Anda di halaman 1dari 15

BAB 1

PENGENALAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mempelajari bab ini, anda sepatutnya boleh:
1.
Memberikan maksud perkataan statistik.
2.
Memberikan contoh penggunaan statistik dalam bidang-bidang
tertentu.
3.
Menerangkan maksud statistik perihalan dan statistik
pentakbiran.
4.
Menerangkan maksud beberapa istilah asas dalam ilmu statistik
seperti populasi, sampel, parameter, statistik, pemboleh ubah,
elemen dan cerapan.
5.
Membezakan di antara pemboleh ubah kuantitatif dan kualitatif.
1.1

PENGENALAN

Bagaimanakah asalnya statistik? Perkataan statistik sebenarnya adalah


terbitan daripada perkataan Latin status bermaksud state atau negeri
ataupun negara. Penggunaan awal statistik adalah melibatkan
pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan tentang beberapa
aspek berkaitan dengan sesebuah negeri ataupun negara semenjak zaman
Mesir, Greek dan Rom lagi. Ketika itu data yang dikumpul hanyalah
untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga. Selepas
itu kerajaan-kerajaan Eropah Barat begitu berminat dengan data statistik
ini sebab mereka bimbang kuasa politik dan tentera akan tergugat jika
berlakunya sesuatu wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan
berubahnya saiz penduduk. Oleh itu, mereka mengumpul data kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
Dalam tahun 1662, Captain John Graunt seorang ahli statistik dari
England telah menerbitkan semula data mengenai kelahiran dan kematian
yang disimpan dalam jangka masa selama 30 tahun dan membuat ramalan
tentang bilangan kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu.
Ini kemudiannya diikuti dengan kajian-kajian seperti kadar kelahiran
mengikut jantina, saiz penduduk dan lain-lain lagi. Semenjak itulah, pihak
kerajaan, peniaga mahupun individu begitu bergantung kepada data
statistik sebagai panduan. Pada masa kini, proses pengumpulan,
1

pengkelasan, penyimpanan dan mendapatkan kembali data yang telah


disimpan adalah suatu aktiviti yang begitu mudah dengan bantuan
komputer. Contohnya, kadar pengangguran, kadar inflasi, indeks
pengguna, kadar pertumbuhan ekonomi sentiasa saja dikumpul dan
dikemaskini kerana data yang dihasilkan ini sangat diperlukan oleh pihakpihak tertentu dalam membuat keputusan.
1.2

APAKAH
YANG
STATISTIK?

DIMAKSUDKAN

DENGAN

Kita akan sentiasa saja akan bertemu dengan situasi di mana


perbincangan tentang sesuatu perkara itu akan tertumpu kepada
maklumat yang diberikan dalam bentuk angka. Semasa kita mendengar
radio, menonton televisyen atau membaca Utusan Malaysia, New Straits
Times ataupun Asiaweek, kita sudah pasti akan bertemu dengan berbagaibagai angka yang selalunya dirujuk sebagai statistik. Statistik ini
kemungkinannya berkaitan dengan bidang-bidang seperti sukan, pasaran
saham, kesihatan, pengeluaran pertanian negara, pencemaran udara,
maklumat tentang perindustrian dan sebagainya. Kita sendiri kadang kala
menggunakan perkataan ini apabila merujuk kepada angka sebenar yang
diperolehi. Berikut diberikan beberapa contoh statistik.

Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar tempatan


mendapati bahawa 70% daripada responden yang terdiri daripada
ibubapa tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan guruguru merotan pelajar-pelajar sekolah yang tidak berdisiplin kerana
mereka khuatir penyalahgunaan kuasa berlaku. Walau
bagaimanapun, 25% daripada mereka juga berpendapat bahawa
guru disiplin dan guru besar boleh dibenarkan untuk menjalankan
hukuman merotan.

Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa hanya 12,252


permohonan untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) di
negara ini bagi sesi pengajian 1999/2000 berjaya mendapat
tempat berbanding seramai 29,600 orang yang memohon.
Daripada bilangan yang berjaya, seramai 7,922 mengikuti kursus
aliran sastera sementara 4,330 orang lagi dalam bidang sains.

Dalam akhbar Utusan Malaysia, Sabtu, 25 Mei 1997, En. Ali bin
Ahmad menawarkan untuk menjual sebidang tanah seluas 2 ekar
yang terletak berhampiran dengan laut di Sungai Karang, Kuantan
dengan harga RM150,000 seekar.

Satu kajian yang membabitkan seramai 155,000 orang wanita


telah dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah masalah
kegemukan atau obesiti dikalangan wanita menyumbang kepada
risiko berlakunya serangan sakit jantung. Didapati bahawa wanita
yang mengalami berat badan yang berlebihan pada usia 18 tahun
menghadapi risiko lebih tinggi berbanding mereka yang
mencatatkan kenaikan berat badan sebanyak 3 kg sejak berumur
18 tahun. Wanita yang mencatatkan kenaikan berat badan 20 kg
atau lebih dalam tempoh 4 tahun, risiko serangan sakit jantung
meningkat dua kali ganda berbanding wanita yang stabil berat
badannya.

Setiap angka dalam contoh-contoh di atas dipanggil statistik. Bilangan


permohonan yang berjaya memasuki IPT (12,252) adalah statistik.
Peratus responden yang tidak bersetuju dengan hukuman merotan pelajar
(70%) adalah statistik. Begitu juga dengan harga seekar tanah
(RM150,000) yang hendak dijual oleh En. Ali.
Cuba anda berikan beberapa contoh sendiri pula.
Statistik sebagai salah satu bidang ilmu adalah merujuk kepada kaedahkaedah mengumpul, menyusun, mempersembah dan mentafsir data
untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih efektif. Walau
bagaimanapun, statistik sebenarnya bukan sekadar mengumpul,
menyusun, mempersembah dan mentafsir data yang dikumpul sahaja
tetapi lebih penting daripada itu ialah kita dapat memberikan kesimpulan
umum yang bermakna di sebalik data berkenaan dan seterusnya bolehlah
kita membuat keputusan yang baik berpandukan data yang kita kumpul.
Keputusan yang baik adalah berdasarkan bukti-bukti yang kukuh bukan
hanya sekadar meneka ataupun mengikut apa yang kita rasakan sahaja.
Jesteru itu, pengetahuan dalam bidang statistik adalah amat penting bagi
setiap individu.
SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Apakah yang anda faham tentang perkataan statistik?


Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3

CONTOH PENGGUNAAN STATISTIK

Jika kita lihat dan renung keadaan di sekeliling kita, banyak situasi yang
melibatkan ilmu statistik. Teknik-teknik statistik digunakan dengan begitu
meluas dalam bidang pemasaran, perakaunan, pengawalan kualiti dan
sebagainya. Malah boleh dikatakan setiap individu menggunakan statistik
sama ada secara langsung ataupun tidak. Contoh berikut memberikan
penggunaan statistik dalam bidang tertentu.

Penganalisis saham di sesebuah firma sekuriti seperti Alor Setar


Securities Sdn Bhd. akan menilai banyak aspek mengenai sesuatu
saham sebelum membuat keputusan untuk membeli ataupun
menjual. Beliau akan mengumpul data jualan bagi syarikat
berkenaan dan menganggarkan pendapatan masa depan. Selain
daripada itu faktor seperti tahap saingan bagi syarikat, kesan
pengurusan syarikat, jangkaan permintaan barangan keluaran
syarikat dan lain-lain lagi akan dipertimbangkan sebelum beliau
membuat keputusan.

Pihak kerajaan pastinya sentiasa mengawasi keadaan ekonomi


negara untuk mendapat gambaran dan meramalkan corak
ekonomi negara masa depan. Pihak kerajaan dari masa ke semasa
menjalankan kajian untuk mengenal pasti keyakinan pelanggan
dan pelabur berkaitan dengan jualan dan pengeluaran negara.
Indeks seperti Indeks Harga Pengguna dibina untuk menilai corak
inflasi negara. Harga barangan di pasaraya, harga jualan rumah,
tukaran wang, pengeluaran industri dan lain-lain lagi adalah antara
petunjuk ekonomi yang selalu dinilai bagi membuat keputusan
berkaitan tahap kawalan terhadap penawaran wang oleh Bank
Negara.

Bahagian pemasaran sebuah syarikat pengeluar barangan


persolekan bertanggung jawab membuat cadangan sama ada
hendak memasarkan satu produk baru syarikat ataupun tidak.
Selalunya pihak berkenaan akan menjalankan satu kajian untuk
menguji tahap penerimaan pelanggan dan seterusnya membuat
unjuran keuntungan berdasarkan data yang dikumpul daripada
sebilangan pelanggan.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian telah


menghasilkan sejenis baka cili merah yang diharapkan lebih baik
jika dibandingkan dengan jenis lama daripada segi hasil yang
diperolehi. Bagaimanakah mereka dapat menganggar dengan baik
purata hasil keluaran seekar bagi cili merah jenis baru ini? Bagi
menjawab soalan berkenaan mereka perlu mengambil kira faktor
4

seperti cuaca dan jenis tanah yang digunakan dan seterusnya


mengumpul maklumat berkaitan untuk membuat pengiraan dan
keputusan.

Syarikat penerbangan perlu membuat keputusan berapa


banyakkah tempahan tiket yang boleh diterima bagi sesuatu
penerbangannya. Jika terlalu banyak kemungkinan terdapat
pelanggan yang datang dan diberitahu bahawa tiada tempat untuk
mereka dalam penerbangan berkenaan. Jika mereka hanya
mengambil tempahan sama bilangannya dengan tempat duduk,
kemungkinan mereka akan rugi disebabkan terdapat tempahan
yang tidak dituntut. Bagaimanakah pihak syarikat dapat
menganggar bilangan tempahan tiket yang tidak dituntut supaya
mereka dapat merancang berapa bilangan tempahan paling tinggi
yang boleh mereka terima bagi sesuatu penerbangan?

Contoh-contoh tersebut memberikan beberapa penggunaan statistik


dalam bidang seperti ekonomi, pertanian dan pemasaran. Ini
menunjukkan bahawa mengumpul, menganalisa dan membuat tafsiran
data memain peranan penting dalam proses membuat keputusan.
1.4

MENGAPA PERLUNYA BELAJAR STATISTIK ?


Cuba beri jawapan anda dahulu, kemudian bandingkan
jawapan anda dengan penjelasan di bawah.

Ada dua sebab penting mengapa kita perlu mengetahui sedikit sebanyak
tentang ilmu statistik. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,
perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam
perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu
tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu
banyak dan kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik,
ekonomi ataupun kajian sosial. Setiap individu sentiasa sahaja didedahkan
dengan keadaan seperti dakwaan yang dibuat oleh pihak pengilang
tentang kelebihan produk keluarannya, kejayaan yang dicapai oleh pihak
tertentu dalam penyelidikan mereka dan lain-lain lagi. Walau
bagaimanpun, bukan semua keputusan yang diterbitkan ini adalah benar.
Adalah mudah bagi mereka yang berkepentingan untuk mempergunakan
kejahilan kita dalam statistik untuk mempersembahkan keputusan yang
cenderung kepada kehendak mereka.
Sebab kedua mengapa pentingnya kita mempelajari statistik ialah apabila
melaksanakan tugas kita suatu masa nanti, kita mungkin perlu
menggunakan kebolehan kita untuk membuat keputusan-keputusan
5

penting atau pun dikehendaki membuat tafsiran tentang keputusankeputusan kajian atau uji kaji yang telah dijalankan. Contohnya, seorang
doktor yang berhadapan dengan dakwaan-dakwaan iklan tentang
kelebihan ubat-ubat baru yang dikeluarkan untuk mengubati sejenis
penyakit. Iklan-iklan ini selalunya akan menunjukkan keputusan uji kaji di
dalam bentuk angka untuk membanding ubat berkenaan dengan ubat
yang sedia ada. Beliau perlu tahu statistik untuk mendapat gambaran yang
lebih mendalam di sebalik angka-angka yang ditunjukkan padanya.
Penggunaan statistik dalam bidang sosial, biologi dan sains fizikal adalah
penting sebab semua bidang ini menggunakan pemerhatian ke atas
fenomena semula jadi melalui tinjauan (survey) ataupun uji kaji (experiment)
untuk membina dan menguji sesuatu teori baru. Kaedah-kaedah statistik
juga digunakan dalam perniagaan di mana data dikumpul untuk meramal
jualan dan keuntungan. Di samping itu, statistik juga diperlukan dalam
bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu
sesuatu produk.
Jadi, statistik memainkan peranan penting dalam hampir kesemua bidang
sains, perniagaan dan industri. Mereka yang diambil untuk bekerja dalam
bidang berkenaan perlu tahu konsep-konsep asas, kelebihan dan
kekangan statistik.
1.5

JENIS ILMU STATISTIK

Ilmu statistik bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu statistik


perihalan (descriptive statistics) dan statistik pentakbiran (inferential statistics).
1.5.1

Statistik Perihalan

Statistik perihalan termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual


serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga
pengiraan ukuran serakan seperti persentil. Jadi, apakah statistik
perihalan?
Statistik perihalan adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk
menyusun, mempersembah dan memerihalkan data yang dikumpul.
1.5.2

Statistik Pentakbiran

Tumpuan utama dalam statistik pentakbiran ialah untuk mengetahui


sesuatu tentang keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan
sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji. Sebagai contoh:

Berdasarkan tinjauan ke atas 100 orang pelajar di Universiti Utara


Malaysia (UUM) mengenai perkhidmatan bas dalaman, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar di UUM berpuashati
dengan perkhidmatan berkenaan.

Katakan sebuah kedai telah menerima satu penghantaran alat-alat


ganti komputer dari sebuah kilang pembuat komputer. Untuk
menilai mutu komponen yang diterimanya, pihak kedai akan
memilih beberapa komponen dari penghantaran berkenaan,
membuat pemeriksaan dan seterusnya membuat keputusan
tentang mutu komponen keseluruhan yang diterimanya. Jadi,
apakah statistik pentakbiran?

Statistik pentakbiran adalah kaedah-kaedah yang menggunakan


keputusan daripada sampel untuk membuat keputusan atau ramalan
mengenai sesuatu populasi.
SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Terangkan perbezaan di antara statistik perihalan dan


statistik pentakbiran.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.6

POPULASI DAN SAMPEL

Kita telah bertemu dengan istilah populasi dan sampel di dalam definisi
statistik pentakbiran di atas. Dalam ilmu statistik istilah tersebut akan
sentiasa kita temui dan kedua-duanya adalah menjadi asas dalam statistik.
Jadi, mengetahui maksud bagi setiap istilah dan juga perbezaan di antara
kedua-duanya adalah sangat penting.
Mengikut Laporan Rancangan Malaysia Ketujuh, populasi Malaysia pada
tahun 2000 dijangka mencapai tahap seramai 23.3 juta orang. Anda sudah
pasti faham apakah yang dimaksudkan dengan perkataan populasi dalam
konteks ini. Walau bagaimanapun, perkataan populasi dalam statistik
mempunyai maksud yang lebih luas daripada itu.
Populasi mungkin terdiri daripada individu seperti semua pelajar di UUM,
semua pelajar lelaki di Kolej Guthrie ataupun semua pelatih di Pusat
7

Serenti, Jeli. Populasi juga kemungkinan terdiri daripada objek seperti


semua komputer peribadi yang dikeluarkan oleh sebuah kilang pembuat
komputer ataupun semua ikan yang terdapat dalam sebuah tasek. Walau
bagaimanapun, penggunaan perkataan populasi dalam konteks statistik
tidak semestinya merujuk kepada induvidu atau objek semata-mata tetapi
ia mempunyai maksud yang lebih luas daripada itu. Ia juga merujuk
kepada ukuran yang diperolehi daripada individu atau objek berkenaan.
Contohnya ialah sekumpulan ukuran semua berat badan pemain ragbi
ataupun ketinggian pelajar. Jadi populasi bolehlah ditakrifkan sebagai
satu koleksi semua ukuran yang diperolehi daripada individu atau objek
yang menjadi minat atau tumpuan penyelidikan.
Kebiasaannya, keputusan atau kesimpulan yang dibuat terhadap populasi
adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sebahagian
populasi sahaja. Contohnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
sebakul rambutan adalah manis rasanya berdasarkan sebilangan buah
rambutan yang kita makan. Sebahagian kecil daripada populasi ini
dipanggil sampel. Jadi, sampel adalah sebahagian daripada populasi yang
menjadi minat penyelidik.
Mengapakah kita mengambil sampel dan tidak semua ahli
dalam populasi?

Jika kita ingin membeli rambutan, sudah tentu kita tidak akan memakan
sebakul rambutan sebelum membuat keputusan bahawa rambutan yang
dijual itu adalah manis. Jelas ini adalah tidak praktikal. Antara sebab
mengapa perlunya mengambil sampel daripada populasi ialah dari segi
kos yang tinggi dan masa yang banyak terbuang sekiranya semua ahli
populasi digunakan di dalam sesuatu kajian yang dijalankan, pada hal
maklumat yang dikumpul daripada sampel adalah sama baiknya.
Contohnya, Pegawai Akaun sebuah syarikat akan hanya memeriksa
sebahagian daripada invois untuk mengetahui tentang ketepatan semua
invois.
Pengumpulan data daripada ahli-ahli sesuatu populasi ataupun sampel
dipanggil tinjauan (survey). Sesuatu tinjauan yang dilakukan terhadap setiap
ahli dalam populasi dipanggil banci sementara tinjauan yang hanya
melibatkan ahli dalam sampel sahaja dipanggil tinjauan sampel.
Perkataan parameter membawa maksud sukatan berangka yang dapat
menerangkan tentang ciri sesuatu populasi. Contohnya, purata
pendapatan sebulan populasi petani di daerah Kubang Pasu ialah
RM450.00. Sukatan berangka yang dapat menerangkan tentang ciri
sesuatu sampel pula dipanggil statistik. Perkataan statistik ini berbeza
8

maksudnya dengan istilah statistik yang telah kita bincang di awal tajuk
ini. Contoh statistik di sini ialah purata ketinggian sampel 50 orang pelajar
daripada 1000 orang semuanya.
1.7

ISTILAH ASAS

Ilmu statistik bolehlah dianggap sebagai satu bahasa. Jadi, memahami


maksud beberapa istilah asas yang akan selalu ditemui dalam statistik
adalah penting supaya kita tidaklah merasa jemu atau bosan dengan
bahasa yang tidak kita fahami kerana bahasa yang tidak difahami bolehlah
diumpamakan sebagai bunyi bising semata-mata. Di sini akan diterangkan
maksud istilah-istilah seperti elemen, ahli atau unsur, pemboleh ubah,
cerapan dan data.
Elemen, ahli atau unsur sama ada daripada populasi ataupun sampel
adalah subjek atau objek (contohnya, individu, firma, negeri atau item) di
mana maklumat tentangnya dikutip.
Pemboleh ubah ialah satu ciri yang dikaji dan boleh mengambil nilai
yang berbeza bagi elemen yang berbeza. Manakala pemalar pula ialah
suatu nilai yang tetap.
Cerapan ialah nilai yang diperolehi dari sesuatu pemboleh ubah. Istilah
data atau set data ialah satu koleksi cerapan daripada pemboleh ubah.
Sekarang kita ambil satu contoh untuk menjelaskan lagi istilah-istilah yang
diberikan di atas. Katakan anda berminat untuk menjalankan satu kajian
tentang perbelanjaan yang dihabiskan untuk makanan bagi se bulan oleh
pelajar-pelajar tahun pertama di UUM.
Elemen kajian ialah pelajar tahun pertama di UUM. Pemboleh ubah
kajian pula ialah perbelanjaan untuk makanan bagi pelajar-pelajar tahun
pertama sebab nilai ini mungkin berbeza dari seorang ke seorang. Satu
contoh cerapan ialah RM150.00 iaitu nilai perbelanjaan untuk makanan
sebulan bagi Omar, seorang pelajar tahun pertama di UUM.
Bagi kajian ini, tumpuan penyelidikan ialah berkaitan dengan jumlah
perbelanjaan untuk makanan, jadi populasi kajian ialah semua nilai
perbelanjaan yang diperolehi daripada semua pelajar tahun pertama di
UUM, sementara sampel kajian pula kemungkinan nilai-nilai
perbelanjaan untuk makan yang diperolehi daripada 50 orang pelajar
lelaki tahun pertama sahaja.

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. Jadual berikut memaparkan purata upah sejam bagi


seorang pekerja kilang di tujuh buah negara bagi
tahun 1995.
Negara
Malaysia
Thailand
Korea Selatan
Singapura
India
China
Jepun

Upah sejam (US$)


1.30
1.10
6.17
6.07
0.33
0.35
21.29

(a) Nyatakan pemboleh ubah bagi set data di atas


(b) Berapakah bilangan cerapan yang terdapat dalam
jadual di atas?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
1.8

JENIS PEMBOLEH UBAH

Kita telahpun memberikan definisi pemboleh ubah sebagai satu ciri yang
sedang dikaji dan boleh mengambil nilai yang berbeza bagi elemen yang
berbeza. Pendapatan bulanan keluarga, harga saham, bilangan isi rumah,
harga buku teks dan jenama peti sejuk yang dimiliki oleh sesebuah
keluarga adalah beberapa contoh pemboleh ubah. Pemboleh ubah boleh
mengambil jenis ukuran yang berlainan. Contohnya, pendapatan bulanan
keluarga kemungkinan berjumlah RM2500.00 ataupun RM560.55,
bilangan isi rumah dalam sesebuah keluarga mungkin 5 atau 8 orang
sementara peti sejuk yang dimiliki oleh sesebuah keluarga mungkin
berjenama National, Toshiba ataupun Sharp. Maka, pemboleh ubah
bolehlah kita kelaskan mengikut jenis nilai yang boleh diambilnya. Pada
asasnya pemboleh ubah boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu
pemboleh ubah kuantitatif dan pemboleh ubah kualitatif.
1.8.1

Pemboleh Ubah Kuantitatif

Sesetengah pemboleh ubah boleh mengambil nilai yang berbentuk angka


sementara sesetengahnya pula tidak. Merujuk kepada contoh di atas, kita
10

dapati bahawa pemboleh ubah pendapatan hanya boleh mengambil nilai


berbentuk angka (contohnya, RM2300.00 sebulan) tetapi pemboleh ubah
jenama peti sejuk memberikan cerapan yang bukan berbentuk angka
(contohnya, Sharp).
Pendapatan, jumlah jualan, harga rumah, bilangan kereta yang dimiliki,
harga saham adalah contoh-contoh pemboleh ubah kuantitatif kerana
setiap pemboleh ubah berkenaan hanya boleh mengambil nilai yang
berbentuk angka.
Pemboleh ubah kuantitatif adalah pemboleh ubah yang hanya boleh
mengambil nilai berbentuk angka sahaja.
Pemboleh ubah kuantitatif ini boleh pula dikelaskan kepada dua jenis,
iaitu diskret dan selanjar. Pemboleh ubah diskret hanya boleh
mengambil nilai-nilai tertentu sahaja dan selalunya terdapat ruang di
antara nilai.
Beberapa contoh pemboleh ubah diskret ialah bilangan
kereta yang melintasi pelajar dalam sebuah bilik. Kita
perhatikan bahawa bilangan kereta yang melintasi
plaza tol kemungkinan 25 atau 26 buah sejam tetapi tidak
mungkin 25.7 buah. Ini yang dimaksudkan dengan
ruang di antara nilai-nilai pemboleh ubah diskret.
Pemboleh ubah selanjar pula boleh mengambil sebarang nilai dalam
sesuatu selang. Contoh pemboleh ubah selanjar ialah berat muatan pasir
sebuah lori (mungkin 10 tan, 10.2 tan, 10.8 tan dsb) atau masa yang
diambil oleh seorang pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
1.8.2

Pemboleh Ubah Kualitatif

Pemboleh ubah yang tidak boleh mengambil nilai angka adalah


pemboleh ubah kualitatif. Contohnya ialah seperti jantina pelajar, tahap
pendidikan ketua keluarga dan warna kereta. Pemboleh ubah kualitatif
adalah pemboleh ubah yang nilainya bukan berbentuk angka.
Cuba ingat semula jenis-jenis pemboleh ubah dengan
cara yang mudah.
Jenis-jenis pemboleh ubah yang dibincangkan di atas bolehlah kita
tunjukkan dalam satu ringkasan seperti yang terdapat dalam Rajah 1.1
berikut:
11

Rajah 1.1
Jenis-Jenis Pemboleh Ubah

PEMBOLEH UBAH

KUALITATIF

KUANTITATIF

Contoh:
- jantina
- warna kereta
DISKRET
Contoh:
- bilangan buku
- bilangan pen

SELANJAR
Contoh:
- berat badan
- masa menunggu

SOALAN DALAM TEKS 1.4

1. Nyatakan istilah yang sesuai bagi setiap pernyataan


berikut:
(a) Nilai berangka yang dapat menerangkan tentang
sesuatu sampel yang dikaji.
(b) Pemboleh ubah yang menghasilkan data
berbentuk kelas ataupun pangkat
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
1.9

STATISTIK DAN KOMPUTER

Penggunaan komputer telah meningkat dengan begitu ketara sekali di


akhir-akhir ini dalam hampir semua aspek kehidupan. Komputer bukan
lagi suatu alat yang asing bagi kita semua. Kita tahu komputer dapat
menjimatkan masa dalam melakukan sesuatu kerja. Analisis kuantitatif
menggunakan komputer selain daripada dapat menjimatkan masa, dapat
mengelakkan pengguna daripada melakukan pengiraan yang berulangulang dan rumit. Oleh itu pengguna dapat mengelak daripada melakukan
kesilapan dalam pengiraan.
12

Analisis statistik dalam keadaan sebenar selalunya melibatkan bilangan


cerapan yang agak banyak. Penggunaan komputer dalam keadaan begini
sangatlah kritikal. Maka, mempelajari penggunaan pakej perisian statistik
telah menjadi semakin penting sebagai sebahagian daripada pembelajaran
ilmu statistik.
Empat pakej perisian statistik yang utama ialah SAS (Statistical Analysis
System), SPSS (Statistical Package for the Social Sciences), MINITAB
dan BMDP (Biomedical Computer Programs). Selain daripada empat
pakej tersebut, terdapat banyak lagi pakej perisian yang telah direka dan
boleh digunakan dengan komputer peribadi. Pakej perisian statistik yang
pada mulanya agak sukar digunakan oleh pengguna umum telah
berkembang ke arah yang lebih ramah-pengguna. Perkembangan pesat ini
dibantu oleh perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi
komputer itu sendiri. Jadi, ini dapat menerangkan mengapa pakej-pakej
ini digunakan dengan begitu meluas dalam bidang-bidang perniagaan,
akademik dan penyelidikan.
Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa pakej yang direka hanyalah
sebagai alat yang dapat membantu meringankan kerja-kerja dalam hal
yang melibatkan pengiraan yang panjang dan berulang-ulang. Mengguna
pakej statistik bukanlah bererti semua masalah kita dapat diselesaikan.
Kita masih bertanggung jawab sepenuhnya dalam menentukan teknik
statistik yang manakah sesuai digunakan dalam keadaan tertentu dan
seterusnya membuat rumusan atau kesimpulan yang bersesuaian. Oleh
itu, menguasai ilmu statistik dengan baik adalah penting sebab satu
perkara yang selalu disebut dalam konteks penggunaan komputer ialah
GIGO garbage in, garbage out.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.

Berikan satu contoh penggunaan statistik dalam bidang-bidang


berikut:
(a)
Ekonomi
(b)
Pengurusan
(c)
Pemasaran
(d)
Perniagaan
(e)
Pendidikan
(f)
Pertanian

2.

Terangkan dengan ringkas serta berikan contoh bagi istilah-istilah


berikut:
(a)
Populasi
13

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

Sampel
Parameter
Statistik
Banci
Tinjauan sampel

3.

Terangkan secara ringkas dan berikan contoh bagi setiap


pemboleh ubah berikut:
(a)
Kuantitatif
(b)
Kualitatif
(c)
Diskret
(d)
Selanjar

4.

Bagi setiap pemboleh ubah berikut, nyatakan sama ada pemboleh


ubah kualitatif atau kuantitatif dan jika kuantitatif, adakah ianya
selanjar ataupun diskret.
(a)
Yuran pengajian untuk satu semester
(b)
Tahap pendidikan ibubapa anda
(c)
Bilangan pelajar dalam sebuah bilik
(d)
Kedudukan pasukan bolasepak Kedah dalam Liga
Perdana
(e)
Harga jualan sebotol air mineral keluaran tempatan
(f)
Warna pakaian pasukan bolasepak Johor

5.

Satu kajian telah dijalankan di sebuah institusi pengajian tinggi


(IPT) awam tempatan untuk mengenalpasti adakah prestasi para
pelajar tahun akhir pengajian dipengaruhi oleh kelayakan yang
mereka miliki semasa membuat permohonan. Andaikan bahawa
purata matagred kumulatif (PMK) digunakan untuk mengukur
prestasi pelajar sementara lepasan Matrikulasi, STPM ataupun
Diploma layak memohon untuk memasuki IPT berkenaan.
Nyatakan apakah,
(a)
Populasi kajian
(b)
Pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini
(c)
Jenis pemboleh ubah yang terlibat

6.

Seorang penyelidik sedang menjalankan satu tinjauan untuk


mendapat reaksi dan persepsi penduduk di Lembah Kelang
berkaitan dengan masalah jerebu yang agak kerap berlaku di
sebahagian besar negara. Terdapat 12 soalan semuanya yang
dikemukakannya kepada seramai 150 orang awam yang terpilih.
Salah satu daripadanya ialah, Langkah-langkah yang diambil oleh

14

pihak kerajaan dalam menangani masalah jerebu adalah


mencukupi. Pilihan jawapan yang disediakan ialah seperti berikut:
(1) Amat setuju
(2) Setuju
(3) Tak pasti
(4) Tak setuju
(5) Amat tak setuju
Berdasarkan kenyataan di atas,
(a)
Apakah populasi dan sampel bagi kajian tersebut?
(b)
Adakah penyelidik menjalankan bancian ataupun tinjauan
sampel?
7.

Bezakan di antara pemboleh ubah dan pemalar serta berikan satu


contoh setiap satu.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
SDT 1.1

1.

Perkataan statistik dalam konteks bidang ilmu merujuk kepada


kaedah-kaedah mengumpul, menyusun, mempersembah dan
mentafsirkan data bagi membantu seseorang membuat keputusan
yang lebih baik.
SDT 1.2

1.

Statistik perihalan ialah satu bidang ilmu yang melibatkan kaedahkaedah yang digunakan untuk menyusun, mempersembah dan
memerihalkan data yang dikumpul. Statistik pentabiran pula
tertumpu kepada kaedah-kaedah yang digunakan untuk membuat
keputusan atau ramalan terhadap populasi berdasarkan maklumat
yang diperolehi daripada sampel.
SDT 1.3

1.

(a)
(b)

Pembolehubah ialah upah sejam (US$)


7

SDT 1.4

1.

(a)
(b)

Statistik
Pemboleh ubah kualitatif.
15

Anda mungkin juga menyukai