Anda di halaman 1dari 13

Soalan Tugasan:

Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada salah laku/tingkah laku bermasalah


pelajar di sekolah.
Discuss the factors that contribute to the misbehavior of learners in schools.

FAKTOR-FAKTOR MENYUMBANG SALAH LAKU PELAJAR DI SEKOLAH


1.

Pendahuluan
Masalah disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah merupakan satu perkara yang
mencabar dan membebani semua pihak terutamanya ibu bapa masa kini. Pada
lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar

kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak
dan seumpamanya. Namun, sikap yang semakin ekstrem menyebabkan mereka
semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma
masyarakat dan undang-undang negara.
Pelajar yang diusia remaja sering dikaitkan dengan masalah disiplin walaupun
daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai
potensi diri yang cemerlang. Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana
pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang
kebanyakannya menjerumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan
pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga
menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil.
Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur
dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru
adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajar-pelajar berada di
sekolah. Manakala, ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajarpelajar berada di luar sekolah.

2.

Definisi Tingkah Laku Bermasalah


Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku
yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.
Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku distruktif, tingkah laku
disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini
akan menjadi lebih berbahaya yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan
sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.

Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari
konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan
kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada
tingkah laku bermasalah semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku
bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif.
Mohd Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai
tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku bermasalah
boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai
dan norma sosial masyarakat, tidak kira dalam kehidupan bermasyarakat atau
termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang
lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya
dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan
pedalaman mahupun bandar.

3.

Jenis-jenis Salah Laku


Terdapat tiga kategori kesalahan disiplin iaitu:
i)

Kesalahan Berat (Kategori A)

ii)

Kesalahan Sederhana (Kategori B)

iii)

Kesalahan Ringan (Kategori C)

3.1

Pengertian Salah Laku Berat


Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan
seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada
seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan

yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau
pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan
kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.
Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya
yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh sungguh
pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu
ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh
dibuang sekolah.
Kesalahan berat yang melibatkan undang-undang negara, Pengetua, Guru
Besar dan guru yang diberi kuasa DIMESTIKAN melaporkan kejadian tersebut
kepada pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan segera. Di antara jenis-jenis
kesalahan yang serius adalah seperti berikut :
1)

Membunuh/menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian

2)

Pengedaran dadah berbahaya

3)

Mengugut /Pemerasan

4)

Rogol / Mencabul kehormatan

5)

Gaduh berkumpulan/ dengan senjata api /Merusuh

6)

Memiliki /Menggunakan senjata api / bahan letupan

7)

Mendatangkan cedera parah

8)

Menculik

9)

Membawa / mengedarkan bahan-bahan lucah

10)

Samun / merompak / mencuri

11)

Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.

3.2 Pengertian Salah Laku Sederhana


Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman Sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan kemudahan
kepada diri atau murid lain atau pihak lain.

Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh


murid itu melakukannya dan boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain maka
lebih tinggi pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung
persekolahan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak
setimpal dengans salah lakunya.

3.3 Pengertian Salah Laku Ringan


Salah laku ringan adalah kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti
mana yang dibekalkan dalam Pekeling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak
dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah, berkeliaran
(loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.
Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah
laku dilihat sebagai kurang dikenakan hukuman lebih berat lagi. Namun, sekiranya
lebih kerap kesalahan berlaku maka lebih tinggi pulalah hukuman yang patut
diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga. Beratnya hukuman yang dikenakan
hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

4.

Faktor-faktor Menyumbang Salah Laku Pelajar


Mengikut penulisan Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd Rahman (1981), faktor
besar yang menyebabkan masalah disiplin ialah faktor kewangan, faktor persekitaran
dan faktor sekolah. Manakala, menurut Mohamed Kamil Hassan pula faktor-faktor
yang menyebabkan kelemahan disiplin di sekolah ialah sikap pelajar-pelajar, faktor
kekeluargaan, faktor persekolahan, faktor seluruh dunia dan faktor sosial.
Masalah disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak
puncanya. Berikut adalah faktor-faktor masalah disiplin yang menyumbang salah laku
di kalangan pelajar.
1) Faktor Diri Pelajar

Menurut Duke (1980), menyatakan bahawa setiap individu itu bertanggungjawab


di atas perlakuan sendiri. Pelajar-pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin
kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh
dari luar iaitu apa yang dikatakan sebagai the potential influence of the students
free will. Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah
sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan
mereka telah menyalahi peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting
dalam hal pelajar-pelajar melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin.
Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil
neurotic atau psychotic iaitu gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat
salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada
pelanggaran peraturan di sekolah. Pelajar-pelajar yang lemah belajar dan gagal
berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk
belajar. Apabila pelajar-pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang
tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar
tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas
di hati mereka.

2) Faktor Ibu Bapa atau Keluarga


Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi asas utama perkembangan
remaja. Oleh sebab itu keadaan keluarga memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan keperibadian pelajar. Kualiti kehidupan rumahtangga memberi kesan
kepada kualiti tingkah lakunya. Rumahtangga yang aman damai, melahirkan anak
remaja yang berperibadi normal yang corak dengan norma-norma masyarakat dan
seimbang rohani dan jasmani. Rumahtanggga yang retak, bergelora dan porak
peranda akibat daripada konflik, perceraian, kematian ibu bapa atau sebagainya

merupakan punca yang meninbulkan remaja bermasalah dan abnormal, iaitu


tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat.
Menurut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan
peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang
ini, maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Ivor Morrish (1975) pula
menambah dengan mengatakan bahawa penyeliaan keluarga itu tidak cukup
setakat mengenakan beberapa peraturan yang perlu diikuti sahaja. Ibu bapa harus
menolong anak-anak supaya layak memasuki masyarakat mereka. Keadaan dan
suasana dalam keluarga memang boleh mempengaruhi perkembangan emosi
pelajar-pelajar.
Faktor kemiskinan serta kekurangan kemudahan di rumah juga menjadi
punca kepada masalah disiplin pelajar. Hussein Mahmood (1980) mendapati
bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah
yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Ini pula ada kaitannya dengan masalah
disiplin kendiri dan mungkin dengan masalah psikologi.

3) Faktor Masyarakat
Pengaruh sosial dan kebudayaan merupakan peranan yang amat besar dalam
menentukan tingkah laku para pelajar masa kini. Sikap tidak kisah pada
persekitaran menyebabkan urusan keselamatan harta dan nyawa masyarakat
diserahkan kepada polis dan mahkamah sepenuhnya. Apabila berlaku jenayah,
anggota masyarakat tidak mahu ambil tahu dan tidak melakukan sebarang tindakan
membenteras seperti sekurangkurangnya menelefon polis. Sikap individualisme
menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas remaja.
Kes jenayah berat seperti melepak dan memusnahkan harta benda awam,
mencuri, menagih dadah dan merogol lebih banyak berlaku di kawasan rumah
pangsa bertingkat berbanding kawasan rumah teres satu tingkat (Ahmad, 2001).
Dipercayai mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini berisiko tinggi dengan

aktiviti gengster. Tambahan pula, sebilangan remaja menyertai kegiatan gengster


kerana tahap keganasan dan aktiviti geng di tempat mereka tinggal adalah tinggi
dan sudah berakar umbi.
Untuk membina generasi cemerlang melalui konsep kejiranan dan
masyarakat penyayang memerlukan masa yang agak lama iaitu sekurangkurangnya dalam tempoh tiga tahun. Dalam tempoh masa yang agak lama itu,
ianya mampu membolehkan remaja menjadi liar dan jahat dalam tempoh kurang
daripada tiga hari sahaja. Tiga hari memadai bagi menjerumuskan remaja ke
lembah gejala sosial, kejahatan dan kehinaan.

4) Faktor Sekolah
Sekolah ditubuhkan untuk mendidik pelajar dengan cara yang tersusun dan teratur.
Ianya diharap dapat berfungsi dengan baik bagi memberi pendidikan secara total
iaitu menyampaikan ilmu, membentuk akhlak dan mengembangkan akal. Namun
sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dan
kekurangan sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan. Ini menyebabkan ianya
tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan pelajar.
Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang
utama bagi para pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan dalam
melaksanakan meritokrasi. Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas
hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan
mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan.
Persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan meimbulkan
keadaan tidak berdisiplin kerana pelajar-pelajar akan menentang kawalan ketat ini
dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak
bersopan, berbohong dan juga menentang guru. Jika guru terlalu garang hingga
pelajar terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi
perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah.

Bagi sekolah-sekolah yang mengenakan kadar hukuman deraan yang


tinggi akan mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah-sekolah
yang lain. Ini kerana hukuman deraan tinggi lebih banyak menimbulkan rasa
kecewa dan tidak mendatangkan kesan yang baik malahan sebaliknya
menggalakkan lagi masalah tidak berdisiplin.
Tingkah laku pelajar-pelajar melakukan vandalism di antaranya ialah
mahu membalas dendam pada pihak sekolah. Ini kerana mereka suka melihat harta
benda sekolah hancur, hendak menunjukkan kekuatan dan keadaan mereka selalu
terbiar tanpa pengawasan pihak guru. Kelemahan yang jelas di sekolah yang
menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi
kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah
tanggung jawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini
menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak
menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.
Pelajar-pelajar nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas
melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana
mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas
mereka. Malah, pelajar-pelajar ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak
disukai. Selain daripada itu keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang
kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka.

5) Faktor Perkembangan Sains Dan Teknologi


Pelajar hari ini hidup dalam masyarakat yang mengalami perkembangan sains dan
teknologi yang hebat. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi informasi,
telekomunikasi, angkasa lepas dan sebagainya. Perkembangan teknologi ini
menyumbang kepada perubahan terhadap kehidupan fizikal manusia yang
merubah pula kehidupan sosial mereka. Setiap individu sibuk dengan hal diri

masing-masing sehingga tiada masa untuk berhenti bertanya khabar. Lantaran itu,
ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan menjadi longgar, sikap individualistik
muncul dan menebal, nafsu kebendaan semakin kuat dan ciri-ciri adat resam kian
terhakis.

6) Faktor Media Massa


Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan
pada zaman ini. Kewujudan radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon,
papan iklan dan pelbagai jenis media cetak dan elektronik yang memaparkan
beraneka bentuk informasi, berita dan mesej. Ini mewujudkan satu masyarakat
global tanpa sempadan yang dapat didengar dan dilihat serta merta. Penayangan
filem-filem yang berlatar belakangkan budaya asing (barat), adegan ganas dan
panas, segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan dapat mempengaruhi tingkah
laku serta meningkatkan salah laku di kalangan pelajar.
Penonjolan budaya negatif yang berleluasa dalam media massa ini
mempengaruhi perkembangan remaja di mana mereka terikut-ikut dengan apa
yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dilihat dan didengar itu bertentangan
dengan nilai-nilai agama, adat dan budaya mereka sendiri.
Para pelajar kebanyakannya mengikut budaya yang negatif yang akhirnya
menimbulkan pelbagai salahl aku yang tidak seiring dengan kehendak masyarakat.
Salahlaku tersebut termasuklah berpakaian tidak senonoh, kelakuan kasar dan
biadap, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpa nikah, melacur dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kecelaruan tingkah laku di kalangan remaja
serta keruntuhan moral dalam masyarakat kian merebak.

7) Faktor Kerajaan
Kelonggaran penguatkuasa undang-undang tertentu menyumbang sedikit faktor
masalah disiplin. Badan yang hampir dan berkait rapat dengan disiplin pelajar
9

ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat


Pelajaran Daerah. Isu menghukum pelajar bersabit kesalahan disiplin semakin
menjadi rumit, bila pihak keluarga pelajar mencampuri hal dalaman sekolah. Ibu
bapa sanggup menyaman pihak sekolah dan kerajaan kerana terlalu emosi dan
sensitif anak-anak mereka dihukum walaupun garis panduan telah termaktub.
Kerajaan telah mengambil langkah atau pendekatan yang terbaik untuk
tidak memburukkan lagi keadaan antara pihak keluarga pelajar dengan pihak
sekolah. Hanya Penolong kanan, guru besar dan guru disiplin sahaja yang boleh
merotan pelajar atau menjatuhkan hukuman atas kesalaanh disiplin. Guru-guru lain
tidak dibenar bertindak sendirian tanpa kebenaran dari pihak pentadbir. Punca
kelonggaran peraturan ini yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian maka guru
tidak perlu ambil berat dan pelajar tidak takut menghadapi masalah jika berdepan
dengan guru biasa ini.

8) Faktor Kemewahan
Generasi pelajar sekarang hidup dalam zaman kemewahan yang tidak pernah
dirasai oleh generasi terdahulu. Ramai pelajar yang dibesarkan dalam keadaan ini
dan tidak pernah merasai keperitan hidup dan kesusahan mencari wang seperti
yang dialami oleh ibu bapa mereka. Segala keperluan diperolehi. Mereka tidak
perlu memikirkan masa depan. Situasi ini menimbulkan kesan yang kurang
menyenangkan kerana ia mewujudkan golongan pelajar yang hidup dengan gaya
mewah seperti berpakaian rugged, memiliki kereta atau motosikal, merokok dan
sebagainya.
Remaja muncul dengan budaya sendiri yang mementingkan status dan
prestij. Mereka bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam kumpulan. Dalam
keadaan demikian para pelajar akan berbuat apa sahaja untuk menempa nama
sehingga sanggup menipu atau menjual maruah.

10

Kemewahan hidup menimbulkan peluang untuk pelajar atau remaja


berseronok dan bersenang-senang. Mereka tidak payah memikirkan masa depan
untuk belajar ataupun mencari pekerjaan untuk masa depan. Ini bermakna mereka
mempunyai masa untuk berpeleseran, berfoya-foya dan seumpamanya. Ekoran
dari itu wujudlah salah laku seperti lepak, perlumbaan kereta dan motosikal haram,
bohsia dan lain-lain.

5.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini
adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam alam persekitaran. Proses
pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan
remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting
lagi justeru meningkatnya kadar perceraian. Ibu bapa bertanggungjawab untuk
mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga,
agama dan bangsa.
Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing.
Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan
sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka
rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan
dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru
disiplin dan kaunselor amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan
pelajar remaja kita.

RUJUKAN

11

Atkinson.R .(1990). Introduction to Psychology. New York: Harcourt Brace


Jovanovich Publishers.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
PTS Publication Sdn. Bhd.
Gragey, William, J. (1970). The Psychology of Disciplines in the Classroom. London:
The Macmillan Co.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai Johor Darul
Tazim : Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (komponen 1 dan 2) Sekolah
Rendah Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
and Bhd.
Mok Soon Sang (2006). Siri Pendidikan PTK, Bah 1 : Kompentasi Umum, Multimedia
Es. Selangor : Resources Sdn. Bhd.
Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden.
PTS. Bentong, Pahang : Professional Publishing Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai