Anda di halaman 1dari 3

Novel Istana Menanti

Sinopsis setiap bab.

Bab 7
Mereka mencuba memasuki istana itu menerusi pintu tetapi tidak berjaya.
Mereka tidak berputus asa. Dengan bantuan dan tunjuk ajar Tuk Ngah, mereka
bertiga akhirnya berjaya memasuki istana itu menerusi tingkap. Tuk Ngah tidak
ikut sekali kerana mahu berehat. Mereka hairan melihat bahagian dalam istana itu
yang kelihatan seperti baru dibersihkan. Di dalam bilik raja, mereka menemui
bara kemenyan yang baru di bakar. Ukiran dalam bilik raja itu cukup hebat dan
mempesonakan mereka.
Tiba-tiba, pintu bilik tertutup. Mereka terkurung dan mencuba menolak
pintu itu dari dalam tetapi tidak berjaya. Fadhil menemui pintu ke sebuah
terowong yang tersembunyi di bawah sehelai tikar. Mereka masuk ke dalam
terowong yang berbau hapak dan menyeramkan itu. Terowong itu rupanya
bercabang dua. Tiba-tiba, mereka mendengar jeritan suara manusia dari arah
hujung terowong.

Bab 8
Mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik ke pangkal terowong dan
masuk kembali ke bilik raja. Namun masing-masing saling tertanya-tanya; suara
siapakah yang mereka dengar tadi. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang,
namun mereka buntu untuk mencari jalan keluar dari bilik itu. Tiba-tiba,
kedengaran bunyi orang berjalan dari arah terowong itu. Rupa-rupanya seorang
pemuda bernama Khairil Anuar, berusia dalam lingkungan 30 tahun turut
terperangkap dan tersesat dalam terowong itu. Dialah yang membakar kemenyan
tadi untuk menghalau nyamuk. Mereka masih buntu untuk mencari jalan keluar
dari bilik raja itu.

Bab 9
Semasa terperangkap dalam istana itu, mereka mencuba mengenali peribadi
Khairil dengan lebih dekat. Rupa-rupanya, Khairil ialah mahasiswa UPM yang
berminat untuk menulis sejarah Rembau dan Istana Menanti. Lantaran terlalu
letih, Khairil akhirnya tertidur. Tidak lama kemudian, Ah Seng diserang sakit
perut. Dia terpaksa masuk ke dalam terowong dengan berpandukan lampu suluh
untuk melepaskan hajatnya. Tiba-tiba, kepalanya dipukul lalu dia jatuh pengsan.
Apabila dia sedar, dia terasa kepalanya sakit dan berdarah.dia mencuba melarikan
diri tetapi gagal kerana kakinya terikat. Ada tiga orang lelaki sedang menggali
tanah di tepi terowong. Dua orang lagi sedang memerhatikan mereka bekerja.
Salah seorangnya berusia 80-an. Mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang
pembebasan tanah air. Menurut mereka, ada harta rampasan tentera jepun yang
ditanam di situ sebelum mereka melarikan diri ke China. Mereka mahu

mendapatkan semula harta itu bagi meneruskan perjuangan untuk membebaskan


tanah air. Mereka bercadang mahu menggunakan tenaga Ah Seng dan kawankawannya untuk menggali nharta yang tertanam di situ.

Bab 10
Fadhil kian gelisah menanti kepulangan Ah Seng. Jam sudah menunjukkan pukul
enam petang. Dia mulai teringatkan ibu bapa mereka yang pasti risau menanti di
rumah. Lalu dia mengejutkan Khairil dan Ramasamy yang sedang tidur. Mereka
masuk ke dalam terowong untuk mencari Ah Seng. Hanya sebelah kasut Ah Seng
dan kesan-kesan tapak kasut yang mereka temui. Lantas mereka terus menyusuri
terowong tersebut. Tiba-tiba, mereka terserempak dengan beberapa lelaki yang
tidak dikenali. Mereka menyerah diri kepada kumpulan lelaki yang bersenjata itu
lalu dibawa ke tempat Ah Seng ditahan. Mereka berempat dipaksa menggali harta
yang tertanam dengan menggunakan cangkul dan pongkes.

