Anda di halaman 1dari 6

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Sejarah Kerajaan Islam di al-Andalus menurut Buku


Sejarah Umat Islam Karya Hamka
1,2

Ezad Azraai Jamsari, 1Noranizah Yusuf, 1,2Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
& 3Adibah Sulaiman @ Mohamad
1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam


2
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
3
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembulan

Abstrak: Al-Andalus merupakan antara wilayah terpenting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam
disebabkan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam dalam tempoh lebih 700 tahun. Pencapaian tamadun
Islam di al-Andalus turut menyerikan lagi catatan kegemilangan sejarah Islam di al-Andalus. Disebabkan itu,
fakta dan perbahasan berkaitan kerajaan Islam di al-Andalus banyak dipapar dan dibincangkan dalam karyakarya sejarah dan tamadun Islam, termasuk buku Sejarah Umat Islam karya Dr. Haji Abdul Malik Karim
Amrullah atau Hamka. Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan sejarah Islam, termasuk berkaitan
kemunculan kerajaan-kerajaan Islam, bermula daripada zaman sebelum di Tanah Arab hingga perkembangan
agama Islam di kawasan Nusantara. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tulisan Hamka tentang sejarah
kerajaan Islam di al-Andalus. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui paparan dan perbincangan
berkaitan sejarah kerajaan Islam di al-Andalus yang dikemukakan oleh Hamka. Keseluruhan kajian ini
menggunakan kaedah pendekatan kajian kualtitatif menerusi metode historical study dan content analysis
seperti penelitian terhadap karya Hamka, Sejarah Umat Islam. Hasil kajian mendapati Hamka mempunyai
kepakaran dalam penulisan sejarah Islam dan memaparkan maklumat berkaitan kerajaan-kerajaan Islam dari
zaman awal hingga zaman hayatnya, termasuk sejarah kerajaan Islam di al-Andalus. Justeru, karya Sejarah
Umat Islam merupakan penulisan bahasa Melayu yang membincangkan sejarah Islam secara umum sekali gus
membuktikan ketokohan Hamka dalam bidang sejarah Islam.

PENGENALAN
Wilayah al-Andalus merupakan antara wilayah yang
pernah dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam dahulu
dalam tempoh lebih 700 tahun. Ekspedisi
ketenteraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan
Tariq b. Ziyad telah menjadi titik permulaan kepada
penyebaran agama Islam di kawasan Semenanjung
Iberia. Penyebaran agama suci ini turut
diperkukuhkan lagi dengan kewujudan pelbagai
pemerintahan Islam di wilayah tersebut, bermula
dari zaman Kerajaan Umawi dan diakhiri oleh
Kerajaan Nasriyyah di Granada. Bagaimanapun,
kedudukan kerajaan-kerajaan Islam di al-Andalus
semakin merosot dan berakhir setelah tentera
Kristian di bawah pimpinan Ferdinand dan Isabella
berjaya menguasai seluruh al-Andalus pada tahun
1492M.
Namun begitu, sejarah kemunculan kerajaan
Islam di al-Andalus banyak dicatatkan dalam karyakarya sejarah dan tamadun Islam, sama ada dalam
bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Antara karya
berbahasa Melayu yang turut membincangkan
sejarah kerajaan Islam di al-Andalus ialah Sejarah
Umat Islam karya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim

Amrullah, atau dikenali sebagai Hamka. Karya


beliau ini terdiri daripada empat jilid mengandungi
peristiwa sejarah dan tamadun Islam, bermula
daripada zaman Semenanjung Tanah Arab sebelum
Islam hingga perkembangan agama Islam di
kawasan Nusantara. Perbincangan dalam buku ini
dilakukan menurut kronologi dan dibahagikan
mengikut kawasan seperti kawasan Tanah Arab,
Afrika, al-Andalus, Sham, Mesir, Iran, India, Tukri
dan Alam Melayu. Penulisan buku ini turut
membuktikan kepakaran Hamka dalam penulisan
sejarah dan tamadun Islam sekaligus menambahkan
koleksi karya berbahasa Melayu dalam bidang
tersebut.
Biografi Hamka: Nama beliau ialah Haji Abdul
Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai
HAMKA. Beliau dilahirkan di Kampung Molek,
Maninjau, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908
dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981.
Beliau dikenang sebagai seorang sasterawan,
pendakwah, ulama dan aktivis politik. Beliau turut
diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat
Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang
yang dihormati. Bapanya bernama Shaykh Abdul

167

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Karim b. Amrullah, dikenali sebagai Haji Rasul,


merupakan antara pelopor gerakan tajdid di
Minangkabau setelah pulang dari Makkah pada
tahun
1906
(http://id.wikipedia.org/wiki/
Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah).
Hamka mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika
usia Hamkamencapai 10 tahun, bapanya telah
mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.
Di situ, Hamka mempelajari agama dan mendalami
bahasa Arab. Hamka pernah mengikuti pengajaran
agama di surau dan masjid yang diberikan ulama
terkenal seperti Shaykh Ibrahim Musa, Shaykh
Ahmad Rashid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto
dan Ki Bagus Hadikusumo. Hamka mula bekerja
sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan
Tebing Tinggi, Medan dan berpindah ke Padang
Panjang pada tahun 1929. Kemudian, Hamka
dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam,
Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang
Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Setelah itu,
beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi
Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo,
Jakarta. Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau
memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama
oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan
jawatan tersebut ketika Sukarno member kata dua
kepada beliau sama ada menjadi pegawai kerajaan
atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin
Indonesia (Masyumi).
Hamka dikenali sebagai seorang ilmuwan yang
menguasai pelbagai bidang pengetahuan seperti
falsafah, sastera, sejarah, sosiologi, tafsir, fiqh dan
politik. Beliau mempunyai kemahiran bahasa Arab
yang tinggi dan mampu menyelidik karya ulama dari
Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaydan,
Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Husayn
Haykal. Beliau turut meneliti karya sarjana Barat
seperti Albert Camus, William James, Sigmund
Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx
dan Pierre Loti. Hamka turut rajin dan selalu
bertukar pendapat dengan tokoh-tokoh terkenal di
Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas
Surjopranoto,
Haji
Jakarta
seperti
HOS
Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji
Fachrudin, Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo
sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi
seorang ahli pidato yang handal.
Hamka turut aktif dalam gerakan Islam dengan
menyertai Kumpulan Muhammadiyah. Beliau
menyertai organisasi ini pada tahun 1925 untuk
menentang khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan
sesat di Padang Panjang. Pada tahun 1928, beliau
mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang
Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat
latihan pendakwah Muhammadiyah dan terpilih
sebagai konsul Muhammadiyah di Makassar dua
tahun kemudian. Kemudian beliau terpilih menjadi
ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera
Barat
oleh
Konferensi
Muhammadiyah,

menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun


1946. Ia menyusun kembali pembangunan dalam
Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada
tahun 1950. Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai
penasihat Pusat Muhammadiyah. Pada 26 Julai
1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali
telah melantik Hamka sebagai ketua umu Majlis
Ulama Indonesia tetapi beliau telah meletakkan
jawatannya pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak
dipedulikan oleh pihak pemerintah Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun
1925 apabila beliau menyertai Partai Politik Sarekat
Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu usaha
menentang penjajah Belanda ke Indonesia melalui
pidato dan menyertai kegiatan gerila dalam hutan di
Medan. Pada tahun 1947, Hamka dilantik sebagai
ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.
Beliau menjadi anggota Masyumi dan pemidato
utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.
Kemudiannya,
Masyumi
diharamkan
oleh
pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun
1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh
Presiden Sukarno atas tuduhan pro-Malaysia.
Semasa di penjara, beliau menulis Tafsir al-Azhar
yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah
keluar dari penjara, Hamka dilantik sebagai anggota
Badan Musyawarah Kebajikan Nasional Indonesia,
anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan
anggota Lembaga Kebudayaan Nasional Indonesia.
Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik,
Hamka merupakan seorang wartawan, penulis,
editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka
menjadi wartawan untuk beberapa buah akhbar
seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam
dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928,
beliau menjadi editor majalah Kemajuan
Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau dilantik
sebagai editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di
Makasar. Hamka turut pernah menjadi editor
majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan
Gema Islam. Hamka banyak menghasilkan karya
ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan
cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir alAzhar (5 jilid). Antara novelnya yang mendapat
perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di
Malaysia dan Singapura seperti Tenggelamnya
Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah
dan Merantau ke Deli.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah
pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti
anugerah kehormatan Ijazah Doktor Kehormat
Universiti al-Azhar pada tahun 1958, Ijazah Doktor
Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
pada tahun 1974 dan gelaran Datuk Indono serta
Pengeran Wiroguno daripada Kerajaan Indonesia.
Hamka telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981.
Bagaimanapun, jasa dan pengaruhnya masih terasa
sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam
dan diterima sebagai seorang tokoh ulama dan

