Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ILMIAH

1.

Pengenalan
Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,
projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,
simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku
atau majalah ilmiah.
Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada
warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil
penulisan ilmiah yang baik.
Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis
sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan
para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan,
melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan
hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.
2.0

Definisi Konsep

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan


sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada
autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).
Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu
penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau
Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja
kursus maupun penyelidikan.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan bahawa
karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran
yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan,
ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;


Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;
Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan
menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat
sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.
Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam:

1.
2.
3.
4.

Masalah yang diteliti,


Kaedah penelitian,
Teknik penulisan bahan ilmiah dan
Penguasaan bahasa yang baik.

3.0

Jenis Penulisan Ilmiah

Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah
beberapa contoh:

1.

Kerta Kerja Konsep/ Kajian

Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu
pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres.
Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti
pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan atau
penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas
kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis
berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu,
penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data
yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen
tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting
seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan
dengan jelas.
2.

Artikel

Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk
dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang awam dan
dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara
umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal
juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau
penyelidikan.
3.

Kertas Projek, Tesis dan Desertasi

Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk
memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas
projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara tesis
disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi dihasilkan
untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).

4.

Laporan

Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan
dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi
serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun
peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi
Ilmiah, 1995)

1.

Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah
format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:
4.1
Kertas dan Saiz
Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari
jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.
1.

Jidar/ Margins

Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi
lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
2.
Huruf/ Fonts
Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah.
Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan.
Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak bercampurcampur.
3.

Jarak Antara Baris

Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5
spacing).
4.

Muka surat

Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya
digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary,
senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.
Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat
seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan
lampiran.
5.
Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian
Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional
HALAMAN JUDUL
Halaman Judul
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Lampiran
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4

Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Tujuan Kajian

1.5
1.6
1.7

Rasional Kajian
Soalan Kajian
Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


1.

2.2
2.2
2.3

Pendahuluan
Tinjauan Am
Tinjauan relevan dengan soalan kajian
Rumusan

BAB 3 METODOLOGI
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

1.
2.
3.

Pendahuluan
Reka Bentuk Kajian
Instrumen
Populasi/Sampelan
Prosedur Pengumpulan Data
- kaedah
- kajian rintis
Pemerosesan dan Analisis Data
Jadual Kerja
Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian
Halaman
Halaman Judul
i
Isi kandungan
ii
Abstrak
iii
1.0 Pengenalan
1
1.1
Matlamat Kajian
1.2
Objektif Kajian
1.3
Persoalan Kajian
1.4
Kepentingan Kajian
1.5
Batasan Kajian
2.0 Sorotan Kajian
4
3.0 Metodologi Kajian
6
3.1
Rekabentuk Kajian
3.2
Persampelan
3.3
Instrumentasi
3.4
Prosedur Kajian
3.5
Kaedah Analisis Data
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian
11
4.1
Demografi
4.2
.................

5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan

20

Rujukan
Lampiran

5.0

Penggunaan Bahasa

Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta
sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan
disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi
memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
6.0

Perenggan

Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau


pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya
dalam penulisan :
6.1

6.2

6.3

1.

Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka


Pengantar
Menarik minat dan perhatian pembaca
Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
Perenggan Penghubung
Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
Analisa masalah
Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik
Perenggan Penutup
Merumus dapatan
Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung
Ringkas, padat dan pendek

Topik dan Tajuk


Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu
ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut
:
1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak
terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan
dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah
dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam
keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam
label untuk suatu karangan.
Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:
a.
b.
c.
d.
e.

Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain
Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat
Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

2.

Kerangka Penulisan

Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun dalam komposisi
yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman
penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik,
langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk
melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan
tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saransaran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat
memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan
cepat
3.

Format Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai
rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:
(a)
(b)

Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)


Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem
Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):
(i)

Meletakkan tahun penerbitan


yang dirujuk, contohnya:

dalam

kurungan

selepas

nama

Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang


kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

pengarang

merupakan

(ii)
Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu
dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang
berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

lebih

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:

nama

Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji


dan Petrovic (1995).

oleh Kralj

(iv)
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,
hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:
Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut
dalam
menyediakan jadual waktu untuk universiti.
(v)
Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh
pengarang
yang
sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b,
c dan seterusnya perlu digunakan
untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:
Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir
dan Halim,
1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.

4.

Bibliografi

Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam
bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan
pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi.
Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang
berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan.
Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang
digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan
bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan
suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya
ilmiah tersebut.
Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:
(a)

Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda


Lumpur: Nurin Enterprise.

Pengisian. Kuala

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu


Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.
(b)

Artikel dalam buku

Sekolah

Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in


Schools:
Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and
Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

Reflections
and
Management.

(c)
Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The
Intructional
Management
Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
(d)
Tesis
Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum
Implementation: A
Case Study Of A
School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.
(e)
Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan
Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor:
Kertas kerja tidak diterbitkan.
11.0

Cadangan

Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan


penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk
menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan
berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri
Johor 2008
5.

Rumusan/ Kesimpulan

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah
dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara
satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah
di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang
digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan
American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American
Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.
Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC:
University.

Gallaudet

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi.


LIPI.

Jakarta:

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor:


UTM.

Penerbitan