Anda di halaman 1dari 9

Jaundis ..

PENGENALAN
Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah sesuatu yang biasa berlaku
terhadap bayi pada minggu pertama kelahiran. Bilirubin merupakan pigmen merah
kekuningan yang terbentuk dan dilepaskan ke dalam aliran darah selepas sel-sel darah
merah pecah. Bilirubin

yang berlebihan dalam salur darah akan dipanggil

hiperbilirubinemia. Bilirubin yang termendap adalah bilirubin yang tak konjugat dan tak
larut air.
Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pramatang mengalami masalah ini.
Ianya berlaku disebabkan oleh pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat
dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lainlain bahagian badan lalu berlaku pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi yang
menyebabkan kulit serta mata putih bayi kelihatan kuning.
Antara punca-punca yang menyebabkan jaundis berlaku adalah penyakit
kekurangan enzim G6PD didalam darah, terlalu banyak sel darah merah (polycythemia),
fungsi hati yang belum sempurna di sebabkan bayi pramatang serta berlaku komplikasi
semasa kelahiran seperti melalui kaedah vakum.
Jaundis Neonatal atau lebih dikenali sebagai demam kuning yang sering terjadi
pada bayi baru lahir. Demam kuning atau istilah lain dalam dunia perubatan ialah jaundis
atau icterus. Sebenarnya istilah jaundis berasal dari bahasa Perancis iaitu jaune yang
bermaksud kuning atau icterus berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud
menunjukan pewarnaan kuning pada kulit, sklera atau membran mukosa akibat daripada
penompokan bilirubin yang berlebihan. Masalah penyakit ini sering ditemukan pada
sekitar 60% bayi baru lahir yang sihat dengan usia gestasi lebih 35 minggu.

Jaundis ..2

PERNYATAAN MASALAH
Mengikut QA jaundis negeri Kedah, setiap bayi yang discaj dari hospital
diwajibkan menjalani pemeriksaan serum bilirubin pada keesokan harinya. Pengesanan
kes jaundis dibuat oleh semua kakitangan Klinik Kesihatan Pendang yang membuat
lawatan ke rumah bagi kes selepas bersalin. Rujukan awal dibuat untuk mencegah
komplikasi dan tiada kes yang mengalami sever jaundis pada tahun 2013. Jadual di
bawah menunjukkan garis panduan kepada staf staf kesihatan tentang Jaundis.
Umur

Bacaan SBC-MG%

Tindakan

SB cap Venous blood


0 24 jam

Any jaundice

Dimasukan hospital

> 24 jam - 48 jam

> 10

Dimasukan hospital

> 48 jam

10 -12

( 2 hari 5 hari)

Pemeriksaan SBC setiap


hari

12

Dimasukan di wad
Rawatan Fototerapi jika
bacaan SBC lebih 15

6 14 hari

10 - 15

Pemeriksaan SBC selang


satu hari (EOD)

> 14 hari

15

Dimasukan di wad

> 10

Rujuk Pegawai Perubatan


untuk melanjutkan Jaundice
( direct @ indirect)
LFT urine, C&S, FBC &
Retic Count
Trace and cord blod TSH

Pada sebarang umur kecuali < 24 jam

< 10

Discaj & lawatan kerumah


oleh JM
Rujuk jika terdapat sebarang
masalah jaundis ditemukan.