Bab 11
Hari hampir senja. Encik Karim, bapa Fadhil semakin risau. Selepas solat
maghrib, dia pergi ke rumah Encik Leong, bapa kepada Ah Seng. Encik Shanti,
bapa kepada Ramasamy juga datang mengadukan hal yang sama. Merka sangat
risau kerana ketiga-tigaorang anak masing-masing masih belum pulang. Nenek
Timah juga datang mengadu tentang Tuk Ngah yang belum pulang. Berita
kehilangan mereka berempat cepat tersebar ke seluruh kampung Ulu Seperi. Pak
Busu pula memberitahu tentang pertemuannya dengan beberapa orang pelancong
yang kelihatan mencurigakan pagi tadi. Lantas Pak Senik mencadangkan agar
perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.
Sarjan Mokhtar yang menerima laporan itu mengarahkan agar gerakan
mencari dilakukan pada malam itu juga. Hanya orang lelaki dewasa dibenarkan
menyertai gerakan mencari tersebut. Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan.
Kira-kira dua jam kemudian merekas berkumpul di istana lama di puncak bukit
itu. Masing-masing berasa kecewa kerana gagal menemui tiga sekawan dan Tuk
Ngah. Gerakan mencari terpaksa ditangguhkan pada keesokan harinya
memandangkan hari sudah larut malam.
Sebaik-baik sahaja hendak meninggalkan kawasan istana, tiba-tiba Tuk Ngah
muncul dalam keadaan termengah-mengah. Menurut Tuk Ngah, ketika budakbudak itu masuk ke dalam istana, dia berehat di luar sebelum tertidur kerana
keletihan. Apabila tersedar, dia melihat beberapa orang asing sedang mencuba
memecah masuk ke dalam istana. Curiga dengan tindakan mereka, Tuk Ngah
bersembunyi di dalam belukar berhampiran. Dia tidak berani keluar kerana
mereka bersenjata dan salah seorangnya berkawal di hadapan istana.
Apabila pengawal itu tidak ada di situ, Tuk Ngah naik ke istana untuk mencari
mereka bertiga tetapi tidak berjumpa. Tuk Ngah yakin, budak-budak itu berada di
dalam terowong yang gelap itu.
Justeru, Sarjan Mokhtarsegera mengarahkan orangnya mengepung istana itu.
Beberapa lagi telah ditugaskan memasuki terowong untuk menyelamatkan

mangsa. Mereka bergerak dengan berhati-hati kerana khuatir kedatangan mereka


disedari oleh penjahat-penjahat tersebut.

Bab 12
Mereka berempat dipaksa menggali tanah untuk mencari harta yang tertanam itu.
Mereka khuatir akan dibunuh oleh penjahat-penjahat tersebut. Rupa-rupanya,
penjahat-penjahat itu merupakan pengganas komunis yang ingin meneruskan
perjuangan mereka. Tiba-tiba, cangkul Fadhil mengenai sebuah peti besi yang
tertanam. Para pengganas komunis segera mengeluarkan peti tersebut dan
mendapati harta tersebut masih selamat tersimpan di dalamnya. Mereka berempat
ditinggalkan dalam kegelapan, manakala para pengganas tersebut mengheret peti
besi berisi harta karun keluar dari terowong. Lima orang pengganas bersenjata itu
tidak sedar pergerakan mereka sedang diperhatiakan oleh polis. Tiba-tiba, mereka
diserbu oleh pihak polis dan senjata mereka dirampas. Setelah disoal siasat, pihak
polis segera menyelamatkan mereka berempat yang masih berada dalam
terowong.

Bab 13
Pada pagi Jumaat, Khairil, Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy menziarahi Tuk
Ngah. Tuk Ngah mengakui mengenali Dolah, iaitu ketua pengganas komunis
yang ditangkap tempoh hari. Tuk Ngah juga bercerita tentang sejarah penubuhan
MPAJA atau komunis dan ancamannya terhadap keselamatan Negara. Mereka
berlima berjanji akan bertemu lagi di majlis kesyukuran yang akan diadakan pada
sebelah malam.

Bab 14
Majlis kesyukuran dan doa selamat telah diadakan bagi meraikan mereka berlima
dan pihak polis yang telah menumpaskan sekumpulan pengganas komunis. Kirakira seribu orang yang terdiri daripada penduduk tempatan dan para jemputan
hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Ketua polis daerah Rembau dan
Menteri Besar Negeri Sembilan memuji mereka berlima, pasukan polis dan orang
ramai yang telah bekerjasama memberkas pengganas.

Anda mungkin juga menyukai