Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LAWATAN

2012

SJK(T) LADANG LABU BHG.4,


71900 LABU,NSDK.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2012


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENASIHAT : PN.T.KRISHNAVENI (GURU BESAR)


PENGERUSI : CIK.A.KALAIVANI
SETIAUSAHA : CIK.B.KAVITHA
BENDAHARI : PN.K.SEMALA

PENDAFTARAN : PN.P.MANIMEGALAI & PN.R.RAJESWARY


KESELAMATAN & DISIPLIN :SEMUA GURU
PENGANGKUTAN : CIK.B.KAVITHA
MAKANAN & MINUMAN :PN.M.TAMILSELVI
KEBAJIKAN : PN.P.MANIMEGALAI & PN.R.RAJESWARY
TIKET & ATURCARA PROGRAM : CIK.B.KAVITHA & CIK.A.KALAIVANI

SJK(T) LADANG LABU BHG.4,


71900 LABU,NSDK.

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2012

1.TAJUK PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

2.TARIKH PROGRAM : 09.11.2012


3. TEMPAT LAWATAN :

Beryls Chocolate factory


Istana Negara
Planetarium
Muziem Negara
Tugu Negara
Batu caves

4. ANJURAN : Panitia KT & SV bersama PIBG SJKT Ldg.Labu Bhg.4

5.TUJUAN

: Lawatan sambil belajar

6. OBJEKTIF ; Mengenali tempat-tempat pelancongan dan dapat menambahkan ilmu


Pengetahuan

7. BILANGAN MURID DAN GURU :

GURU : 6 orang
MURID : 21 orang

8. Laporan Aktiviti Sepanjang Program :


Murid-murid dan guru-guru berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi dan
pendaftaran murid-murid dijalankan.Pada pukul 7.45 pagi,para peserta menaiki bas dan
bas bertolak ke Kuala Lumpur.Lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, rombongan lawatan
sampai di Beryls Chocolate factory.Di sana, para peserta diberi penerangan tentang
langkah-langkah menyediakan coklat. Selepas itu, para peserta diberi coklat untuk
dimakan.Dari sana, kami mengambil sarapan di restoran yang berdekatan. Selepas
bersarapan, kami bertolak ke Istana Negara. Para peserta melawat Galeria istana selama
30 minit. Dari sana, rombongan bertolak ke Planetarium. Di sana,para peserta menonton
pertunjukan palanet dan melawat planetarium. Selepas itu, rombongan bergerak ke
Muzium Negara.Di sana, Kami mengambil makanan tengahari di Kafe.Selepas makan,
kami melawat Muzium Negara. Selepas itu, kami bertolak ke Tugu Negara dan melawat di
sana.Selepas melawat Tugu Negara,rombongan bertolak ke Batu caves. Rombongan
melawat Batu caves selama 1 jam. Selepas itu, rombongan mengambil minum petang di
Restoran di sana. Selepas itu, rombongan bertolak pulang ke rumah pada pukul 6
petang.Rombongan sampai dengan selamat di sekolah semula pada pukul 9 malam kerana
kesesakan lalu lintas.Para peserta pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

9. Keberkesanan Program/Kesimpulan:
Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dapat memberikan peluang kepada para
peserta untuk mengenali tempat pelancongan di Kuala Lumpur serta dapat menambahkan
ilmu pengetahuan masing-masing.Lawatan ini berjalan dengan lancer dan dilaksanakan
dengan Berjaya.Para peserta berasa seronok dan sangat gembira kerana dapat menyertai
lawatan ini.

Disediakan Oleh,
,
(Cik.B.Kavitha)
Guru Lawatan
SJK(T) LDG.LABU BHG.4

Anda mungkin juga menyukai