168

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

sasterawan di Indonesia, Malaysia dan Singapura


(Mohamad Zulfazdlee & Ezad Azraai 2010: 232).
Karya Hamka: Berdasarkan keilmuannya dalam
pelbagai bidang, Hamka telah menulis pelbagai
karya, antaranya seperti (http://ms.wikipedia.org/
wiki/Hamka):
Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf
Arab.
Si Sabariah. (1928)
Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar
Shiddiq),1929.
Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
Kepentingan melakukan tabligh (1929).
Hikmat Isra' dan Mikraj.
Arkanul Islam (1932) di Makassar.
Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
Majalah Tentera (4 nombor) (1932), di
Makassar.
Majalah Al-Mahdi (9 nombor) (1932) di
Makassar.
Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi)
(1934).
Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman
Masyarakat,Balai Pustaka.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937),
Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
Di Dalam Lembah Kehidupan (1939), Pedoman
Masyarakat, Balai Pustaka.
Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat,
Toko Buku Syarkawi.
Margaretta Gauthier (Terjemahan) (1940).
Tuan Direktur (1939).
Dijemput mamaknya,(1939).
Keadilan Ilahy (1939).
Tasawuf Moden (1939).
Falsafah Hidup (1939).
Lembaga Hidup (1940).
Lembaga Budi (1940).
Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun
1943).
Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang),
sesudah revolusi 1946.
Negara Islam (1946).
Islam dan Demokrasi (1946)
Menunggu Beduk berbunyi, diterbitkan di
Bukittinggi (1949)
Ayahku, diterbitkan di Jakarta (1950).
Mandi Cahaya di Tanah Suci. (1950).
Mengembara Dilembah Nyl. (1950).
Ditepi Sungai Dajlah. (1950).
Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak
lahir 1908 hingga tahun 1950.
Kenangan-kenangan hidup 2.
Kenangan-kenangan hidup 3.
Kenangan-kenangan hidup 4.

Sejarah Umat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938


hingga 1950.
Sejarah Umat Islam Jilid 2.
Sejarah Umat Islam Jilid 3.
Sejarah Umat Islam Jilid 4.
Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 (1937);
Cetakan ke 2 tahun (1950).
Pribadi (1950).
Agama dan perempuan (1939).
Muhammadiyah melalui 3 zaman diterbitkan di
Padang Panjang (1946).
1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr
Pedoman Masyarakat,dibukukan pada tahun
1950).
Pelajaran Agama Islam (1956).
Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad
(1952).
Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
Empat bulan di Amerika Jilid 2.
Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia
(Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris
Causa.
Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan
Majalah GEMA ISLAM.
Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh
M.Arbie Medan.
Lembaga
Hikmat,1953
oleh
Bulan
Bintang,Jakarta.
Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan
Bintang.
Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963,Bulan
Bintang.
Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam
1968.
Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr
Mekkah).
Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr
Mekkah).
Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah
umum) di Universiti Keristan (1970).
Studi Islam,diterbitkan oleh Panji Masyarakat
(1973).
Himpunan Khutbah-khutbah.
Urat Tunggang Pancasila.
Doa-doa Rasulullah S.A.W (1974).
Sejarah Islam di Sumatera.
Bohong di Dunia.
Muhammadiyah di Minangkabau (1975)
(Menyambut Kongres Muhammadiyah di
Padang).
Pandangan Hidup Muslim (1960).
Kedudukan perempuan dalam Islam (1973).
Tafsir Al-Azhar Juzu 1-30, ditulis pada masa
beliau dipenjara oleh Sukarno.

169

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Buku Sejarah Umat Islam: Buku ini dikarang oleh


