Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas

: Pendidikan Moral Tahun 3

2. Nilai / tajuk

: Kerajinan / _______

3. Masa

: 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4. Standard Pembelajaran : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4,


5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat:
Penaakulan Moral
: i. menyatakan 3 cara bersikap rajin di sekolah.
ii. menyatakan 3 kepentingan bersikap rajin di sekolah
Perasaan Moral
:
berasa gembira apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan Moral
:
menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari
gambar-gambar
kerajinan dari internet.
6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai kerajinan dalam tahun
2.
7. Teknik : Bercerita
8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Set induksi:
Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita.
Guru mengajukan beberapa soalan.
Langkah 1:
Menjana idea murid dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambargambar tersebut.
Menjana idea murid dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai
dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
Guru menjelaskan nilai kerajinan.
Langkah 2:
Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.
Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman
murid terhadap cerita tersebut.
Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan
kepentingan bersikap rajin.
Langkah 3:
Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan
kerajinan di sekolah.
Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut dan
menyatakan kepentingan bersikap rajin.
Penutup:

Guru membuat kesimpulan dari hasil dapatan murid.


9. EMK:
i.
ii.

Kreativiti menjana idea, sumbangsaran


TMK - Menggunakan internet

10. Bahan Bantu Mengajar:


Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja.
11. Penilaian P dan P:
i.
lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid dari internet
iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin
12. Refleksi
i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai