Anda di halaman 1dari 67

Unsur-unsur Mistik

Masyarakat Melayu dan


Pri-Bumi
Preetpal Singh A/L Ranjit Singh
Maisarah Binti Azhar
Zuirah Binti Zulhairul
Muhammad Bin Ismail
Putri Nur Balqish Zamine Binti Nor Zamri
Mogana Devi A/P Perumal
Akmar Hadati Binti Jasmi
Kishen Naidu
Puteri Nadzirah Inez Binti Mohd Amran

KLB1460010
KLB1490025
KLB1490162
KLB1490156
KLB1460008
KLB1490138
KLB1460075
KLB1460182
KLB1460024

Pendahuluan
Kebudayaan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan sesebuah
masyarakat
Budaya mempamerkan sifat masyarakat tersebut dan terbentuk dari unsurunsur yang rumit termasuklah agama, adat istiadat, pakaian dan karya seni
Unsur mistik yang terdapat dalam masyarakat melayu dan pri bumi telah
lama wujud dan masih lagi dipraktikan oleh segolongan masyarkat melayu
and pri bumi

Penyebahan pokok, burung dan objek lain adalah contoh unsur mistik
yang digunakan
Unsur-unsur mistik dan signifikannya dalam tarian tradisional di
Malaysia dan pri bumi dapat dikenali dan difahami serta dapat
mengetahui pendapat masyarakat setempat tentang pandangan dan masa
depan tarian tradisional ini yang semakin luput ditelan zaman
terutamanya.

Unsur-Unsur
Mistik
Masyarakat
Melayu

SAKA
Jin yang dibela sebagai perlindungan diri
Biasanya bertujuan sbg pendamping
Akan diwariskan ke generasi seterusnya
Dijamu acak utk mengelak dr berlaku onar
Ada yg guna utk aniayai org dan sbg pelaris
Mewariskan melalui akad atau fizikal
Saka tanpa tuan disyaki akan menganggu
Saka juga boleh merasuk bayi kecil
Saka boleh dikurung dlm bekas
saka boleh diikat di tmpt yang kekal

PENANAMAN URI BAYI


Uri bayi adalah placenta
Hukum menanam uri adalah 'harus

Hendaklah dibersihkan dulu sblm tanam


Khurafat : tanam dgn alatan tambahan spt pensil dan pembaris
Ditanam kaca atau alatan tajam spt paku di sekeliling
Menyalakan api kecil di waktu malam

SANTAU
Bertujuan untuk meracuni mangsa
Menggunakan kaca jernih, buluh miang
Niat utk tuntut bela, balas dendam

2 cara : santau fizikal @ santau angin


banyak alternatif disediakan antaranya doa dan
membaca Al-Quran

banyak

KHURAFAT
Khurafat ini berasal dari bahasa arab kharafayakhrifu- kharfan- khurafatan
Khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang
membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan
tahyul
Istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai
semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya
memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama
Islam

Semasa Kelahiran
Uri atau placenta adalah tisu yang melekat pada
rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali
pusat.
Masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini
kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauhjauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang
jauh juga.
Kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan
baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu
menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai
memasak

Semasa Mengandung
Kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau
berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek
moyang.
Bertujuan untuk mendidik masyarakat agar
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk
dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik
kepercayaan karut yang telah diperturunkan
secara lisan sejak zaman berzaman

KENAN
Binatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan
kepada manusia di dalam proses kejadian manusia
Binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir
itu telah dizalimi oleh ibu-bapanya
Kenan ini sebenarnya budaya masyarakat Animisme
yang masih wujud di dalam amalan-amalan kita sehariharian
Ia telah membudayakan pemikiran kita agar takut
kepada kekuasaan luar biasa haiwan.
Islam telah meletakkan pemikiran kita lebih baik
daripada penyembah haiwan.

Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil,


dikhuatiri akan kenan.
Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal
kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat
tompok hitam atau bermata juling.
Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur,
dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang
sedang tidur.
Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak
akan terencat.

Pantang Larang
Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan,
dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
Dilarang memukul, mendera atau mencederakan manamana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir
mengalami kecacatan.
Dilarang
memaku,
memahat,
mengail
atau
menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit
bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri
mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah
ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

MANDI BUNGA
Pembuangan sial di badan
Menaikkan seri wajah
Menjauhkan seseorang daripada didekati oleh semangat
jahat
Mendapat jodoh dengan lebih cepat
Cara-cara:
7 jenis warna bunga, daun limau, dan sirih pinang.
Memakai kain batik sahaja tanpa alas atau berkemban.
Upacara akan dijalankan dengan bacaan mantera atau
jampi serapah.

SUSUK
Tujuan:
Untuk kelihatan cantik
Megurangkan kedut dan menegangkan kulit
Jenis:
bacaan ayat al-Quran cth: untuk menjauhkan dari
syirik
susuk objek cth: emas, berlian, perak dan sebagainya

Sambungan
Cara-cara:
Pemakaian susuk lebih mudah dikatakan dengan
mencucuk emas dengan jarum di bahagian yang
dikehendaki seperti muka, dada dan kemaluan
7 jenis warna bunga, daun limau, dan sirih pinang
Memakai kain batik sahaja tanpa alas atau
berkemban
Bacaan mantera atau jampi serapah.

Sambungan
Kesan-kesannya:
Menjerumus kearah maksiat kerana menarik perhatian
lelaki bukan muhrim
Jin ada pada sekeliling wajah pemakai
Mendapat mimpi ngeri dan jin itu akan mengganggunya
sehingga tidak boleh tidur malam.
Pantang-larang:
Tidak boleh melintasi di bawah ampaian besi, meminum air
zam-zam,
Memakan pisang emas
Makanan yang bercucuk seperti sate

Contoh kesan memakai susuk

KEMATIAN

Definisi JAKIM
Bercerai roh dari badan
Definisi Dewan Bahasa & Pustaka
Meninggal dunia

Maksud Firman Allah S.W.T:


Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan
dibalas pada hari kiamat.
(Al-Quran, Surah Al-Imran: ayat 185)

Wajib bagi seseorang yg beragama Islam utk menguruskan mayat saudara sesama
Islam
Hukum asal pengurusan jenazah orang Islam adalah fardu kifayah (jika ianya
tidak dilakukan maka berdosa semua umat Islam)
Fasa kematian:
Fasa semasa kematian
Fasa semasa pengebumian
Fasa selepas kematian

KEMATIAN
Semasa kematian
Memberitahu tok imam agar dapat dihebahkan
Mayat dibaringkan di tengah rumah (kepala hingga kaki
ditutup)
Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat, tangan dikiamkan
(tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada)
Penziarah yg datang akan membacakan ayat-ayat suci alQuran
Tempat bara diletakkan di hadapan mayat dan kemenyan
akan dibakar
Sekiranya mayat masih berada di dalam rumah, sebarang
jamuan tidak akan diadakan

Sambungan
Semasa kematian
Mayat perlu dikebumikan secepat mungkin
Sebelum dikebumi, mayat dimandikan dengan cermat
Mayat perempuan dimandikan oleh tukang mandi mayat
perempuan dan begitu juga sebaliknya
Namun, lebih baik sekiranya ahli keluarga mayat sendiri
yg memandikan mayat
Jenazah dikapankan (jenazah lelaki 3 lapisan, jenazah
wanita 5 lapisan berserta telekung)
Jenazah dipakaikan celak dan kapur barus
Penghormatan akhir- keluarga terdekat & muhrim
dibenarkan utk mengucup mayat (tidak boleh menitiskan
air mata ke tubuh mayat)

Sambungan
Semasa kematian
Mayat disembahyangkan samada di rumah atau
masjid
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,
wakil/waris si mati akan memberi ucapan ringkas
(mohon maaf/ampun bg si mati sekiranya semasa
hayatnya pernah berbuat dosa terhadap seseorang)
Dituruti dgn adat lalu dibawah keranda sebanyak
3 atau 7 kali, dipercayai bg mengelakkan rasa
rindu kepada si mati

