH.

Penilaian produk pula adalah penilaian mengenai hasil pelaksanaan program.


Pengkaji akan melaksanakan penilaian dan interpretasi keberkesanan program yang
meliputi penilaian formatif. Sumatif, kuantitatif dan kualitatif. Dengan kata lain, kajian
dalam subjek KH ini, kita akan melihat sejauh mana berkesannya penerapan unsur
patrionisme seseorang guru itu kepada muridnya. Ia akan di di ukur secara soal selidik.
Napsiah Mahfoz (1983) dalam kajiannya merumuskan bahawa kejayaan
kurikulum bergantung kepada faktor penerimaan guru, rasa tanggungjawab, keupayaan
dan kebolehan guru. Semuanya bergantung kepada guru yang melaksana satu-satu
kurikulum itu. Maknanya, jika guru itu berkebolehan dan bersedia, maka ia akan cuba
menerapkan unsur patrionisme dan nilai murni dalam mana-mana subjek yang di ajarnya
termasuk subjek KH.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), banyak kaedah yang boleh
guru guna pakai semasa P & P di kelas. Salah satu darinya ialah kaedah projek. Dalam
kajian ini, kaedah projek mampu menjadikan suasana pembelajaran yang amat
menyeronokan.

Dan di sini juga unsur patrionisme senang di terapkan. Samalah

keadaanya jika guru berkenaan menggunakan kaedah bercerita.


Falsafah Pendidikan Negara yang digubal amat mengharapkan sistem pendidikan
di negara kita mampu melahirkan generasi yang seimbang. Seimbang di antara
kepandaian ilmu pengetahuan , kebijaksanaan akal

dengan kehamonian sahsiah.

Dengan demikian akan wujud satu masyarakat yang harmoni dan bertolak ansur dalam
apa juga keadaan. Maka itu, para guru di dedahkan dengan pelbagai unsur murni, unsur
agama, unsur patriotisme, nilai sosial, nilai politik dan seupamanya, yang menjurus
kearah persediaan bagi mereka semaikan kepada pelajar. Bermula dari sekolah rendah
hingga tamat pengajian di sekolah menengah. Maka, menjadi tanggungjawab guru
menerapkan semua unsur itu semasa P & P tanpa mengira subjek dan latarbelakang
sekolah.

Alam hidup seseorang itu bergantung kepada banyaknya rangsangan yang


mereka terima untuk membentuk pengalaman dan pengetahuan. Di sekolah para guru di
saran memberikan seberapa banyak rangsangan dalam bentuk kurikulum formal dan
tak formal. Samalah juga usaha membentuk sikap dan peribadi serta pegangan serta
amalan kanak-kanak. Ia bergantung kepada banyaknya nilai baik dan peraturan
samada dalam bentuk formal atau tak formal. Banyaknya nilai baik yang di terima
seseorang kanak-kanak, maka lumrahnya ia akan menjadi seorang dewasa yang baik.
Begitulah sebaliknya nilai baik atau nilai agama boleh di serap oleh para guru secara
formal dan tak formal biarpun dalam kurikulum formal
( Atan Long : Fikiran-fikiran tentang pendidikan, 1979 : 182)
Secara mudahnya ialah, guru memainkan peranan penting dalam menerapkan
unsur patriotisme semasa proses P & P di kelas mahupun di luar kelas. Semua nilai
murni dan unsur kenegaraan boleh di terapkan jika guru itu peka dan bersedia serta
bertanggungjawab.
Perkara ini boleh di lakukan di kelas semasa P & P formal ataupun di luar kelas
semasa ko kurikulum. Dalam konteks kajian ini, semestinya penerapan itu hendaklah di
lakukan secara tidak formal dalam kelas formal.
Teori pembelajaran kontekstual, menjelaskan bahawa pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian, masyarakat dan pekerjaan
akan lebih bermakna kepada kanak-kanak. (Caine & Cain, 1991) Teori Konstruktivisme
pula menyatakan bahawa, kanak-kanak akan percaya kepada apa sahaja kebenaran
secara serta merta dan membawa makna konkrit kepadanya. ( Watzlawick, 1994 )
Kedua-dua tiori di atas menunjukkan bahawa apa yang kanak-kanak dengar dan
percaya dari guru (orang yang paling di hormati) merupakan pengalaman bermakna
kepada mereka. Dan mereka selalunya akan mempertahankannya. Dapatan dari sekolah
ini akan menjadi asas pandangan dan tindakannya. Dalam konteks kajian penilaian tahap

10

penerapan unsur patriotisme bagi subjek KH ini, wajar sekali para guru menyelitkan atau
menerapkan unsur tersebut semasa melaksanakan P & P.
Hasil dari rujukan kajian-kajian lepas dan pandangan-pandangan ahli pendidikan,
maka bolehlah di rumuskan bahawapenerapan semua ilmu tak formal boleh dilakukan
oleh guru terutama di peringkat rendah kerana ia akan dijadikan pengalaman baru serta
di jadikan asas kepada tindakan harian mereka.

