Anda di halaman 1dari 13

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang
berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di
dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab AlIman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan
antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui.
Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan )
di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan
mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek
yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai
keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini
adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni
itu sendiri.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is
Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang
terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,
kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.
Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti
seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni
yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah
dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan
pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang
disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang
panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia
yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral,
dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu
yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang
muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan,
pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan
dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna
memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi.
dan maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian,
kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi
degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang
wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam
pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak
untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain
itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat
kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat.
Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil
mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemenelemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan
pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk
memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah
dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan
menjadi lebih berkesan.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan
kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan

pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan
sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah
Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan
aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni
dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam
proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada
seorang pendidik seperti:
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita
untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian
atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.
Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.
3)

Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka

dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu,
dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong
seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri
untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat
dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang
lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya
dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi
tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu
kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh
menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran
meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan
personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita
dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan

menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat
menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi
kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai
situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan
dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan
objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan
kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait
anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam
kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian
melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni
dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat
merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang
digunakan ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1


Tarikh

:22 Ogos 2014

Masa

:9.10 pagi -10.10 pagi.

Tempoh

:60 minit(2 masa)

Tahun

: 1 Arif

Mata Pelajaran

: Matematik

Unit

:1

Tajuk

:Nombor dan operasi.

Skop pembelajaran

:Nombor 0 -10

Standard pembelajaran

: 1.1(1)(a)

Objektif pengajaran

:Murid akan mengetahui,mengenali dan memahami tentang nombor 1-10.

Hasil pembelajaran

:Di akhir pengajaran,pelajar dapat:


1)Menyebut nombor dengan betul.
2)mengenal nombor dengan betul.
3)Membilang objek dalam kumpulan dengan betul.
4)menamakan angka dengan betul.

Fokus utama

:1)Menyatakan kuantiti secara intuitif.


2) Menama dan menentukan nilai.

PENGISIAN KURIKULUM
Nilai

:1)Bekerjasama dalam kumpulan.


2)Berani membuat keputusan.
3)Berfikir secara kreatif.

Kemahiran berfikir

:Mengenalpasti,menganalisis

Pengetahuan sedia ada murid

:Pelajar tahu menyebut perkataan tetapi tidak mengetahui kuantiti sebenarnya.

Kosa kata

:kira,turutan,nombor,

Kaedah pengajaran

:Tayangan LCD,penerangan,perbincangan dan bertanya soalan.

Alat bantu pengajaran

:1)Buku aktiviti
2)Youtube
3) Powerpoint.
4)Kad imbas
5)Lembaran kerja
6) Krayon

ISI KANDUNGAN
Set induksi ( 5 minit. )
Menarik minat pelajar
terhadap perkara yang
akan diajar.
Langkah 1 ( 10 minit )
Pengenalan terhadap
nombor 1-10.

AKTIVITI GURU
Guru menayangkan video youtube
tentang nombor.
Guru mengaitkan isi pelajaran dengan
tayangan youtube.

Guru menayangkan slaid kepada murid


dan meminta murid memberi perhatian.
Semasa tayangan,guru turut mengeja
dan menyebut nombor yang
dipaparkan.Murid diminta mengeja dan
menyebut bersama-sama guru.
Murid diminta membilang bilangan
objek yang diwakili oleh setiap nombor
bersama-sama guru.
Langkah-langkah di atas diulangi
sehingga ke nombor 10.

AKTIVITI PELAJAR
Murid bernyanyi mengikut tayangan
P

Murid memberi tumpuan kepada


slaid yang ditayangkan.
Murid mengeja dan menyebut
nombor yang dipaparkan bersamasama guru.
Murid membilang bilangan objek
yang diwakili oleh setiap nombor.
Murid mengulangi langkah-langkah
di atas sehingga ke nombor 10.

CATATAN /ALAT
PENGAJARAN
Youtube ( lagu 123 )
Seni muzik

Powerpoint

Langkah 2 ( 10 minit )
Permainan Jom
Pancing

Langkah 3 (20 minit)


Aktiviti individu

Langkah 4 ( 10 minit )
Pengayaan

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan


kecil.
Setiap murid perlu berketingting ke
bulatan secara bergilir untuk
memancing ikan yang bernombor.
Kemudian ikan disusun ikut turutan dari
1 hingga 10.
Kumpulan yang siap menyusun
dengan betul dikira pemenang.

Bermain mengikut syarat yang telah


ditetapkan oleh guru.

Guru mengedarkan kertas lembaran


yang mengandungi bentuk bulatan.
Murid menulis nombor 1 hingga 10
menggunakan kaedah gurisan.
Murid menyusun dan menampal
bulatan menjadi bentuk ulat di dalam
buku tulis.

Murid menyiapkan tugasan secara


individu dengan bimbingan guru

Guru meminta murid membuat latihan


di dalam buku aktiviti secara individu.
Membincangkan jawapan dan
membuat pembetulan.

Pelajar yang terpilih


membentangkan jawapan
sementara pelajar lain mendengar
dengan tekun.

BBM Jom Pancing


Seni pergerakan

Lembaran Kerja
Seni Visual (Gurisan)

Buku Aktiviti

Penutup (5 minit )

Guru menunjukkan kad imbas.


Murid menyebut nombor berdasarkan
kad imbas yang ditunjukkan secara
kelas / beramai-ramai.

Murid menyebut nombor


berdasarkan kad imbas.

Kad imbas

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN


SENI MUZIK ( VIDEO LAGU 123 )

SENI PERGERAKAN ( PERMAINAN JOM PANCING )

SENI VISUAL ( ULAT NOMBOR STENSIL )

Hasil stensil murid

KAD IMBAS ( NOMBOR 1-10 BERGAMBAR )

POWERPOINT

Anda mungkin juga menyukai