Sambungan
Semasa pengebumian
Keranda diusung ke tanah perkuburan (menaiki kenderaan
jika tapak perkuburan jauh)
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah sehingga ke
kubur
Kaum wanita tidak begitu digalakkan (khuatir akan terlalu
meratapi kematian)
Tangisan dan ratapan yg berlebihan tidak digalakkan dalam
islam
Keranda akan dimasukkan ke dalam liang lahad/lubang
kubur yg telah digali terlebih dahulu
Papan penutup keranda dibuka, mengerengkan badan
mayat, ikatan di kepala akan dibuka

Sambungan
Semasa pengebumian
Tanah diambil dan dikepal utk menyendal kepala
jenazah dan azan akan dilaungkan di telinga jenazah
Tanah akan ditimbus, dipacakkan objek seperti kayu
atau ranting sebagai penanda kubur
Talkin dan doa dibaca sejurus kubur ditimbus
Ahli keluarga, saudara mara, penziarah akan
mengambil peluang utk menyiram kubur dari bahagian
kepala hingga ke bahagian kaki
Bunga ditabur

Sambungan
Selepas kematian
Kenduri arwah & doa selamat diadakan oleh ahli
keluarga setelah selesai urusan pengebumian
Kenduri lazimnya diadakan pada hari pertama,
ketiga, ketujuh, keempat puluh atau keseratus hari
Tujuan bagi mendoakan kesejahteraan si mati
Terdapat segelintir masyarakat melayu meneruskan
dgn adat meletakkan batu kecil di atas pusara &
membuat pagar disekelilingnya pada hari keseratus

Sambungan
Selepas kematian
Amalan berkabung dilakukan selama 3 hari jika
diizinkan suami bg wanita yg kematian ahli
keluarga
4 bulan 10 hari bagi wanita kematian suami
Menurut islam, wanita kematian suami tidak boleh
memakai celak, baju berwarna, wangian, berinai
serta menyikat rambut kecuali ketika baru bersih
selepas datang haid

Unsur-Unsur
Mistik Masyarakat
Pri-Bumi

SUKU KAUM MAH MERI

Terdiri daripada suku kaum orang asli senoi


Menetap di Pulau Carey, Selangor
Juga dikenali sebagai orang laut
Berhijrah dari Pulau-Pulau di selatan Johor ke
pantai negeri Selangor

Perkahwinan Suku Kaum Mah Meri


Perayaan
Kepercayaan
Kematian Suku Kaum Mah Meri
Pantang Larang

Perkahwinan
Memelihara upacara menghalau hantu syaitan
dengan cara mereka tersendiri
Tujuan upacara pemujaan diadakan adalah untuk
memberitahu nenek moyang bahawa cucu mereka
bakal berkahwin

Istiadat mengasah gigi dan Kain hitam akan


digunakan dan cincin adalah alat pengasah yang
digunakan untuk mengasah gigi

Sambungan

Upacara perkahwinan dimulakan dengan tok dukun membawa

pengantin lelaki memusing mengelilingi sekumpulan gadis


bersama pengantin perempuan yang dilitupi kelambu dan
diasap dengan kemenyan

Upacara itu bertujuan menghalau syaitan dan mengelak


perkara buruk

Ketika

majlis

persandingan

upacara

melambung

duit

dilakukan sebagai simbolik kepada kebebasan mempelai


menentukan arah tuju hidup di alam rumahtangga

Sambungan
Mempelai makan bersama-sama agar berakhir dengan
serentak supaya hidup mereka berkekalan bahagia
Jika seorang daripada mempelai memakan lebih awal
diantara

mereka,

dipercayai

perlakuan

itu

akan

mengundang kecelakaan dalam rumah tangga pada masa

depan
Selepas selesai majlis perkahwinan, pasangan pengantin
dilarang keluar rumah untuk tempoh tiga hari untuk
mengelak daripada diganggu hantu atau syaitan

Sambungan
Rumah pengantin tidak akan disapu dengan penyapu
lidi, tidak boleh berlaku pergaduhan dan peralatan
yang dipinjam semasa majlis itu hendaklah
dikembalikan selepas tiga hari

Perayaan
Upacara puja pantai (moyang laut) dan perayaan
musim buah
Persembahan makanan kepada moyang akan
dilakukan secara besar-besaran
Upacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang
supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang
banyak dan memohon agar keselamatan mereka tidak
diancam
Upacara musim buah pula dijalankan secara
sederhana selepas musim buah-buahan

Kepercayaan
Sesuatu kejadian (baik atau buruk) merupakan
petunjuk untuk memulakan pekerjaan atau perjalanan
baru
Jika makan tebu waktu malam, mereka seolah-olah
menghisap darah keluarga yang telah mati
Berjalan dalam panas pula dianggap seperti
disampuk hantu
Jika tidak menghormati orang tua, badan mereka akan
menjadi kurus dan sering mendapat penyakit
Makan kerak nasi maka hutang si peminjam tidak
dapat dibayar

Kematian Suku Kaum Mah Meri


Mayat akan diletakkan di tempat lapang seperti di
serambi
Tidak dibenarkan makan dan minum jika mayat
masih dirumah kecuali untuk roh si mati dimana satu
hidangan diletakkan di tempat khas
Mayat akan dijaga supaya tidak dilangkah kucing
kerana mayat akan dirasuk hantu dan bangun
mengganggu keluarganya

Pantang Larang
Pantang larang pada makanan
Tetamu dianggap kurang sopan jika tidak menjamah
makanan yang telah disediakan
Dilarang membuang sisa makanan di merata tempat
yang mungkin dimakan oleh semut atau binatang atau
pun dihayutkan oleh air. Oleh kerana itu, sisa
makanan hendaklah dikumpulkan untuk ditanam atau
dibakar atau si pembuang akan mendapat busung

Pantang larang pada binatang buas


Dilarang bercakap besar atau mengata dan tidak boleh
sesekali mengambil sisa binatang buas untuk dimakan
Akibat dari perbuatan ini binatang buas itu akan
mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap
orang itu
Selain itu, tempat-tempat dimana binatang buas
membunuh manusia tidak boleh dilalui jika tidak
mereka akan jatuh sakit atau mungkin mengigau
wajah binatang buas tersebut

KAUM SEMAI
Masyarakat

pribumi yang terbesar ialah


masyarakat orang asli semai dari kumpulan senoi.
Terdapat dua suku yang menyebabkan
terbentuknya kaum semai iaitu terdiri daripada: suku
hoabinhnian dan suku neolitik.
Antara tempat tinggal suku kaum semai meliputi
beberapa kawasan seperti: banjaran titiwangsa, perak
tengah, perak selatan dan pahang barat.

Kepercayaan Animisme
Seluruh objek di sekeliling mereka mempunyai semangat tertentu
atau mempengaruhi kehidupan mereka dengan kuasa yang luar biasa.
Mementingkan kehidupan yang harmoni antara manusia dengan alam
semesta di mana ianya adalah kunci kesejahteraan dan kebahagiaan.

Nilai-nila Murni Kaum Semau Melalui


Konsep Pandang Dunia
Puak semai mengatakan jasad, semangat, roh dan
malaikat merupakan unsur yang membentuk manusia.
Makhluk superhuman dikatakan mengawal manusia
di mana ianya dipercayai wujud di sekeliling mereka.
Oleh hal yang demikian, makhluk superhuman ini
terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Nyenaang
2) Maklikat
3) Nyaniik

Nyenaaang & Maklikat


Nyenaang merupakan kuasa yang sama seperti tuhan.
mempunyai orang suruhannya yang digelar Maklikat.
Nyaniik merupakan kuasa utama dalam sistem
kepercayaan Semai dan mempengaruhi mereka
dengan kukuh.
Nyaniik lebih dipercayai dengan bersikap baik dan
bersimpati terhadap manusia.
Kemarahan,teguran,sapaan dan pertanyaan Nyaniik
diolahkan sama ada dalam bentuk bencana alam
mahupun bencana penyakit.

