Mukaddimah ~~~(Kandungan)
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan
titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap
Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya
merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang
mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan
tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara
menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari
mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia.
Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa
sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan.
Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi
pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.
Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan
kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah
kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung
kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
~~~
Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi
hikmah. Antaranya ialah :
1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak
mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar
ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan
berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiaptiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan
kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit
begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain
membaca Al-Quran atau Yasin.
3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.
~~~
1.
5. Rapatkan mulutnya.
6. Ikat dagunya dan simpul di atas
ubunnya.
7. Luruskan kakinya.
8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9. Letakkan di tempat yang tinggi.
10. Hadapkan ke Qiblat.
~~~
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh
sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak
seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung
atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
~~~
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau
warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan
tersebut untuk menguruskannya.
~~~
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau
pengesahan dari doktor.
~~~
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
~~~
~~~
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air
bersih.
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu
bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan
wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat
wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
~~~
Keenam :
~~~
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus
dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau
boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah
dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian
tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau
atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas
dan bersih.
2. Rukun Solat Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya
dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan
iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana
Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana
Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu
kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi makmum kerana Allah Taala"
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu
kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
Membaca lafaz :
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana
Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi
Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas
keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c.
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :
"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia.
Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia
dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang
bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan
gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya
dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."
d.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada
kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah
mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-
orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke
kiri