Anda di halaman 1dari 3

GENERAL VIEW ABOUT MUSLIM STUDENTS IN KYUEM

Ada beberapa tajuk yang disenaraikan oleh syumul yang menarik untuk ditulis
dan di post di blog muscom, dan akhirnya saya memilih tajuk ini. Walaupun
saya rasa tajuk ini bakal mencetuskan kontroversi tapi tajuk-tajuk lain adalah
lebih berat seperti islamphobia, islamic intervention in politics and etc kalau
ditulis mungkin lebih mencetuskan kontroversi...
Frankly speaking, saya ni bukan baik sangat untuk menulis pasal orang
lain.But, please be open minded, sebabnya perkara ini berlaku di sekeliling
kita, jadikan ia pengajaran untuk diri kita,nasihat untuk saya jugak...Awal-
awal lagi Haq dah warn saya, ”kau jangan kritik teruk sangat”.I ll try not to
be bias, saya akan tulis sebagai seorang hamba Allah, seorang pelajar kyuem,
seorang senior,dan seorang ’pemerhati’ bukan seorang muscom, sc atau lain2
kelab yang ada...
On very first time aku jejak kaki ke kyuem, agak culture shock tetapi
suasana sebegini memang sudah kujangka. Semua U, kolej atau mana2 ipt
memang begini rupanya. Secara jujurnya, pendapat saya megenai student
kyuem sebelum sampai sini ternyata agak meleset. Student di kolej ini tidak
lah seteruk atau se’social’ seperti yang saya dengar, yang saya anggap atau
yang dibaca. Sebelum ni saya ingat tidak ada langsung persatuan islam, mesti
kaki2 surau mesti sikit sangat, al maklumlah kolej swasta,pelajar A level,nak
pergi UK..,..majority pelajar aadalah dari sbp, mrsm,dan minority dari sekolah
agama,sekolah swasta dan SMK seperti saya ni.
Sebagai junior ketika itu,lihat saja di kalender kyuem, saya
terkejut,agak banyak juga event Islamic yang tersusun sepanjang semester
termasuklah ’Islamic Aspiration Week’ dan banner yang menarik perhatian
telah digantung seminggu awal sebelum event. Hebat! Diluar jangkaanku.Siap
ada countdown lagi, dan disitulah saya mengenali Muscom. Bukannya apa,
masih tak dapat lupakan Bacth Anniversary yang juga mengejutkan. Gelap-
gelita, menari terkinja-kinja,terangkat baju apa semua,tarian menggoda yang
menjuling mata,music kuat gila...habislah saya nak habiskan 2 tahun di sini.
Persoalannya, ramai ke yang nak pergi event islamic,IAW tu?Hem, bila hari
yang sebenar tiba, actually ramaila jugak,non muslim pun datang =). Barula
saya mendapat gambaran yang sebenar. Tak kirala walaupun sesetengah tu
yang nampak sosial di luar,tapi kalau ada event islamic akan tetap
diimarahkan.(bukannya apa, sebab ada house competition,ops sorry). Begitu
juga dengan surau. Walaupun, pergi ke surau bukanlah wajib seperti di asrama
dulu, tetapi jumlah yang pergi alhamdulillah,memuaskan. Dulu kalau di sekolah
’memuaskan’ adalah gred c. Terutamanya waktu maghrib dan isyak, ramai yang
datang. Zohor pun ramai, sebab malas nak balik chalet. Subuh? =( cukuplah
lambang ini yang menggambarkannya,takut terlebih kritik. Asar ok je lagipun
selepas asar sekarang ni ada pengisian,kalau muslimin ada tazkirah dan majlis
fikir bagi muslimat pula bacaan maathurat,tazkirah dan majlis fikir menjadi
rutin harian. Sekarang ni semua class habis pukul 4.10, alhamdulillah
semuanya sempat dilakukan. Usrah? Ramai yang datang terutama tajuk yang
hot, dan bila pendekatan yang bijak dilakukan.
Sudah penat memuji di atas, tibalah masa untuk...Hem, maaf kalau
tersalah, sebab saya bukan lelaki yang selalu menjadi jemaah solat jumaat.
Every Friday muslimat will perform solat zohor at tv room(saja nak
promote),lepas habis solat buka saja pintu, alamak ada muslimin. They were
walking to musolla. It sounds good, but what actually amazed me was it was
already 1.40. Bilanya mereka ni dengar khutbah?rukunkan?hem…tak perlulah
nak elaborate lagi...Nanti dikata, memburukkan bangsa sendiri.
Isu couple berdating dan bertenggek di kaki lima di kalangan
muslim...hem, alhamdulillah dah makin berkurang agaknya. Mungkin muscom
dah berusaha menangani masalah ni dengan sokongan puan.Rog, warden dan sc.
Di kalangan non muslim pun ada, harus juga ditegur kalau ada yang malampaui
batas(saya pernah terlihat). Banyak lagi yang ingin dibongkarkan mengenai hal
ini tapi tak perlulah, takut disuruh buat blog sendiri. Inikan blog rasmi.
Keistimewaan pelajar di kolej ini, mereka saling memberi sokongan
pada event perayaan lain-lain kaum. Hari raya, Moon Cake
Festival,Deepavali,Christmas penuh je orang. Pada suatu hari, ada sebuah
event pertandingan band2 di kolej memadu suara. Dan hari tu juga kelaziman
bagi Mr Zaidi(ustaz zaidi =) memberi ceramah di surau,istimewanya hari tu
beliau membawa rakannya yang arif bagi tajuk Miracle of Quran. Poster
mengenai tajuk istimewa tersebut ditampal. Lalu kedengaran suara2 yang
mengatakan persatuan M buat event lain untuk halang orang ke event yang di
dewan tu. Mungkin mereka yang berkata itu tidak menyedari aktiviti lazim di
surau, tak apalah maafkan mereka. Lain kali selalu ye pergi surau...=)Uniknya
tahun ini, persatuan M yang dikatakan bakal ’ban’ event di dewan tersebut,
selepas solat isyak turut pergi ke dewan menyaksikan pertandingan. Hem,
termasuklah Mr.21. Terkejut juga aku dibuatnya. Mungkin mereka ada misi
sendiri. Tapi masalahnya, adakah orang yang menjayakan event di dewan
tersebut turut ke surau mendengar ceramah tersebut. Bukankah kita saling
memberi support antara satu sama lain. ? =)
In conclusion, bagi saya Muslim di kyuem merupakan golongan remaja
yang bijak yang mempunyai pegangan akidah yang kuat. Bagi golongan lelaki,
walau nampak sosial tapi musolla tetap tidak ditinggalkan. Alhamulillah...moga
diteruskan hingga ke uk... bersamalah kita menjalankan amar makruf nahi
mungkar, berpesan2 ke arah kebenaran dan berpesan2 ke arah kesabaran.
Prevention is better than cure. Maaf kalau ada kesalahan di atas,yang baik
datang dari Allah, yang sebaliknya juga dariNya tetapi dizahirkan oleh
kelemahan saya. Ini hanya pandangan dari seorang hamba Allah yang lemah,
yang masih lagi mencari cinta dan keredhaan tuhannya. Kelemahan di atas
turut ada pada saya. Saya dahulukan dengan ucapan maaf dan terima kasih
atas kritikan dan komen kepada tulisan ini.. Wallahualam...

By Hamidah Jamaludin

Anda mungkin juga menyukai