Hamka selama 22 tahun bermula dari tahun 1939
hingga 1961. Buku ini menghuraikan sejarah umat
Islam bermula dari zaman sebelum kedatangan
Islam hingga zaman perkembangan Islam di Alam
Melayu. Hamka (2006: 1) menyatakan bahawa buku
ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan
disebabkan harga kertas ketika buku ini ditulis
semakin mahal. Selain itu, kesibukan Hamka dalam
berjuang untuk mengisi kemerdekaan Indonesia
dengan seruan Islam dan menulis buku-buku lain
dalam pelbagai bidang turut melambatkan
penerbitan buku Sejarah Umat Islam.
Buku ini dibahagikan kepada empat jilid iaitu
jilid pertama, jilid kedua, jilid ketiga dan jilid
keempat. Jilid pertama membincangkan keadaan dan
suasana di Semenanjung Tanah Arab, bentuk muka
bumi, demografi, hasil bumi, amalan dan cara hidup
masyarakat ketika zaman Jahiliyyah. Selain itu, jilid
ini turut membincangkan suasana di Tanah Arab
ketika zaman Rasulullah (s.a.w.) ketika Baginda
berada di Makkah dan Madinah (Hamka 2006: 1-2).
Jilid kedua pula membincangkan
zaman
pemerintahan Khulafa al-Rashidin, Banu Umayyah,
Banu Abbasiyyah dan kerajaan-kerajaan Islam di
Afrika Utara dan al-Andalus. Antara perkara yang
dibincangkan seperti gerakan futuhat al-Islamiyyah,
peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom
dan Parsi, penentangan politik, Perang Salib dan
pertembungan antara Islam dan Kristian di alAndalus. Justeru, sejarah kerajaan Islam di alAndalus dibahaskan oleh Hamka dalam jilid kedua
(Hamka 2006: 2-3).
Jilid ketiga membincangkan proses perluasan
Islam ke wilayah sebelah timur termasuk Parsi,
Afghanistan dan India. Antara kerajaan-kerajaan
Islam yang pernah wujud di kawasan ini seperti
Kerajaan Ghaznawi, Kerajaan Ghuri, Kerajaan Delhi
dan Kerajaan Mughal (Hamka 2006: 3-4). Manakala
jilid keempat membincangkan sejarah Islam di Alam
Melayu. Antara kerajaan-kerajaan Melayu Islam
yang dijadikan topik perbincangan Hamka ialah
Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Johor, Demak,
Mataram, Bantam di Pulau Jawa serta Ternate di
Kepulauan Maluku. Menurut Hamka (2006: 4), jilid
keempat ini merupakan jilid yang terberat
berbanding ketiga-tiga jilid sebelum itu kerana
belum ada sumber sejarah Islam di Nusantara yang
ditulis secara tersusun ketika itu. Untuk jilid
keempat ini, Hamka banyak menukilkan maklumat
daripada beberapa sumber klasik seperi Sejarah
Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Tuhfat al-Nafis,
Sejarah Cheribon, Babad Gianti dan Hikayat
Merong Mahawangsa. Hamka memperoleh bahan
melalui pengembaraannya ke seluruh Indonesia,
Tanah Melayu, Brunei dan Sarawak. Selain itu,
beliau turut memperoleh bahan daripada pemerintah
sesebuah negeri kerana bahan-bahan berkaitan
sejarah sesuatu negeri disimpan di dalam istana dan
kebanyakannya belum dicetak. Antara pemerintah

negeri-negeri Melayu yang memberikan bahan


sejarah kepada Hamka ialah Seri Paduka Sultan Siak
Seri Inderapura (1940), Sultan Terengganu (1955),
Sultan Perak (1958), Aru Mapanyuki Raja Bone
(1955), Raja Gowa (1956), Tengku Ahmad Tajuddin
Ibni Sultan Kedah dan Sultan Brunei (1960). Selain
itu, Hamka turut mendapatkan bahan daripada pihak
Belanda dan Inggeris untuk dibuat perbandingan
dengan catatan-catatan sejarah yang diperoleh
daripada raja-raja Melayu (Hamka, 1980; Mohamad
Zulfazdlee & Ezad Azraai 2010: 235).
KERAJAAN ISLAM DI AL-ANDALUS
DALAM SEJARAH UMAT ISLAM
Banu Umayyah: Hamka memulakan perbincangan
tentang sejarah kerajaan Islam di al-Andalus dengan
peristiwa Abd al-Rahman al-Dakhil melarikan diri
daripada ancaman Abbasiyyah ke wilayah tersebut.
Beliau, yang dikenali sebagai Sakhar Quraysh,
telah berjaya membentuk sebuah imarah Umawi di
al-Andalus. Bagaimanapun, kemasukan Islam di alAndalus bermula lebih awal dengan ekspedisi
ketenteraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan
Tariq b. Ziyad pada tahun 92H/711M.
Hamka telah membahagikan Kerajaan Umawi
di al-Andalus kepada tiga era, iaitu (Hamka 2006:
293):
Era
Kerajaan
Umawi
di
al-Andalus
menumpahkan taat setia kepada Dimashq, iaitu
dari tahun 93-138H. Era ini turut dikenali
sebagai asr al-Wulat.
Era al-Andalus diperintah oleh para amir, yang
berpisah ketaatan kepada Kerajaan Abbasiyyah
di Baghdad, iaitu dari tahun 138-315H. Era ini
dikenali sebagai asr al-Imarah.
Era al-Andalus diperintah oleh khalifah bermula
dari pengisytiharan Abd al-Rahman al-Nasir
sebagai khalifah, iaitu dari tahun 315-422H. Era
ini dikenali sebagai asr al-Khilafah.
Ketika pemerintahan para wali, kedudukan
Kerajaan Umawi di al-Andalus ketika itu berada
dalam keadaan tidak kukuh dan goyah. Walaupun
tentera Islam semakin giat melakukan ekspedisi alfutuhat sehingga berjaya menguasai selatan
Perancis, namun terdapat beberapa konflik
menyebabkan kedudukan Kerajaan Umawi ketika itu
masih tidak stabil. Hamka berpendapat antara
konflik tersebut ialah persaingan antara khalifah
Umawi di Dimashq dengan gabenor Umawi di alQayrawan dalam memilih individu yang layak
menjadi wakil pemerintah Umawi di al-Andalus,
semangat tentera Islam ketika itu yang
menginginkan harta al-ghanimah berbanding
menyebarkan agama Islam, persaingan kabilah Arab,
khususnya Banu Qays dan Banu Yaman, dalam
merebut jawatan gabenor al-Andalus, dan

170

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

penentangan daripada penduduk asal al-Andalus


(Hamka 2006: 294-6).
Hamka menyifatkan kedatangan Abd alRahman al-Dakhil sebagai satu anjakan kepada
perubahan yang lebih baik bagi Kerajaan Umawi di
al-Andalus. Bahkan, Hamka turut menyatakan alAndalus ketika era Umawi berada dalam pencapaian
yang teratur dan hebat ketika pemerintahan Abd alRahman al-Dakhil, Abd al-Rahman al-Awsat dan
Abd al-Rahman al-Nasir (Hamka 2006: 297).
Ketika pemerintahan Abd al-Rahman al-Nasir,
Kerajaan Umawi berada dalam keadaan stabil dan
gemilang. Beliau dapat menyelesaikan konflik dan
pemberontakan yang berlaku ketika itu. Sepanjang
50 tahun pemerintahannya, beliau telah berupaya
mempertahankan kedaulatan kerajaannya sehingga
menggerunkan kerajaan-kerajaan Kristian yang
bersempadan dengan al-Andalus.
Abd al-Rahman al-Nasir mengisytiharkan
dirinya sebagai khalifah dan memakai gelaran Amir
al-Muminin disebabkan kematian Khalifah Abbasi,
al-Muqtadir. Hal ini bagi membuktikan kekuasaan
beliau dan kedaulatan Umawi di al-Andalus.
Bagaimanapun, 11 orang pemerintah selepas Abd
al-Rahman
al-Nasir
tidak
lagi
berupaya
mempertahankan kerajaan Umawi sehingga ia
tumbang ketika pemerintahan Hisham III pada tahun
422H/1031M.
Muluk al-Tawaif: Hamka membincangkan tentang
kemunculan Muluk al-Tawaif ketika pemerintahan
Umawi semakin lemah dan merosot. Antara kerajaan
kecil yang paling awal muncul ketika era Muluk alTawaif ialah Banu Jahwar di Cordova, yang
diketuai oleh al-Wazir Abu Muhammad Jahwar b.
Muhammad. Kemudian diikuti oleh pelbagai
kerajaan kecil lain seperti Banu Hud (Saragossa),
Banu Abbad (Sevilla), Banu Ziri (Granada), Banu
Hammud (Malaga), Banu Dhu Nun (Toledo) dan
Amiriyyah di Valencia.
Hamka menggambarkan era Muluk al-Tawaif
sebagai era kucar-kacir bagi kerajaan Islam di alAndalus. Kerajaan-kerajaan kecil ini lebih senang
untuk bermusuh dan memerangi sama sendiri
berbanding menentang ancaman kerajaan Kristian.
Konflik perpecahan yang timbul ini menyebabkan
kedudukan kerajaan Islam menjadi semakin lemah
dan memberi kegembiraan serta kekuatan kepada
kerajaan Kristian untuk menguasai kembali alAndalus (Hamka 2006: 300). Disebabkan itu,
pemerintah Banu Abbad, al-Mutamid, telah
memohon bantuan daripada Kerajaan al-Murabitun
yang berpusat di al-Maghrib untuk menyelesaikan
konflik di antara kerajaan-kerajaan kecil ini.
Kerajaan al-Murabitun telah menyeberang ke alAndalus dan berjaya menghapuskan pergolakan
yang tercetus. Malah, al-Mutamid, turut menerima
bencana daripada permohonan beliau apabila
disingkirkan daripada kekuasaan dan ditawan di alMaghrib (Hamka 2006: 301).

Setelah itu, wilayah al-Andalus berada dalam


pemerintahan kerajaan Islam yang berpusat di alMaghrib, iaitu al-Murabitun dan al-Muwahiddun.
Pada masa yang sama, kerajaan Islam kecil telah
muncul, iaitu Kerajaan Nasriyyah, atau dikenali
sebagai Banu al-Ahmar di Granada. Menurut Hamka
(2006: 301), kerajaan ini berkuasa dari tahun 629897H/1232-1492M. Kerajaan ini disifatkan berjaya
menyemarakkan kembali pencapaian hebat Islam di
al-Andalus ketika pemerintahan Khalifah Abd alRahman al-Nasir. Bagaimanapun, pelbagai cabaran
yang dihadapi, khususnya daripada tentera Kristian,
telah menyebabkan kerajaan ini semakin lemah.
Akhirnya, pernyatuan antara Castile dan Aragon
melalui perkahwinan Ferdinand dan Isabella telah
memberikan kejayaan kepada kuasa Kristian
menawan Kerajaan Nasriyyah, satu-satunya kerajaan
Islam yang masih wujud di al-Andalus ketika itu,
pada tahun 1492M. Setelah penawanan tersebut,
kuasa Kristian, seperti Portugis dan Sepanyol, telah
melakukan ekspedisi pengembaraan ke luar Eropah
dan meneroka dunia baru seperti Amerika dan Asia
dengan berbekalkan ilmu peninggalan tamadun
Islam al-Andalus (Hamka 2006: 301-2).
KESIMPULAN
Buku Sejarah Umat Islam telah membuktikan
penguasaan Hamka dalam bidang sejarah Islam.
Perbincangan karya tersebut disusun mengikut
kronologi dan zon kawasan tamadun Islam, bermula
daripada sejarah awal sebelum Islam di Tanah Arab
hingga zaman perkembangan Islam di Nusantara.
Hamka menggunakan bahasa Melayu bertujuan agar
khalayak pembaca, khususnya masyarakat Melayu,
dapat memahami dan mengetahui sejarah Islam.
Antara topik perbincangan sejarah Islam dalam
karya tersebut ialah kerajaan Islam di al-Andalus.
Topik sejarah Islam di al-Andalus bermula dengan
penceritaan Kerajaan Banu Umayyah diikuti oleh
Muluk al-Tawaif, al-Murabitun, al-Muwahhidun
dan Nasriyyah. Bagaimanapun, sejarah al-Murabitun
dan al-Muwahhidun di al-Andalus tidak diperincikan
secara panjang lebar kerana kerajaan ini berpusat di
al-Maghrib. Namun demikian, catatan Hamka ini
boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada
para pelajar dan penyelidik, khususnya yang
berminat terhadap pengkajian sejarah dan tamadun
Islam di al-Andalus.
RUJUKAN
Hamka. 1967. Dari Lembah Tjita-tjita.
Bulan Bintang.
Hamka. 1971. Tafsir al-Azhar. Jakarta:
Pembimbing Masa.
Hamka. 1979. Tafsir al-Azhar. Jakarta:
Yayasan Nurul Iman.
Hamka. 1980. Sejarah Umat Islam. Kuala
Pustaka Antara.

171

Jakarta:
Penerbit
Penerbit
Lumpur:

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Hamka. 1990 Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka


Nasional Pte. Ltd.
Hamka. 2006. Sejarah Umat Islam. Singapura:
Pustaka Nasional Pte. Ltd.
http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Kari
m_Amrullah (3/11/2011)
http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka (3/11/2011)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka (3/11/2011)

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari & Ezad


Azraai Jamsari. 2010. Kerajaan Banu Marin
menurut buku Sejarah Umat Islam karya
HAMKA. Dlm. Kamaruddin Salleh, Ezad Azraai
Jamsari & Idris Zakaria. Prosiding Seminar
Serantau Seabad Buya Hamka. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

172

Anda mungkin juga menyukai