Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1

ISTANA MENANTI
Karya Abdul Latip bin Talib
TEMA
Konsep Tema
- Tema ialah idea utama atau persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang
dalam novelnya.
TEMA NOVEL ISTANA MENANTI
Semangat patriotik/cinta akan tnah air sekumpulan remaja yang sangat
peka dan ingin mengetahi sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang memiliki semangat
patriotik kerana sangat berminat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin
tahu yang mendalam tentang sejarah Istana Menanti. Dengan bantuan Tuk Ngah
mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar dan mendaki ke puncak
Gunung Datuk untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang
dikatakan penuh misteri itu.
PERSOALAN-PERSOALAN
Konsep Persoalan
Persoalan ialah idea atau isu-isu sampingan selain tema.
Persoalan berkait rapat dengan tema dan merupakan
persoalan sampingan kepada tema.
PERSOALAN PENTING DALAM NOVEL ISTANA MENANTI
1.

Persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan


Contohnya:
Meskipun terperangkap di dalam bilik raja, tetapi demi persahabatan dan
semangat setiakawan yang kukuh, Fadhil dan Ramasamy sanggup turun ke
dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari Ah Seng yang tidak
pulang kerana ditangkap oleh bekas pengganas komunis.

2.

Persoalan semangat bekerjasama dan bantu-membantu untuk


menyelesaikan masalah.
Contohnya;
Penduduk kampung telah bekerjasama dan membantu pihak polis dalam
gerakan untuk menangkap penjahat yang menculik Fadhil, Ramasamy dan Ah
Seng serta mencuri harta karun yang terdapat dalam terowong di Istana Menanti.

3.

Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga


Contohnya;
Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang akan anak-anak
mereka dan berasa risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
tidak pulang ke rumah. Mereka telah membuat laporan polis supaya anak mereka
dapat diselamatkan.

4.

Persoalan kesedaran dan minat golongan remaja terhadap sejarah


tanah air.
Contohnya;
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah
kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan
sejarah negara. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sangat berminat akan sejarah
tanah air setelah mendengar cerita daripada Tuk Ngah, lalu mereka bertiga
mengambil keputusan untuk mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan
peninggalan sejarah di Istana Menanti. Mereka juga mahu mendesak pihak
berkuasa untuk memulhara istana lama itu.

5.

Persoalan keberanian golongan remaja dalam menempuh cabaran.


Contohnya;
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan belukar dan mendaki
Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti
yang
telah
lama
ditinggalkan
dan
dikatakan
berhantu.
6. Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang
bangsa.
Contohnya:
Masyarakat di Kampung Ulu Seperi dan Rembau terdiri daripada masyarakat
pelbagai kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu. Masyarakat
kampung bekerjasama membantu Encik
Karim, Encik Leong dan Encik
Shanti Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di
Gunung
Datuk.
7. Persoalan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara
mistik.
Contohnya:
Masyarakat Melayu di kampung Ulu Saperi mempercayai bahawa Istana Menanti
berpuaka
dan
dihuni
oleh
makhluk
bunian.
8.
Persoalan
Keunikan
dankeistimewaan
bangunan
lama.
Contohnya:
Istana Menanti merupakan bangunan lamayang dianggarkan berusia 500 tahun
namun bangunan tersebut masih kukuh dan reka bentuk dan ukiran istana
tersebut sangat unik dan menarik

NOVEL ISTANA MENANTI : NOTA LENGKAP - GAYA BAHASA


a)

SINKOPE

(Pemendekan atau singkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih


suku kata)
Contoh :
tu (itu), nak (hendak), tuk (datuk), nek(nenek),dah (sudah)
-

Penggunaan dalam novel:


Benar kata kamu tu. Istana Menanti juga ada kaitan dengan sejarah
kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Kalau nak dengar
boleh tuk ceritakan Tuk Ngah pula menyampuk.
(halaman 9)
Kau nak pergi melihat istana lama itu? Tanya Nenek Timah
terperanjat.
Kenapa nek? tanya Ah Seng pula.
(halaman 12)
alhamdulillah, sekarang abang dah selamat sampai di sini.
(halaman 56)

b)

Bahasa Asing - Bahasa Arab

(Difinisi: Penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun, Inggeris, Jawa,


dan sebagainya)
-

Arab

Bahasa Arab contohnya,: Insya-Allah, Alhamdulillah,


Astagfirullahalazim
Contoh penggunaan dalam novel:

c)

Tanyalah apa-apa yang kamu nak Tanya. Insya-Allah, tuk akan


menjawabnya
(halaman 7)
Alhamdulillah, sekarang abang dah selamat sampai di sini.
(halaman 56)
Astagfirullahalazim kedengaran Khairil beristigfar panjang.
(halaman 74)

Peribahasa/simpulan bahasa

Contoh:

melepaskan hajat, memasang telinga


Orang putih, ada bakat, jalan keluar, senang hati

Contoh peggunaan dalam novel:


Dia mencari tempat yang difikirkan sesuai untuk melepaskan hajat.
(halaman 63)
-

.Dia memasang telinga mendengar perbualan mereka tetapi tidak


jelas..
(halaman 64)

d)

Bahasa Istana

(Difinisi: Penggunaan perkataan yang hanya diamalkan dalam kalangan


golongan istana seperti santap untuk makan, beradu untuk tidur, dan
bersiram untuk mandi. Baginda untuk ganti nama diri orang ketiga (beliau

/dia)

Contoh: bersiram, baginda, sultan


e)

Bahasa Minang

Contohnya: minang (menang), kabau (kerbau)


Contoh penggunaan dalam novel:
Di lubuk inilah tempat Sultan Mahmud Shah bersiram. Baginda suka
berenang dan bermain-main di sini. Kata Tuk Ngah.
f)

INVERSI
(Difinisi :

Penggunaan ayat songsang atau terbalik

Contoh: Terpaksa Fadhil menerangkan satu persatu(halaman 73)


Sepatutnya: Fadhil terpaksa menerangkan satu persatu.
Diadakan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk wira-wira
kampung itu dengan meriah
(halaman 104)
Sepatutnya: Majlis kesyukuran dan doa selamat untuk wira-wira
kampung itu diadakan dengan meriah.
g)
-

METAFORA
Contoh: melonjak keriangan,

h)

PERSONIFIKASI

Contohnya:
Berita itu telah menghilangkan rasa mengantuknya
angin malam yang berhembus perlahan
anak-anak ikan kelihatan berkejaran di dalam air

i)

SIMILE
(Definisi: Perbandingan menggunakan kata perbandingan seperti, bak,
bagai dan sebagainya)
Contoh: Berlagak bagai Tarzan, melentik seperti tanduk kerbau
Penggunaan dalam novel
Tengok kera dan burung-burung di atas pokok kayu itu semuanya lari
kerana mendengar suara aku,kata Ah Seng lagi sambil mengeluarkan
suaraberlagak seperti Tarzan yang dilihatnya dalam wayang.
(halaman 30)

j)

HYPERBOLA
(Unsur perbandingan yang berlebih-lebihan)
Contohnya: dihujani bom
Semasa serangan Jepun pada tahun 1945, kawasan Gunung Datuk pernah
dihujani bom tetapi istana itu tidak musnah.
(halaman 3)

PLOT
PERMULAAN
- Permulaan plot ialah sewaktu tiga orang remaja iaitu Fadhil,
Ramasamy dan Ah Seng berbual dengan Tuk Ngah di rumah Tuk
Ngah. Perbualan mereka berkisar tentang sejarah setempat
terutamanya tentang sebuah Istana yang lama ditinggalkan iaitu
Istana menanti.
Minat ketiga-tiga sahabat itu terhadap sejarah membuatkan
mereka ingin mendaki Gunung Datuk untuk melihat Istana Menanti
dari dekat.
.
PERKEMBANGAN
- Tuk Ngah bersetuju menemani ketiga-tiga sahabat itu ke puncak
Gunung datuk. Akhirnya mereka memasuki istana Menanti .
Fadhil. Ramasamy dan Ah Seng memasuki istana dan sampai
ke sebuah bilik iaitu bilik peraduan raja.
- Mereka terperangkap kerana pintu bilik itu terkunci dan gagal
mencari jalan keluar . Kemudian mereka menemui sebuah
terowong bawah tanah.Mereka menemui Khairil yang mendakwa
turut sama tersesat di dalam istana itu.
- Ah Seng telah ditawan oleh seorang pemuda.
Ramasamy,Fadhil dan Khairil turut dibawa ke tempat AhSeng
dan mereka dipaksa mengali tanah untuk mempercepatkan
proses mencari harta tersebut
KLIMAKS
- Klimaks novel ini bemula daripada penemuan harta yang digali
oleh Fadhil, Ramasamy , Ah Seng dan Khairil. Selepas harta itu
dijumpai kelima-lima lelaki itu meninggalkan Khairil, Fadhil dan
rakan-rakannya.
- Sarjan Mokhtar, beberapa anggota polis dan ornag kampung
melakukan gerakan mencari Fadhil dan rakan-rakannya. Kelimalima penjenayah tersebut diberkas ketika mengheret keluar peti
besi.
PELERAIAN
- Fadhil dan rakan-rakannya akhirnya ditemuiadhil, Ramasamy,
Tuk Ngah, Ah Seng dan Khairil di balai raya yang dihadiri oleh
Menteri Bear,ketua polis, guru besar dan orang akampung.
- Mereka diberi hadiah dan peristiwa itu tersiar di dalam akhbar

TEKNIK PLOT
1.Teknik Pemerian / penceritaan
- Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan suasana
waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap.
- Pengarang menyatakan tentang bilik peraduan raja.Pengarang
menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah
almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan
seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu

2. Teknik imbas kembali


Tuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy
dan Ah Seng tentang tiga oranag kegagalan tiga orang
pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk

3. Teknik dialog
- Perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di
dalam istana.
- Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil
sebenarnya.

4. Teknik saspen
- Pembaca tertanya-tanaya adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan
Tuk Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung datuk dan menemui
Istana menanti.
- Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik
peraduan raja.
- Pembaca juga tertanya-tanya siapa sebenarnya Khairil. Adakah
benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain.

5. Monolog dalaman
- Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya apabila
ditwan. Dia bersa cemas apabila melihat beberap orang
mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali
kubur untuknya

Anda mungkin juga menyukai