11

BAB TIGA

METODOLOGI

3. 1

PENGENALAN
Kajian ini bertujuan menilai tahap penerapan unsur patriotisme dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tahun lima. Iaitu menilai adakah
guru memasukkan atau tidak unsur ini semasa proses P & P di kelas semasa mengajar
tajuk tersebut.

3.2

KAEDAH PENYELIDIKAN
Saya telah menggunakan kaedah gabungan dalam membuat kajian ini. Kaedah

tersebut adalah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini dijalankan selama 6 minggu
iaitu dengan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama 10 jam, iaitu 20
kali masa pengajaran.
Semasa kajian dilakukan, instrumen kajian akan ditaburkan kepada pelajar secara
berperingkat- peringkat. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut :

12

a)

Profil Pelajar (Rujuk Lampiran I). Ditaburkan bila kajian mula dibuat.

b)

Ujian Pos (Rujuk Lampiran II). Ditaburkan pada mula pengkaji menjalankan
proses rawatan kepada pelajar.

c)

Borang Pemerhatian Berstruktur (Rujuk Lampiran III). Sepanjang kajian


dibuat kepada sample kajian. 5 pemerhatian akan dilakukan terhadap sample bagi
setiap sesi rawatan dibuat.

d)

Borang Temubual Berstruktur (Rujuk Lampiran IV). Temubual akan


dijalankan kepada sample kajian. Temubual akan dilakukan 3 kali iaitu pada
peringkat permulaan kajian, peringkat pertengahan kajian dan juga peringkat
akhir kajian.

e)

Ujian Pra (Rujuk Lampiran V). Ditaburkan kepada pelajar pada peringkat
akhir rawatan dijalankan, iaitu pada minggu ke enam kajian.

f)

Borang Soal Selidik (Rujuk Lampiran VI). Ditaburkan untuk menilai maklum
balas pelajar pada peringkat akhir rawatan. Semua sample akan diberikan borang
soal selidik.

3.3

LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan St. Mary Town (M) Sandakan.

Sekolah ini terletak di Batu 2 Jalan Labuk Sandakan. Kajian ini dijalankan pada muridmurid Tahun 5.

13

3.4

INSTRUMEN KAJIAN
Dalam membuat kajian tindakan ini terdapat beberapa instrumen yang digunakan

untuk mencapai objektif yang telah dijalankan. Data-data akan dikumpul bagi tujuan
analisis dan seterusnya untuk menjawab soalan kajian. Berikut di bawah adalah
instrumen-instrumen yang saya digunakan :
a)

Profil Pelajar (Lampiran I)


Untuk mendapatkan maklumat asas pelajar atau sample.

b)

Ujian Pra dan Ujian Pos (Lampiran II dan V)


Untuk mencapai persoalan kajian yang pertama.

c)

Borang Temubual Berstruktur (Lampiran IV)


Untuk mencapai persoalan kajian yang kedua.

d)

Borang Soal Selidik (Lampiran VI)


Untuk mencapai persoalan kajian yang ketiga.

e)

Borang Pemerhatian Berstruktur (Lampiran III)


Untuk mencapai persoalan kajian yang keempat.

14

3.5

PROSEDUR KAJIAN
Terdapat beberapa prosedur perlu diikuti semasa membuat kajian ini. Jadual di

bawah menjelaskan berkenaan prosedur tersebut :


Jadual 3.1 : Prosedur Kajian
Bil

Aktiviti
Menerima surat kebenaran daripada KPM untuk

Catatan
Surat kebenaran KPM

01

menjalankan kajian.
Mendapatkan kebenaran Guru Besar.

Surat kebenaran EPRD

Pelantikan guru pembimbing oleh Guru Besar.


02

Mendapatkan maklumat terhadap sampel.

Profil pelajar

03

Melaksanakan Ujian Pra


Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi

Soalan Ujian Pra


Pelaksanaan P & P

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Topik Reka


04

Bentuk dan Teknologi.

Borang pemerhatian
berstruktur

05

Melaksanakan Ujian Pos


Menjawab borang soal selidik.

Soalan Ujian Pos


Borang soal selidik

06

Mengadakan temubual dengan murid-murid

Borang temubual

Menganalisis hasil ujian Pra, ujian Pos,

berstruktur
Semua soalan dan

pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual.

borang.

07

Merumus dapatan kajian dan membuat


kesimpulan.

3.6

ANALISIS DATA

15

Analisis deskriptif digunakan ketika menganalisa data yang diperolehi. Kaedah


ini digunakan kerana ianya dapat menerangkan statistik sampel tanpa membuat
pentadbiran ke atas parameter populasi. Analisis deskriptif yang digunakan adalah
kaedah kekerapan dan kekerapan relatif. Data yang diperolehi dianalisa dengan
menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan keputusan bagi melihat tahap kekerapan
pelajar dalam memilih skala dalam borang soal selidik,
Data-data yang diperolehi daripada sampel kajian akan dianalisa dengan cara
yang berikut :
i.

Perkadaran permarkahan kepada soal selidik iaitu tentang tahap pengetahuan


adalah seperti berikut :
1 = Lemah
2 = Sederhana
3 = Memuaskan
4 = Baik
5 = Sangat Baik

ii.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut :

Jadual yang dipaparkan di bawah menunjukkan contoh maklum balas


daripada murid-murid yang menjawab borang soal selidik.

Pengiraan yang dibuat akan dapat menunjukkan nilai kekerapan relatif


dan juga peratus kekerapan relatif.

Jadual 3.2 : Contoh Pengiraan

16

Perkadaran

Bil.

Kekerapan

Kekerapan

Skala

Markah

Responden

Relatif

Relatif (%)

Sangat Baik

20

20/30 = 0.67

0.67 x 100 = 67.00

Baik

5/30 = 0.17

0.17 x 100 = 17.00

Memuaskan

3/30 = 0.10

0.10 x 100 = 10.00

Sederhana

1/30 = 0.03

0.03 x 100 = 3.00

Lemah
JUMLAH

1
30

1/30 = 0.03
1.0

0.03 x 100 = 3.00


100

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dijalankan pada awal sesi rawatan dan pada akhir
sesi rawatan. Pencapaian pelajar telah diambil purata dan pelajar telah dikategorikan dua
kategori iaitu :
i).

Lulus (40% hingga 100%)

ii)

Gagal (0% hingga 39%)

Ini adalah berdasarkan keputusan yang dicapai oleh pelajar.

3.7

KESIMPULAN
Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan St. Mary Town (M), Sandakan

dan seramai 30 orang murid tahun 5 akan dijadkan kumpulan sasaran. Sebelum kajian
17

dijalankan profil murid perlu dikaji terlebih dahulu dan seterusnya ujian pra dijalankan.
Seterusnya pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan menggunakan pembelajaran
Koperatif. Pemerhatian akan dilakukan semasa pengajaran dilakukan. Setelah minggu
keenam, murid-murid akan menjawab ujian pos. Borang soal selidik dan juga borang
temubual juga akan dijawab. Jawapan murid seterusnya akan dianalisis.

BAB EMPAT
18

DAPATAN KAJIAN

4.1

PENGENALAN
Bab ini memberi penerangan tentang analisis bagi dapatan dan hasil daripada

kajian yang telah dilaksanakan. Dapatan dan hasil kajian yang diperolehi ditunjukkan
dalam bentuk jadual dan carta bar.

4.2

PERIHALAN SAMPEL

4.2.1

Populasi dan Persampelan


Sampel untuk kajian ini adalah keseluruhan populasi dalam kelas itu.

Pengambilan keseluruhan persampelan ini membolehkan dapatan kajian yang lebih


menyeluruh kerana tiada masalah dan kesilapan dalam persampelan. Sampel ini terdiri
daripada 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Rimba, Sandakan.

4.3

HASIL PENERAPAN NILAI PATRIOTISME MELALUI TOPIK REKA

CIPTA DAN TEKNOLOGI BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP


Data-data daripada setiap instrumen kajian adalah dianalisis seperti berikut :

19

4.3.1

Ujian Pra dan Ujian Pos

a)

Ujian Pra
Keputusan ujian Pra dianalisis dan dikategori kepada kumpulan pelajar yang

lulus dan gagal. Berikut adalah jadual analisis terhadap jawapan pelajar terhadap item
soalan.
Jadual 4.1 : Jadual Analisis Bagi Ujian Pra Mengikut Item Soalan
No. Soalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Purata

Bil. Betul
9
2
0
8
17
7
13
0
24
7
9

Peratus (%)
30
7
0
27
57
23
43
0
80
23
29

Bil. salah
21
28
30
22
13
23
17
30
6
23
21

Peratus (%)
70
93
100
73
43
77
57
100
20
77
71

Seramai 9 orang atau 29% daripada pelajar dapat menjawab soalan 1 dengan
betul manakala soalan 2 hanya menerima jawapan betul daripada pelajar seramai 2
orang sahaja iaitu 7%. 0% pelajar yang dapat menjawab soalan 3 dan 8 dengan betul
manakala 8 orang atau 27% daripada pelajar dapat menjawab soalan 4 dengan betul.
Sebanyak 17 orang pula dapat menjawab soalan 5 dengan betul iaitu 57% manakala
hanya 7 orang dapat menjawab soalan 6 dan 10 dengan betul iaitu 23%. Bagi soalan 9
pula 24 orang yang dapat menjawab dengan betul iaitu seramai 80%.

20

Berdasarkan kepada ujian pra yang dijalankan didapati soalan 3 dan 8 merupakan
soalan yang pelajar semua salah manakala soalan 9 pula merupakan soalan di mana
pelajar ramai yang betul.
Dalam ujian pra, jumlah pelajar yang lulus adalah sedikit. Hanya 29% atau 9
orang pelajar yang telah lulus dalam ujian pra ini manakala 71% atau 21 orang pelajar
pula gagal dalam ujian ini.

b)

Ujian Pos
Keputusan ujian pos dianalisis dan dikategori kepada kumpulan pelajar yang

lulus dan gagal. Berikut adalah jadual analisis terhadap jawapan pelajar terhadap item
soalan.
Jadual 4.2 : Jadual Analisis Bagi Ujian Pos Mengikut Item Soalan
No. Soalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Purata

Bil. Betul
28
26
20
24
23
23
28
20
30
27
25

Peratus (%)
93
87
67
80
77
77
93
67
100
90
83

Bil. salah
2
4
10
6
7
7
2
10
0
3
5

Peratus (%)
7
13
33
20
23
23
7
33
0
10
17

Seramai 28 orang atau 93% daripada pelajar dapat menjawab soalan 1 dan soalan
7 dengan betul manakala soalan 2 menerima jawapan betul daripada pelajar seramai 26
orang sahaja iaitu 87%. 67% pelajar yang dapat menjawab soalan 3 dan 8 dengan betul
manakala 24 orang atau 80% daripada pelajar dapat menjawab soalan 4 dengan betul.

21

Sebanyak 23 orang pula dapat menjawab soalan 5 dan 6 dengan betul iaitu 77%. Bagi
soalan 9 pula semua pelajar dapat menjawab soalan dengan betul manakala bagi soalan
10 pula hanya 27 orang telah menjawab dengan betul iaitu sebanyak 90%. Berdasarkan
kepada ujian pos yang dijalankan didapati soalan 3 dan 8 merupakan soalan yang pelajar
banyak salah iaitu 10 orang atau 33% manakala soalan 9 pula merupakan soalan di mana
pelajar betul semua.
Dalam ujian pos, jumlah pelajar yang lulus adalah banyak dan meningkat. Hanya
90% atau 27 orang pelajar yang telah lulus dalam ujian pos ini manakala 10% atau 3
orang pelajar pula gagal dalam ujian ini.

c)

Perbandingan Ujian Pra dengan Ujian Pos


Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos, jadual dan carta bar di bawah

dihasilkan untuk membuat perbandingan kedua-dua ujian tersebut. Berikut di bawah


adalah keputusan perbandingan kedua-dua ujian berkenaan.
Jadual 4.3 : Perbandingan Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos
Ujian
Ujian Pra
Ujian Pos

Bil. Lulus
9
25

Peratus (%)
29
83

22

Bil. Gagal
21
5

Peratus (%)
71
17

Pada ujian pra hanya 9 orang yang lulus iaitu 29% manakala pada ujian pos
ianya meningkat kepada 25 orang iaitu 83%. Pelajar yang lulus telah meningkat dari 9
orang ke 25 orang iaitu meningkat sebanyak 16 orang atau 54%.
d)

Kesimpulan
Hasil yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos ini didapati bahawa

bilangan pelajar yang lulus daam ujian pos telah meningkat setelah sesi rawatan
dijalankan berbanding keputusan yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian pra. Purata
daripada ujian pra yang dijalankan hanya 9 orang pelajar yang bersamaan dengan 29%
sahaja yang lulus manakala purata ujian pos pula purata pelajar yang lulus ialah
sebanyak 25 orang atau 83%. Secara kesimpulanya, bilangan pelajar yang lulus telah
meningkat sebanyak 16 orang atau 54%. Ini membuktikan bahawa pelajar dapat
menghayati nilai patriotisme yang diajar oleh guru.

4.3.2

Soal Selidik

a)

Dapatan daripada Soal Selidik


Berikut di bawah ini adalah data yang saya perolehi semasa sesisoal selidik saya

jalankan.
Jadual 4.4 : Jumlah Bilangan pelajar dan Purata Bilangan Pelajar Melalui Dapatan Dari
Soal Selidik.

Lemah

Penilaian Dapatan Pelajar


Sederhana Memuaskan
Baik

Sangat
Baik

23

No

Penyataan
Anda mengenali

Bil

Bil

Bil

Bil

Bil

pemimpin negara

17

15

50

10

33

27

22

73

27

22

73

17

16

53

30

27

22

73

17

16

53

30

10

30

18

60

27

20

67

sekarang
Anda menghargai
2

dan berterima kasih


atas jasa pemimpin
negara dahulu dan
sekarang
Anda bersyukur

dengan kemajuan
negara kini
Boleh berikan

contoh perasaan
sayangkan negara
Guru anda sering

berikan contoh
semangat sayangkan
negara ketika
mengajar KH
Anda mengambil

bahagian aktif
semasa soaljawab
tentang semangat
sayangkan negara
Seronok belajar KH

bila guru nyatakan


semangat sayangkan
negara semasa dia
mengajar
Sukakah anda guru

meneruskan
pengajaran seperti

24

ini semasa belajar


KH
Semua guru
9

menyatakan

22

27

20

67

( menerapkan )nilai
semangat sayangkan
negara semasa
10

mengajar KH
Minat anda terhadap
KH
JUMLAH
PURATA

4 13 26 87
180
176

Pada keseluruhannya pelajar memberi respon yang positif terhadap penerapan


nilai patriotisme dalam P&P bagi mata pelajaran KH ini.
Berdasarkan kepada soal selidik yang dibuat didapati bahawa soalan nombor 1
ada 5 pelajar atau 17% memberi respon memuaskan, 15 orang atau 50% memberi respon
baik dan 10 orang atau 33% memberi respon sangat baik.
Bagi soalan 2, 3 dan 5 pula, pelajar memberi respon yang positif di mana seramai
8 orang menyatakan baik atau 27% dan 22 orang pelajar menyatakan sangat baik atau
73%.
Bagi soalan 4 dan 6, pelajar memberi respon memuaskan sebanyak 5 orang atau
17%, baik sebanyak 16 orang atau 53% dan sangat baik sebanyak 9 orang atau 30%.
Bagi soalan 7, pelajar memberi respon memuaskan sebanyak 3 orang atau 10%,
baik sebanyak 9 orang atau 30% dan sangat baik sebanyak 18 orang atau 60%.

25

Soalan 8 dan 9, pelajar memberi respon memuaskan sebanyak 2 orang atau 6%,
baik 8 orang atau 27% dan sangat baik sebanyak 20 orang atau 67%.
Bagi soalan 10, pelajar memberi respon yang baik di mana sebanyak 4 orang
memberi respon baik manakala 26 orang lagi atau 87% memberi respon sangat baik.

Jadual 4.5 : Pengiraan Dapatan Pelajar

Skala
Lemah
Sederhana
Memuaskan
Baik
Sangat Baik
JUMLAH

Purata

Kekerapan

Kekerapan

Responden
2.2
10
17.8
30

Relatif
2/30 = 0.07
10/30 = 0.33
18/30 = 0.60
1.0

Relatif (%)
0.07 x 100 = 7.00
0.33 x 100 = 33.00
0.60 x 100 = 60.00
100

Berdasarkan kepada Kekerapan Relatif (%), di dapati skala lemah dan sederhana
tiada, memuaskan sebanyak 7, baik sebanyak 10 dan sangat baik 60.
b)

Kesimpulan
Dengan ini bolehlah disimpulkan bahawa pelajar-pelajar suka dan dapat

meningkatkan nilai patriotisme jika guru-guru menerapkan perkara ini dalam P&P
terutama dalam mata pelajaran KH. Perkara ini boleh dilihat melalui jawapan pelajar
terhadap soal selidik yang dilakukan.
26

4.3.3

Temubual Berstruktur

a)

Dapatan daripada Temubual Berstruktur


Berdasarkan kepada borang temubual berstruktur didapati jawapan pelajar

majoritinya adalah seperti berikut :


Jadual 4.6 : Borang Temubual Berstruktur
Soalan
Adakah anda suka guru yang mengajar KH?
Suka
Adakah anda suka belajar mata pelajaran KH?
Suka
Adakah kesedaran patriotisme kamu meningkat jika

Jawapan

guru tidak menerapkannya dalam P&P?


Tidak
Adakah anda suka belajar jika guru menerapkan nilai
patriotisme dalam P&P?
Suka
Adakah anda bermotivasi untuk belajar KH?
Bermotivasi
Bagaimanakah dengan penguasaan anda dengan Baik
mata pelajaran KH?
Adakah anda suka membuat kerja rumah yang Suka
diberikan oleh guru?

27

b)

Kesimpulan
Berdasarkan kepada temubual ini didapati pelajar lebih suka jika guru dapat

menerapkan nilai patriotisme dalam P&P bagi mata pelajaran KH..

4.3.4

Pemerhatian

a)

Dapatan daripada Pemerhatian Berstruktur


Pemerhatian ini dilakukan oleh guru sebanyak 3 kali iaitu semasa awal rawatan,

pertengahan rawatan dan akhir rawatan.


Berikut adalah pemerhatian tersebut :
i)

Awal rawatan

Jadual 4.7 : Pemerhatian Awal Rawatan


Item
Memerhati tabiat pelajar kajian sebelum

Nota Pemerhatian
- Berbual-bual

guru masuk kelas.

- Berjalan-jalan

Memerhati tabiat pelajar kajian semasa

- Mengusik-usik rakan
- Sambil lewah sahaja kembali ke tempat

guru masuk kelas.


Memerhati apa yang pelajar buat ketika

duduk masing-masing
- Kurang mengambil perhatian

guru mengajar sebelum menerapkan nilai

- Berbisik-bisik

patriotisme
Memerhati perlakuan pelajar ketika guru

- Memberi perhatian seketika

menerapkan nilai patriotisme dalam P&P

- Kurang peka dengan nilai patriotisme

Memerhati tingkah laku pelajar semasa

- Melibatkan diri dalam p&p


- Menjawab soalan meski pun masih

28

menjawab soalan-soalan latihan.

ii)

kurang pasti

Pertengahan rawatan

Jadual 4.8 : Pemerhatian Pertengahan Rawatan


Item
Memerhati tabiat pelajar kajian sebelum

Nota Pemerhatian
- Berbual-bual

guru masuk kelas.


Memerhati tabiat pelajar kajian semasa

- Mengusik-usik rakan
- Cepat-cepat kembali ke tempat duduk

guru masuk kelas.

masing-masing

Memerhati apa yang pelajar buat ketika

- Mula memberi perhatian.

guru mengajar sebelum menerapkan nilai


patriotisme
Memerhati perlakuan pelajar ketika guru

- Mula memberi perhatian

menerapkan nilai patriotisme dalam P&P

- Tahu dengan nilai patriotisme

Memerhati tingkah laku pelajar semasa

- Melibatkan diri dalam p&p


- Menjawab soalan meski pun masih ada

menjawab soalan-soalan latihan.

sedikit rasa kurang yakin.

ii)

Akhir rawatan

Jadual 4.9 : Pemerhatian Akhir Rawatan


Item
Memerhati tabiat pelajar kajian sebelum

Nota Pemerhatian
- Membuat kerja mereka dengan tekun.

guru masuk kelas.

- Membaca buku

29

Memerhati tabiat pelajar kajian semasa

- Memberi hormat dan berkeyakinan untuk

guru masuk kelas.


Memerhati apa yang pelajar buat ketika

memulakan P&P
- Sentiasa memberi perhatian

guru mengajar sebelum menerapkan nilai


patriotisme
Memerhati perlakuan pelajar ketika guru

- Memberi perhatian

menerapkan nilai patriotisme dalam P&P


Memerhati tingkah laku pelajar semasa

- Mencatat nilai-nilai itu


- Menjawab soalan dengan penuh yakin

menjawab soalan-soalan latihan.

b)

Kesimpulan
Melalui pemerhatian yang dilakukan dari mula rawatan hingga akhir rawatan

didapati pelajar-pelajar mula berubah sikap dari sikap yang tidak peduli atau kurang
yakin dengan mata pelajaran Sains kepada sikap yang penuh yakin dan serius
mempelajari mata pelajaran ini.

30

BAB LIMA

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

RINGKASAN KAJIAN
Secara keseluruhan, kajian ini merupakan satu cara bagi mengenalpasti sejauh

mana penerapan nilai Patriotisme yang diajar oleh guru dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup terutama topik reka cipta dan teknologi dapat meningkatkan nilai patriotisma
pelajar..
Kajian ini amat diperlukan kerana belum ada kajian sebegini dijalankan
khususnya di Sekolah Kebangsaan St. Mary Town (M) Sandakan. Kajian ini diharapkan
dapat memberi satu gambaran terhadap penerapan nilai-nilai patriotisme dalam sesi p&p
dan seterusnya membantu guru-guru merancang sesi P & P yang lebih berkesan terutama
dalam meningkatkan nilai patriotisme dalam mata pelajaran KH..
Selain daripada itu, dapatan daripada kajian ini juga diharapkan dapat membantu
guru-guru melaksanakan p&p lebih efektif serta dapat menarik minat pelajar.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah gabungan. Kaedah tersebut

31

merupakan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan ke atas kelas Tahun 5
Sekolah Kebangsaan St. Mary Town (M) Sandakan. Sampel kajian adalah seramai 30
orang pelajar.
Dalam melaksanakan kajian ini, pelbagai jenis instrumen turut digunakan untuk
mengumpul data dan memperolehi dapatan kajian. Antara instrumen yang digunakan
ialah Ujian Pra dan Ujian Pos, Borang Soal Selidik, Borang Temubual Berstruktur dan
Borang Pemerhatian Berstruktur.
Data-data dari instrumen ini kemudiannya diperolehi daripada pelajar-pelajar dan
seterusnya dianalisis degan mengunakan kaedah statistik deskriptik.

5.2

PERBINCANGAN
Selain itu, hasil dapatan daripada kajian ini juga dapat memberi penyelesaian

kepada persoalan-persoalan kajian berikut :


a)

Bagaimanakah prestasi penguasaan murid-murid terhadap nilai-nilai

patriotik dalam mata pelajaran KH?


Prestasi penguasaan murid-murid terhadap nilai-nilai patriotik dalam mata
pelajaran KH telah meningkatkan pencapaian pelajar. Ini boleh dilihat melalui Ujian Pra
dan Ujian Pos. Hasil yang diperolehi daripada Ujian Pra dan Ujian Pos mendapati
bahawa bilangan pelajar yang lulus dalam ujian pos telah meningkat setelah sesi rawatan
dijalankan berbanding keputusan yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian pra. Purata
daripada ujian pra yang dijalankan hanya 9 orang pelajar yang bersamaan dengan 29%
sahaja yang lulus manakala purata ujian pos pula purata pelajar yang lulus ialah
sebanyak 25 orang atau 83%. Secara kesimpulanya, bilangan pelajar yang lulus telah
meningkat sebanyak 16 orang atau 54%. Ini membuktikan bahawa nilai-nilai patriotik
dalam mata pelajaran KH telah meningkatkan pencapaian pelajar. Ini bersesuaian
dengan apa yang dinyatakan oleh Stufflebeam (1985), menakrifkan penilaian ialah satu
proses menggaris, mendapat dan mengumpul maklumat yang berguna untuk objektif32

objektif keputusan. Penilaian juga dikaitkan dengan proses menggunakan maklumat


yang di dapati daripada pelbagai sumber untuk mencapai penghakiman nilai, yakni
memberi keputusan. Jadi melalui ujian pra dan pos ini ianya dapat memberi penilaian
dan seterusnya menjawab pada persoalan yang pertama ini.
b)

Adakah murid-murid berminat dan bermotivasi dalam mata pelajaran KH

setelah penerapan nilai-nilai patriotik dijalankan?


Berdasarkan kepada jawapan Borang Temubual Berstruktur didapati pelajarpelajar berminat dan bermotivasi mengikuti mata pelajaran KH dengan penerapan nilainilai patriotisme dalam P & P yang dijalankan oleh guru. Ini boleh dilihat dengan
jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar. Dapatan ini di sokong oleh Abdul
Rahim Abdul Rashid (2000), yang menyatakan bahawa pemilihan dan penggunaan
metodologi menimbulkan minat, bermotivasi serta menambah kemahiran pelajar.
c)

Apakah maklum balas murid-murid terhadap nilai-nilai patriotik yang

mereka perolehi dari mata pelajaran KH setelah penerapan nilai-nilai patriotisme


dijalankan.?
Berdasarkan kepada Borang Soal Selidik yang dijalankan, maklum balas pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran KH yang mana guru menerapkan nilai-nilai
patriotisme dalam sesi P & P mendapat respon yang positif . Melalui Kekerapan Relatif
(%), seramai 60% memberi maklumat balas sangat baik dan 33% menyatakan baik.
Dapatan ini amat bersesuaian dengan harapan kehendak Pusat Perkembangan
Kurikulum (2002), yang mengharapkan pelajar memiliki semangat patriotik yang tinggi
seperti bangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setia negara, berdisiplin, semangat
kekitaan dan produktif.
d)

Bagaimanakah tingkah laku pelajar dalam mata pelajaran KH setelah

penerapan nilai-nilai patriotik dijalankan?


Berdasarkan kepada Borang Pemerhatian Berstruktur, didapati tingkah laku
pelajar dalam mata pelajaran KH melalui perubahan yang amat baik di mana muridmurid menunjukkan tingkah laku yang positif terhadap mata pelajaran ini. Ini boleh
33

dilihat melalui pemerhatian pada awal, pertengahan dan akhir rawatan yang dijalankan.
Rujuk keputusan pemerhatian yang dijalankan.
Perubahan tingkah laku positif ini sebenarnya amat sesuai dengan kajian Aminah
Md Said ( 2003 ),yang menyatakan bahawa pelajar yang didedahkan dengan pelbagai
teknik dan kaedah P&P akan menarik minat, meningkatkan kemahiran serta meningkat
pencapaian akademiknya.

5.3

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Pada keseluruhannya, kajian sebegini seharusnya dilaksanakan pada peringkat

awal hingga ke peringkat akhir iaitu dari awal tahun hingga ke akhir tahun untuk
memperolehi dapatan atau hasil yang lebih tepat dan mantap. Pemahaman pelajar harus
dinilai setelah setiap sesi pengajaran dilakukan. Hasil dapatan kajian haruslah diperolehi
dan dianalisis daripada setiap ujian bulanan serta setiap peperiksaan untuk membentuk
kepercayaan. Di samping itu, kajian sebegini seharusnya dilaksanakan di beberapa buah
sekolah yang berada di kawasan yang berlainan untuk menunjukkan perbezaan dan
persamaan di antara sampel pelajar.
Adalah dicadangkan bahawa guru-guru KH seharusnya sentiasa peka dan
menerapkan nilai-nilai patriotisme ini dalam P&P. Penyeliaan dalam pihak pentadbiran
adalah perlu agar guru-guru sentiasa menerapkan nilai ini pada sesi P&P mereka.

34

BIBLIOGRAFI
Omardin Ashaari ( 1999 ). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
AL. Ramaiah ( 1999 ). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor.
Pusat Pekembangan Kurikulum( 2002 ). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Kemahiran
Hidup Tahun 5: Semakan Semula. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan ( 1996 ). Kamus Dewan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Lim Chong Lim, et al ( 2006 ). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Modul
OUM. Kuala Lumpur.
Zulkafli Ariffin, et al ( 2006 ). Pengenalan Pendidikan Kemahiran Hidup. Modul
OUM. Kuala Lumpur
Jurnal ( 2005 ). Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah. Kota Kinabalu.
Atan Long ( 1979 ). Fikiran-fikiran Tentang Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Aishah Abd. Rashid, et al ( 2006 ). Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 5.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

35

Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1989 ), Strategi Pengajaran Sejaah KBSM. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Aminah Md Said dan Ramanujan. Pembelajaran Koperatif: Pro dan Kontra. Dalam
5http://www.geocties.com/kump kon/koperatif.htm. Dicetak 2 Ogos 2003.
Temubual dengan guru Kemahiran Hidup, 17 Febuari 2009.

36

Anda mungkin juga menyukai