Nyaniik
Masyarakat semai dengan nyaniik ini mempunyai
perhubungan yang berbentuk pertentangan tabii.
Nyaniik (makhluk superhuman) merupakan pihak
yang paling berkuasa, sama ada memberi kebaikan
kepada manusia ataupun sebaliknya iaitu dengan
meghuru-harakan kehidupan manusia melalui
bencana alam atau bencana penyakit.
Manusia pula berada di pihak yang lemah yang dapat
dilihat dengan pengakuan yang ditekankan oleh
biduan yang diwakili hala (bomoh/dukun) semasa
berhubung dengan makhluk-makhluk tersebut dalam
upacara berkebut.

Konsep-Konsep Yang Diamalkan Oleh


Kaum Semai
Selanjutnya, pelbagai konsep-konsep kepercayaan
karut atau unsur mistik yang diamalkan oleh kaum
Semai. Konsep-konsep berikut adalah:a. Tenghaak
b. Terlaij
c. Srenglook
d. Puhnan
e. Tarok
f. Ngooi

Tenghaak & Terlaij


Konsep teghaak (berdusa) merupakan ahli-ahli
masyarakat yang membuat sesuatu kesalahan dalam
keadaan yang bersalah. Nyenaang (datuk,tuan,tuhan)
atau makhluk superhuman ini memberi pembalasan
terhadap manusia melalui konsep teghaak.
Konsep terlaij pula berperanan dalam membentuk
kehidupan sosial masyarakat. Engku (guruh/petir)
merupakan denda berikutan konsep terlaij yang
berpunca daripada kemarahan makhluk berkenaan.

Srenglook & Puhnan


Masyarakat ini ditegah melalui konsep Strenglook
supaya segala janji dihormati. Konsep ini terjadi
apabila seseorang memungkiri janji.
Konsep puhnan adalah pengawalan dan membentuk
kehidupan sosial masyarakat ini. Konsep ini yang
bermaksud kempunan iaitu kegagalan merupakan
seseorang yang gagal dalam memenuhi hasrat atau
kehendaknya, bakal ditimpa bencana.

Tarok & Ngooi


Tarok dan ngooi adalah antara konsep lain yang
membentuk kehidupan sosial masyarakat ini. Keduadua ini adalah konsep bencana penyakit. Tarok
terkena dan Tarok perbuatan orang ialah pembahagian
kepada konsep Tarok.
Ngooi pula menerangkan tentang penyakit yang
timbul jika Nyaniik menguasai ngooi (bau)
manusia.Nyaniik (hantu) ngooi bersifat binatang
umpama kerbau, gajah, babi dan lain-lain yang
terdapat di dalam hutan.

KAUM TEMIAR
Penempatan rumpun bangsa Temiar yang terbanyak
dapat dilihat di daerah Gua Musang, Kelantan yang
menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan.
Melalui kaedah berhalaq, lokasi membuat rumah
panjang ditentukan oleh Penghulu atau Batin.
membina kediaman sendiri apabila sekian lama
tinggal di rumah panjang tersebut. Mereka bercucuk
tanam,berburu dan mencari tumbuhan hutan sebagai
sara hidup mereka.

Perkahwinan
Adat menanggung (meyakinkan bakal mertua).
Penawaran diri dalam pengurusan kerja-kerja
seharian haruslah dilakukan bakal menantu
lelaki dalam meyakinkan mertua terhadap
kewibawaannya yang menunjukkan mereka
sanggup menanggung bakal keluarganya. Adat
ini dikenali sebagai Adat Menunggu.

Kepercayan Kaum Temiar


1. Karei/Engku
Perbuatan keji yang dilakukan dan pelanggaran pantang larang akan
diturunkan bala oleh makhluk yang dipercayai besar dan berkuasa tinggal
di angkasa Karei marah.
2. Penunggu
Masyarakat Temiar percaya bahawa tempat yang berpenunggu seperti
lubuk ,lata, teluk, gua, bukit dan gunung harus dielak dan tidak diganggu.
Penunggu akan menyampuk mereka yang lemah semangat jika mereka
menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut.
3. Kayu Merbau
Pada waktu subuh,senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi
terutamanya, mereka mempercayai bahawa teras kayu merbau boleh
memanah dan mengenai sesiapa sahaja yang lalu.

Sambungan
4. Pantang Harimau
Jelmaan harimau akan datang mengganggu orang yang memungkiri janji
jika tidak membuat pertemuan yang dibuat.
5. Bunga Pakma
Kecuali Tok Halaq, bunga pakma tidak boleh dipetik. Apabila terjatuh
dan bergolek ketika membawanya, ia boleh bertukar menjadi harimau
(ruai).
6. Buah-buahan Hutan
Dalam upacara gotong-royong pada sesuatu musim, buah Perah dan buahbuahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik untuk dibuat kenduri. Selepas
itu baru boleh dipetik. Harimau diarahkan oleh ruai buah-buahan yang akan
datang menganggu orang lain jika mereka melanggar pantang larang
berkenaan.

Sambungan
7. Kempunan (Selantap)
Kempunan yang bermaksud ditimpa bala atau
kesusahan datang menimpa jika sesuatu keinginan
atau niat tidak tercapai oleh suka kaum Temiar.

8. Suara Burung
Roh si mati yang sedang berkeliaran ditegur apabila
burung Chiap Chereyet berbunyi. Seseorang
haruslah mengasap badan dengan asap agar badi
tidak merasuk atau menganggu keluarga mereka jika
mendengar bunyi burung tersebut.

KAUM TEMUAN
Suatu masyarakat pribumi dari kumpulan melayu
proto atau lebih mudah dikenali sebagai melayu asli.
Selangor, melaka, pahang, negeri sembilan, dan
daerah muar, malah johor merupakan antara
penempatan pertama bagi suku kaum temuan ini.
Petempatan-petempatan masyarakat ini terletak
berdekatan dengan kampung tradisi melayu dan di
pinggiran bandar.
Faktor yang menarik perhatian ramai dari suku kaum
ini adalah berkenaan dengan kepercayaan mereka yang
kebanyakkan berunsur mistik.

Kepercayaan
Pada awalnya merupakan antara penganut penganut animisme dan
menyembah nenek-moyang mereka dahulu.
Percaya pada kewujudan tuhan yang juga di kenali sebagai cemok dan
lenggoi.
Cemok dan lenggoi dipercayai sebagai nenek-moyang mereka dan
dipercayai wujud dalam pelbagai bentuk seperti angin, hujan dan kilat dan
yang berkenaan.
Orang temuan juga percaya bahawa batu besar, sungai, pokok tinggi dan
gunung adalah tempat tinggal hantu dan jin.
Terdapat tiga hantu yang dianggap penting iaitu hantu malaikat, hantu
beburung dan hantu lidah tanah. Hantu-hantu ini juga dipercayai adalah
hantu jahat dan penyebab kepada pelbagai jenis penyakit. Untuk melawan
hantu jahat ini, orang temuan bergantung pada bomoh yang dikenal sebagai
orang bertangkai yang juga dikenali sebagai pawang.

Sambungan
Pawang menggunakan beberapa herba hutan dan kayu-kayan seperti kayu
gaharu dalam pengubatannya. Kayu gaharu itu akan dibakar untuk meminta
bantuan daripada tuhan untuk menghalau hantu itu.
Kadangkala sawai dilakukan untuk memulihkan pesakit dengan meminta
pertolongan daripada nenek-moyang mereka serta pelbagai jin dan roh.
kepercayaan yang telah menarik perhatian ramai adalah orang Temuan
mempunyai sistem kalendar mereka sendiri yang berdasarkan umur bulan.
Menurut sistem kalendar mereka, terdapat 360 hari dalam setahun dengan
30 hari setiap bulan yang agak luar biasa. Faktor yang agak luar biasa yang
di jumpai adalah hari pertama dalam setiap bulan ditunjukkan oleh jeritan
monyet liar.

Sambungan
Antara lagenda lagenda kaum temuan adalah Mamak dan Inak Bungsuk
adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa
"Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana
pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkaraperkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka
kepada mereka.
Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.Gunung Raja
terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang.
Terdapat makhluk Halus yang mendiami Gunung Raja. Hantu seburu atau
juga dikenali sebagai bigfoot telah wujud sejak zaman Mamak dan Inak
Bungsuk lagi. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang
menuntut salah ilmu Antara lagenda lagenda kaum temuan adalah Mamak
dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan
setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar"
berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu
perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan
murka kepada mereka.