Jaundis ..3

PENCARIAN LITERATUR
Jayamerry D. (1999), mendefinisikan ibu pre natal hendaklah menjalani ujian
pemeriksaan darah (ABO) serta rhesus. Selain itu,semua ibu yang mempunyai jenis darah
kumpulan O serta ada sejarah jaundis neonatal yang teruk semasa kelahiran lalu perlu di
pantau sekurang-kurangnya 24 jam dalam wad dan hasil keputusan ujian perlulah di
perolehi sebelum ibu di benarkan keluar.
Menurut Kuhr (1986), kebanyakan bayi mengalami jaundis semasa minggu
pertama kelahiran. Ia berpunca daripada bayi mempunyai lebih sel darah merah
berbanding dewasa disamping kondisi hati yang masih belum matang. Kekuningan
biasanya dikesan pada muka dan boleh merebak pada dada, perut serta kaki. Di samping
itu, bilirubin yang berlebihan akan termendap di dalam tisu otak bayi dan oleh
menyebabkan nekrosis otak teruk. Jaundis biasanya akan berkurangan serta hilang
apabila umur bayi mencecah 3 hingga 5 hari.
Manakala menurut Maisels (1985), jaundis adalah warna kekuningan yang
kelihatan pada pada kulit, membran mukosa ataupun mata. Apabila sel darah merah
musnah, bilirubin dilepaskan kedalam saluran darah. Jaundis berlaku apabila
terbentuknya bilirubin dalam salur darah. Hati akan menukar bilirubin supaya ia dapat
dikeluarkan dari badan melalui najis atau urin. Keadaan jaundis yang serius biasanya
menunjukkan kandungan bilirubin melebihi 5mg/dl.
Selain itu, menurut Nor Huryatina Salleh (2006), mendefinasikan demam kuning
atau dikenali sebagai jaundis iaitu merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom
bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning- kekuningan. Warna kuningkekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan dengan lembut
ia akan kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan kepada semua bangsa.

Jaundis ..4

Rogers, J. (1985), bagi bayi yang mengalami jaundis

teruk, bayi akan

menunjukkan simptom-simptom pigmentasi pada kulit, bawah lidah dan sklera mata.
Selain itu, bayi juga boleh menjadi pucat akibat kurang daya tahan badan, berpunca dari
kegagalan hati memproses bilirubin yang berlebihan dalam darah dan bayi akan menjadi
lemah serta kurang aktif. Disamping itu, warna najis dan air kencing bayi akan menjadi
gelap. Pada peringkat ini jika bayi tidak diberi rawatan awal ianya boleh menyebabkan
maut.
Mengikut Romana Tari (2011), mendefinasikan jaundis neonatal ialah masalah
kuning atau disebut juga masalah jaundis atau icterus. Warna kulit pada bayi akibat
peningkatan kadar bilirubin dalam darah (hiperbilirubinnemia). Frekuensi untuk
terjadinya maslah ini ialah 50% untuk bayi cukup bulan dan 80% untuk bayi pramatur.
Terrdapat 10% neonatus ( bayi baru lahir 0 sampai 28 hari) dengan keadaan kadar
bilirubin diatas 10mg%.

Jaundis ..5

PERBINCANGAN
Faktor faktor berlakunya jaundis ialah mempunyai sejarah jaundis pada
kelahiran anak terdahulu. Jaundis juga boleh berlaku jika ibu melahirkan anak secara
forcep atau vakum. Selain itu, jaundis boleh berlaku sekiranya ibu mengamalkan teknik
penyusuan yang tidak betul seperti kurang penyusuan ibu. Bayi yang dilahirkan pra
matang, mempunyai berat badan kurang dari normal serta bayi yang lahir dari ibu yang
mempunyai masalah diabetis juga berisiko untuk mendapat jaundis.
Selain itu, faktor penyebab jaundis yang teruk adalah berpunca dari masalah
kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah bayi. Masalah perbezaan kumpulan darah
(rhesus incompatibility) antara ibu dan bayi juga merupakan faktor penyebab kerana
didapati ibu yang mempunyai kumpulan darah O mempunyai risiko yang tinggi
menyebabkan bayi mendapat jaundis. Selain itu, berlaku pendarahan dibawah kulit
kepala (cephalohaematoma) , kekurangan air dalam badan bayi, kelahiran bayi pra
matang boleh mengakibatkan jangkitan kuman juga menyebabkan jaundis teruk.
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi
dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf.
Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan menyebabkan cerebral
palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap
serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang
serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma
atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Terdapat beberapa cara mengenalpasti jaundis berdasarkan tahap keterukan yang
di alami bayi. Pertama adalah yang sedikit, iaitu kekuningan hanya pada bahagian mata,
muka sehingga paras dada. Kedua pula adalah tahap sederhana iaitu terdapat kekuningan
dari muka hingga ke pusat bayi manakala bagi tahap yang teruk, kekuningan berlaku dari
muka hingga ke kaki.

Jaundis ..6

Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan untuk mengesan jaundis pada bayi
adalah dengan meletakkan bayi di tempat yang mempunyai pencahayaan secukupnya,
dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi. Warna kekuningan pada kulit
akan kelihatan semasa tekanan dilepaskan sekiranya bayi mengalami jaundis. Selain itu,
najis bayi juga akan berwarna pucat. Sekiranya jaundis dikesan, bayi hendaklah segera
dibawa ke hospital atau klinik kesihatan untuk rawatan lanjut.
Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi serta transfusi darah (exchange
transfusion). Rawatan fototerapi akan di berikan bergantung kepada faktor seperti umur,
berat badan serta paras bilirubin dalam darah bayi. Transfusi darah hanya dijalankan
sekiranya paras bilirubin dalam darah bayi terlalu tinggi. Amalan penyusuan juga penting
dalam mengelakkan dehidrasi serta menurunkan paras bilirubin dalam darah bayi.
Amalan seperti menjemur bayi di bawah cahaya matahari perlu di elakkan kerana
ia boleh menyebabkan bayi mengalami dehidrasi dan meningkatkan kadar bilirubin
dalam darah bayi. Langkah-langkah pengesanan awal perlu diambil bagi mengelakkan
berlaku komplikasi yang teruk terhadap bayi yang berisiko.
Ibu bapa juga digalakkan membawa bayi berjumpa doktor sekiranya bayi
kelihatan kekuningan pada hari pertama walaupun hanya pada muka. Sekiranya jaundis
berterusan melebihi 14 hari, bayi perlu mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan
berdekatan.

Jaundis ..7

RUMUSAN

Kesimpulannya, kebanyakan kes jaundis adalah tidak merbahaya. Namun


sekiranya tahapnya adalah tinggi serta tanpa rawatan diberi ia akan menyebabkan
kerosakan kekal pada sistem saraf dan otak bayi dikenali sebagai kernicterus. Oleh yang
demikian, kerjasama antara ibu bapa dan anggota kesihatan dalam melakukan
pengesanan awal kes jaundis amat penting dalam memastikan rawatan awal dapat
diberikan untuk prognosis yang baik serta mencegah berlaku sebarang komplikasi yang
boleh menyebabkan kematian

Jaundis ..8

RUJUKAN

Jayamerry, d. (1999 ) : Jaundis. Malaysia: Kementerian Kesihatan Malaysia.


Rogers, J. (1985) : Jaundice. In J. Rogers, The Dictionary Of Cliches. New York.
Apa itu Demam Kuning . Diakses pada 19 Oktober, 2014 dari
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/bayi-baru-lahir/183-jaundis-neonatal.html
What is Jaundice . Diakses pada 19 Oktober, 2014 dari
http://www.babycenter.com.my/malay/ baby/jaundis/
What is Jaundice . Diakses pada 22 Oktober, 2014 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Neonatal_jaundice
Neonatal Jaundice . Diakses pada 22 Oktober, 2014 dari
http://pediatrichepatology.wordpress.com/2009/ 08/11/neonatal-jaundice-articles-update2009/
How Jaundice Occurs . Diakses pada 23 Oktober, 2014 dari
http://www.healthunit.com/article.aspx?ID=1118
Apa itu Pedikulosis . Diakses pada 23 Oktober, 2014 dari
http://www.yadim.com.my/wacana_kesihatan/view.asp?Id=149

Jaundis ..9

LAMPIRAN
Contoh kes Jaundis Neonatal :

Contoh Rawatan Fototerapi Jaundis Neonatal: