Anda di halaman 1dari 6

RUSHANA BTE SULAIMAN@ABD RAHIM

GRU6014
TAJUK :
EKPLORASI MARK MAKING DARIPADA UNSUR ALAM SEBAGAI ALTERNATIF
DALAM PROSES KARYA SENI CETAKAN

ABSTRAK

Seni cetak adalah salah satu dari cabang dalam teknik penghasilan karya seni dalam bidang Seni Halus.
Seni Cetak juga adalah satu cabang yang sangat memerlukan disiplin yang tinggi. Penyelidikan yang
berteraskan praktikal ini bermatlamat untuk menghasilkan karya seni cetak yang menggunakan bahan
alternatif selain dari penggunaan kayu papan lapis atau linoleum yang biasa digunakan dalam penghasilan
karya seni tersebut. Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan bahan daripada unsur alam
semula jadi daripada jenis flora dan fauna.
Penyelidikan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teori dan praktikal. Teori akan
membincangkan tentang sejarah dan tradisi seni cetak (ekspresi idea) dan perkembangannya. Bahagian
praktikal pula berlakunya proses perkembangan idea, eksperimentasi penyelidik terhadap bahan utama
tadi dan seterusnya proses pensampelan untuk dijadikan karya seni cetak.
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengkarya seni cetakan
dalam penghasilan karya, kajian ini juga sebagai satu usaha untuk mengenali sifat bahan dan membantu
dalam penyediaan sesuatu karya.
Gabungan kaedah kajian kualitatif dan kajian studio praktis ini berdasarkan kepada pendokumentasian
dan kajian yang mendalam terhadap penerokaan kaedah mark making menggunakan unsur alam ini. Datadata yang dikumpul dalam bentuk jurnal, risalah, karya-karya seni cetakan tradisi yang dikaji, temu bual ,
nota lapangan, audio visual dan sebagainya dengan menumpukan fokus yang ditetapkan melalui batasan
kajian.
Terhasilnya penyelidikan ini diharap dapat meluaskan lagi sempadan kreativiti khasnya dalam
penghasilan karya seni cetak kreatif, dan bidang seni halus itu sendiri secara umumnya..

PENGENALAN

Seni Cetak adalah salah satu dari cara yang paling lama yang digunakan manusia untuk membuat ekspresi
tentang sesuatu bermula daripada usaha-usaha dalam membuat kesan atau jalinan ke atas sesuatu
permukaan. Kesan imej dari permukaan itu di salin ke atas kertas dengan menggunakan medium dakwat
sebagai bahantara imej dari permukaan (atau dipanggil blok dalam istilah seni Cetak ). Penghasilannya
yang bersifat indirect memerlukan pengalaman, kemahiran, ketelitian dan kesabaran yang tinggi bagi
memastikan kesan optimum yang diperoleh. Walau bagaimanapun, seni cetak menyalurkan kreativiti,
ekspresi individu pelukis, emosi serta soal estetika.

Menurut Mohamed Ali Abdul Rahman(1991), kebolehan kreativiti dan ekspresi kendiri merupakan
naluri dan gerak hati yang telah wujud dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan ke dunia. la merupakan
imej yang terpendam dalam pemikiran kanak-kanak. Ekspresi kendiri ini wajar dipupuk agar suatu
generasi yang lebih kreatif dan dinamik akan lahir dalam abad akan datang.

Melalui penyelidikan ini, penyelidik mengetengahkan persoalan dan pengkajian meluahkan ekspresi seni
melalui seni cetak dengan mendokumentasikan proses - proses pembentukan karya dari idea kepada karya
siap. Penyelidik juga membuat percubaan penggunaan unsur alam sebagai alternatif kaedah pengkaryaan
dalam proses penghasilan karya seni cetakan.

Tujuan kajian bukan untuk menidakkan penggunaan linoleum tetapi penyelidik cuba meluaskan lagi
sempadan penggunaan bahan yang boleh digunakan dalam konteks penghasilan seni cetak. Sebagai
pelajar dalam bidang seni cetak adalah menjadi kewajipan penyelidik untuk mencari sesuatu untuk
perkembangan seni cetak itu sendiri walaupun ia hanya membawa perbezaan yang kecil. Tajuk
pengkajian ini mungkin lebih bersifat kajian bahan dan penghasilan bentuk karya tetapi dalam konteks
seni halus, bahan juga berperanan dalam memberi maksud estetika. Oleh itu konteks pengisian makna dan
hubung kait dengan bahan dan penggunaan elemen seni dan prinsip rekaan tidak dapat dipisahkan. Soalsoal tentang keindahan, bentuk dan makna juga disentuh.

OBJEKTIF:

1) Mengenal pasti keberkesanan mark making sebagai medium dalam teknik cetakan.
2) Eksperimentasi bahan bukan tradisional dalam seni cetakan timbul
3) Mencari bahan lain sebagai permukaan cetakan yang sesuai sebagai alternative
penggunaan linoleum /kayu lapis yang di guna sekarang
4) Untuk merangsang psikologi penghayat seni dalam proses penghasilan karya
menggunakan unsur alam semula jadi.

PERSOALAN KAJIAN
1) Apakah permukaan mark making daripada persekitaran mampu menggantikan linoleum
2) Apakah kesesuaian bahan mark making pada kesan-kesan yang diperlukan dalam cetakan?
3) Bagaimanakah kaedah ini dapat memenuhi kriteria sebagai bahan alternatif kontemporari?
4) Adakah bentuk karya dan persembahan dapat berkomunikasi dengan masyarakat untuk
merangsang psikologi dan kesedaran penghayat?

KEPENTINGAN:
1) Mendokumentasikan untuk rujukan alternatif umum
2) Setiap satu pendekatan baru boleh diterima dalam seni cetakan dan tidak terikat dengan definisi
original print
3) Eksperimentasi teknik dan bahan bukan bergantung pada permukaan kertas sahaja tetapi
permukaan
4)

kepentingan inovasi dalam seni cetakan kreatif dan kontemporari dalam berkarya, tanpa
melupakan kefahaman pada teknik cetakan tradisi.

MASALAH KAJIAN:
Persoalan utama dalam penyelidikan ini adalah bagaimana tatabahasa tampak dari penggunaan bahantara
kontemporari dalam konteks seni cetak timbul dan cara persembahan karya yang dapat berfungsi dengan
berkesan
Terdapat beberapa perkara yang sering menjadi penghalang pada perkembangan seni cetak, iaitu dari segi
proses penghasilan. Dari aspek definisi proses penghasilan seni cetak kuat terikat dengan definisi cetakan
tradisional atau definisi original print.
Oleh itu masih berkisar tentang persoalan definisi yang sangat teknikal yang terlalu ketat akan
membantutkan kreativiti.
Eksperimen bahan dalam penghasilan karya cetakan kreatif kurang di beri perhatian antara bahan yang
diguna sebagai blok oleh printmaker adalah linoleum dan kayu papan lapis. Linoleum sangat sukar
untuk di dapati sekarang dan jika ada ia di jual dengan harga yang mahal.
Melalui pengamatan penyelidik linoleum mempunyai kesan pecah di bahagian tepi, setiap kawasan yang
dicungkil .ia juga mudah patah dan tidak tahan lama untuk disimpan. Papan lapis juga walaupun sudah
terbukti menjadi permukaan blok yang baik untuk satu jangka masa yang lama dan mempunyai kesan
jalinan yang menarik, namun papan lapis bukan jawapan kepada semua karya seni.
Adakalanya pengkarya tidak mahu kesan jalinan kayu yang ketara pada setiap karya seni. Oleh itu kajian
ini dilakukan untuk mencari alternatif pada persoalan di atas, terutama kepada penggunaan bahan-bahan
baru dalam pembinaan karya seni cetakan atau seni tampak kontemporari Malaysia, seterusnya dapat
menyumbang ke arah pendekatan yang positif, selain mengembangkan lagi sempadan definisi dan
eksplorasi bahan dalam seni cetakan kreatif ini
SKOP:
Penggunaan mark marking sebagai bahantara permukaan hasil karya dalam cetakan timbul

KAEDAH PENYELIDIKAN
Menurut Dr. Dzul Haimi Md Zain,dalam pembentangan kertas kerja beliau "Kaedah Penyelidikan dan
Penulisan dalam Seni Lukis & Seni Reka"(2003), penyelidikan dalam seni lukis dan seni reka terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Teori dan Praktikal.
Dalam bidang teori tumpuannya kepada segala penyelidikan yang berkaitan dengan tatabahasa seni,
sejarah seni,sosiologi seni,psikologi seni,falsafah seni dan estetik.Semuanya mempunyai kaitan dengan
bidang pokok dalam disiplin ilmu yang lain.Dalam kata lain,objeknya adalah hasil kerja seni dan
bagaimana hasil seni ini dilihat dari disiplin{isiplin ilmu yang lain.Contohnya jika permasalahan hakcipta
menjadi isu,maka bidang perundangan akan menjadi landasan kepada pennasalahan seni.
Bidang praktikal pula meliputi segala kegiatan didalam bengkel,studio,makmal dan dilapangan.Dalam
kata lain segala sesuatu yang terlibat dengan proses penghasilan karya seni. Dari terbentuknya satu idea
sehingga kepada penghasilan karya dan kepada memperagakannya dan seterusnya memasarkannya.Proses
merekacipta boleh menjadi bahan penyelidikan sehingga terhasilnnya rekabentuk karya,barangan yang
hendak dihasilkan.Barangan seni yang ingin diselidiki dan dihasilkan mungkin melibatkan bidang sains
maka di sini penyelidikan seni adalah gabungan dari dua disiplin yang berlainan.Mungkin juga
penyelidikan hanya tertumpu pada bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan sesuatu produk
atau karya.
Kaedah Penyelidikan "design process"

Bertepatan dengan pendapat diatas,penyelidik menggunakan kaedah 'design process" (Beveridge,1950)


yang mana merangkumi lima tahap proses yang saling berhubungkait. Secara
dasarnya, penyelidikan berteraskan praktikal ini akan dijalankan dan dikendalikan mengikut fasa-fasa
penting seperti berikut :

CONCEPTION

IDEATION

REFLECTION

CREATION

EXHIBITION AND DOCUMENTATION


Fasa I : "CONCEPTION"
Pembentukan konsep melalui kajian sejarah,teori seni,penekanan terhadap elemen dan prinsip seni dan
rekaan, dan contoh contoh karya kontemporari dan media serta teknik. Penyelidikan yang bersifat teori
dilakukan pada fasa ini.Penyelidikan di perpustakaan atau kajian lapangan,pameran,galeri,lawatan tempat
yang berkaitan secara langsung dengan kajian penyelidik. Bahan-bahan yang diperolehi akan di gunakan
untuk menyokong kerja-kerja fasa seterusnya.

Fasa 2 : "IDEATION"
Setelah kajian teori dilakukan bermula pula peringkat perkembangan idea.Eksperimentasi idea visual dan
bahan berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, idea penyelidik akan melalui proses
lakaran,lukisan,mahupun proses proses dalam program computer seperti penggunaan perisian penyunting
imej digital - Adobe Photoshop.

Fasa 3: "REFLECTION"
Mengenalpasti permasalahan rekaan melalui analisa visual.Visual akan dinilai kembali,kesesuaian dengan
tema,idea,penggunaan bahan,penghasilan karya hinggalah persembahan karya siap nanti. Sesi
penambahbaikan ini akan dilakukan penyelidik bersama - sama pelukis yang lebih berpengalaman dalam
bidang kajian ini, Respon dari sesi ini akan digunapakaijika ia bersesuaian dengan tujuan kajian
penyelidik.

Fasa 4: "CREATION"
Fasa dimana penghasilan karya mula berlaku. Karya dibuat dalam bentuk berturutan (siri) dimana setiap
karya memperlihatkan permasalahan baru dan mengemukakan isu yang perlu diolah dan dinilai kembali
melalui karya-karya berikutnya. Setiap proses akan didokumenkan dari permulaan proses kerjaseni
hingga proses akhir.

Fasa 5: "EXHIBITION"
Karya karya yang telah siap dan sedia untuk dipamerkan di galeri untuk persembahan akhir
dan membuat dokumentasi tentang keseluruhan perjalanan proses dari konsep hingga
berlakunya pameran.

Anda mungkin juga menyukai