Sambungan
Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum
Temuan.Gunung Raja terletak di antara sempadan
negeri Selangor dan Pahang.
Terdapat makhluk Halus yang mendiami Gunung
Raja. Hantu seburu atau juga dikenali sebagai bigfoot
telah wujud sejak zaman Mamak dan Inak Bungsuk
lagi. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli
Temuan yang menuntut salah ilmu

KAUM JAH-HUT
Kaum pribumi Jah-Hut adalah antara 3 puak utama pribumi iaitu Senoi,
Melayu-Proto dan juga Negrito yang terdapat di Malaysia dan juga suku bangsa
Jah Hut digolongkan sebagai salah satu etnik dari puak Senoi yang terdapat di
daerah Jerantut dan Temerloh di negeri Pahang.
Masyarakat ini telah dikenali dengan kemahiran pengukiran kayu, perubatan
tradisional dan juga penyihir iaitu bomoh dalam penyembuhan penyakit. Secara
langsung, sumber pendapatan serta sara menyara hidup mereka amat
bergantung kepada hasilan hutan dan pertanian.

Mengikut tradisi, jawaatan Batin diwarisi turun-temurun oleh anak lelaki sulung
dan bertanggungjawab sebagai Ketua Pentadbiran kampung, Ketua Adat atau
wakil sukunya" Malahan, gelaran dalam masyarakat Jah Hut agak unik
memandangkan panggilan kepada ibu bapa yang telah berkeluarga adalah
berdasarkan nama anak sulung mereka, misalnya jika anak sulung bernama
Abu, maka panggilan kepada bapa ialah Pak Abu atau Tai Abu, manakala ibu
digelar sebagai Mak Abu / Deh Abu atau Wei Abu.

Perkahwinan
Teruna dan dara mula berkenalan menerusi upacara
nisaoi" buah tangan akan dihadiahkan oleh lelaki
tersebut dan sekiranya diterima oleh pihak perempuan,
maka lelaki tersebut akan meminang dan bertunang
dengan gadis idamannya.
Majlis pernikahan dijalankan tetapi berlangsung pada
waktu malam terlebih dahulu di rumah pihak
perempuan sehari sebelum di rumah pengantin lelaki.
Semasa majlis pernikahan di rumah pihak lelaki,
upacara pembayaran adat diadakan dan nasihat diberi
kepada pengantin.

Sambungan
Ibu yang hamil dilarang membuat kerja seperti
mengikat dan memaku manakala suami dilarang
membuat kerja yang sukar seperti mendirikan tiang
rumah. Tempoh berpantang bagi ibu tersebut ialah
selama empat puluh empat hari dan dia dilarang
memakam makanan berminyak, pedas dan berbau
keras kerana ditakuti anak akan menjadi bantut.
Setelah tamat tempoh pantang, ibu tersebut akan
membayar langir kepada bidan dengan cara
mencuci rambut bidan oleh ibu tersebut.

Kepercayaan Kaum Jah-Hut


Mengamalkan kepercayaan animisme juga di mana mereka percaya
bahawa persekitaran semulajadi adalah dilindungi oleh semangat alam
dan tumbuh-tumbuhan.
Kegiatan pengukiran kayu bukan sahaja merupakan satu sumber
pendapatan utama, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk
kepercayaan keagamaan mereka. Suku kaum ini terkenal dengan
ukiran-ukiran kayu (arca).
Kegiatan ekonomi puak tersebut bergantung kepada penjualan kayu
kayu tersebut.
Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi
kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda malah ianya juga
menggambarkan kehidupan mereka itu.
Ukiran kayu (cengal, merbau, tembusu kayu, sena, merpati dan banyak
lagi.) Berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib
seperti hantu. Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan
sahaja.

Sambungan
Membina penanda kubur berbentuk piramid yang mirip piramid
tinggalan puak mayan dan aztec di mexico serta guatemala.
Penolong kurator kanan muzium seni kraf orang asli, ahmad
zulkarnain alias berkata, tidak mustahil sejarah panjang pribumi
yang terdapat di negara ini mempunyai hubung kait dengan tamadun
mayan berdasarkan persamaan seni reka keranda yang digunakan
kedua-dua etnik tersebut
Keranda yang digelar galang ini disusun secara bertingkat. Pada
kebiasaannya ia menggunakan 16 batang kayu utama, kerja
menyiapkan keranda dan penanda kubur tersebut dilakukan selepas
hari ketujuh kematian. Katanya, empat batang kayu di bahagian
paling atas akan diukir dengan pelbagai motif yang menjadi simbol
membezakan mayat lelaki dan perempuan.
Larangan bagi pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh 7 hari
masuk ke hutan. Ia dibimbangi akan mendapat kecelakaan atau
gangguan daripada hantu atau syaitan..

Sambungan
Masyarakat Jah Hut juga dilarang daripada menegur atau
menyapa orang yang hendak pergi memasang jerat atau
mengail. Ia dikatakan akan menyebabkan jerat yang
dipasang tidak akan mengena atau terkena pada orang lain
dan tidak dapat menangkapi dengan banyak.
Ketika membuat perangkap, orang asli Jah Hut dilarang
darpada membuang air besar. Seperti biasa ia dikuatiri akan
menyebabkan perangkap yang dipasang tidak akan mengena
atau membawa malang.. Orang Jah Hut juga dilarang
memuji kecantikan anak kecil. Ia dikuatiri akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut akan tidak cantik lagi
apabila dewasa kelak. Masyarakat Jah Hut melarang bersiul
pada waktu malam kerana perbuatan itu akan mengundang
hantu atau jembalang datang ke rumah

Sambungan
Pantang larang semasa membuat rumah juga ada. Peranan puyang
(pawang) adalah besar dalam masyarakat orang jah hut selain
daripada tok batin sebagai ketua masyarakat kaum jah hut.
Masyarakat jah hut adalah sama dengan masyarakat orang asli yang
lain mengamalkan cara hidup yang berpindah randah. Sekiranya
kawasan pertanian mereka sudah tidak subur lagi merekaakan
berpindah ke tempat lain. Sebelum rumah-rumah dibina, puyang
akan menentukan sama ada tapak rumah tusesuai untuk dibuat
rumah atau pun tidak. Mereka percaya sekiranya rumah itu didirikan
di tapak yang tidak sesuai, isi rumah itu akan mudah mendapat
penyakit atau serangan mahluk halus.
Pembahagian tapak rumah atau kawasan ditentukan oleh ketua
keluarga dan akan diputuskan oleh tok batin. Rumah-rumah dibina
secara derderau (gotong-royong) dan bergilir-gilir. Pembinaan
rumah dimulakan pada awal bulan islam dan disiapkan pada bulan
itu juga.

Sambungan
Bahan binaan untuk membuat rumah adalah di
perlihara dari hutan itu juga. Bahan ikatan semuanya
diperbuat daripada rotan.
Jika diamati daripada kepercayaan masyarakat Jah Hut
ini, terdapat sedikit pengaruh Islam dalam proses
mereka membuat rumah.
Ini mungkin berlaku disebabkan terdapatnya orang
Islam yang pernah datang untuk mengajar tentang
agama Islam. Tidak dinafikan juga kebelakangan ini,
sebilangan kaum Jah Hut yang telah memeluk Islam
dan mengamalkan cara hidup Islam.

KESIMPULAN

Orang islam harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku
dalam masyarakat kini adalah permainan syaitan yang memainkan pemikiran manusia
semata-semata

Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari
landasan islam

Hal ini penting supaya isu-isu berkaitan dapat ditangani dengan baik dan berhikmah
demi kesucian agama, maruah bangsa dan keperluan negara

Walhal, allah swt, bagi umat islam telah menyatakan di dalam al-quran bahawa setiap
kelakuan yang di murkai-nya akan menerima padah di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai