Anda di halaman 1dari 3

Tajuk 4 Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media

Pengajaran
Clark,

R.E

(1983): Media

pengajaran

hanya

berfungsi sebagai untuk

menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung


pencapaian pelajar-pelajar.
Mengikut Schramm W. (1977): Pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu
kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan
bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.
Sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus
dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya.
Model ASSURE
A Analisis Pelajar (Analyze learners)
Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri-ciri umum pelajar.

Pengetahuan/pengalaman sedia ada.

Gaya belajar.

S Menyatakan Objektif (State Objectives)


Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.
1.

Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?

2.

Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?

3.

Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?

4.

Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang


dianggap sudah dikuasai)?

S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih
kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:

Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)

Bentuk objektif (the nature of the objectives)

Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)

Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional


situation)

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)


Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakantindakan berikut perlu dilakukan oleh guru:

Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.

Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)


Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar
berinteraksi serta mendapat maklum balas.
E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)
Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui
pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses
pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil.

Sumber Rujukan:
Law, E. (2010, November 12). Bab 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan
Penilaian Media Pengajaran (Model ASSURE). Retrieved from Blogger:
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-4-perancangan-pemilihanpenghasilan.html

Anda mungkin juga menyukai